Sunday, 28 November 2021

Rakyat Harus Bagaimana?

Kita telah bertukar kerajaan beberapa kali dan kita juga telah bertukar perdana menteri beberapa kali dalam satu penggal. Kita merasai keperitan musibah yang berlaku dan kita dapat melihat bagaimana kerajaan menguruskan musibah itu. 

Pada awalnya, kerajaan Pakatan Harapan (Tun Mahathir) menguruskan pendemic tersebut secara sambil lewa dan mengakibatkan penyakit covid19 merebak secara berleluasa semasa era kerajaan tebuk atap dibawah pimpinan Muhyidin yasin.

Kerajaan Muhyidin yakni kerajaan Perikatan Nasional pula dilihat terlalu panik dan tanpa berfikir waras telah membuat keputusan untuk mengurung rakyat berkali kali dan memaksa seluruh rakyat mengambil vaksin yang dilihat gagal memberi kesan kepada pendemic daripada merebak.

Setelah Muhyidin dijatuhkan didalam rampasan kuasa oleh Ismail Sabri, kerajaan sekali lagi bertindak sambil lewa dengan membuka beberapa sektor yang berkepentingan kepada kroni mereka dan krisis politik juga semakin berleluasa sehinggakan kerajaan dilihat lost control dalam pentadbiran.

Kerajaan ini terlalu menumpukan kepada perebutan kuasa sesama sendiri dan perbagai rasuah politik diberi untuk mengekalkan kuasa.

Pentadbiran Ismail Sabri dilihat sebagai yang paling lemah dan paling teruk sejak negara ini merdeka.

Sebenarnya Umno masih belum mahu berubah. Mereka tidak akan pernah serik diatas kegagalan yang lampau. Mereka tahu bahawa mereka kebal dari sebarang undang undang dunia. 

Sekiranya mereka didakwa mereka akan menyerang balas dengan membongkarkan salah laku pihak lawan pula. Kedua dua pihak dilihat seperti sudah membuat satu perjanjian rahsia dimana salah laku mereka tidak akan dikenakan hukuman.

Pembongkaran salah laku hanya untuk ugutan sahaja dan tidak dihukum. 

Ada yang mengatakan bahawa rakyat perlu keluar mengundi untuk memilih pemimpin kerana dengan kuasa rakyat maka negara ini akan selamat dari parti politik yang rakus. 

Benarkah begitu?

Rakyat sebenarnya tertipu oleh orang orang politik. Orang politik hanya mahukan kuasa dan kuasa untuk mengaut kekayaan.

Kita harus insaf bahawa kesemua parti politik dihuni oleh orang orang jahat. Orang jahat bercakaran sesama sendiri untuk kuasa dan kuasa yang diperolehi adalah untuk menindas orang miskin.

Parti politik yang menggunakan bendera Islampun sebenarnya tewas apabila melihat 3 Ta yakni Takhta, Harta dan Wanita.

Ada pepatah melayu baru mengatakan apabila majoriti rakyat didalam negara itu terdiri daripada orang jahat maka akan menanglah orang jahat untuk menguasai negara.

Kita perlu akui bahawa majoriti rakyat negara ini adalah jahat. Orang jahat akan menyokong orang jahat. Makin ramai orang jahat maka makin kuatlah parti mereka.

Dan lebih menakutkan kesemua parti parti politik ini dikuasai oleh orang orang jahat maka memilih mana mana parti pun adalah sama sahaja kerana rakyat tetap diurus oleh orang jahat.

Walau nama parti berbeza namun sifat mereka adalah sama.

Maka apakah yang rakyat perlu buat?

Rakyat perlu kembali kepada Quran dan Sunnah. Jadilah manusia beriman kerana walaupun ditindas di dunia tetapi kita pasti akan bahagia di akhirat.

Akhirat adalah kehidupan sebenar kita buat selama lamanya. Kita mahu kembali ke syurga dimana ia adalah kampung kita dimana Nabi Adam dan Hawa yakni moyang kita adalah berasal dari syurga.

