Monday, 30 March 2020

Daripada kau dok troll politik, bahan member sebab lompat parti.

As we speak, virus Covid 19 ni dah pun bertebaran merebak luas ke seluruh dunia yang bermula daripada Wuhan tapi yang peliknya tak pula sampai merebak ke Beijing dan Shanghai. Tak masuk akal kan?

Kalau ikut logic akal, bila negara kena virus berbahaya macam ni, ekonomi mesti merudum dan stock market CONFIRM menjunam. Tapi, dekat China stock market masih still maintain. Yang hairannya Stock Market dekat Amerika dan Negara Eropah punyalah hancur lebur jatuh teruk.

Daripada kau dok troll politik, bahan member sebab lompat parti, meh kau belajar sikit cara macam mana nak lumpuhkan ekonomi negara lain kemudian cara macam mana nak takhluk ekonomi negara tu.

Macam mana nak mendominasi dunia secara TOTAL?

PERANCANGAN CHINA UNTUK ‘UNLEASH THE BEAST’

1. Buat kaji selidik dan cipta satu virus yang berbahaya sampai bawa mati dan tak lupa juga siapkan vaksin/antidote tu sekali.

2. Virus dah siap, dah masak, dah ranum, taburlah virus tu kat satu tempat “so kat sini kita pilih Wuhan lah sebab dia jauh sikit daripada bandar-bandar utama”, kata doctor X kepada doctor Y.

3. Lepas tu tunggu sampai dah merebak teruk, terus buat bangunan hospital untuk rawatan pesakit yang dah kena jangkitan ni.

Lagipun dah memang standby dah semua, projek dah ready, barang-barang semua dah order awal, pekerja buruh pun dah settle awal, sistem perairan dan perparitan pun dah plan cantieekk punya.

Lepas tu barang-barang binaan bangunan tu semua dah pun diorang order dengan stock yang banyak, alah macam kita beli roti gardenia tak ingat orang lain tu.

4. Kena fikirkan satu story untuk mulakan kekecohan biar satu dunia menggelabah cacing pasal virus ni, so destinasi pertama kita, Europe.

5. Dah merebak kat negara lain, so apa yang perlu dibuat, tolong la sikit-sikit tampal lah mana ‘luka-luka’ ekonomi yang dah jadi kat negara tu.

6. Bila virus dah melata ke seluruh negara, dah confirm nanti mesti akan terjadi “Lockdown”, kilang-kilang production semua kena tutup. Pishangggg.

7. Tunggu sikit dalam seminggu dua, stock market akan jatuh dan time harga tengah murah ni lah yang ada cash tu mesti beli saham tu dengan harga tawaran yang mungkin jauh lebih rendah dari harga semasa.

8. Ok dah settle pump beli saham negara luar, kita control balik epidemic ni dalam China, kita dah prepare semua dah pun kan.

9. Kemudian kita rendahkan lagi harga komoditi, mesti kena beli pegangan dalam minyak mentah ni so kita kena beli dalam kuantiti large scale.

10. Ok yang ni best, kita start produktiviti kita macam biasa sementara negara lain semua tengah pening kepala pasal covid-19 ni.

Kita beli semua barang or stock yang mur-mur dalam keadaan crisis ni lepastu kita jual balik dengan harga mahal ala yahudi.

Kalau baca buku tulisan Kolonel China Qiao Liang dan Wang Xiangsui, from 1999, “Unrestricted warfare : China’s Master Plan to Destroy America”. Buku ni ada kat amazon boleh baca. Semua ada dalam tu.

Bukan nak cetuskan panic ke apa, tapi cuba fikir dan renungkan sejenak,
Kenapa Russia dengan Korea Utara boleh rilek tak pening-pening pasal Covid-19 ni? Pasal diorang sekutu rapat China.

Even ada statistic case pun, (Korea Utara tu takyah lah dia memang takkan disclose punya, pasal sape je kena jangkitan memang kena tembak mati.

Ada yang kata fake news tapi ramai je dah tahu pasal North Korea ni macam mana) Russia baru catat dalam 1000 lebih kes dalam tempoh 2-3 minggu pendemic ni jadi.

Tapi negara lain, tuddia kau tengok Korea Selatan, UK, Spain, Italy, dan Asia sampai kita Malaysia pun terpalit jugak kena. Italy lah paling kesian sekali. UK pun kesian jugak pasal ada satu Team bola sampai sudah menunggu bila nak angkat piala Premier League. 

Cumanya yang Wuhan ni, macam mana boleh cepat jadi bebas daripada virus Covid ni?

China akan cakaplah yang diorang dah ambik langkah drastic, proaktif segala macam tu lah untuk mereka mengawal virus ni, antaranya Lockdown full punya.

Tak boleh keluar langsung kalau keluar memang cari nahas lah kena hentak dengan pihak penguatkuasa. Tapi ada satu sudut pandang lagi yang ramai terlepas adalah, diorang dah ada vaksin / antidote tu dan dah pun treat patient-patient yang “terpilih”.

Beijing pula, macam mana diorang boleh tak kena? Kenapa mesti Wuhan? Adakah sebab dia iras-iras Mulan? Pelik bukan? Sekarang Wuhan dah boleh kata nak habis dah rantaian wabak Covid-19 ni. Tapi Amerika dan semua negara-negara yang disebut tadi memang tengah mengalami kegawatan ekonomi. 

Tak mustahil untuk kita katakan yang ekonomi United States of America ni nanti lambat laun akan tumbang sepertimana yang dah dirancang oleh China.

Sebab kalau nak lawan perang, askar Amerika lagi dasyat woo. Macam main Call of Duty la. Nak lawan askar memang China tak boleh menang confirm tak fun punya.

Amerika kot. Diorang negara paling BERKUASA dalam dunia. So takleh lawan askar, kita pakai virus. Senang sikit, tujuan pun sama juga ekonomi pun merudum dan secara tak langsung negara dah vulnerable kata orang kampung.

Nancy Petricia Pelosi ( speaker of the US House of Representative) ni pun mesti ada took part jugak ni, pasal dia pun tak suka Donald Trump tu. Nak kalahkan guna channel Politik susah pulak so baik pakat dengan China jatuhkan Trump dengan penyebaran virus ni.

