Tuesday, 7 January 2020

Selesa

Perkataan selesa sudah menjadi sebati dengan orang melayu. Namun tidak semestinya kita sudah selesa maka orang lain pun turut juga selesa.

Diwaktu penjajahan inggeris dahulu ada juga orang melayu yang amat selesa tetapi ia bukanlah menjadi satu isyarat bahawa kesemua orang melayu turut selesa.

Diwaktu itu pembesar pembesar dan raja raja melayu amat selesa dengan layanan penjajah, namun lama kelamaan mereka mula tidak berpuas hati kerana keselesaan mereka tidak sama selesanya semasa pemerintahan nenek moyang mereka menjadi pembesar dan raja melayu.

Begitu juga semasa penjajahan jepun semasa perang dunia kedua. Bukan semua orang melayu marah kepada jepun. Ada sebahagian orang melayu yang selesa semasa jepun memerintah. Mereka diangkat menjadi pegawai dan mata mata jepun untuk menangkap rakyat yang mengkhianati jepun.

Mereka begitu selesa kerana mempunyai kuasa besar untuk menganiayai sesiapa sahaja yang mereka suka.

Begitu juga semasa pemerintahan umno selepas merdeka. Bukan semua orang melayu yang dapat hidup selesa. Yang terasa selesa cumalah pemimpin pemimpin umno dan orang orang mereka disekeliling.

Dan kini pakatan harapan pula yang memerintah, sudah semestinya bertambah ramailah yang tidak merasa selesa.

Pemerintahan Pakatan harapan dirasai sebagai kerajaan anti melayu dan begitu lunak dengan kaum lain.

Kerajaan ini juga dilihat sebagai sebuah kerajaan yang mahu membalas dendam diatas ketidakselesaan kaum bukan melayu semasa pemerintahan umno.

Yang lebih malang lagi ialah kaum melayu yang tidak pernah merasa selesa dizaman pemerintahan umno dulu juga turut dihimpap dengan segala aneka ketidakselesaan dibawah kerajaan mesra liberal ini.

Namun begitu segelintir melayu yang menjadi saka kepada pemimpin pakatan harapan mampu hidup selesa walaupun negara masih dihambat dengan krisis kewangan dan krisis politik.

Walaupun begitu, pertelingkahan diantara anwar dan mahathir membuatkan ramai tidak selesa...


No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...