Thursday, 30 December 2021

KAUM MELAYU DI SRI LANKA

Bila disebut perkataan ‘orang melayu’, pasti perkara pertama yang ada dalam kepala anda adalah masyarakat melayu yang kebanyakan bertebaran di Asia tenggara seperti negara Malaysia, Brunei , Indonesia , Singapura dan Filipina.

Tapi tahukah adakah , selain dari mereka yang berada disini, sebenarnya masih ada kelompok masyarakat melayu yang berada nun jauh di luar sana, sebagai contoh Orang Melayu Sri Lanka.

Kumpulan yang kami maksudkan ini bukanlah kelompok masyarakat minoriti yang baru sahaja berpindah ke negara berkenaan atau kelompok masyarat melayu yang bekerja di luar sebaliknya mereka yang sudah menetap dari abad ke 17 lagi.

BAGAIMANA MEREKA TIBA di SRI LANKA?

Orang Melayu Sri Lanka ada dalam bahasa Sinhala dikenali sebagai Ja Minissu atau orang Jawa berasal dari kepulauan tanah melayu atau kini dikenali sebagai negara kita Malaysia dan juga Indonesia.

Kebanyakan mereka ini difahamkan adalah cucu cicit kepada pendatang awal yang merupakan askar yang di hantar oleh tentera Belanda dan seterusnya oleh tentera British sewaktu pemerintahan kolonial di Sri Lanka yang digelar ‘Orang Rejimen ‘ (Ceylon Rifle Regiment of Malays

Selain itu ada juga mereka ini yang dikatakan keturunan dari para-para pembesar dan anak-anak raja dari kepulauan Melayu yang telah yang di buang negeri oleh British pada suatu masa dahulu. Antaranya , kisah Syeikh Yusof Al-Makasari yang di percayai merupakan golongan di raja dan bangsawan dari Tanah Jawa. Mereka kuat menentang penjajahan British di kepulauan Melayu. Disebabkan rasa terancam, pihak British telah mengambil keputusan untuk membuangnya di Sri Lanka selama 11 tahun.

Namun satu yang menarik tentang mereka walaupun sudah hampir 200 tahun melalui proses asimilasi dengan penduduk tempatan, iaitu bangsa majoriti Singhala dan Tamil, masih banyak orang melayu Sri Lanka terutamanya golongan tua masih mampu berbahasa Melayu. Golongan muda juga masih sama cuma cara perkapan sudah bercampur diantara slang melayu ,singhala dan tamil.

MAJORITINYA MASIH BERAGAMA ISLAM

Orang Melayu Sri Lanka kebanyakannya beragama islam, segala urusan berkaitan mereka juga di kendalikan oleh Jabatan Urusan Agama dan Budaya Orang Islam, satu badan kerajan yang ditubuhkan pada tahun 1980-an untuk menghalang pengasingan berterusan komuniti orang Islam daripada kelompok lain.

Carian di Wiki mendapati terdapat 5000 masjid di Sri Lanka membuktikan terdapat penempatan Melayu di sesuatu tempat itu selain masyarakat Islam berketurunan Moor Sri Lanka/India.

Masjid terawal di Sri lanka adalah Masjid Abrar yang terletak di Beruwala yang dikatakan telah di bina pada tahun 920.

MASIH MENGEKALKAN BUDAYA DAN ADAT RESAM MELAYU.

Dipetik dari BH, Seorang penduduk yang pernah ditemubual,  Gneifero Ismwee, 48 berkata, keturunan Melayu di Sri Lanka bukan sahaja masih mengekalkan bahasa melayu, mereka juga masih mengekalkan ciri keMelayuan dalam diri mereka.

“Melayu Sri Lanka juga mempunyai baju tradisional Melayu seperti baju kurung dan kebaya untuk wanita dan baju Melayu bagi lelaki.

“Orang Melayu Sri Lanka akan memakai pakaian tradisional itu untuk acara tertentu seperti pada majlis perkahwinan, kenduri atau pada sambutan Aidilfitri. Kalau masakan Melayu pula, saya suka memasak nasi goreng,” katanya.

SUMBER:
BHONLINE

Tuesday, 28 December 2021

Peta Asal Tanah Melayu

Pada masa dahulu, semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar. Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah.

Penduduk Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman, iaitu warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka. 

Binaan di Rundung (Ranong) yang menjelaskan sempadan sebenar bumi Melayu dan Siam, Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767 akibat serangan Burma, telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin. Raja Taksin ini telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu di Negeri Ligor, Cahaya, Rundung, Terang, Ghraibi, Bukit, Bedalung dan Singgora. Negeri Patani terselamat daripada serangan tersebut. Walaubagaimanapun, benteng terakhir negeri Melayu ini kemudiannya berhadapan dengan serangan demi serangan daripada pihak Thai.

Anglo-Siamese Treaty, 1909, yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani, Singgora, Setul hinggalah ke segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai.

nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai. Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare (Penarik)
Yarang (Jarang @ Binjai Lima)

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)

Phattalung (Bedalong / Merdelong)

Trang (Terang)

Ranong (Rundung)

Krabi (Ghraibi)

Chaiya (Cahaya)

Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

Tenasserim (Tanah Seri). Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini.  Malaysia pada hari ini sebenarnya hanya mewarisi separuh daripada wilayah asal semenanjung Tanah Melayu. 

Friday, 24 December 2021

Siapakah Bediuzzaman Said Nursi?

Bediuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 di Timur Turki dan meninggal dunia pada tahun 1960 di Urfa, Turki. Pembaca boleh merujuk biografinya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci tentang kehidupannya yang panjang untuk dijadikan sebagai tauladan.

Kehidupannya merangkumi dekad terakhir Empayar Uthmaniyyah, yang runtuh selepas Perang Dunia Pertama dan penubuhan semula Republik. Seterusnya di susuli dengan dua puluh lima tahun peraturan Parti Republik Rakyat yang terkenal dengan langkah-langkah yang diambil untuk menentang Islam yang berakhir dengan sepuluh tahun pemerintahan Demokratik yang memberikan keredaan sedikit demi sedikit untuk Bediuzzaman.

Sejak di awal usianya, kebijaksanaan Bediuzzaman telah menonjol dengan luar biasa dalam pembelajaran. Beliau telah menamatkan pengajian biasa pendidikan madrasah dalam usia seawal empat belas tahun dengan memperolehi ijazah.

Dia menjadi terkenal dengan ingatan berkamera dan rekod perdebatannya yang tidak dapat dikalahkan apabila berdebat dengan ulama-ulama pada ketika itu. Dengan berlalunya masa, sains fizikal telah digugurkan dari silibus pendidikan madrasah, dia telah merumuskan satu kertas cadangan yang komprehensif untuk melakukan pembaharuan semula dalam sistem pendidikan melalui penyatuan ilmu-ilmu agama tradisional dan sains moden dengan cadangannya untuk mendirikan sebuah universiti di Wilayah Timur, dikenali dengan nama Medresetรผz-Zehra.

Pada tahun 1907 beliau telah membawa cadangan beliau ini ke Istanbul untuk dibentangkan kepada Sultan Abdul Hamid. Walaupun kemudiannya sebanyak dua kali beliau menerima dana untuk pembinaan universiti ini, dan asasnya telah dirasmikan pada tahun 1913, ia tidak dapat disiapkan kerana meletusnya Perang Dunia Pertama.

Berlawanan dengan sikap para ulama ketika itu, Bediuzzaman sendiri mempelajari dan menguasai ilmu fizik, ilmu matematik, dan kemudian mempelajari falsafah, karena ia percaya bahawa hanya dengan cara ini sahajalah teologi Islam (kalรขm) dapat diperbaharui dan dapat menjawab serangan-serangan terhadap kebenaran Al-Qur’an dan Islam.

Beliau mengakui bahawa kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah selari dengan kemajuan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 disebabkan oleh tiadanya integrasi sains fizikal dan matematik dalam pendidikan madrasah yang menyebabkan Eropah menguasai dunia Islam dan menyerang Al-Qur’an dan Islam atas nama sains dan kemajuan.

Oleh itu, semua usaha Bediuzzaman adalah untuk membuktikan dan memperlihatkan kepalsuan tuduhan-tuduhan ini, dan membuktikan adalah sangat tidak wajar tuduhan bahawa al-Quran dan Islam tidak bersesuaian dengan sains dan kemajuan. Al-Qur’an adalah sumber kemajuan yang hakiki dan bertamadun, dan akan menguasai masa hadapan, walaupun secara relatif kemajuannya menurun pada ketika itu.