Presiden China Xi Jinping tu, pakai mask RM1.20 je untuk jenguk pesakit-pesakit yang terkena jangkitan. Logiknya kalau Presiden nak turun padang, mesti protection tiptop, mesti mahu tutup dari atas sampai bawah.

Tapi tak jadi macam tu sebab dia dah pun dapat injection yang berfungsi untuk tahan virus tu daripada menyakitkan dia. Maksudnya apa? Memang dah ada penawar dah untuk virus ni.

Ini cuma teori yang aku baca tak habis je lah. Aku tak mengiyakan dan tidak juga menafikan. Sebab teori covid 19 ni macam-macam versi, yang ni mungkin salah satu dari 6246 versi. Cumanya aku harap kita semua sama-sama tabahlah dalam menghadapi economic meltdown ni. Sakit memang sakit. 

Tapi bak kata PM kita Tan Sri Mahyuddin “ When things get tough, only the toughest can get going”. Jadi be strong guys, we can make it through.

Saturday, 28 March 2020

Tanpa terjerit jerit dan tanpa bercakap besar

1.Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

2.Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

3.Bantuan  RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

4.Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan 

5.Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada  bulan April 2020

6.Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020 

7.Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.

8.Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan

9.TNB : Diskaun 50 peratus kepada penggunaan bawah 200 kilowatt sebulan; 25 peratus antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi 301 hingga 600 kilowatt

10.Internet percuma kepada semua pelanggan dengan bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan.. 

11.Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta

12.Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)

Dan lain lain..

Tangkal Yang Menakutkan Covid19

Sedar atau tidak,betapa pentingnya peranan antibodi dalam tubuh kita. Dengan mengambil sumber makanan tertentu dalam diet boleh menambah antibodi dan menguatkan tindak balas imun seseorang.

Menurut Medical News Today, sistem kekebalan atau imuniti tubuh terdiri daripada organ, sel, tisu, dan protein yang berfungsi melawan patogen, iaitu virus, bakteria, atau benda asing yang menyebabkan jangkitan atau penyakit.

Berikut adalah senarai 10 Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Antibodi Boleh Elak Penyakit!

1. Bawang Putih

Bawang putih sangat berkesan dalam membantu mengurangkan masalah tekanan darah dan juga melambatkan saluran darah menjadi keras.

Bukan itu saja, bawang putih juga membantu meningkatkan imun sistem diri kerana kaya dengan sebatian sulfur yang dikenali sebagai allicin yang dapat melindungi diri dari terkena penyakit selesema dan penyakit lain.

2. Kunyit

Kunyit sangat terkenal dalam dunia perubatan kerana fungsinya yang berkesan sebagai anti radang, yang dapat merawat penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan juga mengurangkan kecederaan otot. Oleh itu, tingkatkan imunisasi dengan menggunakan kunyit dalam masakan di rumah.

3. Shellfish

Shellfish merupakan menu terbaik bagi meningkatkan sistem imun dalam tubuh, ini kerana shellfish dapat membekalkan kandungan zinc yang diperlukan oleh tubuh kita. Antara jenis-jenis shellfish yang bagus untuk tingkatkan sistem imunisasi diri adalah ketam, kerang, udang karang dan juga kupang.

4. Bayam

Sayur bayam sangat bagus bagi meningkatkan sistem imun diri kerana ianya kaya dengan antioksidan, vitamin C, vitamin E, beta carotene dan juga flavonoids.

5. Halia

Rasa nak muntah, kulit merah-merah kerana radang, sakit tekak, mempunyai penyakit kronik dan sebagainya, maka halia adalah ubat terbaik bagi mengurangi masalah yang dihadapi. Halia merupakan sumber alam semula jadi yang dapat memanaskan badan dan bagus untuk kesihatan.

6. Kekacang

Kekacang seperti badam, almond dan biji benih matahari sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun diri, kerana ia kaya dengan vitamin E, phosphorous, magnesium, dan vitamin B-6.

Untuk miliki daya imunisasi diri yang kuat dan dapat menentang dari serangan bakteria dan virus, makanan bersumberkan kekacang ini dapat membantu melindungi diri kamu.

7. Buah-Buahan Sitrus

Fungsi buah-buahan sitrus dapat meningkatkan penghasilan sel darah putih dan juga dapat membekalkan vitamin C pada tubuh bagi melawan penyakit dan virus. Ini antara beberapa jenis buah-buahan sitrus yang bagus untuk kamu makan seperti buah lemon, limau kasturi, buah anggus, buah oren, dan buah limau.

8. Lada Merah

Lada merah pula mengandungi dua kali ganda jumlah kandungan vitamin C dan ia juga sangat kaya dengan kandungan beta carotene. Kedua-dua kandungan ini dapat membantu menyihatkan kesihatan kulit, mata dan juga sistem imunisasi diri.

9. Yogurt

Yogurt mengandungi bakteria kultur hidup yang bagus bagi meningkatkan sistem imunisasi diri dan ia juga sangat kaya dengan vitamin D yang berfungsi meningkatkan benteng pelindung diri dari serangan penyakit dan virus dari dalam.

10. Ubi Keledek

Suka makan ubi keledek yang berwarna oren, kamu beruntung kerana ubi-ubi keledek tersebut sangat bagus dan berkesan bagi meningkatkan sistem imun diri. Ubi keledek kaya dengan beta carotene yang merupakan sumber vitamin A, yang dapat membantu menyihatkan kulit dan juga melindungi kulit dari sinaran ultraviolet (UV).

Ekoran penularan Covid-19, ramai yang mencari ubat-ubatan dan vitamin bagi menguatkan sistem imun diri. Namun bekalan ubat-ubatan dan vitamin di pasaran akan semakin berkurangan, oleh itu dengan sumber bahan semula jadi seperti yang disenaraikan di atas kamu dapat gunakan sebagai alternatif meningkatkan imun diri.

Moga bermanfaat kepada semua!

Friday, 27 March 2020

Covid-19 dan Dajjal?

Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Covid-19 & Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis.

Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar.

Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah. 

