Friday, 20 March 2020

Covid19- Belajar Dari Sejarah Britain

Siapa pernah tonton filem Darkest Hour (2017) mesti ingat scene ini.

Dalam filem, Gary Oldman memegang watak Winston Churchill, perdana menteri Britain dari 10 Mei 1940 hingga 26 Julai 1945, ketika berlakunya Perang Dunia Kedua (WW2).

Ketika Churchill dilantik sebagai PM, Britain dan Eropah berada dalam saat yang genting. Jerman di bawah Hitler mencetuskan WW2. Dengan pantasnya Jerman menakluk satu per satu negara Eropah, spread macam virus. 

Parlimen Britain hilang sepenuhnya keyakinan terhadap PM Neville Chamberlain yang mengamalkan dasar appeasement selama ini. Akibat dasar appeasement Chamberlain (dasar tak buat apa-apa membiarkan Jerman), Britain kini berada dalam bahaya. Chamberlain letak jawatan, digantikan dengan Churchill.

Tapi Churchill hanyalah last choice. Churchill tak ramai kawan, semua orang bencinya. Even Raja George VI (ayahanda Elizabeth II) pun sangsi dengan kebolehannya. Tapi disebabkan tiada sesiapa mahu mengambil alih jawatan PM yang merupakan toughest job pada waktu itu, maka tanggungjawab jatuh ke bahu Churchill.

Churchill berdepan dengan dua pilihan: berunding damai dengan Jerman, atau teruskan fighting. Churchill memilih untuk fight, keputusan yang kurang popular dan dikecam oleh musuh-musuh politiknya. 

Britain hanya tinggal 300000 tentera, dan kesemuanya terperangkap di Dunkirk, Perancis di mana mereka dikepung oleh tentera Jerman. Kalau Jerman menawan Dunkirk, maka habislah Britain. Tiada lagi tentera yang tinggal.

Bagi Churchill, berunding dengan musuh pada waktu itu tak ada beza dengan menyerah kalah. Itu hanya mensia-siakan pengorbanan tentera Britain selama ini, terutamanya 300 tentera Britain di Calais yang terpaksa ditinggalkan oleh Churchill untuk selamatkan Dunkirk. Conscience Churchill tak dapat menerima kompromi dengan Hitler.

Tapi Churchill pun sedar, dari sudut realistiknya, kemungkinan untuk Britain menang agak tipis. Perancis dah menyerah kalah, Britain dah tak ada sekutu. Seluruh Eropah berada di bawah penguasaan Jerman. US memilih untuk kekal neutral, tidak mahu membantu Britain.

Itu adalah "darkest hour" dalam sejarah Britain, dan juga darkest hour bagi Churchill sendiri. Berada dalam kekeliruan, Churchill mula meragui pilihannya untuk meneruskan perang.

Sehinggalah George VI menasihati Churchill untuk mendengar suara hati rakyat. "Go to the people, tell them the truth". Maka Churchill pun pergi naik Underground seorang-seorang.

Mula-mula semua penumpang rasa awkward. Tak pernah tengok PM naik tren. Sampailah Churchill memecahkan kesunyian dengan bertanyakan penumpang samada mereka nak Britain berdamai atau teruskan berjuang.

Di luar jangkaan Churchill, semua orang dalam koc tren, termasuk wanita dan kanak-kanak, sokong Churchill untuk teruskan perangnya terhadap Jerman. Siap kata sekiranya tentera Jerman mendarat di Britain, mereka pun akan berjuang sekali untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah Britain.

"Morale" yang ditunjukkan oleh rakyat Britain memberikan Churchill keberanian dan keyakinan untuk terus fight Jerman, mengisytiharkan Britain "shall never surrender". Maka Hitler melancarkan serangan udara ke atas Britain (terutamanya London) yang dikenali sebagai The Blitz untuk menundukkan Britain.

Britain dibom bertalu-talu. Tapi rakyat Britain tidak panik atau takut, sebaliknya menunjukkan resilience yang luar biasa. Slogan "Keep Calm and Carry On" dicetak sebagai poster dan diedarkan kepada orang ramai. Britain kekal tenang. Niat jahat Hitler nak lihat orang Britain gelabah dan merayu-rayu tak tercapai.