Dengan keazaman yang tinggi dalam ilmu pengetahuan, beliau telah berkhidmat untuk Islam melalui penglibatan pendidikan secara aktif dalam kehidupan sosial masyarakat awam. Semasa perang, beliau mengetuai askar tentera militia medan Hadapan Caucasia melawan serangan tentera Rusia, yang kemudiannya beliau dianugerahkan Pingat Perang.

Untuk memastikan orang-orangnya terus bersemangat tinggi, dia sendiri turut memasuki parit-parit walaupun terus-menerus menerima serangan yang dilancarkan semasa perang. Ketika serangan besar-besaran itulah dia menulis tafsir al-Quran yang terkenal, “Tanda-tanda Keajaiban” dengan memerintahkan anak murid yang bersamanya menulis walaupun ketika beliau sedang menunggang kuda. Selanjutnya dalam perang itu, Bediuzzaman telah menjadi tawanan pada bulan Mac 1916 dan dihantar menjalani tahanan di Rusia selama dua tahun. Beliau kemudiannya dapat melarikan diri pada awal tahun 1918, dan kembali ke Istanbul melalui Warsaw, Berlin, dan Vienna.

Kekalahan kerajaan Uthmaniah dalam perang telah menyaksikan berakhirnya Empayar dengan penaklukan Istanbul dan beberapa wilayah Turki oleh tentera asing. Tahun-tahun getir ini juga telah menyaksikan transformasi “Said Lama’ ke ‘Said Baru’, iaitu tempoh utama yang kedua dalam kehidupan Bediuzzaman.

Penentangan beliau terhadap tentera British dan dalam masa yang sama beliau telah dilantik sebagai ahli Darul’l-Hikmeti’l-Islamiye, badan ulama yang berada di bawah Pejabat Shaykhu’l-Islam. Dalam masa semua penerimaan pujian dan penghargaan perkhidmatan yang di perolehinya ini, Bediuzzaman telah melalui perubahan dari segi mental dan rohani yang mendalam di mana beliau membuat keputusan untuk berpaling dari kehidupan kegemilangan dunia. Menyedari kekurangan sains kemanusiaan dan falsafah yang telah dipelajarinya untuk mencapai kebenaran, beliau telah mengambil al-Quran sebagai ‘panduan utama’.

Sebagai pengiktirafan perkhidmatannya dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bediuzzaman telah dijemput ke Ankara oleh Mustafa Kamal. Tetapi ketika beliau tiba di sana, beliau mendapati dalam saat kemenangan Turki dan Islam, pengaruh orang-orang atheis telah tersebar di kalangan ahli-ahli dewan parlimen dan pegawai-pegawainya dan ramai yang lalai dalam menjalankan tanggung jawab agama. Menyedari hal ini, beliau menerbitkan pelbagai karya yang berjaya menentang gejala ini.

Dengan baki selama lapan bulan di Ankara, Bediuzzaman mula memahami taktik Mustafa Kamal dan pemimpin-pemimpin baru yang mereka bakal ambil, dan ketika itu beliau merasakan beliau tidak dapat bekerja bersama mereka. Beliau juga turut sedar bahawa mereka ini tidak boleh dikalahkan melalui politik lalu membuat keputusan untuk meninggalkan Ankara untuk pergi ke Van dengan menolak tawaran pelbagai jawatan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Mustafa Kamal dengan menarik dirinya dari kehidupan duniawi dan memasukki kehidupan beribadah dan tafakkur.

Dalam masa yang sama, apa yang ditakuti tentang rejim baru tersebut telah mula menunjuk belangnya: langkah pertama yang mereka ambil adalah dengan menukar gaya pemerintahan kearah pemerintahan sekular  serta mengurangkan kuasa agama Islam di dalam negeri sehingga membasmikan perkara-perkara agama dalam kehidupan rakyat Turki.

Pada awal tahun 1925 terdapat pemberontakan di timur yang mana Bediuzzaman langsung tidak memainkan peranan, tetapi tanpa usul periksa beliau dihantar dan dikurung di barat Anatolia bersama dengan ratusan rakyat Turki yang lain. Maka bermulalah fasa dua puluh lima tahun pengurungan, penjara, dan penindasan yang tidak adil terhadap Bediuzzaman.

Dia kemudiannya dihantar ke Barla, sebuah desa kecil di pergunungan wilayah Isparta. Walau bagaimanapun, percubaan untuk mengurungnya dan membuat beliau diam telah memberi kesan yang sebaliknya, kerana Bediuzzaman sudah mempersiapkan dirinya untuk menghadapi cabaran baru yang dia telah jangkakan sebelum ini: tahun-tahun itu kita boleh lihat kemunculan penulisan Risale-i Nur, disebarkan secara rahsia dan telah membina akar yang kukuh di kalangan rakyat, memerangi kezaliman dan penindasan dengan menggunakan cara yang paling berkesan dalam percubaan untuk menumbangkan Islam, meruntuhkan iman dan menyebar falsafah materialistik yang cuba ditanam ke atas masyarakat Islam Turki.

 

Disediakan oleh urusetia SEMINAR DAN BENGKEL  ANTARABANGSA RISALE I NUR yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 12 Mei 2018.

Thursday, 23 December 2021

Susah juga kalau tak cerdik

Negara kita diuji sekali lagi dengan musibah banjir besar pula selepas gagal menangani serangan pandemik covid19. 

Rakyat diperlihatkan bagaimana lemahnya sistem keselamatan negara kita apabila diserang musibah. Para pemimpin politik dilihat lebih gemar bertengkar di parlimen untuk saling serang menyerang.

Bukankah lebih baik kesemua ahli parlimen terus turun padang dan berpakat pakat sesama sendiri untuk menyelamatkan mangsa banjir?

Nampaknya masalah musibah sering diungguli oleh pihak NGO dan ahli ahli parti politik peringkat bawahan. Mereka bertungkus lumus mengadakan misi menyelamat semata mata untuk memberikan kredit kepada parti mereka, sedangkan pemimpin politik langsung tidak mengambil berat berkenaan musibah tersebut.

Musibah banjir yang menimpa negara ini dikatakan hanya di peringkat permulaan dan serangan kedua bakal menyusul namun pihak kerajaan masih lagi tercangak bangak untuk menyelesaikan misi menyelamat mangsa mangsa banjir.

Kelembapan kerajaan menangani musibah membuktikan orang orang politik ini sebenarnya hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu bekerja. Mereka berada diatas hanya kerana bercakap dan bukannya mempunyai sebarang rekod bekerja.

Ini juga membuktikan betapa kesemua ahli ahli parti politik sebenarnya tidak cerdik dalam memilih pemimpin parti mereka. Ahli ahli yang kurang cerdik akan hanya mampu memilih pemimpin yang tidak cerdik.

Manakala kaki tangan kerajaan yang terlibat dalam misi ini terpaksa bergantung harap dengan arahan orang politik yang tidak cerdik ini.

Yang nampak ligat buat kerja ialah jabatan polis dan JPJ yang membuat roadblok dijalan jalan raya untuk mengeluarkan saman. Nampak seolah olah negara ini sudah tidak mempunyai wang lagi sehinggakan saman besar besaran kesalahan jalanraya terpaksa dibuat untuk mengutip dana.

Andaikata negara kita diserang pihak musuh sudah pasti rakyat yang terkorban terlebih dahulu dan pemimpin negara sudah menyorok diluar negara.

Amat malang nasib rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang jahat lagi bodoh.




Tuesday, 21 December 2021

Jangan Takut Ambil Dos Ketiga

Dos ketiga akan meningkatkan imuniti jadi selepas dos keempat anda akan dilindungi. Apabila 95% populasi telah menerima dos kelima, SOP bolehlah dilonggarkan kerana dos keenam telah memberhentikan virus dari merebak. 

Saya yakin dan percaya bahawa dos ketujuh akan menyelesaikan masalah kita dan kita tidak perlu takut lagi kepada dos kelapan. Fasa klinikal dos kesembilan akan mengesahkan bahawa antibodi akan stabil selepas dos kesepuluh. Dos kesebelas akan menjamin bahawa mutasi baru tidak akan terhasil dan tiada sebab untuk kita mengkritik dos kedua belas. 

Kita kena yakin bahawa dos ketiga belas akan membolehkan kita pergi kemana-mana sahaja dan dos keempat belas tak mustahil kita siap boleh rentas Alam untuk berjumpa terus dgn TUHAN.

Sunday, 19 December 2021

MKN perlu buat kerja munasabah

Daripada menyibukkan diri menghantar SMS berkenaan vaksin penggalak yang tak mendatangkan kesan tu maka adalah lebih baik MKN menghantar laporan berkenaan kawasan yang dimasuki air hingga membanjiri dan menghalang lalu lintas. 

