Monday, 8 March 2021

PANAS: UMNO Bakal Tinggal 8 Kerusi Sekiranya Menolak PAS dan PPBM Pada PRU 15?

Oleh: Dr Muslim (Penganalisis Politik) 
22 Jan 2021
Mampu Centre / MM014

Disclaimer/Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana pemimpin atau mana-mana parti politik.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat 117 kerusi majoriti orang Melayu Islam dari 166 kerusi parlimen. Sementara di Sabah dan Sarawak ada 21 kerusi majoriti orang Bumiputra Islam dari 56 kerusi parlimen. Definisi kawasan majoriti ialah kawasan di mana bilangan sesuatu etnik melebihi 50 peratus. Kawasan campuran pula adalah kawasan di mana tidak ada sesuatu etnik pun yang mempunyai bilangan yang melebihi 50 peratus. 

Mana-mana parti yang menguasai 117 kerusi parlimen ini kebiasaannya akan menerajui pemerintahan negara Malaysia. 

Pada PRU 14 (9-Mei-2018), 117 kerusi parlimen ini telah dimenangi oleh parti-parti berikut:

1. UMNO = 46
2. PKR = 30
3. PAS = 18
4. PPBM = 12
5. PAN = 9
6. MCA = 1
7. DAP = 1

Ini bermakna BN mendapat 47 kerusi, PAS 18 dan PH 52. Maka PH Berjaya memenangi PRU 14 kerana mendapat kerusi tertinggi. Seandainya BN dan PAS bergabung dalam PRU 14 dahulu, maka PAS dan BN sepatutnya memenangi PRU 14 kerana mereka mendapat 65 kerusi dari PH. 

Secara keseluruhannya, PAS (18 kerusi) dan BN (79 kerusi) mampu merampas 31 kerusi PH menjadikan jumlah kerusi mereka sebanyak 128 seandainya mereka bersatu pada PRU 14. Dengan majoriti 128 kerusi, BN dan PAS sepatutnya memerintah Malaysia pada PRU 14 dan bukannya PH. Tuan-tuan boleh merujuk analisis tuntas saya yang lepas-lepas di Facebook Mampu Centre.

Kalau kita lihat dari sudut kawasan majoriti Melayu pula, dan jika UMNO bergabung bersama PAS dan PPBM, kesemua kerusi majoriti Melayu akan menjadi hak UMNO, PAS dan PPBM kecuali 9 kerusi. Setelah ditolak 3 YB yang sudah melompat ke PN, Kamarudin Jaffar, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin, maka 6 kerusi yang mampu dimenangi PH ialah:

P.107 Sungai Buloh
P.118 Setiawangsa
P.116 Wangsa Maju
P.108 Shah Alam
P.097 Selayang
P.160 Johor Bahru

Kalau PAS, UMNO, dan PPBM mampu menang 111 (117-6) kerusi di Kawasan majoriti Melayu di Semenanjung Malaysia, jangan beritahu saya yang PN di Sabah dan Sarawak tidak mampu menang 10 atau 20 kerusi?

Sekarang mari lihat apa akan terjadi sekiranya UMNO tidak bergabung dengan PAS dan PPBM.

Dalam analisis terbaru ini, saya membandingkan jumlah undi PAS campur undi PPBM/PKR dengan undi UMNO pada PRU 14 didalam 117 kawasan majoriti Melayu. Satu andaian yang saya gunapakai dalam analisis ini ialah jumlah undi penyokong PH yang menarik balik sokongan mereka keatas pembelot-pembelot PH adalah lebih kurang sama dengan jumlah undi penyokong UMNO yang juga akan menarik balik sokongan mereka keatas pembelot-pembelot UMNO yang ingin bergabung dengan Anwar atau DAP. 

Keputusannya amat mengejutkan saya, kerana UMNO hanya mampu menang 11 kerusi berbanding 46 kerusi semasa PRU 14 seperti tertera dibawah ini:

1. Ahmad Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi
2. Abd. Latiff Ahmad
3. Hasan Arifin
4. Shamsul Anuar
5. Mas Ermieyati Samsudin
6. Adham Baba
7. Mustapa Mohamed
8. Hishammuddin Hussein
9. Mohd Najib Mohd Razak
10. Azalina Othman
11. Halimah Mohd Sadique

Setelah di tolak tiga orang yang merentas sempadan UMNO ke PPBM, Abd. Latiff Ahmad, Mas Ermieyati Samsudin dan Mustapa Mohamed, maka hanya 8 orang UMNO yang mungkin menang dari 117 kerusi majoriti Melayu. (Sila lihat analisis yang dilampirkan  bersama)

Kesimpulan

1. UMNO perlu muhasabah diri sebelum menolak kerjasama PAS dan PPBM kerana UMNO berkemungkinan hanya boleh menang 8 dari 117 kerusi majoriti Melayu.