Masih fikir nak shopping baju baru?
Masih fikir nak ke Saloon & Spa?

Dah rindu kopi starbuck?
Dah rindu burger McD?

Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Italy & hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia - 
Al-Jazeera.

Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting & tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun. 

Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix dikala orang susah hati & bersedih dengan wabak Covid-19 yang membunuh ini.

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan.

Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan.

Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita. 

Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat & tambat anak isteri di tiang-tiang rumah.

Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga & makan. 

Makanan umat islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logic akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logic akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan.

Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji. 

Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji & Umrah. Kalau nak kepastian boleh search.  Banyak hadis yang berkaitan.

Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini? 

Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu.

Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul.

Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir.

Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi saw & hadis ini adalah hadis sahih.

Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah.

Nabi saw pernah bersabda,

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah & Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan arab yang dahulunya fakir & pengembala kambing.

Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab. 

Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon & rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat.

Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal?

Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa & bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin.

Dia akan pukau kita sehingga kita ikut & sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini.

Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas. 

Macamana rupa Dajjal?

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...”

Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik & fasik, tak akan nampak perkataan ini.

Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah.

Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah & tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal. 

Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal. 

Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka.

Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal syurga itu neraka, neraka itu syurga.

Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal & 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding & di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini. 

Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai)

Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini.

Amalkan ayat ini selepas tasyahhud,

Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.

Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih)

Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung & lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur & diberikan kemewahan oleh Dajjal. 

Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat.

Jadi apa kaitan dengan Covid-19?

Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti  ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama. 

Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari.

Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal.

Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi saw.

Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang.

Panic buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan.

Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘Panic buying’ juga. Masing-masing panic berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing.

Terpisah keluarga. Kalau Covid-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan.

Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal. 

Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini.

Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal.

Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku & kita lebih bersedia.

Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini & terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan.

Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian.

Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja & menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal.

Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh. 

Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu & terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia.

Pakat muhasabah. 
Semoga bermanfaat CNP

Thursday, 26 March 2020

Italy menuju kehancuran

Ini adalah keadaan di hospital Italia, tiada tempat di dalam hospital . Harap semua rakyat Malaysia duduk di rumah.

Italy dah surrender... pesakit2 dia, terpaksa di biarkan mati tanpa saringan.. tak mampu nak merawat.

Perdana menteri itali berkata:kawalan kami sudah tiada.penyakit berjangkit membunuh kami..segala penyembuhan diatas dunia telah tamat

Semalam 427 mati
Hari ini 627 mati

1529 mati dlm tempoh 3 hari,5986 kes baru dlm satu hari! itali telah gagal sepenuhnya..

President itali menangis..

Itali memiliki Fasiliti Penjagaan Kesihatan Terbaik dunia,tapi mereka gagal mengawal Corona kerana mereka menganggap bahawa ianya adalah satu gurauan pada awal2 dulu dan kini president mereka menangis kerana sudah tiada ruang untuk kebumikan pesakit yang mati disebbkan penyakit ini.

700++ org mati dalam sehari..

Wednesday, 25 March 2020

COVID19: WABAK PENYAKIT DAN WABAK EKONOMI?

Kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman. 

Ada keletihan ketara diwajahnya.

Paling penting adalahan pengeluaran RM500 sebulan selama 6 bulan.

Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat. 

Ya saya rasa akan dilanjutkan.

Indonesia mula ambil langkah lockdown selama 3 bulan. 

Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.

 Lebih penting jika kita rajin baca, kita akan jumpa banyak tulisan akan kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia.

Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran 'bersedia'. 

Apa maksudnya?

Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik.

Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti selama 2 minggu. 

Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona.

Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.

Kawan kawan yang baik,

Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menangung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dan berada dibawah $30 setong.

Kita sedang tak ada duit.

Kita bukan negara kaya yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang.

Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang.

Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu.

Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati hati bab belanja.

Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa.

Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan diluar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa 3 tahun lepas.

Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan.

Apa yang saya nak sampaikan,

Didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang. 

Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua.

Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.

Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi.

Kesannya lebih besar.

Tanya diri kita, kita ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita.

Manfaat duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu.

Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini.

Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangkaan apa akan berlaku sebulan kedepan.

Bersedia, kata kuncinya.

Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil viva saya kemana mana. Jimat dan mudahkan hidup saya.

Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.

Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku didunia luar. Mereka kena sedia bukan hanya seronok bercuti dirumah sahaja.

Kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini.

Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.

Kawan kawan yang mulia,

Jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali.

Jika kita masih sambut harijadi dengan kek secret resipi, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.

Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40.

Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini. 

Ushakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang. 

Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli. Serahkan kembali.

Hidup sedehanalah mula sekarang kawan kawan.

Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincamgan keluarga.

 Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak anak faham.

Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar. 

Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.

Moga Allah swt merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.

Azizul Azli Ahmad

#CatatanHariKe7
#StayAtHome

#Catatan Rabu pagi saya diundang  bercakap di TV Alhijrah dan WHI TV3 secara online sahaja nanti. Makluman.

Monday, 23 March 2020

Siapa *Patient136* covid19???

So hakikatnya *Patient136* ini juga Rakyat Malaysia yang menjadi pembawa virus secara tidak sedar kedalam group tabligh Sri Petaling .. 

Point of Origin this virus infected  “Overseas” suspected from Korea as student disana dibawa ke Malaysia .. ( NAH kat sini pun jelas maksudnya virus ini telah melepasi pemeriksaan AirPort masa tu ke dalam Malaysia 22hb Febuary 2020 ) 

Fakta ini juga belum conclusive jika nak kata dia kena virus ini daripada luar dan bawa masuk ke dalam Sri Petaling Malaysia sebab dia mula dikesan demam pada 3hb March 2020 . 

Ini kerana beliau ada 5 hari kosong di Malaysia sebelum menghadiri istijmak di Sri Petaling 27hb Febuary 2020 , beliau juga mungkin terkena virus ini semasa di Malaysia juga ada the possibillity is there ada .. future Investigation untuk tahu sepanjang 5 hari sebelum istijmak beliau ke mana juga perlu dikaji oleh KKM dalam melihat rantaian penyebaran virus ini boleh berlaku sama ada berlaku contact daripada pembawa lain virus ini .. 