Sekarang adalah musim cuti sekolah rakyat memerlukan informasi terkini untuk memulakan perjalanan samada untuk balik ke kampung atau pergi bercuti bersama keluarga.

Malah ada juga kolej dan politeknik yang menganjurkan konvo untuk pelajar pelajar mereka di musim cuti ini. Pelajar dan ibubapa amat memerlukan info terkini  samada selamat atau tidak untuk meneruskan perjalanan mereka.

Pihak kolej dan politeknik juga perlu lebih bertanggungjawab untuk menangguhkan konvo tersebut kerana ibu bapa besar kemungkinan akan tersangkut didalam perjalanan akibat banjir.


Saturday, 18 December 2021

ADAKAH ORANG FILIPINA BERBANGSA MELAYU??

Politik perkauman Singapura telah mengelirukan status perkauman bagi pendatang Filipina..

Sekiranya ditanya mengenai bangsa mereka, kebanyakan orang Filipina akan mengenal pasti sebagai orang Melayu. Orang-orang Filipina diajar di sekolah-sekolah untuk berbangga dengan warisan Melayu mereka dan digalakkan untuk mengeratkan hubungan mereka dengan orang Melayu lain di Asia Tenggara..

Tetapi orang Filipina yang ingin berhijrah ke Singapura harus menolak pengenalan asas ini kerana pemerintah Singapura menolak pengkelasan orang Filipina sebagai orang Melayu.. Tetapi jika orang Filipina bukan Melayu, etnik apa mereka? Secara rasmi, Singapura mengakui pendatang dari Filipina yang berjiran sebagai sebahagian daripada kategori kaum yang disebut sebagai "Lain-lain."

Mungkin ada kaitan dengan hak istimewa yang diberikan kepada minoriti Melayu di Singapura. Artikel 152 dari Perlembagaan Singapura menyatakan bahawa pemerintah "harus mengenali kedudukan istimewa orang Melayu, yang merupakan penduduk asli Singapura, dan dengan demikian menjadi tanggungjawab Pemerintah untuk melindungi, melindungi, mendukung, memupuk dan mempromosikan mereka kepentingan politik, pendidikan, agama, ekonomi, sosial dan budaya dan bahasa Melayu. "

Beberapa masalah undang-undang boleh timbul sekiranya pendatang baru dari Filipina dikenal pasti sebagai orang Melayu. Mereka juga dapat diberi hak istimewa. Bagi pendatang Filipina, sangat mengejutkan apabila mereka diberitahu oleh pihak berkuasa Singapura bahawa mereka bukan orang Melayu. Ketika mengemukakan kertas kerja mereka menegaskan bahawa mereka adalah orang Melayu..

Tetapi dengan adil kepada Singapura, sebilangan sarjana juga menolak dakwaan bahawa orang Filipina adalah orang Melayu. Mereka berpendapat bahawa etnik Melayu tinggal di Indonesia, Brunei, Malaysia dan Singapura, tetapi tidak di Filipina. Para sarjana ini menyalahkan Kolonialisme dan Barat yang salah kerana pengkelasan Filipina yang tidak tepat sebagai orang Melayu..

Namun wira Filipina Dr. Jose Rizal sering disebut "kebanggaan bangsa Melayu

FB : Kisah Sejarah Melayu
Sumber : Serai Padang

Friday, 17 December 2021

Penemuan kekayaan baru yang kini harus ditinggalkan

1. Tahun 70an, Malaysia yang tika itu baru menerima kemerdekaan telah menemui kekayaan baru. Kekayaan baru yang saya maksudkan adalah penemuan minyak yang memberi hasil utama kepada negara.

2. Bukan sahaja di Malaysia tetapi terjadi di banyak negara termasuk di Afrika, yang menemui emas. Mereka ketawa terbahak-bahak. 

3. Kerajaan tidak perlu bersusah payah dan negara menjadi negara yang banyak duit dari hasil penemuan kekayaan baru itu. Apa tidaknya tak perlu buat apa-apa sedut je minyak dari tanah, diproses dan dijual semula. Tika itu kita bangga dengan kekayaan baru tersebut.

4. Pertanian dan penternakan yang satu ketika dulu menjadi asas kepada negara disepikan sedikit demi sedikit. Negara tidak lagi fokus mengeluarkan hasil pertanian dan penternakan kerana alpa dengan kekayaan-kekayaan baru. 

5. Nikmat yang Allah beri di bumi Malaysia ini selama ini tidak dihargai sepenuhnya. Kekayaan negara tidak difokuskan dengan membangunkan asas makanan rakyat. Duit menjadi murah. Pemimpin berfikir, sayur, buah dan daging boleh beli dengan murah dari luar. 

Tak perlu dibangunkan. Lebih baik memikirkan dan menumpukan kepada negara industri. Buat kereta, buat kapal selam, nak jadi angkasawan pergi ke bulan. kaji itu dan ini sedangkan apa yang depan mata tidak diurus dengan baik. 

6. Industri petanian menjadi industri yang terkebelakang. tidak selari dengan kemajuan negara yang nak buka kilang kereta terbang. 90% sumber makanan di import dari luar negara. Anak-anak muda dikampung lari kebandar malu berkebun dibelakang rumah, kotor, kolot dan dipandang kelas rendah.

7. Setiap kali raya korban, lembu tak cukup ambil dari Thailand. Sayur datang dari negara jiran. Sampai kita tak mampu nak bela kambing sendiri. Kambing akikah pun kita import dari Australia berkontena sampai sekarang. 

8. Bila dah senang, idea-idea cepat kaya timbol. Baik tanah dikampung ditanamkan sawit. Sekarang mereka tebang sawit dan tanam musang king. Lepas ni tak tahu mereka tanam apa lagi cepat kaya, ganja kot boleh. 

9. Kajian demi kajian dari universiti dan agensi jadi kajian atas kertas yang tidak turun ke masyarakat. Jadi rahsia mereka dan berbangga dengan kertas kerja dan thesis setebal batu bata tetapi langsung tidak boleh digunakan dibawah. 

10. Yang lepas jangan dikenang. Jangan disalahkan sesiapa lagi. Kini kita sudah di zaman 'kebiasaan yang baru'. Kita perlu banyak berkerja dari banyak bercakap. 

11. Hasil pertanian dan penternakan negara penting. #WabakCorona memberi kita pengertian sebenar yang kini kita perlu menjaga diri kita. #KitaJagaKita. Kita perlu keluarkan hasil penternakan dan pertanian yang maksimum untuk negara kita dan rakyatnya. Kita perlu merancang dan melaksanakan sebaik mungkin. Kita perlu gunakan kajian yang tersimpan berpuluh tahun dalam peti besi. Dibongkar dan digunakan. 

12. Turun kebawah, ajarkan petani kita bagaimana menghasilkan hasil pertanian yang tinggi. Tingkatkan mereka dengan ilmu. Beri mereka dron untuk pantau dan membaja. Hentikan peruntukan buat reban, beri baka lembu, beri anak pokok, beri baja sabsidi. Itu cara 100 tahun dulu. 

13. Galakan orang kampung buat pertanian berkelompok. Buat satu kampung satu pertanian atau satu penternakan. Aturkan orang ni buat makanan lembu, orang ni jaga anak lembu, orang ni gemukan lembu. Buat rantaian industri pertanian. Baru boleh jadi. 

Beri orang kampung teknologi dan dalam masa yang sama kawal harga kebun, harga pemborong. Jangan ada orang tengah yang jadi penyangak. Beli cili sekilo RM6 dari pekebun jual RM20 sekilo dipasar.

14. Tamatkan penyelewingan 

ini bukan nasihat. Ini cuma luahan dari seorang anak kampung. Bukanlah pandai sangat tapi kerajaan perlu mengambil berat dengan masa depan. jadilah dan hiduplah dalam realiti. Jika kekayaan-kekayaan itu satu harinya nanti habis seperti bijih timah, bijih besi yang dulu menjadi hasil bumi utama kita. Tidak mustahil minyak yang kita gali ini lama-lamanya juga habis. 

15. Rakyat disuruh susah, kerajaan juga perlu berfikir ' kita dizaman susah '. Hentikan pembaziran yang mengarut. Nak impot ini dan itu. Apa yang depan mata kita pun kita belum habis buat secara maksimum. 

Coach Bahar 

Thursday, 16 December 2021

Tulisan Melayu Tua

Ini adalah aksara Rencong. Ia merupakan tulisan Melayu yang asal. Ramai orang Melayu sendiri sebenarnya tidak tahu bangsa mereka memiliki sistem tulisan sendiri.

Ia asalnya digunakan secara meluas di tengah dan selatan Sumatera dalam wilayah Kerinchi, Bengkulu, Palembang dan Lampung. Pengunaannya mula terbantut sebaik Belanda menjajah Indonesia.

