Sunday, 15 December 2013

Media media Paria

Penutup akhir tahun 2013 ini di panaskan dengan isu kenaikan harga barang serta beberapa kenaikan harga keluaran barangan perniagaan yang dimonopoli oleh syarikat syarikat tajaan kerajaan seperti petronas, tenaga nasional serta tol dan pengangkutan awam iaitu LRT.

Kenaikan yang tidak terkawal ini cuba dialihkan perhatian dengan isu ajaran shiah yang kononnya dianuti oleh Timbalan Presiden Pas iaitu Mat Sabu. Agak mencuit hati kerana tuduhan yang dikenakan oleh zahid komedi terhadap Mat Sabu tidak berasas sama sekali dan lebih kepada prasangka dan tak nampakpun ianya satu kesalahan malahan pemimpin umno juga kelihatan berbaik baik dengan pemimpin shiah dunia iaitu negara Iran. 

Najib juga sepatutnya diambil tindakan keras oleh Jakim kerana tak semena mena pernah mengadap sembah kepada kepala besar kristian dunia walaupun tanpa diundang. Najib juga pernah dipersalahkan oleh Wira perkasa malaysia dan diarah untuk meletak jawatan kerana terlibat menandatangani surat kebenaran yang membenarkan injil dicetak didalam bahasa melayu.

Bolehlah kita gambarkan bahawa kerajaan najib adalah kerajaan yang paling kartun yang pernah umno  lahirkan semenjak merdeka. Walaupun pak lah pernah cuba membudayakan islam hadhari nya suatu ketika dulu tetapi budaya islam yang cuba dilahirkan oleh najib adalah lebih teruk. Hampir setiap tindakan najib lebih terarah kepada tindakan jangka pendek untuk mengekalkan jawatannya.

Tindakan drastik najib cuba merasuah para ustaz dengan jawatan tertinggi dalam umno juga dikira satu tindakan yang terdesak dimana ianya dilihat cuba menunjuk nunjuk bahawa najib mahukan islam. Namun begitu rakyat melihatnya sebagai satu cerita kartun yang begitu kelakar kerana najib mahukan ustaz tapi najib sendiri tidak mahu mengikut cakap ustaz. Dah berbuih mulut ustaz nasihatkan najib supaya jangan jadi lelaki dayus tapi najib tetap tidak berani mengarahkan rosmah untuk menutup aurat.

Diakhir tahun ini juga ramai blogger upahan umno nampaknya sudah mula berpatah arang dengan umno, ini kerana adanya ura ura mahukan supaya wang saraan blogger upahan disekat atau dikurangkan. Blogger yang tak bertuan mula mencari salah umno dan pura pura berjuang demi rakyat. Kelihatan artikel mereka sudah nampak cenderung menggunakan bahasa rakyat walhal dulu mereka lah yang menjadi anjing salakan yang mempertahankan bos mereka.

Bayangkanlah diwaktu minyak naik harga mereka boleh pula menyokong kenaikan itu dan heboh didalam media dimana mereka menghina rakyat miskin supaya naik basikal sekiranya tak mahu menggunakan petrol. Begitu juga bila naiknya harga gula, mereka menghina rakyat supaya jangan gunakan gula kalau tak mampu beli gula. Tetapi bila diwar warkan elaun mereka akan dipotong tiba tiba mereka cuba menjadi juara rakyat yang konon kononya berjuang untuk rakyat. Tiba tiba mereka pula menentang segala kenaikan harga barang yang dibuat oleh bos mereka. Memang kartun....