Wednesday 1 January 2020

Sama saja semua parti

Kadangkala pelik dengan para menteri ni. Alasan untuk memboleh kan dapat gaji, elaun besar dan banyak kemudahan alasannya kerana mereka perlu turun berjumpa rakyat dan bekerja siang malam untuk rakyat.

Rakyat tidak pernahpun memaksa mereka siang dan malam. Mereka sendiri yang mahukan begitu.

Selepas dapat jawatan mereka seperti mahu claim balik segala saat, minit dan jam yang mereka gunakan untuk berpolitik.

Pendek kata bayaran masuk tandas awam pun mereka nak claim balik selepas menjadi menteri.

Walaupun sudah bergaji besar namun orang politik tetap mahu mendapat lebih pendapatan dengan menggunakan jawatan mereka.

Hampir mustahil mahu menginsafkan orang orang politik ini apabila ianya bersangkutan dengan wang ringgit.

Malah hampir pasti mana mana parti pun tetap sama hanya berpaksikan pada keuntungan peribadi.

Atas sebab inilah sudah sewajarnya lah Nabi Muhammad tidak siapapun mampu ditandingi kerana walaupun menjadi ketua kerajaan Islam namun masih tetap istiwamah menjalani hidup dengan sedehana.

Dan baginda ditauladani oleh keempat empat khalifah Islam selepasnya yakni Saidina abu bakar, umar, uthman dan ali.

Kesemua mereka telah berjaya membesarkan empayar tanpa berubah jatidiri.

Dunia cuma dibawah tapak kaki mereka.

3 comments:

  1. ...bila mati, mana lagi bole kumpui reta lagi, masa hidup nii la kena rebut.

    ReplyDelete
  2. Lirik Lagu Wawasan 2020

    Haahh Tepukkk..!!

    Bendera berkibar di angkasa
    Lambang negara jaya
    Rakyat sepakat sehati sejiwa
    Dengan berbakti dengan megah
    Hadapi cabaran masa muka
    Penuh tenaga murni
    Bakti dicurah sehara-sehala
    Dengan wawasan yang suci
    Wawasan meningkat kemajuan
    Tiada lagi kepincangan
    Kemewahan rasa-dirasai
    Bersama kita nikmati
    Wawasan 2020
    Satu pandangan jauh
    Bukan impian malah kenyataan
    Bersama kita jayakan

    Penyanyi Roy

    Haahhh Tepukkkk...!!

    ReplyDelete
  3. Semua ahli politik sama jer la... Rakyat bodoh Memang patut dpt pemimpin penyangat dn bangang.. Haaa tepuk semua utk diri sndri.

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...