Tulisan Rencong (rรฉncong), atau Incung ialah sistem tulisan yang diterbitkan berdasarkan Pallava dan Kawi yang telah diturunkan atau menghasilkan tulisan Brahmi.

Rencong ialah perkataan Bahasa Melayu Kuno yang membawa maksud serong kerana tulisan ini ditulis secara menyerong dan menyendeng.

Huruf Rencong iaitu huruf Melayu Purba yang banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau dan banyak didapati digunakan semasa zaman pemerintahan Kerajaan Srivijaya.

Huruf-huruf yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf tertua yang menyerupai bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung.

Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut mempunyai kaitan dengan huruf-huruf orang Kemboja pada zaman purba.

Aksara huruf-huruf Kawi, Pallava dan Rencong telah ditulis orang-orang Melayu Tua di atas helaian kulit-kulit kayu, helaian daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan di atas ketulan batu-batu (batu bersurat).

Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu, Batu Bersurat Kota Kapur, di Kota Kapur (Bangka Barat).

Selepas ketibaan Islam di Nusantara, tulisan Jawi mula meresap dalam jiwa orang Melayu dan akhirnya diangkat sebagai tulisan bangsa Melayu.

Apa pun, berbangga la dengan kehebatan budaya anda.
.
Uli Kozok (2005). Aksara Melayu Pra-Islam. Sastera Melayu Merentas Sepadan (Sastra Melayu Lintas Daerah), In E. Sedyawati dan A. Ikram, Jakarta: Balai Pustaka.

A. L. van Hasselt (1881). Karya dan Bahasa Kesusasteraan di Sumatera Tengah (De talen en letterkunde van Midden-Sumatra), E. J. Brill, Leiden

M. A. Jaspan (1964). Kesusateraan Tempatan di Selatan Sumatera: Teks Ka-Ga-Nga Rejang (Folk literature of South Sumatra: Redjang Ka-Ga-Nga texts), Universiti Kebangsaan Australia, Canberra

P. Voorhoeve (1970). Dokumen Kerinci dalam Sumbangan Bahasa, Etnologi dan Tanah 126, No: 4 ("Kerintji documents", In: Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 126, No: 4), Leiden, ms. 369-399 (online beschikbaar)

L. C. Westenenk (1922). Tulisan Rencong. II. disingkap penggunaannya dalam landskap Kerinci dalam Majalah Bahasa India, Tanah dan Etnologi 61 ("Rรจntjong-schrift. II. beschreven hoorns in het landschap Krintji" in Tijdschrift voor Indische Taal-, Land-, en Volkenkunde 61), Batavia, Albrecht en co./'s-Gravenhage, M. Nijhoff

Wednesday, 15 December 2021

LANG CHIA

Dalam Loghat Hokkien perkataan LANG bermaksud ORANG dan CHIA pula membawa maksud PEDATI @ KERETA.

LANG CHIA adalah kenderaan penumpang 2 roda yang ditarik oleh tenaga manusia. Suatu masa dahulu ianya digunakan secara meluas di China dan juga didapati di Malaysia serta Singapura sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Selepas tahun 1900, LANG CHIA lebih popular daripada kereta kuda sewa. Sehingga tahun 1927, LANG CHIA sering dapat dilihat diserata jalan dan di sekitar kawasan tumpuan ramai seperti pasar.

Di Malaysia LANG CHIA kebanyakannya digunakan di Pulau Pinang dan juga Melaka. Namun begitu, menjelang tahun 1957, penggunaan LANG CHIA semakin berkurangan sehinggakan hanya terdapat tidak lebih daripada 30 buah LANG CHIA sahaja yang berdaftar.

Setelah basikal diperkenalkan, kenderaan yang ditarik manusia ini beransur² kurang digunakan dan ianya telah digantikan dengan basikal yang dipasang pada kerangka dan kemudiannya dikenali sebagai BECA @ BECHIA yang membawa maksud PEDATI KUDA.

Tuesday, 14 December 2021

Perpecahan berlaku kerana hasad dengki

14. Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

15. Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".

16. Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran agama Allah sesudah disambut dan diterima agamaNya itu - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.

17. Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).


18. Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.(Asy-Syuura 42:ayat 14-18)

Al imran ayat 7

Monday, 13 December 2021

Pengkhianatan Sesama Melayu Sudah Berlaku Dizaman Dahulu Lagi

BENDAHARA PAHANG (RAJA) MERANGKAP BENDAHARA EMPAYAR JOHOR-RIAU-LINGGA.

PAHANG asalnya telah ditadbir sendiri oleh rajanya yang berketurunan dari MELAKA bermula asal usulnya dengan SULTAN MUHAMMAD SHAH. Pada waktu itu PAHANG mempunyai bendaharanya yang tersendiri dan menjalankan pentadbiran yang berasingan dari MELAKA.

Walaupun dikatakan sebagai negeri saudara MELAKA dan PAHANG sebenarnya sering mengalami konflik yang melibatkan beberapa isu seperti wanita mahupun penculikan gajah Pahang. Namum perselisihan faham itu berjaya diselesaikan secara rasmi berkat kesabaran kedua dua belah pihak.

JOHOR pula negeri yang baharu sahaja wujud berbanding dengan PAHANG yang diasaskan oleh SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH II pada 1528 sedangkan PAHANG sudah diasaskan sejak tahun 1470 lagi.

JADI BILAKAH PAHANG MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA EMPAYAR JOHOR-PAHANG-RIAU???

SEBAB JOHOR MENUNTUT PAHANG.

Dengan bantuan PORTUGIS, Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615) dari JOHOR telah menabalkan anaknya sendiri iaitu RAJA BUJANG(1615-1617) sebagai RAJA PAHANG yang baharu. Bermula dengan penanaman Raja Bujang ini maka PAHANG dikatakan berada dalam wilayah JOHOR.

Penabalan RAJA BUJANG sebagai SULTAN PAHANG ini telah menyebabkan SULTAN PAHANG yang asal iaitu SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH(1614-1615) telah kehilangan HAK untuk mentadbir PAHANG namun baginda tetap menjalankan pentadbiran PAHANG dari tempat pengasingan.

SULTAN ISKANDAR MUDA ACHEH sangat marah apabila mengetahui SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III JOHOR menandatangani perjanjian damai dengan PORTUGIS walhal Sultan Johor itu sendiri baru pulang dari ACHEH untuk berbincang mengenai cara  menyerang PORTUGIS di MELAKA.

Oleh itu ACHEH telah menyediakan satu angkatan perang yang besar dan bertindak menyerang BATU SAWAR pada tahun 1615 dan berjaya menawan Sultan Johor iaitu SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III (1597-1615). Pemerintahan JOHOR seterusnya dipegang oleh SULTAN ABDULLAH MA'AYAT SHAH.

Pada tahun 1618 pula ACHEH telah bertindak menyerang PAHANG dengan kekuatan seramai 17000 tentera dengan alasan untuk mengusir SULTAN PAHANG yang Pro-Portugis iaitu RAJA BUJANG dari Takhta Pahang.

Ini kerana ACHEH bimbang jika RAJA BUJANG akan menjadi penghalang kepada mereka untuk mengalahkan Portugis di MELAKA. Bagaimanapun RAJA BUJANG sempat lari ke LINGGA dan terus menetap di sana. Namun begitu bekas Sultan PAHANG iaitu SULTAN AHMAD SHAH II (1590-1592) dan anaknya RAJA MUGHAL berjaya ditawan oleh ACHEH dan dibawa ke sana.

ACHEH MENUNTUT PAHANG?

Selepas kemangkatan SULTAN IDKANDAR MUDA ACHEH Maka RAJA MUGHAL dari PAHANG telah menggantikan baginda untuk menjadi Pentadbir ACHEH yang baharu. Baginda telah memakai gelaran SULTAN ISKANDAR THANI. 

Semasa  pemerintahannya, baginda telah menganggap PAHANG sebahagian daripada jajahan takluk ACHEH kerana ayahnya SULTAN AHMAD SHAH II pernah menjadi SULTAN PAHANG selama 2 tahun sebelum digulingkan oleh SULTAN GHAFFUR MUHIUDDIN SHAH (1592-1614).

Namun SULTAN ABDUL JALIL SHAH III atau RAJA BUJANG dari kerajaan JOHOR turut menuntut PAHANG kerana baginda juga pernah menjadi SULTAN PAHANG sebelum melarikan diri akibat dari serangan ACHEH.

Oleh itu berlaku konflik berpanjangan antara JOHOR vs ACHEH untuk menjadikan PAHANG di bawah pentadbiran mereka. Bahkan JOHOR juga pernah melakukan serangan di PAHANG dibantu pihak PORTUGIS.

