Friday, 31 January 2020

Bijaksana atau Wang Emas?

Khalifah telah bertanya kepada Abu Nawas, apa yang akan dipilihnya antara kebijaksanaan dengan wang emas.

Abu Nawas tanpa berfikir panjang terus menjawab, "aku pilih wang emas."

Khalifah dan pegawai-pegawai kerajaan lain kehairanan mendengar jawapan Abu Nawas ini. Khalifah berkata, "aku tidak hairan jika jawapan itu daripada pelayan-pelayan, tetapi mengapa orang sebijak kamu memilih emas?"

Abu Nawas menjawab, "seseorang itu meminta apa yang tidak dimilikinya. Semua orang di negeri ini telah mengetahui bahawa aku ini memiliki fikiran yang bijaksana, jadi apa perlunya aku memohon kebijaksanaan lagi? Dan apa yang tidak aku miliki adalah wang emas."

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...