Dirikan solat dan bersabar diatas setiap musibah. Setiap musibah akan mencuci dosa kita. Di akhir zaman banyakkan diam dan elakkan dari berkata kata perkara yang tidak perlu. 

Basahi lidah kita dengan zikrullah dan istighfar, ia lebih baik daripada berkata kata kesat, mengumpat dan memaki hamun sepertimana yang dilakukan oleh  penyokong penyokong parti politik.

Mereka sudah jauh hanyut didalam dunia politik yang menghalalkan perbagai cara yang haram. Menasihati mereka akan mengundang padah kepada rakyat. Mereka pendendam, bongkak dan jahat.

Jauhkan diri dari orang orang politik. Mereka umpama dajjal kecil yang boleh menyusahkan sekiranya tidak disokong. Maka lebih selamat sekiranya orang orang politik tidak mengenali kita.

Friday, 26 November 2021

Kenapa Islam Tidak Berkembang Di Malaysia?

Mengapakah di Msia agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak ? KERANA ;


1)Orang Islam menjual / memperdagangkan agamanya. Air jampi di jual, Jus Tok Guru kononnya telah di jampi, Minyak ubat urut Anugerah kononnya di bacakan ayat suci 30 juzuk di jual dgn harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya di beri PERCUMA


2) Ustaz ustaz mengajar agama demand / meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

3) Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat , orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu org dalam kesusahan (janda miskin, mangsa tanah runtuh)

4)Gereja boleh dimasuki pada bila bila masa. Tetapi masjid di kunci. (Tak bagi org masuk tidur kononnya)

5)Imam solat kerana waktu kerjanya (di bayar gaji). Paderi sukarela

6)Air zam zam di jual mahal. Tapi Kristian memberi Holly Water secara percuma

7)Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang. Tapi Kristian sibuk berdakwah

8)Ustaz ustaz sibuk menjual tanah suci. Membawa org ke Mekah. Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja org org susah membaiki rumah dan barang dapur.

9)Pegawai pegawai jabatan agama Islam , jabatan zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet "pengurusan" lebih besar di bandingkan kpd golongan asnaf.Paderi sibuk membuat kebajikan

10) Ustaz ustaz sibuk menjadi Tok Bomoh boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital

Nukilan seorang facebookers...

Sunday, 21 November 2021

BN Menang besar di PRN Melaka

Keputusan PRN Melaka amat mengejutkan rakyat di luar Melaka. Ramai yang tertanya tanya apakah resepi BN yang membuatkan BN menang besar di sana. 

Malah sudah kedengaran cakap cakap besar pemimpin pemimpin umno di peringkat bahagian dan cawangan diserata negara yang begitu yakin sekiranya parlimen dibubarkan hari ini pasti BN akan menang besar sebagaimana PRN Melaka.

Riuh rendah gelak ketawa orang orang BN keseronokan di serata negeri. Tak kurang juga yang mengandalkan kemenangan tersebut adalah kerana sentuhan Najib Razak yang rajin berulang alik ke Melaka sepanjang tempoh berkempen.

Manakala di kem PH pula dikabarkan penyokong penyokong mereka sudah mula berbisik bisik menyalahkan presiden PKR yang dikatakan tidak cerdik dalam mengatur strategi. Mereka membandingkan kehebatan Mahathir semasa PRU lepas yang dilihat bijak menyusun strategi berbanding Anwar Ibrahim.

Tak kurang juga yang berkata PKR lebih kuat dan gagah semasa Anwar di dalam penjara berbanding selepas Anwar keluar penjara.

Ada juga yang berbisik bisik menyarankan agar Anwar melepaskan jawatannya sebagai Presiden parti dan digantikan dengan Rafizi yang terbukti lebih bijak dan lebih tersusun gerak kerjanya.

Tidak ketinggalan juga di kem Perikatan Nasional keadaan begitu muram kerana mengalami kekalahan teruk. Kegagalan memberi saingan kepada parti BN dan PH telah membuktikan Perikatan Nasional tidak mampu untuk bersaing pada PRU akan datang.