Selepas kemangkatan SULTAN ISKANDAR THANI, Permaisurinya yang bernama SULTANAH TAJUL ALAM SAFIATUDDIN SHAH (1641-1657) telah mengambil alih pemerintahan ACHEH. Pada waktu inilah ACHEH menjadi semakin lemah dan JOHOR telah menggunakan Hujah Adat Pahang yang mana si isteri tidak boleh mewarisi HAK suaminya dalam pemerintahan. Dan demikian juga ACHEH terpaksa melepaskan HAK ke atas PAHANG dan mulai saat itu PAHANG telah menjadi sebahagian daripada 
Empayar JOHOR-PAHANG-RIAU.

Tetapi hanya semasa pemerintahan Sultan JOHOR yang ke 15 iaitu SULTAN MUHAMMAD SHAH III (1761-1812) barulah PAHANG diserahkan kepada Bendahara JOHOR iaitu BENDAHARA TUN ABDUL MAJID sebagai kawasan PEGANGAN.

Ironinya sekiranya diteliti PAHANG bukanlah kawasan Pegangan semata mata namun lebih kepada sebuah negeri yang diberikan pada BENDAHARA sebagai untuk menjadi Pentadbir atau RAJA. Maka di situ jugalah bermulanya gelaran RAJA BENDAHARA.

Tugasan Bendahara JOHOR pada waktu itu ialah BENDAHARA kepada seluruh Empayar JOHOR namun pada masa yang sama juga seorang RAJA jika di PAHANG yang merupakan salah satu dari gagasan Empayar JOHOR.

Penyerahan PAHANG kepada BENDAHARA pada ketika itu sebenarnya sebagai langkah 'mengambil hati' dek kerana di saat itu telah berlakunya pertembungan hebat antara Bugis-Melayu dalam istana JOHOR.

Dan PAHANG ketika itu bukanlah seperti PAHANG yang sekarang kerana PAHANG di kala itu meliputi kawasan yang lebih luas sehingga kawasan SEDILI BESAR.
SEDILI BESAR ketika ini berada di dalam kawasan negeri JOHOR DARUL TAKZIM.
SEDILI BESAR telah diserahkan kepada JOHOR oleh Raja Bendahara TUN MUTAKHIR sebagai galakan kepada JOHOR untuk membantu baginda menghadapi perang saudara PAHANG.

Pada tahun 1853 PAHANG telah mengisytiharkan autonomi daripada JOHOR. Pada tahun 1881 pula telah terdiri sebagai sebuah negeri sendiri selepas RAJA BENDAHARA SIWA RAJA TUN AHMAD mengangkat dirinya sebagai SULTAN PAHANG yang pertama, perintis era moden dalam pentadbiran dan pemerintahan Negeri PAHANG DARUL MAKMUR yang kita kenali sekarang ini.

SUMBER UTAMA:

#HARI INI DALAM SEJARAH:PERISTIWA ORANG MELAYU#karya ABDULLAH SIDEK.

Sunday, 12 December 2021

KES ZETI? WHY TERPAKSA DIKECOHKAN?

1. Kita dah bising pasal 1mdb ni sejak bertahun2 dulu lagi.  Kita push siasatan dibuat. 

2. Tapi apa macai2 najib buat? 

A. SIBUK PERTAHANKAN TIADA PENYELEWENGAN PUN 1MDB

B. MALAH, 1MDB TIADA MASALAH PUN.

Sekarang baru nak sibuk pasal 1mdb dok kata ada penglibatan zeti?

3. Zeti sendiri maklumkan, masa zaman najib berkuasa sebagai PM, pada 3 Julai 2015, Najib memanggil beliau berjumpa di pejabat JPM.

3.1 Tujuan ialah meminta zeti mengeluarkan kenyataan bahawa tiada apa2 kesalahan yg berlaku apabila dana derma pak arab masuk ke akaun najib sebelum pru 13.

3.2 Zeti menolaknya kerana Zeti memaklumkan tidak tahu berkaitan transaksi tersebut.

4. Malah surat dari Bank Negara yg zeti beri kpd Pengerusi PAC  dari umno, Hassan Arrifin menjelaskan pemilik Good Star Ltd adalah Jholow, juga telah disorok oleh Hassan Ariffin dari pengetahuan ahli PAC yg lain. ADA NAJIB BERTINDAK TERHADAP HASSAN ARRIFIN? 

"TIADA APA2 TINDAKAN PUN"

5. Jika zeti terlibat, logik sepatutnya zeti tidak berbuat sprt tindakan beliau pada point 3.2 dan 4 di atas. Logik ini yg macai2 najib tak boleh hadam.

6. Pada pendapat peribadi saya, mengaitkan zeti last2 minute keputusan mahkamah rayuan nak keluar sebenarnya hanya nak  buying time .

7. Why?

7.1 Kes dana ke sebuah sykt suami zeti menjadi salah seorang bodnya, dah setahun lepas  di keluarkan dalam media sosial. Tetapi kenapa tiada apa2 tindakan dr peguam najib untuk pengesahan sewaktu kes src berjalan?. Baru2 ini pulak terkejut dgn kenyataan sprm?. 

7.2 Pasukan najib pun sebenarnya hilang akal dengan cara zeti menghadapi isu ini. Zeti tidak terlalu melayan tuntutan2 macai2 najib sebaliknya hanya membuat 2 kenyataan sahaja berkaitan isu ini. Semua zeti tunggu sahaja apabila dipanggil ke mahkamah.

7.3  Pasukan peguam najib tak berani sebenarnya nak melibatkan zeti dalam perbicaraan. Kerana mereka tahu intergriti Bank Negara dengan sop2nya yg bertulis serta mereka tahu bahawa zeti menolak permintaan najib pada 2015 tersebut.

7.4 Jika zeti dipanggil masuk ke mahkamah, pasukan najib akan lagi teruk kena. 

7.5 So why mereka timbulkan juga kes saat akhir keputusan src  keluar? Itu maknanya , mereka tiada point  lain lagi untuk membeli masa.

7.6 Modal sakit tangan, kena c19, contack rapat, anjing  gigit, nak beranak, undian parlimen..semua dah guna. Mereka perlukan alasan lain yg nampak lebih rasmi dan kuat. Mereka akan fikirkan kemudian kesan dipanggil zeti ke mahkamah. Yg penting nak beli masa mahkamah. Zeti bila dipanggil akan memakan masa lagi. Tu sebab nak kaitkan juga zeti sedangkan kes zeti sepatutnya dalam kes mahkamah najib berkaitan 1mdb bukannya kes SRC. 

8. Sekali lagi macai2 najib, korang tak malu ke U turn korang buat dari 1mdb tiada masalah now baru nak kaitkan dengan orang lain? 

Nanti jangan tak panggil pulak zeti masa kes 1mdb nanti.

Friday, 10 December 2021

MENTERI KEWANGAN WAJIB JELASKAN KEWAJARAN PERLANTIKAN SYARIKAT YANG TIADA PENGALAMAN DAN INFRASTRUKTUR UNTUK KENDALI TEKNOLOGI 5G DENGAN KOS RM11 BILLION

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius jawaban Parlimen Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mendakwa Menteri Kewangan Tengku Zafrul melantik sebuah syarikat bernama DNB yang tiada pengalaman dan infrastruktur untuk mengendalikan teknologi 5G dengan kos mencecah RM11 billion.

2. Menurut Timbalan Menteri yang menjawab di Parlimen kelmarin pelantikan itu juga dibuat secara tiba-tiba tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

"Apabila kita dipanggil oleh MOF untuk memberi kelulusan kepada DNB, kita tak bincang pun, tiba-tiba MOF panggil, kena beri kepada DNB”

3. Dua persoalan besar yang tercetus ialah:

(i) Pertama, bagaimana proses perlantikan sebuah syarikat yang tidak berpengalaman boleh dibuat tanpa perbincangan dengan pihak Kementerian yang bertanggungjawab memastikan kesempurnaan pembangunan teknologi 5G?

(ii) Kedua, bagaimanakah proses penilaian dan tender dibuat apabila melibatkan peruntukan sebesar RM11 billion? 

4. Dikhabarkan kos pada mulanya adalah RM7.5 billion sebelum Menteri Kewangan mengatakan peningkatan kos meningkat kepada RM11 billion. CEO DBM pula dilaporkan mendakwa kos adalah RM16.5 billion dan boleh meningkat sehingga RM20 billion.

5. Dengan peruntukan sebesar itu dan pastinya juga melibatkan wang rakyat, maka sudah tentu jawapan tuntas wajib dikeluarkan segera oleh Menteri Kewangan.

6. Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya apa jua bentuk penyelewengan dan ketirisan dalam menyediakan kemudahan teknologi 5G kepada rakyat dengan peruntukan yang besar.