Malah George VI sendiri menunjukkan teladan sebagai seorang raja. Walaupun istana diraja iaitu Buckingham Palace turut menjadi sasaran serangan udara Jerman, tapi George VI tidak gentar, tidak melarikan diri ke jajahan Britain yang lebih selamat seperti Kanada. Sebaliknya George VI memilih untuk "keep calm and carry on" bersama-sama rakyatnya.

Selepas 246 hari dibom siang malam, selepas 43000 rakyat terkorban, Britain masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu surrender. Maka Hitler berhentikan serangan, dan ubah plan menyerang Soviet pula.

Peluang yang dinanti-nantikan Churchill akhirnya tiba. Churchill menubuhkan pakatan dengan Soviet. Fortuna Hitler pun mula hilang. Britain dan Soviet berjaya turn the tide. Selepas US pun masuk gelanggang, Jerman akhirnya ditewaskan pada Mei 1945.

Britain menjadi negara pemenang. Churchill yang dikeji selama ini muncul sebagai war hero. Yang paling penting, sikap dan semangat rakyat Britain semasa The Blitz menjadi inspirasi kepada generasi-generasi yang akan datang.

Sebab itu, di kala COVID-19 mengganas, media Britain mula bercerita tentang "The Blitz Spirit", menggali sejarah Britain bagaimana nenek moyang mereka dengan tenang dan tabahnya mengharungi the darkest hour.

Kita pun boleh mengambil teladan daripada sejarah itu. 

Seperti keputusan Churchill, perintah kawalan pergerakan bukanlah keputusan yang popular. Kehidupan ramai terjejas, ramai rasa menyusahkan. Tapi dalam keadaan yang makin kritikal, kesedaran masyarakat masih rendah, itulah tindakan yang perlu untuk membendung mudarat yang lebih besar.

Seperti kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Britain kepada Churchill, dalam perang terhadap virus ini semua orang wajar memberi kepercayaan kepada pemimpin kita. Kau mungkin ada kecenderungan politik tersendiri, tapi di saat-saat genting macam ini, ketepikan politik. Banyak masa lagi kita boleh berpolitik, kalau kita survive kali ini. Kalau memang tak boleh nak percaya pemimpin politik, sekurang-kurangnya percayalah pemimpin bidang perubatan seperti Ketua Pengarah Kesihatan.

Seperti rakyat Britain yang menolak perundingan yang akan mensia-siakan pengorbanan prajurit frontline, kita pun jangan mensia-siakan pengorbanan pekerja kesihatan frontline yang sedang bertarung nyawa, dibekukan cuti, terpisah daripada keluarga untuk merawat pesakit yang jumlahnya semakin meningkat. 

Kawalan pergerakan tak akan secara automatik membendung penularan virus. Untuk "flattening the curve", kita WAJIB melaksanakan "self-quarantine" dan "social distancing", cuci tangan, pakai topeng, kurangkan berjumpa orang, kekalkan jarak 1 meter. 

Ini bukan masa untuk bercuti, untuk ziarah sanak sedara, untuk balik kampung. Ini masa kecemasan. Kalau kita masih rileks, 2 minggu hanya akan burn macam itu saja, dan kes akan terus meningkat. 

Rakyat Korea, Taiwan dan Singapura dipuji oleh satu dunia kerana resilience dan disiplin mereka dalam mengamalkan social distancing. Tidakkah kita mahu membuktikan kepada dunia bahawa orang Malaysia juga rakyat berkualiti yang boleh buat benda yang sama?

Semua negara dah isytihar perang terhadap COVID. "Nous sommes en guerre" (we are at war), kata Presiden Perancis. Negara seperti Itali, Iran dan Sepanyol seolah-olah losing their fight. Samada kita boleh win this fight, ia bergantung kepada sejauhmana kita come together as a nation, jadi rakyat yang sivik dan bertanggungjawab.

Sementara kita fikir untuk survival diri dan keluarga sendiri, jangan kita lupakan hak anggota masyarakat yang lain. Jangan selfish. Jangan sapu semua keperluan harian. Kalau boleh, support each other. We rise and fall as a nation.

Sama-sama kita bertahan sehingga 31 Mac 2020. Insya Allah, hari yang baru dan lebih indah akan menyusuli selepas itu.

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...