Malah Presiden Bersatu tidak mempunyai sebarang pengaruh di dalam dunia politik negara. Ramai yang mula sedar rupa rupanya parti Bersatu langsung tidak mempunyai kekuatan dan strategi Umno membuang Bersatu adalah tepat dan bijak. Malah keputusan itu juga menampakkan betapa bodohnya Muhyidin yang begitu mudah diperbodohkan oleh Umno. Sudah pasti orang yang paling besar ketawanya adalah Mahathir.

Namun begitu Umno masih tidak boleh ketawa berterusan kerana keputusan PRN Melaka telah menunjukkan satu angka yang boleh membahayakan BN pada PRU akan datang. Jumlah undi pada setiap kerusi kemenangan umno masih rapuh.

Andaikata Bersatu dan Pas berkompromi dengan Pakatan Harapan pada PRU akan datang, pastinya angka angka itu akan berubah secara drastik.

Kesombongan UMNO pada masa ini sedikit sebanyak telah menyakitkan hati ramai pihak. 

Rahsia kemenangan BN kali ini adalah kerana pertandingan berlaku 3 penjuru. Semakin ramai calon yang bertanding, BN semakin berpeluang untuk menang. Ini kerana calon calon pada PRN Melaka berasal daripada Pakatan Harapan yang telah berpecah belah.

Mungkin Anwar telah mula sedar bahawa kegelojohannya mahu menjatuhkan Mahathir dahulu adalah satu kesilapan kerana sentuhan Mahathir masih lagi berbisa dan mampu menguatkan Pakatan Harapan.

Kegagalan PH sebenarnya adalah kegagalan Anwar. Sudah tiba masanya Anwar berfikir untuk menyerahkan jawatannya kepada orang yang lebih muda dan lebih berdaya saing dalam dunia politik negara.

Monday, 15 November 2021

Curang Terlampau

Mohon pandangan kawan-kawan
Saya ada kawan yang sudah berkahwin ( Fuad  bukan nama sebenar ).. suami isteri bekerja.

Isterinya kerja kilang ... tapi selalu balik lewat ...alasannya OT ... kadang-kadang yang peliknya kena travelling 2 hingga 3 hari. Baru2 ni covid 19 melanda pun kena kerja. Pelik, takkan tak ada cuti, kan?

Apabila di rumah, asyik main handphone. Sebelum ni tak ada password ...sekarang dah ada password bagai. Bila minta pattern password, tak bagi. Bila telefon berdering, dia pergi jauh² untuk angkat telefon tu.

Satu hari tu, kawan saya ni plan nak intai bini dia dekat tempat kerja. Dia pinjam motor kawannya supaya isterinya tak perasan kelibat dia. Motor RG sukan aje. Masalahnya, motor kawannya tu dah la uzur. Plat MAF 42.. selalu semput semput. 

Nak jadi cerita... dalam dia tunggu-tunggu tu, sebuah kereta Exora sampai. Di dalamnya nampak seorang lelaki. Tiba-tiba keluar kelibat isteri dia dari kilang tu dan terus saja masuk ke dalam kereta tu. Kawan saya ni buat-buat la berlakon supaya isteri dia tak perasan.

Bila Exora tu dah gerak ...terus kawan saya ni start motor dan kejar kereta tu tapi tersenggut-senggut pula motor tu. Tiba-tiba, nak jadi cerita, enjin motor tu mati pulak ... tak pasal-pasal dia ketinggalan jauh dari Exora tu....

Jadi, nak tanya korang ... apa yang perlu dibuat, ya... plugnya ke yang rosak atau karburatornya? Sebab bila cuba start tak mau hidup pulak... dah try buka plug, nampak okey jer... minyak pun penuh lagi... roadtax insurans semua hidup lagi... Kenapa, ye?

Sapa ada kenal pomen motor ... boleh pm... penat taip panjang2 ...😔😔😔

Saturday, 13 November 2021

Politik Huru Hara

Selepas kemenangan PH pada Pru yang lepas team Anwar tak sudah sudah mahu Tun melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada Anwar. Ini membuatkan Tun sedikit tertekan dan ditambah pula dengan kelicikan Umno dalam memainkan peranan kononnya menyokong penuh Tun sebagai perdana menteri bagi menarik keluar Bersatu daripada pakatan harapan.