7. Rakyat hari ini mendambakan segala projek yang diluluskan demi kepentingan rakyat WAJIB dibuat mengikut prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik, bebas daripada sebarang bentuk penyimpangan dan penyelewengan, demi memastikan manfaatnya bukan sahaja kembali kepada rakyat tetapi tidak sesekali mempersiakan setiap sen wang rakyat yang dibelanjakan.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Thursday, 9 December 2021

MENGAPA ORANG MELAYU MISKIN DAN ORANG CINA LEBIH KAYA

ADAKAH ORANG CINA LEBIH RAJIN DARI ORANG MELAYU DAN ADAKAH ORANG MELAYU MISKIN DISEBABKAN SIFAT MALAS ITU SENDIRI..

Kita terlewat 10 tahun kebelakang daripada kemerdekaan berbanding dengan negara Indonesia disebabkan pemimpin Melayu terpaksa berunding banyak kali dengan British (lebih 100 kali) demi kepentingan bangsa Melayu, malangnya pemimpin kita tetap gagal akhirnya.

Kegagalan ini menyebabkan terbentuk apa yang dinamakan "kontrak sosial" yang mengandungi rangka perlembagaan hasil campurtangan empat orang asing tanpa hadirnya orang Melayu pun didalamnya.

Umumnya, bangsa Melayu waktu itu sebenarnya tidak ridha dengan kemerdekaan itu kerana kandungan "kontrak sosial" itu berat sebelah yang akan merugikan orang Melayu.

Dari awal lagi British berpihak pada bangsa Cina sehingga membawa sejuta orang Cina pada waktu itu, dengan setiap daripada mereka diberi pemilikan tanah hasil "kontrak sosial" dengan kaum pribumi Tanah Melayu. 

Tanah yang mereka perolehi  adalah tanah yg bernilai seumpama emas, dan juga tanah lombong. Malangnya di kala itu, bangsa melayu hanya memiliki tanah-tanah di kampung yang bernilai amat rendah.

British telah membela kaum Cina sehingga mereka menjadi kaya-raya melalui pembiayaan Bank. Modal kaum Cina yang besar itu dibantu oleh Bank OCBC dan Hong Kong Bank.

Bangsa Cina tidak berjaya melalui kerajinan pun, tetapi kerana besarnya modal mereka tersebut, dan mereka terus menguasai kekayaan itu sehingga kini.

Pada hakikatnya, pada awal lagi bangsa Melayu adalah bangsa sangat rajin menoreh getah waktu awal pagi turut bersawah, waktu petang menganyam. Malangnya, modal mereka terlalu sikit dan pekerjaan mereka di kampung itu tidak membawa kekayaan seperti orang Cina.

Orang melayu bijak sebenarnya namun tersekat dari kemajuan kerana tiada bantuan modal.

Sekarang di Malaysia 60 peratus dari keseluruhan tanah adalah kepunyaan orang asing. 

Tanah rizab melayu di Pulau Pinang telah pupus. Manakala, di Kuala Lumpur tinggal hanya 1 peratus. Sebelum ini, penulis pernah menulis surat berkenaan perkara ini kepada Kerajaan namunnya hasilnya mengecewakan.

Tun Abdul Razak sedar tentang perkara ini atas nasihat Tun Sufian tentang kebanjiran bangsa Cina yang sangat ramai ke Malaysia ketika itu. 

Bagi mengimbanginya, Tunku Abdul Rahman Putra membawa orang-orang rumpun Melayu yang antaranya dari Filipina, Jawa, Sumatera dan seumpamanya berhijrah ke Malaysia.

Hasil penyelidikan penulis bangsa Melayu adalah bangsa kedua tertua selepas bangsa Arab iaitu Bani Jawi daripada keturunan Keturah. Anak Nabi Nuh (as) yang bernama Sam pergi ke Timur. 

Bangsa Melayu ramai dan hasil penyelidikannya adalah 99 peratus DNA bangsa melayu boleh dikesan pada orang asli New Zealand, Hawaii, Djibouti, Burma, Cambodia, Siam dan sebagainya.

Orang Utara (Cina) turun ke bawah dan pada tahun 1972 seramai 2 juta orang Melayu di  Cambodia dibunuh dalam satu tragedi penghapusan etnik. Sekarang Melayu Kemboja cuma tinggal 100 ribu orang sahaja. Vietnam itu satu asimilasi dengan bangsa Cina, yang berasal dari bangsa Melayu juga. 

Kalau lihat pada paras rupa mereka lebih mirip bangsa Cina. Orang Kedah pula ramai yang mati dibunuh Tai (orang Utara), ramai yang berasal daripada Patani dibunuh dgn kejam. Orang Kedah terkemudian ramai yang datang daripada Selangor, Perak dan lain-lain negeri.

Orang Melayu sangat tinggi ketamadunannya. Semasa Portugis mendarat, mereka terkejut melihat Istana Raja Melayu 3 tingkat dan beranda yg luas namun tidak pasti diperbuat daripada apa. Melaka juga mempunyai kubu tembok batu.

Orang Melayu turut terkenal dengan kepandaian dalam bidang maritim. Mereka suka mengembara dengan kapal laut. Kapal laut orang Melayu sangat besar mengalahkan saiz kapal Portugis beberapa kali ganda. 

Dicatatkan China pernah mengimport 200 buah kapal daripada Melaka.

Sebenarnya Laut Cina Selatan itu nama asalnya ialah Pentas Sunda yang menandakan besarnya Kerajaan Melayu yang menguasai lautan ketika itu, malangnya sejarah itu dilenyapkan oleh  penjajah British dengan menukar namanya menjadi Laut Cina Selatan.

Di kala itu Melaka ada istana, Masjid yang elok, sebuah Masjid yang berwarna putih.British menghapuskan tapak-tapak sejarah ini dengan menggunakan jumlah wang yg besar.

Peninggalan sejarah ini banyak dilenyapkan kerana mahu menjaga keharmonian tapi para penyelidik bersetuju mengungkitnya semula selepas kes Kulasegaran mempertikaikan bangsa Melayu bukan penduduk asal.

Para penyelidik mahukan orang Melayu kenal sejarah yang disembunyikan dan memperbaiki bangsa Melayu agar kembali bangkit untuk bersatu agar kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin orang Melayu yang dahulu tidak berulang lagi.

Lenyapnya Pulau Batu Putih ke tangan mereka amat mengaibkan kerana sudah ada perjanjian terdahulu yang dipersetujui bersama, kini kita kehilangan sebuah pulau yang brnilai dari segi lokasinya.

Keadaan yang membarah dalam kontrak sosial ditambah lagi apabila British hanya memajukan kawasan penempatan Cina sahaja iaitu di kawasan bandar dengan menggunakan dana 100 juta Pound Sterling yang bersamaan dengan 1 Billion sekarang. Waktu itu bermulalah Sekolah Cina, Sekolah Inggeris, jalanraya, lampu dan sebagainya.

Melayu masih dikekalkan berada di kampung sedangkan kemajuan dilaksanakan hanya di bandar dengan rancaknya.

Di waktu kemerdekaan Pulau Pinang masih belum sepenuhnya merdeka kerana British memajak tanah selama 4 tahun dan berjanji untuk membayarnya, malangnya mereka mengkhianat lagi pada orang Melayu.

British mengkhianat pada janji mereka kerana tanah-tanah Pulau Pinang yang bernilai tinggi itu tidak diserahkan kpd Kerajaan Kedah tetapi diserahkan kepada orang-orang Cina.

Keadaan orang Melayu bertambah buruk apabila orang-orang Cina diberikan tanah itu, mereka mencagarnya di Bank OCBC dan Hong Kong Bank. 

Maka, orang-orang Cina menjadi jutawan dalam sekelip mata tanpa menumpah keringat, melalui duit Bank itu mereka membeli, membeli dan terus membeli, maka "money makes money".

Konspirasi British dan orang-orang Cina ini menjadikan bangsa Cina menguasai ekonomi negara kita sepenuhnya.

Akibatnya, orang Melayu terus-menerus dipinggirkan dalam ekonomi negara kita hinggalah ke saat ini.

Penulis : Puan Zaharah Sulaiman
Judul Buku : Sejarah Tamadun Alam Melayu
Jawatan : Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Lokasi : INSTAC Kuala Lumpur

 

Wednesday, 8 December 2021

Najib Kekal Bersalah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Najib Razak membabitkan kes dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan itu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta ke atas Ahli Parlimen Pekan itu selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah pada Julai tahun lepas.

Najib, 68, adalah bekas Perdana Menteri pertama di negara ini yang dikenakan pertuduhan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara.