2. Kalau Tun Mahathir yang merupakan pemimpin UMNO yang paling berpengaruh dengan 22 tahun pengalaman sebagai Presiden UMNO pun mampu menang 12 kerusi sahaja daripada 52 kerusi yang dipertandingkan pada PRU 14, jangan beritahu saya ada pemimpin UMNO yang lebih hebat daripada Tun Mahathir.

3. Bermodalkan 8 kerusi, UMNO tidak mampu untuk menolong Anwar dan DAP untuk memenangi PRU 15.

4. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang sangat terkesan dan serik dengan pemerintahan DAP/PH selama 22 bulan sudah pasti tidak akan menyeberang ke PKR/DAP sekiranya Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi mahu berbuat demikian.

5. Sekiranya UMNO bersama PAS dan PPBM, PH mungkin hanya mampu menang 6 kerusi dari 117 kerusi majoriti Melayu sahaja pada PRU 15. Inilah yang menghantui PH. Jadi PH amat mengharapkan UMNO berpecah dengan PAS dan PPBM. Ironinya, UMNO belum pasti dapat membantu PH memenangi PRU 15 kalau hanya mampu menang 8 kerusi.

6. Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi perlu ingat yang akan menyokong UMNO sekiranya beliau berjaya membawa UMNO ke PKR atau DAP hanyalah kaum kerabat dan pemimpin UMNO bahagian yang rapat serta kroni-kroni beliau. Ahli-ahli UMNO yang tidak berkepentingan dan orang Melayu yang sudah tahu tembelang DAP tidak mungkin menyokong UMNO. Cuba lihat Tun Mahathir, hanya kroni-kroni beliau sahaja yang menyokong beliau, sedangkan majoriti orang Melayu menolak beliau pada PRU 14. 

7. Hatta Cristiano Ronaldo sendiri pun tidak disokong oleh pengundi Manchester United setelah beliau masuk pakatan Real Madrid. Jadi, jangan merasa diri kita hebat sampai kita ingat ramai orang suka atau simpati kepada kita dan menyokong kita. Sebenarnya kebanyakan orang yang sukakan kita kerana mengharapkan sesuatu daripada kita. Tanpa sesuatu, orang tidak ambil tahu pun pasal kita. Ini adalah lumrah alam.

8. DAP sekarang berada dalam situasi “catch 22” – DAP mahu membawa agenda “Malaysian Malaysia” dengan meruntuhkan “social contract” atau kepentingan bangsa Melayu tetapi dalam masa yang sama memerlukan undi Melayu. Agenda DAP ini terserlah semasa 22 bulan pemerintahan PH. Jadi, mana mungkin orang Melayu mahu undi PH yang bertujuan untuk membumihangus hak-hak orang Melayu.

9. Dalam pada itu, PAS dilihat terus istiqamah sampai sekarang, berusaha dan berdoa agar UMNO dapat bersama dengan PAS dan PPBM walau PAS diasak, diperli dan diberi kata dua demi mempertahankan kuasa Melayu Islam. PAS tidak pernah jemu, tidak pernah penat, tidak pernah menutup pintu rundingan pun, dengan memberi masa, ruang dan harapan untuk UMNO bersetuju bergabung dalam satu perpaduan Islam. 

10. PAS yang memperolehi 2,032,080 undi berbanding dengan BN 4,080,797 dan PPBM 718,648 bukan sahaja dilihat sebagai "kingmaker" 
dan "arbitrator" tetapi juga sebagai "key player". Sekiranya PPBM menolak PAS bermakna PPBM menolak 2 juta undi PAS. Sama juga, jika UMNO menyisih PAS bermakna UMNO bersedia menyisih 2 juta undi yang mampu memberi kuasa pemerintahan. 

11. UMNO tidak mungkin dapat mempertahankan kuasa dan kepentingan Melayu Islam kalau bersama PKR dan DAP kerana matlamat PKR dan DAP adalah jauh berbeza. 

12. Berpandukan pindaan perlembagaan UMNO yang memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu seperti termaktub dalam Fasal 3 dan 3.1, sebarang usaha membawa UMNO ke pangkuan Anwar dan DAP adalah dikira sebagai satu antitesis dan bakal ditentang oleh majoriti orang Melayu. 

Amatlah malang seandainya ini berlaku, orang-orang yang bertanggungjawab membawa UMNO kepada PH akan dikecam oleh orang Melayu dan Islam sebagai pertualang ugama dan bangsa. 

13. Analisis ini tidak menjaminkan keputusan yang serupa bakal berlaku pada PRU 15, tetapi sekadar memberi kemungkinan-kemungkinan yang diharapkan boleh membantu pemimpin-pemimpin politik UMNO khasnya dalam membuat keputusan yang betul dan bijaksana demi ugama Islam dan bangsa Melayu. 

Dr Muslim 
Kuantan
6 Mac 2021
Mampu Centre

Nota:
FASAL 3. UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita agama Islam, kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan negara. 

FASAL 3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...