Namun Tun tidak termakan dengan hasutan Umno dan masih mahu kekal bersama Pakatan Harapan dan sedia menjadi seorang pemimpin yang adil dengan mengujudkan kerajaan campuran diantara umno, pas, Bersatu, amanah, PKR ( Azmin) dan Dap.

Tindakan ini sebenarnya lebih bermotifkan mahu melenyapkan terus karier Anwar yang dilihat begitu agresif mahu menjadi perdana menteri.

Namun umno lebih satu langkah kehadapan apabila berjaya menggelikan Muhyidin untuk menjadi perdana menteri dengan meninggalkan Tun terkapai kapai hingga menyebabkan Tun merajuk hati dan melepaskan jawatan.

Peluang baik ini digunakan oleh umno untuk memecah belahkan Pakatan Harapan bagi meneruskan agenda kedua mereka yakni menjatuhkan muhyidin pula dengan berpura pura bekerjasama dengan Anwar pula.

Teknik pecah dan perintah ini dilihat berjaya menggugat Pakatan Harapan dan akhirnya berjaya menjatuhkan Muhyidin namun tidak secara total kerana Muhyidin masih mampu bertahan dengan menggunakan paku keranda terakhirnya yakni menjadikan Ismail Sabri sebagai penggantinya.

Ismail menjadi kuda tunggangan bagi Muhyidin untuk bertahan dan Ismail menjadi kelemasan kerana sentiasa ditekan oleh semua pihak disekelilingnya.

Dan sudah pasti peluang terakhir ini akan digunakan oleh muhyidin sepenuhnya dengan bertindak keras keatas kesemua musuh politiknya dengan menggunakan menteri undang undang.

Penggunaan undang undang jenayah lebih mudah digunakan berbanding menjatuhkan lawan dengan pilihanraya kerana rakyat pun sudah sedia maklum bahawa kesemua pemimpin politik adalah penyamun cuma selama ini mereka tidak dihukum kerana mereka kebal dari undang undang.


Thursday, 11 November 2021

Tanpa Dajjal pun Melayu Sudah Berantakan

Sebenarnya kalau letak perdana menteri dari langit sekalipun orang melayu takkan berhenti bertelagah.

Ada saja idea orang melayu nak berkelahi. Mereka sukar untuk berbaik baik kerana mereka bukanlah begitu baik.

Maki hamun dan rasa tidak puas hati sudah menjadi makanan dan zikir harian mereka.

Dan itulah fungsi demokrasi dicipta sebenarnya dan ia berjaya menghanyutkan orang melayu didalam perpecahan.

Dizaman melayu feudal perpecahan diantara rakyat tidak begitu terasa kerana rebutan kuasa hanya berlaku didalam kelambu diraja sahaja.

Satu orang raja mangkat maka berlakulah pergaduhan diantara waris waris takhta yang disokong kuat oleh pembesar2 istana puak masing masing.

Rakyat tidak diheret didalam kancah perebutan kuasa tersebut.

Dizaman demokrasi ini agak berbeza kerana pertelagahan antara pemimpin akan mengheret rakyat secara langsung.

Rakyat menjadi alat para pemimpin untuk diadukan di padang tembak.

Setiap hari hiruk pikuk rakyat bertelagah sambil diperhatikan dengan gelak ketawa oleh pemimpin masing masing.

Ketaksuban kepada tokoh sudah melebihi ketaksuban kepada agama.

Orang melayu boleh bersabar sekiranya agamanya di caci tapi pantang bagi mereka apabila tokoh mereka dicaci.

Dalam hal agama mereka mampu mencari perbagai ayat alquran dan hadis agar tidak taksub kepada agama atas alasan kena bersederhana tapi untuk menyokong tokoh masing masing mereka mengabaikan apa yang terdapat didalam alquran.

