Monday, 13 January 2020

Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

Nampaknya sudah bertahun tahun masalah keahlian masih belum selesai didalam parti bersatu.

Nampak seperti begitu susah untuk mentadbir sebuah parti kecil berbanding mentadbir parti besar.

Agaknya apakah agenda yang sedang elitis di dalam bersatu sedang mainkan?

Terlalu banyak membuat perkara magik hanya membuatkan orang hilang kepercayaan kepada Tun...

Tak perlu lah nak block sekiranya ada ahli yang ingin bertanding. 

Biarkan ramai yang bertanding agar masing masing mendapat pengalaman baru dan ia akan menjadi satu ilmu baru bagi mereka.

Kita tidak mahu apabila terlalu menyekat orang menjadi pandai akhirnya parti itu dihuni oleh orang orang bangang semata mata.

Takkan lah kita mahu orang bangang memimpin negara?

Cukup cukuplah isu isu pelik yang berlaku sekarang ini, jangan dibiarkan kebangangan itu diwariskan kepada anak anak muda pula...

Janganlah rasa teruja apabila tiba tiba ada orang bersuara lembut dengan kata kata manis menjemput anda menghadiri mesyuarat parti bersatu.

Mereka bukanlah mahu meraikan anda tapi sebaliknya mereka mahu mencukupkan korum mesyuarat semata mata.

Selepas habis bersidang mereka pun tidak mengenali anda kembali.

Agak memalukan juga kerana pemimpin tertinggi parti bersatu adalah dikalangan mereka yang pernah menjadi pemimpin didalam parti umno puluhan tahun.

Sepatutnya mereka lebih cekap dalam menjalankan persidangan parti namun apa yang kita lihat mereka seolah olah seperti baru beroganisasi.

Nampak seperti selama mereka menjadi pemimpin mereka hanya mengharapkan orang bawahan untuk mengurus dan mentadbir parti.

Apabila mesyuarat perlu ditangguh itu memberi satu signal bahawa ada masalah yang tidak boleh diselesaikan hingga memaksa pihak pengurusan menangguhkannya.

Sudah bertahun tahun parti ini wujud  namun masalah keahlian masih belum dapat diselesaikan.

Sebenarnya mereka bukan sahaja tidak berpengalaman tetapi tidak mahu belajar.

Mereka beranggapan segala galanya boleh selesai hanya dengan menggunakan kuasa.

Kita boleh meramalkan parti ini akan terkubur sebaik sahaja Tun bukan lagi Perdana Menteri.

Dalam usaha mahu mengaburi mata rakyat saya menjangkakan mesyuarat cawangan cawangan parti bersatu pastinya akan dihadiri oleh bukan ahli bagi meramaikan jumlah kehadiran.

Strategi begini pernah mereka lakukan semasa mereka didalam umno dahulu.

Tektik begini nampak seperti bijak tapi sebenarnya ia adalah satu sabotaj kepada parti.

Saya agak terkejut apabila diberitahu bahawa ada kedapatan ketua ketua cawangan umno tiba tiba menjadi ketua cawangan di dalam parti bersatu sebaik sahaja pemilihan parti bersatu mahu diadakan.

Nampaknya kes salin kulit bukan sahaja boleh berlaku dalam memohon projek kerajaan tetapi salin logo juga boleh diadakan dalam parti berstatus pening ini.

Rupa rupanya terlalu lama duduk diatas bukanlah satu kayu ukur mampu menguruskan parti.

Mungkin Parti bersatu perlu mendapatkan sedikit tunjuk ajar daripada Ku Nan bagaimana mahu menguruskan parti agar line up yang pucuk pimpinan mahukan boleh menang satu papan dalam pertandingan ini.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...