Sunday 12 January 2020

Bersatu Parti Pening

Melihat kepada senario politik negara pada hari ini hampir kesemua parti melayu mengalami satu sumpahan yakni bertelagah sesama sendiri didalam parti masing masing.

Andaikata kesemua parti politik ini diharamkan sekalipun besar kemungkinan orang melayu tetap juga akan bertelagah.

Mungkin masa itu pertelagahan lakibini akan menjadi lebih rancak pula kerana dah takde orang lain untuk di ajak bergaduh.

Skang ni kalau tak gaduh bukan melayu namanya...

Gaduh ngan cina, gaduh ngan india, gaduh sesama melayu dan skang ni dalam satu partipun tetap nak gaduh juga...

Teringat semasa aktif politik suatu masa dahulu diwaktu pemilihan.

Kami kalau nak bertanding kami akan bertanding menggunakan perbagai strategi untuk memenangi hati ahli agar mengundi kami.

Tapi zaman skarang mereka menggunakan tektikal kotor iaitu membuang ahli ke tempat lain supaya tidak layak mengundi.

Agaknya nanti pada masa pru akan datang, mereka akan memindahkan rakyat malaysia ke negara lain pula supaya tidak boleh mengundi...

Saya sebenarnya agak tertarik dengan sistem mengundi yang dilakukan oleh parti PKR.

Saya lihat sistemnya lebih telus berbanding dengan parti parti lain.

Mereka membenarkan ahli ahli membayar yuran tahunan pada hari mengundi bagi melayakkan ahli ahli untuk mengundi calon masing masing.

Tidak berlaku penyalahgunaan teknikal untuk menafikan hak ahli untuk mengundi.

Cuma masalahnya bila dah kalah berlaku pergaduhan itu memang tak dapat di elakkan sebab biasa lah orang kalah mestilah kecewa.

Namun sistem itu lebih telus dan adil kepada ahli ahli.

Berbanding dengan parti lain yang mensyaratkan jangkawaktu untuk membayar yuran dan apabila ahli nak bayar yuran mereka tutup pejabat.

Ini parti pening...😁😁😁

Secara peribadi saya ingin mengucapkan syabas kepada sahabat saya yakni Syed Razif dari parti bersatu yang terus berjuang melawan kleptokrasi dan kronisma didalam parti dan kerajaan negeri perak.

Dengan wujudnya orang sebeginilah yang membuatkan syaitan perlu bekerja lebih keras lagi.

Namun sokongan dari rakan rakan dan rakyat bawahan mampu membuatkan kebenaran berada di landasan yang betul.

Kita tidak boleh nak mengharapkan pemimpin atasan kerana golongan elitis hanya memenangkan kumpulan elitis mereka sahaja.

Saya sebenarnya tidak mahu masuk campur didalam pemilihan parti Bersatu. Tapi melihatkan rakan rakan saya dianiaya dan dinafikan hak mereka sebagai ahli mulalah hati saya tidak tenteram.

Ia membuatkan keringat tua ini menjadi bersemangat.

Nak harapkan orang muda nampaknya mereka sudah berjaya dilalikan dengan dedak sekupang dua sekilo...

Dapat berselfie dengan pemimpin pun bagi mereka sudah mencukupi untuk digelar sebagai pejuang...

Kadangkala apabila difikir fikirkan apa yang susah sangat untuk mentadbir sebuah parti kecil seperti parti bersatu ini?

Sekiranya pemimpin mengikut peraturan dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik maka tidak ada ahli yang boleh menidakkan keputusan pemimpin.

Tapi malangnya apabila pemimpin sendiri sudah gelong maka mereka menggunakan kuasa untuk membunuh kepercayaan ahli ahli sendiri terhadap parti.

Contohnya...

Bila sudah sah mereka itu adalah ahli maka benarkan lah saja mereka untuk menjalankan hak tanggungjawab mereka untuk bertanding dan mengundi.

Tapi malangnya pemimpin bersatu ini tidak yakin akan sokongan terhadap mereka. 

Mereka sedar mereka menjadi pemimpin kerana bernasib baik dan bukan kerana mereka adalah terbaik.

Sebagai rakyat marhaen mungkin kita boleh buat sesuatu untuk menyampaikan satu signal jelas kepada Tun selaku pengerusi parti bersatu berkenaan kebobrokan pimpinan parti bersatu.

Sebagai orang melayu agak tidak beradab sekiranya kita menegur pemimpin tertinggi kerana menegur pemimpin akan membuatkan ego mereka tercabar.

Maka kita perlu bertindak secara politik juga.

Untuk membuatkan elitis bersatu ini tersentak ialah Yb Mazlee perlu bertanding didalam jawatan tertinggi parti, sekurang kurangnya jawatan Naib presiden parti.

Malah kita akan berkempen secara terbuka untuk memenangkan mazlee.

Buktikan tanpa jawatan menteri, mazlee mampu menang kerana sokongan rakyat yang mahukan ahli bersatu memilih beliau dan ini akan memberi satu tamparan kepada Tun agar memandang ke bawah untuk memperbetulkan pentadbiran parti bersatu yang sudah terlalu korup.

1 comment:

  1. Eloklah cari parti yang benar benar berfungsi untuk islam dan bumiputera dan rakyat seluruhnya.

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...