Sunday 28 March 2021

Bersungguh benar Umno Mahukan Jawatan PM

Melihatkan kepada ucapan ketua pemuda, wanita, puteri dan ucapan perasmian Timbalan presiden umno dalam PAU semalam nampaknya lebih berkisar kepada gilakan jawatan dan tidak ada satu pun memikirkan hal rakyat mahupun cerita berkenaan survival orang melayu.

Bagi umno kuasa dan jawatan adalah tuhan mereka yang perlu diratib setiap masa.

Kekalahan umno-BN pada pru yang lepas tidak langsung diambil iktibar tetapi sebaliknya mereka berpendapat kekalahan itu kerana kebodohan pengundi.

Mereka menghina para pengundi yang berpaling arah kononnya kerana bodoh mudah percaya dengan hasutan pihak lawan.

Secara tidak langsung umno masih lagi bongkak dan angkuh. Mereka lupa sebelum rakyat meluat dan berputus asa dengan mereka pada pru lepas, rakyat telah memberi peluang terakhir kepada mereka pada pru sebelum itu apabila kerusi mereka semakin susut.

Nampaknya umno tidak pernah dan tidak mahu belajar dari kesilapan. Mereka masih lagi memikirkan kuasa dan jawatan. 

Nanti selepas dapat kuasa jawatan mereka mula sebok pula menyamun seperti dahulu.

Ada baiknya juga umno kekal sebagai pembangkang kerana mereka nampaknya lebih berbakat dalam bersuara hal melayu apabila tiada kuasa.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...