Persoalan Fakta penting yang saya sehingga hari ini saya tak faham dan menimbulkan seribu satu persoalan : 

1. Kluster pertama ni adalah dari pelancong luar yang sakit kat Malaysia, banyak dah sembuh…
Menurut database yang dibangunkan oleh team Malaysiakini, kita ada tiga kluster utama. Kluster pertama ni kami ringkaskan sebagai kelompok pelancong yang ada sejarah ke luar negara dan lain-lain (tak semestinya dari China ye) yang jatuh sakit di Malaysia.

Memang dah menjadi prinsip perubatan; kalau orang tu sakit kat sesebuah negara dimana jika dihantar semula, bakal membahayakan nyawa pesakit tu, maka seharusnya pihak hospital terima pesakit tersebut. Begitulah kesnya ketika jangkitan awal ni merentasi sempadan kita.

*Sejak 25 Januari tahun ni, kita dah terima beberapa pesakit yang terdiri dari para pelancong asing ketika mereka nak masuk ke Singapura. Mereka akhirnya berjaya disembuhkan, namun masuk bulan Februari, kita dah menerima pesakit dari kalangan warga Malaysia sendiri.*

Beberapa pesakit tu turut terdiri daripada beberapa warganegara kita dari Wuhan, dimana pesakit paling muda yang dirawat ketika tu adalah berumur 9 tahun. Beberapa pesakit yang positif COVID-19 ni pula ada sejarah ke luar negara iaitu dari Singapura, Indonesia, Itali dan Jepun. Terdapat seorang jururawat Malaysia kepada pesakit kes 24 positif COVID-19 lepas terdedah dengannya.

Hospital Covid Pelancong China
Kedutaan China ucap terima kasih atas jasa Malaysia..Via Rojak Daily
Dalam kluster ni jugak, seorang ahli Parlimen dari Sarawak dan anaknya dijangkiti COVID-19 pada awal Februari dan dikatakan dah terjangkit masa dia menyertai mesyuarat kat Kuala Lumpur sebelum pulang ke Sibu. Daripada kluster ni, 17 daripadanya direkodkan sembuh manakala selebihnya masih ditahan di hospital tempatan.

2. Tersebar dari satu pegawai ke satu pegawai lain, pengarah eksekutif Khazanah kata dia terjangkit lepas dari Shanghai…
Dalam kluster kedua ni pulak, Pengarah Eksekutif ni dikatakan dah ke Shanghai, China dan menjadi kontak rapat kepada 17 orang pegawai lain. 9 daripadanya dah sembuh dan dah discaj dari hospital manakala dirinya masih lagi dirawat di hospital.

Hisham Hamdan… Via CodeBlue
Malaysiakini melaporkan pada 7 Mac, 4 daripada pesakit gelombang pertama ni ada kontak rapat dengan “Pesakit 33” manakala 6 lagi dikatakan adalah pesakit gelombang kedua akibat dari kontak rapat tersebut. “Pesakit 33” ni pun ada kontak rapat dengan “Pesakit 26”, iaitu dipercayai Pengarah Eksekutif tu sendiri, Hisham Hamdan.

“Semua rangkaian peristiwa ini berlaku selepas saya kembali dari Shanghai. Tidak dinafikan gelombang kedua COVID-19 adalah dikaitkan dengan saya, tetapi ‘dikaitkan dan berasal dari saya’ adalah dua perkara berbeza,”- Hisham Hamdan, dalam kenyataannya kepada Berita Harian pada 6 Mac 2020
Cluster Moh Kontak Patient 26
Peta pengesanan kontak rapat kluster kedua…Via CodeBlue
Hisham menafikan dirinya adalah punca gelombang kedua, sebaliknya dia tegaskan dia adalah mangsa gelombang kedua dari Shanghai, China dan diuji positif kat Malaysia.

Jadi dalam kluster kedua ni, ada dua ‘penyambung’ rangkaian dua jangkitan iaitu dari Hisham Hamdan dan “Pesakit 33”. Walaupun begitu, tak dapat dipastikan siapa dulu yang kena jangkitan tu; sama ada Hisham atau Pesakit 33 disebabkan kedua-duanya pun pernah bermesyuarat bersama-sama.

3. Kluster ketiga yang paling besar risikonya, KKM terpaksa jejaki 14,500 peserta himpunan Tabligh di Sri Petaling…
Sekarang ni, kita terpaksa menempuhi cabaran dari kluster ketiga pula dengan ‘anggota’ kes yang ramai lepas kes Sri Petaling Jaya. Atas usaha KKM, mereka dah dapat pastikan kemungkinan yang rasional mengenai siapa yang ‘membawa’ jangkitan tersebut.

Hanya ditandakan sebagai “Pesakit 136”, dia merupakan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Korea Selatan dan turut bekerja sambilan sebagai ejen pelancongan. Dia pulang ke tanah air dari Korea Selatan pada 22 Februari, kemudiannya menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 3 Mac.

Case 136
Hubungkait pesakit 136 dengan lain-lain…Via KKM
Dia dah demam pada 3 Mac, dan terbang semula ke Korea Selatan pada 4 Mac serta pulang semula ke Malaysia. Dalam rekod kluster ni, ada 8 ‘penyambung’ utama kepada beribu-ribu orang lagi yang berisiko tinggi. Daripada 8 yang direkodkan ni, pesakit paling tua setakat ni adalah seorang lelaki dari Sarawak berumur 73 tahun.

Pertama : Kita telah menerima kes pelancong sejak 25hb January 2020 , Bila sekatan pelancong dibuat kerajaan kita ??? 

Kedua : Sejak 25 January 2020 Pelancong / pesakit Covid di Malaysia  tu turut terdiri daripada beberapa warganegara kita dari Wuhan, dimana pesakit paling muda yang dirawat ketika tu adalah berumur 9 tahun. Beberapa pesakit yang positif COVID-19 ni pula ada sejarah ke luar negara iaitu dari Singapura, Indonesia, Itali dan Jepun. Semua negara yang dilawati ini adalah negara yang sekarang turut menerima virus Covid 19 ini . Bagaimana Kementerian Kesihatan Malaysia . Adakah mereka ini salah satu kumpulan  penyebar virus COVID19 keseluruh negara terbabit ?? 