Bagi mereka hanya tokoh mereka selayaknya menjadi pilihan tuhan untuk menjadi pemimpin manakala tokoh lain bukanlah kuasa tuhan untuk mengangkatnya.

Ini mengingatkan kita kepada peristiwa sewaktu nabi mula berdakwah dahulu dimana orang quraisy menolak nabi atas alasan kaum mereka lebih mulia daripada nabi dan lebih layak untuk menjadi nabi.

Di akhir zaman ini semua orang politik adalah hebat hebat belaka.

Maka biarkanlah mereka yang bertelagah sesama sendiri tanpa campur tangan dari rakyat.

Rakyat sewajarnya tunggu dan lihat sahaja dan apabila sampai waktu untuk mengundi buatlah pilihan yang terbaik.

Bergaduh sesama sendiri sedari awal bukanlah satu perbuatan yang bijak kerana menang atau kalah berhujah tidak menjadikan kita menteri pun.

Sekiranya kita orang parti maka kaedah memujuk adalah lebih bijaksana daripada mengajak orang bergaduh kerana akhirnya setiap parti memerlukan sokongan majoriti rakyat juga.

Kita harus bercakap atas dasar logik dan bukan atas dasar ketaksuban kepada tokoh.

Ini adalah kerana bercakap semasa taksub sebenarnya kita sedang menipu orang ramai agar menyokong tokoh yang kita taksubkan.

Diwaktu mualaf cina begitu sebok berdakwah dan mengajak manusia mendekati Islam, orang melayu pula bertelagah sesama sendiri dan menjauhkan manusia daripada agama.

Wednesday, 10 November 2021

Bisikan dari sebalik tembok istana lebih kedengaran daripada jeritan seribu rakyat dijalanan

Sebenarnya rakyat sedang didalam emosi yang bercampur aduk. Ada yang dalam kemarahan, ada yang dalam kekecewaan, ada yang dalam ketakutan dan ada yang dalam kesusahan.

Emosi yang bercampur campur ini perlu diatasi  kerana semua pihak mengharapkan kebijaksanaan tindakan dari pihak kerajaan.

Apabila pihak kerajaan dan kakitangan kerajaan yang berkaitan gagal menjawab persoalan rakyat dan diburukkan lagi apabila terlampau ramai yang mahu menjawab dan jawapan mereka lebih kepada menganjing maka emosi rakyat semakin bertambah kronik.

Sekiranya tidak diurus dengan baik, emosi tersebut akan menjadi satu ledakan kerana sentiasa diapi apikan oleh pihak luar yang mahu mengambil kesempatan.

Untuk masyarakat pula jalan yang terbaik di akhir zaman ini ialah mendiamkan diri akan isu isu panas. Diam bukan beerti tidak mengambil tahu tetapi sebaliknya ia jalan selamat kerana kita telah diberi tips menjalani keadaan di akhir zaman oleh junjungan kita nabi muhammad saw. 

Fitnah diakhir zaman ini begitu sukar untuk kita bezakan mana yang betul dan mana yang salah. 

Ia ibarat seperti melihat seekor semut hitam diatas sebuah batu hitam diwaktu malam yang gelap gelita...

Untuk politician pula, sekiranya tidak mampu menjadi orang pandai memadailah menjadi orang baik...

Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda 
“Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” 
Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 
1.Terlalu sombong, 
2.Terlalu mewah, 
3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin,
4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 
5.Saling memarahi, 
6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” 
(HR Hakim)

Hadis diatas benar benar kena pada ahli politik melayu dan peniaga melayu.

Sunday, 7 November 2021

BANGSATNYA MELAYU

Wahai orang Melayu Malaysia, tidakkah kita melihat rumpun Melayu Champa, mereka sudah menjadi terbangsat di negara mereka...

Mereka pernah membina kerajaan selama 1800 tahun, tapi kini? Mereka menjadi terbangsat kerana hilangnya negara Mereka.. 

Abad ke 4, mereka bersama Funan menyerang China tapi sekarang siapa yang mereka mahu serang? Sedangkan negara pun mereka tiada.. 