Source



Tuesday, 7 December 2021

Nilai Yang Dibayar Sebenarnya

PELANGGAN: "Berapa kos untuk melakukan kerja ini?"

KONTRAKTOR: RM2,800

PELANGGAN: "Itu terlalu mahal untuk kerja ini!!"

KONTRAKTOR: "Pada pendapat ANDA, berapa kosnya?"

PELANGGAN: "Tidak lebih daripada RM800 - MAX!! Ini kerja mudah!"

KONTRAKTOR: "Saya tidak boleh mengutamakan masa saya untuk bayaran yang sedikit."

PELANGGAN: "Orang dalam bidang kerja anda sangat tamak."

KONTRAKTOR: "Maaf awak rasa macam tu. Kenapa tak buat sendiri?"

PELANGGAN: "Tapi... tapi... saya tidak tahu bagaimana untuk melakukan semua ini."

KONTRAKTOR: "Untuk RM900, saya akan ajar anda dengan TEPAT cara untuk menyelesaikan kerja ini. Kemudian anda boleh membelanjakan RM800 untuk melakukan kerja itu dan anda masih akan menjimatkan RM1,100 - TAMBAH... anda akan mendapat pengetahuan dan  pengalaman untuk kali seterusnya anda ingin melakukan kerja sendiri."

PELANGGAN: "Deal!! Jom buat."

KONTRAKTOR: Untuk bermula, anda memerlukan alatan.  Jadi anda perlu membeli pengimpal, pengisar, gergaji potong, mesin gerudi, tudung kimpalan, sarung tangan dan beberapa perkara lain."

PELANGGAN: "Tetapi saya tidak mempunyai semua peralatan ini dan saya tidak boleh membeli semua ini untuk satu kerja."

KONTRAKTOR: "Kalau begitu, bagi RM300 lagi, saya akan benarkan anda menyewa alatan saya... dan anda masih akan jimat RM800"

PELANGGAN: "Itu mengurangkan wang simpanan saya. Tetapi saya akan menyewa alatan anda."

KONTRAKTOR: "Baiklah! Saya akan kembali pada hari Sabtu dan kita boleh mula."

PELANGGAN: "Tunggu. Saya tidak boleh pada hari Sabtu. Saya hanya mempunyai masa hari ini."

KONTRAKTOR: "Maaf, saya hanya memberi pelajaran pada hari Sabtu, kerana saya perlu mengutamakan masa saya dan alatan saya perlu berada di tempat kerja lain dengan pelanggan lain sepanjang minggu.

PELANGGAN: "Baiklah!! Saya akan korbankan rancangan keluarga pada hari Sabtu."

KONTRAKTOR: "Ya... saya juga. Oh... dan saya terlupa... untuk melakukan kerja anda sendiri, anda juga perlu membayar bahan-bahan tersebut. Semuanya dalam permintaan tinggi sekarang, jadi taruhan terbaik anda adalah untuk mendapatkan  trak anda dan muatkan pada pukul 6 pagi sebelum orang lain sampai ke sana."

PELANGGAN: "ENAM PAGI??? Pada hari Sabtu??? Itu cara untuk saya awal. Dan juga... Saya tidak mempunyai trak."

KONTRAKTOR: "Saya rasa anda perlu menyewa satu.  Adakah anda mempunyai beberapa orang yang kuat untuk membantu anda memuat dan memunggah segala-galanya?"

PELANGGAN: "Ummm... ya tahu... saya telah berfikir. Mungkin lebih baik jika ANDA menyelesaikan kerja ini. Saya lebih suka membayar seseorang untuk menyelesaikannya dengan betul daripada melalui semua kerumitan.

KONTRAKTOR: "Langkah pintar, tandatangani ini dan sila keluar dari jalan supaya saya boleh bekerja."

REALITINYA INI...

Apabila anda membayar untuk pekerjaan, terutamanya buatan tangan, anda bukan sahaja membayar untuk bahan yang digunakan, tetapi anda juga membayar untuk:

 - Pengetahuan
 - Pengalaman
 - Alat
 - Perkhidmatan
 - Masa
 - Ketepatan masa
 - Akauntabiliti
 - Profesionalisme
 - Ketepatan
 - Buruh
 - Pengorbanan
 - Keselamatan
 - Pembayaran obligasi cukai

Tiada siapa yang patut memburukkan kerja profesional dengan menilai harga - TERUTAMA apabila mereka tidak mengetahui semua elemen atau kos yang diperlukan untuk penghasilan karya tersebut.

Ini hanyalah remix cerita lama yang pernah saya dengar dan saya berkongsi ini sebagai sokongan kepada tukang, pakar dan usahawan di mana-mana!

Anda tidak boleh tawar-menawar perkhidmatan yang anda sebenarnya tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan untuk melakukannya sendiri.  Anda tidak boleh mendapatkan parti makan malam gourmet berkualiti tinggi dengan harga yang sama dengan Happy Meal daripada McDonald's.  Dan anda tidak boleh marah apabila orang yang mahir sebenarnya TAHU nilai mereka sendiri.

Jadi bijak.  Percayai profesional yang bereputasi.  Dan jangan lupa... bahawa anda SENTIASA mendapat apa yang anda bayar.

Monday, 6 December 2021

Ditemukan dalam keadaan kaku kerana terlalu lama meditasi

Seorang sami Tibet telah ditemukan di pegunungan Nepal. Dia dianggap sebagai manusia tertua didunia dengan usia 396 tahun. Dia ditemukan dalam keadaan kaku kerana terlalu lama meditasi. Ketika pertama kali ditemukan dalam sebuah gua, para pengkaji menyangka dia adalah mumia.

Namun,ketika para pengkaji memeriksa apa yang mereka sangka adalah mumia, mereka terkejut kerana terdapat tanda-tanda sami tersebut masih hidup. Diantara barang-barang sami tersebut, pengkaji menjumpai secebis kertas dengan tulisan kuno yang jika diterjemah bermaksud  

"BERHENTILAH PERCAYA DENGAN SEGALA BENDA PELIK YANG ANDA BACA DAN JUMPA DI MEDIA MASSA"...

Sunday, 5 December 2021

Pentingnya Menteri ada SPM

Semasa berumur 17 tahun dahulu ramai diantara kita mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tujuan mengambil peperiksaan tersebut adalah kerana perbagai sebab. Ada yang mengambilnya kerana terpaksa atas desakan ibubapa, ada yang mengambilnya secara sambil lewa tanpa membuat persediaan dan tak kurang juga yang bersemangat untuk hadir peperiksaan kerana mereka sudah bersedia dan benar benar mahu lulus dengan cemerlang.

Apabila keputusan keluar, perbagai telatah boleh kita lihat pada pelajar tersebut. Ada yang begitu gembira, ada yang sedih dan kecewa malah tidak kurang juga yang tidak mengalami sebarang perasaan sedih atau gembira sama sekali.

Begitulah seterusnya apabila yang lulus SPM menjadi lebih gembira apabila layak meneruskan pelajaran ke universiti dan ada pula yang kecewa kerana gagal layak masuk. Dan tetap ada yang tidak mengalami sebarang perasaan sedih atau gembira walaupun tidak layak untuk meneruskan pelajaran mereka dimana mana.

Setelah lulus universiti ada yang bergembira kerana ditawarkan pekerjaan yang layak dengan kelulusan mereka dan ada juga yang bersedih kerana gagal untuk mendapat sebarang pekerjaan.

Setelah bekerja beberapa tahun ada yang bergembira kerana dapat naik pangkat menjadi ketua pengarah dan ada yang bersedih kerana gagal naik pangkat.

Setelah menjadi ketua pengarah tiba tiba beliau menjadi sedih kerana rupa rupanya ketua pengarah perlu mengikut arahan menteri. Dan lebih menyedihkan ialah menteri tersebut ialah kawan sekolahnya yang dulu gagal SPM dan tidak layak untuk masuk universiti.

Malah kawannya yang dulunya seorang budak nakal dan malas belajar akhirnya mempunyai kuasa untuk menentukan halatuju sebuah kementerian.

Akhirnya dia menjadi lebih sedih melihat kerosakan yang dilakukan oleh seorang yang tidak lulus SPM.

Friday, 3 December 2021

Orang Politik dibelakang Kartel Makanan

Saya tak nak salahkan sesiapa.  

Saya bela ayam sendiri. Saya bela ayam kampung kacuk. Saya tak jual dengan pemborong.  

Saya dah cakap hari tu.  Sayur,  ayam dan daging ni naik harga sebab pihak yang beruntungan nak desak kerajaan ambil ayam,  sayur dan daging import.  

Bila sayur naik harga
Bila ayam naik harga 
Bila daging naik harga 

Nanti adalah media,  NGO,  pembangkang bising sana sini.  Semua tu konon-konon je jadi hero.  