Ketiga : After discharge, patients are recommended to continue 14 days of isolation management and health monitoring, wear a mask, live in a single room with good ventilation, reduce close contact with family members, eat separately, keep hands clean and avoid outdoor activities.
It is recommended that discharged patients should have follow-up visits after 2 and 4 weeks ( ini daripada WHO criteria of discharge ) Bagaimanapula dengan KKM MALAYSIA adakah 15 warga china daripada 22 pesakit yang KKM Malaysia dischargekan daripada Covid 19 , 02hb March 2020 adakah mereka semua 22 orang ini di kuarantinkan 14 hari juga tanpa bersama dengan keluarga as followup ??? 

Banyak lagi persoalan yang masih belum terjawap oleh KKM dalam isu wabak ini daripada menteri PH dulu yang bersetuju gelak gelak meluluskan pelancong masuk negara kita walaupun sudah ada kes menular dalam negara kita hingga ke polisi kerajaan PH yang tidak menyekat kemasukan pelancong luar kedalam negara kita hingga promosi warga china tak perlu visa jika ingin melawat dan melancong negara kita .. Siap ada Package untuk pelancongan digalakkan membeli rumah di Malaysia lagi dulu .. haaaaiiiiiii gerammmm sangat sabar je lah yea kita semua .. 

KESIMPULANYA : Hampa sedar tak yang dok guna jemaah tabligh sebagai kambing hitam tempat hampa maki hamun itu mereka ini mangsa keadaan hasil daripada virus yang dibawa masuk kedalam jemaah tabligh ini asalnya satu dunia tahu asalnya daripada negara luar samada orang tempatan yang dapat daripada orang lain yang juga dapat daripada orang luar negara ini atau orang tempatan yang membawa masuk virus ini daripada negara luar tanpa mereka sedari .. so ingat kita juga sama boleh berlaku kepada kita .. yang benar benar Bertangungjawap adalah kelemahan kawalan dan penguatkuasaan daripada kerajaan PH dulu sendiri yang asyik nak berpolitik lebih hingga mengadaikan keselamatan rakyat yang lain .. Jika langkah yang dibuat TSMY ini dengan tegas menghalang pelancong masuk ke Malaysia daripada dulu dibuat saya yakin semua ini tidak akan menjadi seteruk macam ini sekarang .. 

PATIENT136 ini juga saya yakin jika dia tahu awal dia ini pembawa virus COVID19 dia tak akan pergi ke Sri Petaling malah dia juga mempertikaikan bagaimana beliau boleh dibenarkan masuk Malaysia pada 22 FEBUARY 2020 daripada Korea dan beliau sekali lagi dikatakan beliau demam 3hb March 2020 dan dibenarkan pulang ke Korea 4hb March 2020 tanpa sekatan dan boleh pulang balik ke Malaysia buat kali kedua .. nampak tak ??? Salah siapa ??? Kelemahan siapa ??? 

Dan jika ada yang cuba nak kaitkan PATIENT136 Malaysia dengan PATIENT31 South Korea saya nak kata satu saja kepada Cyber-trooper berkepentingan tu tolong belajar kenal jantina sebelum memesongkan rakyat .. 


Saturday, 21 March 2020

PEMBERHENTIAN DATUK WIRA MARZUKI MEMENUHI KEHENDAK AKAR UMBI, BUKAN TINDAKAN POLITIK

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberhentikan Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU pada 18 Mac lalu nampaknya telah digunakan oleh para pemimpin Pakatan Harapan untuk menggambarkan bahawa Tan Sri Muhyiddin tidak peka dengan wabak COVID 19.

Antara pemimpin Pakatan Harapan yang mengkritik tindakan Tan Sri Muhyiddin ini adalah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, yang secepat kilat mengeluarkan kenyataan media bagi menghentam Tan Sri Muhyiddin yang dikatakan “terus menerus berpolitik dalam suasana negara yang getir ini” dan “lebih mementingkan usaha menguatkan kedudukan kerajaan pintu belakang dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat yang lebih utama dalam menghadapi kemelut COVID 9 ini”.

Sebenarnya, tidak seperti yang disangka, tindakan Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU bukanlah diasaskan kepada perbezaan politik antara Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepada tindakan Datuk Wira Marzuki menunjukkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir di dalam pertikaian antara kedua-dua pemimpin ini.

Pemberhentian Datuk Wira Marzuki daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU ini sebaliknya adalah dilakukan atas tuntutan akar umbi yang sudah lama mahukan beliau diberhentikan tetapi hanya sekarang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin memandangkan beliau didapati gagal melaksanakan tanggungjawab menguruskan parti dengan baik dan telus, khususnya di dalam menguruskan soal keahlian parti, sepanjang beliau memegang jawatan Setiausaha Agung BERSATU.

Jika ditanya kepada mereka, hampir semua Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mahukan Datuk Wira Marzuki diberhentikan kerana beliau gagal menguruskan pendaftaran keahlian parti dengan baik dan telus. Sepanjang persidangan cawangan BERSATU sejak hujung Februari lalu, ada cawangan BERSATU yang tidak menerima senarai keahlian lengkap, ada ahli yang tidak ditempatkan mengikut keputusan Bahagian BERSATU, malahan aduan-aduan yang dibuat oleh Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga gagal ditangani oleh beliau. 

Antara contoh spesifik kegagalan Datuk Wira Marzuki adalah kegagalan beliau mendaftarkan hampir 15,000 permohonan keahlian baru menyebabkan para pemimpin Bahagian BERSATU terpaksa beratur panjang di Ibu Pejabat BERSATU akhir tahun lalu untuk memastikan borang keahlian mereka yang memohon menjadi ahli diproses.

Malah, dalam satu perbincangan tidak rasmi di kalangan Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang berlangsung pada 12 Mac lalu, 20 daripada 23 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang hadir meminta Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki secara serta merta untuk memastikan parti berjalan baik kerana beliau dilihat terlalu lemah sebagai Setiausaha Agung BERSATU. 

