Wednesday, 18 March 2020

NI SEMUA SALAH JEMAAH TABLIGH???

Innalillah.. sedih tgk status dan komen2 netizen. 

Sampai ke hari ni tak sudah2 nak salahkan jemaah Tabligh. Cuba recall balik, Last Perhimpunan Tabligh tu 1 Mac. Hari ni dah 18 Mac. 

Mengikut kajian, simpton yang ketara akan kelihatan dalam tempoh 14 hari. Maknanya kalau ada ahli jemaah yang dapat jangkitan semasa ijtima pasti dah terlantar kat hospital sekarang ni. 

Hari ni kita dapat berita sedih, 2 orang telah kembali ke Rahmat Allah swt akibat Covid-19 ni. Salah seorangnya merupakan ahli Tabligh yang turut hadir ke Ijtima baru2 ni. 

MasyaAllah..kematian yang dicemburui. Mati dgn fikir risau agama, dalam perjalanan untuk keluar berdakwah, menyambung kerja Baginda Rasulullah saw. Semoga ditempatkan bersama Syuhada. 

Almarhum meninggal 18 hari selepas pulang dari Ijtima. Manakala Mangsa2 lain pula sekarang sedang terlantar dalam wad. 

Jadi agak mustahil jemaah tabligh yang dapat jangkitan Covid-19 dari Ijtima tu masih hidup segar bugar berlegar di tgh masyarakat sekarang. Jadi tak payah lah nak paranoid sgt dengan jemaah.

 Pada pendapat saya, bukan soal jemaah tabligh yang kita kena risaukan sekarang, tapi sikap orang kita. 

Mana tak nya, tengah2 panas isu Tabligh & Covid19 ni, bleh plk 30ribu penganut hindu berhimpun di Penang. 

Bila kerajaan buat announcement cuti kemarin (17 Mac), orang kita buat mass gathering dalam Mall plk. Panic buy katanya. 

Hari ni 18 Mac, pakat buat Panic nak balik kampung pulak, penuh station bas, balai polis, R n R. Sia2 kerajaan bagi cuti, batalkan segala kegiatan masjid. 

Harapannya agar virus dapat di isolate sekali makin viral pulak.

Ingat!! 1st kes dari Ijtima Tabligh tu, jemaah Brunei tu mula dapat simpton Covid19 selepas 6, 7 hari balik dari Malaysia. 

Sekarang kita mungkin rasa sihat, takde apa.. tapi tuan2 dan puan2 semua yakin ke masih bebas dari virus tu. Harap2 takde apa2 lah insyaAllah. 

So selepas gathering demi gathering yg berlangsung di negara kita ni..masih kita nak salahkan Perhimpunan Tabligh?

Ambillah pelajaran. Ikutlah nasihat kerajaan. Avoid close contact, any gathering. Banyakkan ibadat, taubat, tarik Rahmat Allah swt. 

Sudah2lah salahlah orang lain sedangkan kita sendiri sedang melakukan kesalahan yang sama.


4 comments:

  1. Bukan salah menyalah..yg penting sesiapa sahaja yg telah terbabit dgn suspek2 bembawa virus..tak kira himpunan tabliq ka..satu flight dengan mangsa2 covid yg telah di hebahkan ka..ahli keluarga..sila berjumpa pihak berwajib..jangan buat keras kepala..quarantine diri dan keluarga supaya tk merebak pada ahli keluarga yg lain..adik beradik..saudara mara..sahabat handai.

    ReplyDelete
  2. mmg la tabligh bodoh...3069 disaring 1634 ada gejala,137 masuk spital,2600 lebih kuarantin rumah,masih ada lg 8000 lebih...x ke bodoh nama org duk seru dtg periksa tabligh buat x tau je...biasa ar tabligh duk main insya allah insya allah..apa tabligh ni aqidah jabariah ke..semua nk salahkan tuhan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau cakap pun bunyi memang kau pun bodoh..

      Delete
    2. Steadyla weii. Negara Itali Amerika atau negara maju pun menerima azab kematian lebih teruk. Covid 19 masalah sejagat. Satu dunia masih tergaru garu kepala memerah otak bagaimana nak selamatkan umat manusia.
      Jangan lah sangat mudah tuding jari utk salah dan menyalahkan org lain.

      Delete

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...