Hilangnya mereka bersama hilangnya sejarah. Ramai Melayu Malaysia perginke Vietnam tapi mereka tidak tahu pun monumen yang mereka lihat itu milik bangsa rumpun mereka...

Binaan monumen hebat, candi, istana dan lain2 sudah diclaim oleh bangsa Viet. Melayu Champa hanya mampu melopong sahaja apabila orang orang Vietnam kata "itu aku yang bina". Berapa ramai Melayu yang melawat Candi Po Nagar tahu bahawa itu bangsa aku yang bina!!!

Dulu apabila Jawa menyerang Champa mereka musnahkan candi Po Nagar, musnahkan kota Champa yang disebut juga sebagai Kota Bal dalam Sulalatus Salatin, tapi mereka bangkit membina semula sejarah mereka..

Apabila Raja Boneka mentadbir Champa iaitu Po Saktiradayputih menaiki takhta atas izin Dai Viet.. Dia telah menvietnamkan Melayu Champa bahkan tanah2 orang Melayu mula dirampas untuk diberikan kepada orang Vietnam yang mula memenuhi setiap ruang dalam kota Champa... Mereka yang tidak mahu bersekongkol telah melarikan diri ke negeri Melayu yang lainnya seperti Kelantan dan Johor... 

Tahun 1832, maka berakhirlah pemerintahan Champa selama kurang lebih 1600- 1800 tahun...  Raja terakhirnya Po Con yang beragama Islam telah melarikan diri bersama dengan rakyatnya..

Kini jadilah champa sebagai bangsa Melayu terbangsat - tiada negara. Mereka merempat dibumi sendiri disebabkan gagalnya mereka mempertahankan tanah air sendiri.. Kini selepas lebih 200 tahun, ramai orang Melayu sudah lupa bahawa di Vietnam kini suatu masa dulu pernah ada kerajaan Melayu dan pernah ada raja yang beragama Islam.. Melayu moden kini juga lupa bahawa seluruh wilayah Vietnam itu suatu masa dahulu milik Champa..

Kini cabaran untuk Melayu Malaysia... Mahukah kita menjadi terbangsat seperti Melayu Champa?? Kalau mahu menjadi terbangsat seperti Melayu Champa jadi berdiam dirilah saat orang lain rakus menguasai negara!!!.. Melayu bersekongkollah dengan musuh untuk menguasai negara!!!. Berdiam dirilah apabila ada warga asing dengan sewenang2nya memohon warganegara, senyaplah apabila warga asing membeli warganegara.. Dan tak lama lagi kamu akan menjadi terbangsat.. 

Masih ada Melayu yang belum sedar bahawa negara kita mahu dikuasai orang asing.. Katanya Raja Melayu, perlembagaan ada - mana mungkin mereka akan kuasai negara.. Ketahuilah inilah pengkhianat.... 

Melayu menuntut hak mereka tetapi masalahnya mereka berlembut apabila orang lain menuntut hak sama.. Dilemma Melayu

: NSTP
C & P

Wednesday, 3 November 2021

Orang Politik Perlu Lebih Banyak Beristighfar

Oleh : Fajar Shofari Nugraha


Istigfar adalah satu amalan yang mulia. Ia memiliki kedudukan yang agung dan posisi yang utama dalam agama Allah. Ia adalah fondasi untuk memperoleh kebaikan dan keberkahan, mendapatkan kenikmatan, dan menghilangkan hukuman. Istigfar merupakan salah satu bentuk pengakuan kita sebagai manusia yang penuh salah dan lupa serta membimbing kita agar tidak berlaku sombong dan angkuh di dunia ini.

Istigfar menyucikan dosa dan menghapus catatan kesalahan, mengangkat derajat, dan meninggikan kedudukan di sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda,“Sungguh beruntung seseorang yang mendapati pada catatan amalnya istigfar yang banyak.” (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW adalah orang yang paling banyak istigfarnya, padahal beliau telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang. Nabi SAW bersabda,“Sesungguhnya hatiku tidak pernah lalai dari dikir kepada Allah. Sesungguhnya aku beristigfar seratus kali dalam sehari.”