Tan Sri Muhyiddin waktu itu bagaimanapun masih belum mahu menukar Datuk Wira Marzuki kerana mahu menjaga keharmonian parti, manakala Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden BERSATU pula menawarkan diri untuk bertemu dengan Datuk Wira Marzuki bagi meminta beliau meletakkan jawatan secara sukarela.

Begitupun, desakan meminta Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki menjadi lebih kuat bila beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU di dalam pemilihan parti pada 16 Mac lalu. Ini adalah kerana Datuk Wira Marzuki sepatutnya meletakkan jawatan Setiausaha Agung BERSATU dahulu sebelum bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU memandangkan sangat tidak wajar dari segi etika untuk seorang Setiausaha Agung bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana jawatan ini akan memberi kelebihan kepada beliau di dalam pemilihan parti. 

Selain Setiausaha Agung BERSATU merupakan penghubung di antara Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Jawatankuasa Pemilihan Parti, Setiausaha Agung BERSATU juga bertanggungjawab bagi memastikan Persidangan Bahagian BERSATU, Perhimpunan Agung BERSATU dan pemilihan parti berjalan lancar. Jika dalam keadaan biasa pun beliau sudah gagal melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik dan telus maka bila beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU lagilah beliau tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan parti.

Sebagai kesimpulannya, tindakan Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki ini bukanlah satu tindakan politik untuk mengenepikan pengaruh Tun Dr Mahathir, apa lagi untuk mengenepikan kepentingan rakyat, tetapi adalah tindakan pentadbiran biasa bagi memastikan pengurusan parti dapat berjalan baik, sekali gus bagi memastikan tumpuan kepada nasib rakyat akan lebih terjaga.

C & P : (Pensyarah /Proffesor UUM)

TERBONGKARNYA MISTERI CORONAVIRUS (COVID-19)

APAKAH ITU CORONAVIRUS (COVID-19)?

Coronavirus merupakan sekumpulan virus yang terdiri dari 32 jenis virus  dan mereka terbahagi kepada 2 keluarga. Virus tersebut boleh menyerang manusia dan juga binatang.
Coronavirus (Covid-19) pula merupakan virus yang baru ditemui (atau baru dicipta) pada tahun 2019.   

Patent untuk Coronavirus yang sedang berlegar di media social sebenarnya adalah untuk Coronavirus jenis lama (ciptaan tahun 2018 atau sebelumnya) dan bukannya jenis 2019.

Orang yang terkena virus tersebut akan mendapat tanda-tanda selepas 2 hingga 14 hari contohnya seperti hidung berair, sakit kepala, batuk, sakit tekak dan demam. Untuk mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mereka akan mendapat sakit seperti batuk yang amat teruk.

97% pesakit akan sembuh dari sakit tersebut  tanpa mendapat sebarang bantuan perubatan moden. Hanya pesakit yang telah berumur lebih dari 60 tahun akan mendapat kesan seperti paru-paru berair dan akan menyebabkan kematian sekiranya tidak berubat.


DARI MANAKAH ASALNYA CORONAVIRUS (COVID-19) ?

Ia berasal dari Wuhan di negara China. Terdapat 8.9 juta penduduk di Wuhan. Ia adalah sama besarnya seperti kota London. Ia adalah bandar yang ketujuh terbesar di China.


MAKMAL BIOSAFETY DI WUHAN

Di Wuhan, terdapat sebuah makmal iaitu “Wuhan National Biosafety Laboratory”. Ia merupakan sebuah makmal yang membuat kajian dan penyelidikan tentang virus. Ia dibina pada tahun 2017 dan mula beroperasi pada tahun 2018.


SAINTIS DARI CHINA TELAH MENCURI VIRUS DARI MAKMAL DI NEGARA KANADA

Pada bulan March 2019, 2 orang saintis iaitu Dr. Xiangguo Qiu dan Keding Cheng (suami–isteri) dari negara China telah mencuri virus dari sebuah makmal iaitu “Canadian National Microbiology Laboratory (NML)” di negara Kanada. Mereka kemudian telah menghantar virus tersebut ke negara China dengan menggunakan khidmat Courier .

4 bulan berikutnya iaitu pada bulan July 2019, mereka berdua telah dihalau keluar dari Makmal NML dan dipaksa pulang ke negara China.

Di China, mereka kemudian membawa virus tersebut ke makmal di Wuhan dan mula membuat ubahsuai (modify) virus tersebut.

Ketua mereka ialah Dr. Peng Zhou, Ph.D.  Dialah yang bertanggungjawab dalam mencipta virus baru yang dinamakan sebagai Coronavirus (Covid-19)

32 Kilometer dari Makmal tersebut terdapat sebuah pasar iaitu “Huanan Seafood Market” yang dikatakan tempat bermulanya penyebaran Coronavirus (Covid-19).

Ini bermakna, para saintis dari makmal “Wuhan National Biosafety Laboratory” telah membawa Coronavirus ke pasar di “Huanan Seafood Market” untuk menyebarkannya dengan sengaja. Dari situlah bermulanya wabak Coronavirus (Covid-19).


KENAPAKAH KERAJAAN KOMUNIS CHINA HENDAK MEMBUNUH RAKYAT MEREKA SENDIRI?

Kerajaan Komunis China hendak mengurangkan jumlah penduduk di negara China. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri untuk melaksanakan agenda jahat tersebut. Mereka menggunakan virus sebagai alasan supaya tidak ada sesiapapun yang akan tahu kisah sebenar. Sejak December 2019 sehingga kini, Kerajaan Komunis China telahpun membunuh lebih dari 500,000 orang di China.

Kerajaan Komunis China telahpun menempah 1 juta bag mayat untuk digunakan sewaktu operasi membunuh.

Kenapakah mereka memilih bulan December 2019 untuk menyebarkan virus tersebut? Jawapannya ialah kerana orang-orang di China akan menyambut Tahun Baru Cina pada bulan January 2020. Jadi mereka memerlukan masa sebulan untuk memastikan virus tersebut tersebar di kalangan penduduk di Wuhan.