Nasib petani macam mana?  
Nasib penternak macam mana? 

Jangan harap ada yang tengok dan bela.  Saya berkata benar.  Saya bela ayam sendiri.  Sepanjang tempoh harga ayam naik.  Saya tak naik kan harga pon.  Saya juga tahu kawan-kawan penternak tak dapat pun harga yang cantik dari pemborong.  Banyak je ayam yang lebih hari dan tak terjual. Macam mana boleh kata bekalan tak cukup.  

Siapa je yang naikan harga ni sebenarnya?  

Bukan petani, pekebun atau penternak.  

Katanya orang tengah.  Mereka boleh je sesuka hati naikan harga.  Tengah hari harga lain,  petang harga lain,  malam harga lain.  

Kenapa saya tahu?  

Sebab saya pergi pasar borong setiap hari untuk beli sayur.  Harga hari ni dengan semalam tak sama.  

Macam-macam taukey tu cakap.  Sayur mahal sebab hujan.  Ayam tak ada sebab banyak permintaan.  

Janganlah nak bodohkan bang oi.  Macam mana boleh mendadak naik.  Sayur kita tanam hari ni bukan boleh terus petik esok.  Kalau lada perlukan 2 bulan dari tanam baru berbuah itu belum boleh dipetik.  

Ayam, boleh naik sampai RM5 sekilo dari harga asal.  Mana boleh tak cukup.  Ayam boleh masuk peti sejuk beku.  Bukan busuk pun.  Lepas tu boleh jual bila ayam tak cukup.  

Saya nak ajar korang satu je kira-kira. Saya bela ayam 5000 ekor je satu pusingan.  Ada syarikat besar bela ayam 5 juta keluar sebulan.  Kalau ayam naik harga RM2 je sekilo. Sehari berapa deorang dapat untung.  

Lama lah dulu.  

Saya ada seorang kenalan.  Bukanlah rapat sangat.  Tapi kira mewahlah.  Dia kata dia bisnes import export.  Sekali saya tanya lah dia.  Bisnes apa?.  Dia kata dia bekalkan kepak ayam dari luar negara. Hantar pasar raya besar.  Sekali lagi saya tanya soalan lurus bendul.  Halal ke ayam tu.  krik krik krik dia tak jawab terus cerita lain.  

Ingat lagi setahun lepas.  Satu syarikat yang dapat AP di dakwa kerana telah cuba menipu dengan mengatakan membekal daging lembu sedangkan daging yang dibekalkan adalah daging kuda dan daging kanggaro. 

Boleh percaya ke lagi syarikat yang dapat AP ni?  

Kekadang jadi penternak ni katanya kerjaya paling bawah. Nampak bersusah payah.  Nampak baju koyak,  murah dan nampak bodoh.  Plot-plot drama pun tayang orang kampung ni selalu miskin.  

Rakyat kita pun nak yang murah.  Deorang kempen sendiri kata daging import, ayam import,  sayur import jauh lebih murah.  Orang kampung ada seorang dua tanam sayur,  bela ayam susah nak beli. Baik beli kat pasar raya. Ada class gitu.  

Pernah dulu kerja kat Jordan setahun.  Sebelahnya negara Palestine. Yang korang beri derma selalu tu.  Mereka pun makan nasi basmati.  Mana ada makan beras hancur.  Kita ni dari dulu tak berubah.  Anak-anak kita beri makan beras hancur,  ikan paling murah. Macam mana anak-anak kita nak membesar dengan sihat.  Berfikir dengan cerdas.  

Saya surah isteri saya tukar beras.  Kalau boleh anak-anak beri makanan yang paling berkhasiat.  Dah tahu sayur import pakai racun yang merbahaya.  Tapi sayur kita yang baik-baik kita export ke Singapore. Rakyat kita makan sayur yang kurang berkualiti.  

Tak payah nak fikirlah. Dunia ni medan tipu-tipu. Hanya ada 2 pilihan untuk dibuli atau membuli.  Selagi ada yang berkepentingan dan beruntung pasti perkara ini akan terus menerus mengikut pusingannya.  

Bila saya tulis macam ni,  ada yang mesej " ko pandai sangat ko jadi lah YB, bertanding lah.  Jangan panda cakap je?  ". Apasal pulak aku nak jadi YB, aku cuma pekebun cabuk je.  Korang ni selalu cepat koyak le.

C/p facebook Coach Bahar

Wednesday, 1 December 2021

Yang Basic Pun Ramai Tak Lepas

Ramai yang tahu berkenaan teknikal untuk menjadi calon namun untuk memenangi pilihanraya, ia memerlukan taktikal. Taktikal amat penting kerana ia banyak membantu untuk memenangi pilihanraya.

Dalam menjalankan taktikal ini kita memerlukan basic strategi untuk mula masuk gelanggang diantaranya ialah:

1. Setidak tidaknya calon hendaklah dikenali oleh satu kelompok dalam masyarakat. Kalau lebih banyak kelompok yang kenal calon maka adalah lebih baik.

2. Sebaik baiknya kelompok itu biarlah pengundi di dalam kawasan yang calon ingin bertanding.

3. Kalau tidak ada maka perlu wujudkan kelompok itu agar berdaftar mengundi di kawasan tersebut.

4. Kebiasaannya menjadi lebih mudah sekiranya kelompok itu adalah terdiri dari ahli ahli parti sediada. Maka calon mempunyai lebih advantage sekiranya kawasan yang ingin dipertandingi mempunyai ramai ahli parti. Calon perlu tahu terlebih dahulu berapakah jumlah ahli parti didalam kawasan tersebut. Sekiranya tidak ramai maka perlu berusaha untuk menambah kerana kebiasaannya ahli parti akan mengundi partinya sendiri.

5. Calon perlu mengenalpasti pattern kehendak pengundi di kawasannya agar dapat bercakap nada yang sama dengan pengundi. 

6. Calon perlu mengenali calon dari pihak lawan terutamanya penyandang jawatan. Ini kerana mengetahui kekuatan lawan akan membuatkan calon lebih bersedia dan lebih cermat dalam berkempen.

7. Perang saraf dan gerak saraf perlu dijalankan di kawasan yang hendak ditandingi. Dan kebiasaannya pada pru yg lepas kita dapati perangsaraf yang dibuat oleh pembangkang ialah menjurus kepada sentimen agar pengundi sekata dalam memarahi kerajaan kerana tidak puas hati.

Dibawah ialah sekadar beberapa contoh:

a) Isu yang paling mujarab adalah kenaikan harga barang. Ini akan membuatkan pengundi melayu begitu marah kepada kerajaan kerana kerajaan gagal membendung kenaikan tersebut. Padahal yang menaikkan harga barang adalah peniaga cina dan majoriti peniaga cina adalah penyokong Dap. Ini menampakkan betapa kuatnya pengaruh Dap didalam kelompok peniaga cina. Dan secara tidak langsung peniaga cina membantu dap.

b) Isu rasuah
Menceritakan betapa kerajaan diwaktu itu kuat makan rasuah hinggakan kes 1MDB menjadi zikir harian rakyat malaysia.

c) Isu kenaikan harga minyak

8. Calon perlu kenalpasti apakah kekuatan dan kebolehan dirinya sendiri dan sekiranya tiada maka perlu wujudkan satu. 

9. Dalam memenangi pilihanraya ada 2 kaedah yang menjadi kebiasaan strategi parti:
a) Menyebarkan kehebatan diri 
b) Memburukkan pihak lawan

Dan kebiasaanya calon yang tidak mempunyai kehebatan diri sendiri lebih suka memilih cara (b) kerana ia lebih mudah kerja.  Namun begitu mangsa perlu dipilih dengan betul kerana kadangkala sekiranya mangsa itu lebih bijak maka serangan balas yang lebih dahsyat akan berpatah balik kepada calon. 

Cara yang paling selamat ialah parti perlu menetapkan siri serangan terhadap pihak lawan mengikut turutan melalui pihak ketiga yang diupah. Dan calon hanya perlu memberi feedback komentar di dalam media. Dan inilah yang digunakan oleh pihak pembangkang pada masa lalu yakni menggunakan Sarawak Report sebagai peledak membogelkan salahlaku kerajaan.

Sebaik baiknya calon janganlah hanya mengharapkan populariti parti sahaja untuk memenangi kerusi kerana kadangkala parti mudah mendapat nama yang buruk kerana mempunyai calon yang tidak berkaliber.

Biarlah parti dikenali kerana calon dan bukannya calon menang kerana semata mata parti. Kebiasaanya calon yang menumpang populariti parti akan mengabaikan kawasan sebaik sahaja mereka menang.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...