Dan dalam hadis lainnya dari Abdullah bin Umar RA, ia berkata,“Kami pernah menghitung bacaan zikir Rasulullah SAW dalam satu majelis. Beliau ucapkan Robbighfirlii wa tub ‘alayya innaka anta tawwaabul ghofuur (Wahai Rabbku, ampunilah aku dan terimalah tobatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima tobat dan ampunan) sebanyak 100 kali.”

Lebih dari itu, ada sebuah riwayat yang membuat kita lebih merasa bangga akan pribadi Rasulullah SAW. Dari Abu Hurairah RA, ia berkata,“Aku tidak pernah melihat seseorang yang mengucapkan Astaghfirullah wa atubu ilaih (Aku memohon ampun kepada Allah dan aku bertobat kepadanya) lebih banyak dari Rasulullah SAW.”

Kehidupan Nabi Muhammad SAW penuh dengan istigfar setiap waktu sampai di akhir hayatnya beliau tutup dengan bertobat dan memohon ampun kepada Allah. Dari Ummul Mukminin Aisyah RA, ia mengisahkan akhir hayat Nabi SAW. “Aku mendengar Nabi SAW yang saat (menjelang wafat) bersandar kepadaku, beliau berkata,'Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, dan kumpulkanlah aku bersama orang-orang saleh.”

Sebagaimana kehidupan beliau dipenuhi dengan istigfar dan ketaatan, akhir hayatnya pun ditutup dengan istigfar. Hal ini sekaligus memberikan pelajaran kepada kita tentang kedudukan istigfar yang begitu agung di dalam agama Islam, dan betapa kita sangat memerlukan istigfar.

Sudah sepantasnya dan seharusnya kita memperbanyak istigfar di sepanjang waktu dan dalam setiap aktiviti yang kita jalani. Terlebih lagi pada waktu-waktu yang memang ditekankan untuk beristigfar, seperti: selesai salat fardu, pada sepertiga malam terakhir, serta waktu-waktu lainnya.

Sepuluh hari terakhir Ramadan merupakan salah satu kesempatan terbaik untuk lebih banyak lagi beristigfar. Karena, setiap Muslim dianjurkan untuk melakukan iktikaf di dalam masjid pada 10 hari terakhir bulan Ramadan. Ini adalah momentum untuk memperbanyak istigfar dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kita renungkan begitu banyak salah dan lupa yang kita kerjakan. Begitu banyak kelalaian dalam memanfaatkan waktu yang diberikan Allah SWT kepada kita, padahal Allah SWT telah memberikan segalanya. Banyak orang mengeluhkan kesempitan dalam mengarungi kehidupan ini, kerana sedikitnya taubat dan kurang beristigfar kepada Allah. Kita sangat memerlukan istigfar dan senantiasa memperbanyaknya. Wallahu a’lam bisshowab.

Tuesday, 2 November 2021

Kita Sedang Mencukur Agama

Sabda Nabi saw:, "Sukakah aku memberitahu kamu satu perkara yang lebih afdal daripada solah, puasa, sedekah dan ibadat ibadat lain?" Para sahabat r.a. berkata, "Bahkan". Baginda Rasulullah saw bersabda, Hubungan baik sesama kamu adalah perkara yang paling afdal dan pergaduhan sesama sendiri adalah perkara yang mencukur agama." 

Yakni sebagaimana pisau cukur mencukur rambut di kepala dengan sekali lalu, demikian juga pergaduhan sesama sendiri menghapuskan agama. 

Tidak perlulah disebutkan tentang ahli dunia yang lalai terhadap agama, sedangkan ramai antara mereka yang berwirid panjang panjang dan mendakwa sebagai ahli agama pun setiap masa terlibat dalam pergaduhan sesama sendiri.

Rujukan: Fadilat ramadhan oleh Syaikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya Rah.
Terjemahan Lujnah terjemahan Madrasah Miftahul 'Ulum Seri Petaling
mukasurat 65

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...