Selepas itu orang-orang yang telah dijangkiti virus tersebut akan melancong ke luar negara untuk menyambut Tahun Baru Cina. Ini akan menyebabkan virus tersebut akan merebak ke seluruh dunia. Itulah agenda Khazar Satanist @ Illuminati.



SAINTIS DARI INDIA TELAH MENGATAKAN BAHAWA TERDAPAT GEN AIDS DIDALAM CORONAVIRUS (COVID-19)

Selepas sebulan Coronavirus merebak ke seluruh dunia, Saintis dari negara India iaitu dari “Kusuma School of biological sciences, Indian institute of technology, New Delhi-110016, India” dan juga  “Acharya Narendra Dev College, University of Delhi, New Delhi-110019, India” telah membuat kajian tentang Coronavirus tersebut.

Saintis dari India tersebut mendapati bahawa Coronavirus bukannya semulajadi. Ini adalah bukti yang kukuh bahawa virus tersebut adalah buatan manusia.

Saintis tersebut juga telah memberitahu bahawa mereka telah menemui gen AIDS di dalam Coronavirus.



RAMAI SAINTIS YANG MENGAKU BAHAWA CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH CIPTAAN MANUSIA



11 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada 18 September 2019 iaitu 11 minggu sebelum Coronavirus merebak, Pegawai di Tianhe Airport di Wuhan telah mengadakan latihan kecemasan untuk menghadapi wabak Coronavirus.

Kenapakah mereka memilih Coronavirus dan bukannya virus lain? 



6 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada 18 October 2019, iaitu 6 minggu sebelum Coronavirus merebak, sebuah persidangan “Event 201” telah diadakan di New York. Persidangan tersebut telah dianjurkan oleh “Johns Hopkins Center for Health Security” dan “World Economic Forum” bersama “Bill and Melinda Gates Foundation”.

Bill and Melinda Gates Foundation adalah dimiliki oleh “founder of Microsoft” iaitu Bill Gates.

Di dalam persidangan tersebut, mereka telah membuat ujikaji dengan menggunakan simulasi dalam komputer mengenai kesan kepada manusia sekiranya virus merebak. Komputer tersebut memberikan keputusan yang amat memeranjatkan. Komputer itu meramalkan bahawa 65 juta manusia akan mati akibat virus tersebut.

Pada hari yang sama iaitu 18 October 2019, seramai 10,000 askar dari 110 negara telah berada di Wuhan untuk menyertai acara sukan tentera.

Adakah acara tersebut dijadikan sebagai alasan untuk membawa 10,000 tentera ke Wuhan?


4 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada bulan November 2019, Negara Komunis China telah melancarkan Teknologi 5G di Wuhan dan juga di bandar-bandar yang berhampiran.

Teknologi 5G akan memberikan berbagai kesan buruk kepada manusia. 5G juga akan memberikan kesan seperti selsema dan demam. Sebab itulah ramai penduduk di Wuhan menunjukkan kesan seperti selsema dan demam.

Jadi, Kerajaan Komunis China akan menangkap semua orang yang menunjukkan kesan seperti selsema dan demam. Mereka akan memberikan alasan kononnya orang tersebut telah dijangkini Coronavirus (Covid-19).



VAKSIN UNTUK CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH LEBIH MERBAHAYA

Khazar Satanist @ Illuminati sedang membuat perancangan untuk menggunakan isu Coronavirus sebagai alasan untuk memastikan semua manusia di dunia ini disuntik dengan Vaksin.

AWAS!!!

JANGAN TERTIPU!!!

Mereka akan memasukkan berbagai jenis virus didalam Vaksin tersebut. Ada juga para saintis yang telah membocorkan rahsia dengan memberitahu bahawa mereka akan memasukkan sejenis RFID Chip yang amat kecil di dalam Vaksin tersebut. Ini adalah untuk mengesan lokasi anda dengan tepat. 



KESIMPULAN

Negara China merupakan “testing ground” untuk Khazar Satanist @ Illuminati untuk menjayakan agenda jahat mereka iaitu “New World Order”.  

Kesemua “Virus” yang terdapat di zaman ini contohnya seperti AIDS, SARS, EBOLA, ZIKA, H1NI dan sebagainya adalah ciptaan manusia (Saintis tajaan Khazar Satanist @ Illuminati) dan dibuat di dalam makmal. Setiap tahun mereka akan menciptakan suatu “virus” yang baru dan akan menyebarkannya melalui suntikan vaksin yang kononnya untuk “berubat” penyakit tersebut. Sebab itulah “virus” tersebut tidak pernah wujud 100 tahun dulu malah ibu bapa kita juga tidak pernah mendengarnya sewaktu mereka masih kecil.

Penciptaan “virus” tersebut adalah sebahagian daripada “Agenda 21” dari United Nations (UN). Apakah itu “Agenda 21”?

“Agenda 21” ialah untuk “mengurangkan jumlah penduduk dunia” sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja. Untuk pengetahuan anda, penduduk bumi kini berjumlah 7.3 billion orang. Jadi mereka sebenarnya bercadang untuk membunuh lebih 6.8 billion manusia.


