Skip to main content

PEMBERHENTIAN DATUK WIRA MARZUKI MEMENUHI KEHENDAK AKAR UMBI, BUKAN TINDAKAN POLITIK

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberhentikan Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU pada 18 Mac lalu nampaknya telah digunakan oleh para pemimpin Pakatan Harapan untuk menggambarkan bahawa Tan Sri Muhyiddin tidak peka dengan wabak COVID 19.

Antara pemimpin Pakatan Harapan yang mengkritik tindakan Tan Sri Muhyiddin ini adalah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, yang secepat kilat mengeluarkan kenyataan media bagi menghentam Tan Sri Muhyiddin yang dikatakan “terus menerus berpolitik dalam suasana negara yang getir ini” dan “lebih mementingkan usaha menguatkan kedudukan kerajaan pintu belakang dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat yang lebih utama dalam menghadapi kemelut COVID 9 ini”.

Sebenarnya, tidak seperti yang disangka, tindakan Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU bukanlah diasaskan kepada perbezaan politik antara Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepada tindakan Datuk Wira Marzuki menunjukkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir di dalam pertikaian antara kedua-dua pemimpin ini.

Pemberhentian Datuk Wira Marzuki daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU ini sebaliknya adalah dilakukan atas tuntutan akar umbi yang sudah lama mahukan beliau diberhentikan tetapi hanya sekarang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin memandangkan beliau didapati gagal melaksanakan tanggungjawab menguruskan parti dengan baik dan telus, khususnya di dalam menguruskan soal keahlian parti, sepanjang beliau memegang jawatan Setiausaha Agung BERSATU.

Jika ditanya kepada mereka, hampir semua Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mahukan Datuk Wira Marzuki diberhentikan kerana beliau gagal menguruskan pendaftaran keahlian parti dengan baik dan telus. Sepanjang persidangan cawangan BERSATU sejak hujung Februari lalu, ada cawangan BERSATU yang tidak menerima senarai keahlian lengkap, ada ahli yang tidak ditempatkan mengikut keputusan Bahagian BERSATU, malahan aduan-aduan yang dibuat oleh Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga gagal ditangani oleh beliau. 

Antara contoh spesifik kegagalan Datuk Wira Marzuki adalah kegagalan beliau mendaftarkan hampir 15,000 permohonan keahlian baru menyebabkan para pemimpin Bahagian BERSATU terpaksa beratur panjang di Ibu Pejabat BERSATU akhir tahun lalu untuk memastikan borang keahlian mereka yang memohon menjadi ahli diproses.

Malah, dalam satu perbincangan tidak rasmi di kalangan Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang berlangsung pada 12 Mac lalu, 20 daripada 23 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang hadir meminta Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki secara serta merta untuk memastikan parti berjalan baik kerana beliau dilihat terlalu lemah sebagai Setiausaha Agung BERSATU. 

Tan Sri Muhyiddin waktu itu bagaimanapun masih belum mahu menukar Datuk Wira Marzuki kerana mahu menjaga keharmonian parti, manakala Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden BERSATU pula menawarkan diri untuk bertemu dengan Datuk Wira Marzuki bagi meminta beliau meletakkan jawatan secara sukarela.

Begitupun, desakan meminta Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki menjadi lebih kuat bila beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU di dalam pemilihan parti pada 16 Mac lalu. Ini adalah kerana Datuk Wira Marzuki sepatutnya meletakkan jawatan Setiausaha Agung BERSATU dahulu sebelum bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU memandangkan sangat tidak wajar dari segi etika untuk seorang Setiausaha Agung bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana jawatan ini akan memberi kelebihan kepada beliau di dalam pemilihan parti. 

Selain Setiausaha Agung BERSATU merupakan penghubung di antara Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Jawatankuasa Pemilihan Parti, Setiausaha Agung BERSATU juga bertanggungjawab bagi memastikan Persidangan Bahagian BERSATU, Perhimpunan Agung BERSATU dan pemilihan parti berjalan lancar. Jika dalam keadaan biasa pun beliau sudah gagal melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik dan telus maka bila beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU lagilah beliau tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan parti.

Sebagai kesimpulannya, tindakan Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki ini bukanlah satu tindakan politik untuk mengenepikan pengaruh Tun Dr Mahathir, apa lagi untuk mengenepikan kepentingan rakyat, tetapi adalah tindakan pentadbiran biasa bagi memastikan pengurusan parti dapat berjalan baik, sekali gus bagi memastikan tumpuan kepada nasib rakyat akan lebih terjaga.

C & P : (Pensyarah /Proffesor UUM)

Comments

  1. Klakar la pensyarah / proffesor uum ni. Klau btol Marzuki salah, knpa lantik org yg bru lompat parti, xde org yg layak kt dlm parti yg perjuangkan bersatu dri awal penubuhan. Kelakar2...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat