Thursday 9 January 2020

Ke mana Halatuju Mazlee?

Mazlee telah dipecat sebagai menteri pendidikan oleh perdana menteri yang juga adalah pengerusi parti Bersatu.

Parti tersebut akan menjalani pemilihan parti pada masa terdekat ini dan ia pastinya menjadi satu kayu sukat kepada Mazlee samada beliau diterima oleh ahli ahli Parti sebagai mangsa keadaan.

Mazlee sewajarnya mencuba nasib untuk bertanding ke salah satu jawatan tertinggi parti bagi test market sejauh mana sokongan ahli ahli parti terhadapnya tanpa membawa tiket jawatan yang disandang.

Ahli ahli parti bersatu pula sebenarnya perlu memikirkan selangkah ke hadapan dengan meletakkan Mazlee memegang salah satu jawatan tertinggi parti.

Ini amat penting untuk survival parti kerana sekiranya mazlee tidak memegang jawatan tinggi parti, besar kemungkinan mazlee akan dirisik oleh parti PKR yang sebenarnya adalah lebih dekat dengan Mazlee sebelum wujudnya parti Bersatu.

Tanpa jawatan didalam parti tetapi masih menjadi ahli parlimen, pastinya mazlee menjadi rebutan diantara parti parti komponen untuk menambahkan kerusi parlimen parti masing masing dengan mempelawa mazlee menyertai parti mereka.

Ahli ahli parti bersatu perlu lebih bijak dalam mencatur masa depan parti.

4 comments:

  1. Lebih baik bekas menteri yang telah diLAKNATI oleh atok ini meletak jawatan sebagai MP sebab punyai rekod MENIPU kononnya ingin mansuhkan TOL SIMPANG RENGGAM?

    Itu pun kalau2 masih punya maruah diri?

    ReplyDelete
  2. Ko nak suruh ahli PPBM jd lebih bijak..kalau diorg bijak tak lah diorg masuk ppbm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg bijak tu masuk mana tuan?umno ke?

      Delete
  3. tanya hala tuju orang...hala tuju diri sendiri dan keluarga macam mana?anak2 sendiri dah ada hala tuju ke?

    ReplyDelete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...