Sumber rujukan:
https://www.bbc.com/news/health-51048366
https://patents.justia.com/patent/10130701
https://www.dailymail.co.uk/health/article-7928063/Wuhan-doctor-dies-nine-days-contracting-deadly-coronavirus-battled-save-patients.html
https://news.yahoo.com/health-experts-issued-ominous-warning-170400102.html?guccounter=1
https://www.dailymail.co.uk/health/article-7900047/Scientists-fear-4-500-Chinese-patients-caught-coronavirus.html
https://www.bbc.com/news/world-asia-china-51259649
https://en.wikipedia.org/wiki/Novel_coronavirus_(2019-nCoV)
https://www.tehpodderzka.ru/2020/01/koronavirus.html
https://kotaku.com/chinese-resident-evil-fans-think-this-biotech-companys-1835609001
https://www.creativebloq.com/news/umbrella-corporation-logo
https://www.dailymail.co.uk/health/article-7922379/Chinas-lab-studying-SARS-Ebola-Wuhan-outbreaks-center.html
https://www.livescience.com/china-lab-meets-biosafety-levels-new-coronavirus.html
https://greatgameindia.com/coronavirus-bioweapon/
https://greatgameindia.com/chinese-researchers-caught-stealing-coronavirus-from-canadian-lab/
https://www.nature.com/news/inside-the-chinese-lab-poised-to-study-world-s-most-dangerous-pathogens-1.21487
https://governmentslaves.news/2020/01/29/how-viral-pandemic-benefits-the-globalist-agenda/
https://besacenter.org/perspectives-papers/china-biological-warfare/
https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.01.30.927871v1
https://www.naturalnews.com/2020-02-02-coronavirus-bioweapon-chinese-vaccine-experiment-gone-wrong-pshuttle-sn-gene-sequence.html
https://www.zerohedge.com/geopolitical/coronavirus-contains-hiv-insertions-stoking-fears-over-artificially-created-bioweapon
https://www.bangkokpost.com/thailand/general/1849024/thai-doctors-say-two-drug-groups-help-cure-patient
http://themillenniumreport.com/2020/02/urgent-practical-advice-for-coronavirus-prevention-and-holistic-remediation/
https://jamesfetzer.org/2020/02/bill-gates-world-economic-forum-ran-coronavirus-outbreak-simulation-just-6-weeks-before-the-real-outbreak/
https://www.dailymail.co.uk/news/article-7955337/X-rays-effect-killer-virus-33-year-olds-vital-organs.html
http://www.centerforhealthsecurity.org/event201/
https://www.theburningplatform.com/2020/02/01/coronavirus-contains-hiv-insertions-stoking-fears-over-artificially-created-bioweapon/
https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.01.30.927871v1.full.pdf
https://greatgameindia.com/coronavirus-bioweapon/
https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/chinese-researcher-escorted-from-infectious-disease-lab-amid-rcmp-investigation-1.5211567
https://jameslyonsweiler.com/2020/01/30/on-the-origins-of-the-2019-ncov-virus-wuhan-china/?fbclid=IwAR0aFjC4kWRz-qfoO1RYc7w6TWmqoYLbnfbvA9Od2WympBgxBJ5ikpqT5BU
https://www.naturalnews.com/2020-02-04-dr-francis-boyle-confirms-coronavirus-an-offensive-biological-warfare-weapon.html
https://www.taiwannews.com.tw/en/news/3871594
https://www.naturalnews.com/2020-02-04-coronavirus-censorship-entire-media-falsely-claiming-zero-hedge-scientist.html
http://www.whiov.cas.cn/105341/201911/t20191118_5438006.html
https://www.zerohedge.com/health/man-behind-global-coronavirus-pandemic
http://sourcedb.whiov.cas.cn/zw/rck/201705/t20170505_4783973.html

Friday, 20 March 2020

Covid19- Belajar Dari Sejarah Britain

Siapa pernah tonton filem Darkest Hour (2017) mesti ingat scene ini.

Dalam filem, Gary Oldman memegang watak Winston Churchill, perdana menteri Britain dari 10 Mei 1940 hingga 26 Julai 1945, ketika berlakunya Perang Dunia Kedua (WW2).

Ketika Churchill dilantik sebagai PM, Britain dan Eropah berada dalam saat yang genting. Jerman di bawah Hitler mencetuskan WW2. Dengan pantasnya Jerman menakluk satu per satu negara Eropah, spread macam virus. 

Parlimen Britain hilang sepenuhnya keyakinan terhadap PM Neville Chamberlain yang mengamalkan dasar appeasement selama ini. Akibat dasar appeasement Chamberlain (dasar tak buat apa-apa membiarkan Jerman), Britain kini berada dalam bahaya. Chamberlain letak jawatan, digantikan dengan Churchill.

Tapi Churchill hanyalah last choice. Churchill tak ramai kawan, semua orang bencinya. Even Raja George VI (ayahanda Elizabeth II) pun sangsi dengan kebolehannya. Tapi disebabkan tiada sesiapa mahu mengambil alih jawatan PM yang merupakan toughest job pada waktu itu, maka tanggungjawab jatuh ke bahu Churchill.

Churchill berdepan dengan dua pilihan: berunding damai dengan Jerman, atau teruskan fighting. Churchill memilih untuk fight, keputusan yang kurang popular dan dikecam oleh musuh-musuh politiknya. 

Britain hanya tinggal 300000 tentera, dan kesemuanya terperangkap di Dunkirk, Perancis di mana mereka dikepung oleh tentera Jerman. Kalau Jerman menawan Dunkirk, maka habislah Britain. Tiada lagi tentera yang tinggal.

Bagi Churchill, berunding dengan musuh pada waktu itu tak ada beza dengan menyerah kalah. Itu hanya mensia-siakan pengorbanan tentera Britain selama ini, terutamanya 300 tentera Britain di Calais yang terpaksa ditinggalkan oleh Churchill untuk selamatkan Dunkirk. Conscience Churchill tak dapat menerima kompromi dengan Hitler.

Tapi Churchill pun sedar, dari sudut realistiknya, kemungkinan untuk Britain menang agak tipis. Perancis dah menyerah kalah, Britain dah tak ada sekutu. Seluruh Eropah berada di bawah penguasaan Jerman. US memilih untuk kekal neutral, tidak mahu membantu Britain.

Itu adalah "darkest hour" dalam sejarah Britain, dan juga darkest hour bagi Churchill sendiri. Berada dalam kekeliruan, Churchill mula meragui pilihannya untuk meneruskan perang.

Sehinggalah George VI menasihati Churchill untuk mendengar suara hati rakyat. "Go to the people, tell them the truth". Maka Churchill pun pergi naik Underground seorang-seorang.

Mula-mula semua penumpang rasa awkward. Tak pernah tengok PM naik tren. Sampailah Churchill memecahkan kesunyian dengan bertanyakan penumpang samada mereka nak Britain berdamai atau teruskan berjuang.

Di luar jangkaan Churchill, semua orang dalam koc tren, termasuk wanita dan kanak-kanak, sokong Churchill untuk teruskan perangnya terhadap Jerman. Siap kata sekiranya tentera Jerman mendarat di Britain, mereka pun akan berjuang sekali untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah Britain.

"Morale" yang ditunjukkan oleh rakyat Britain memberikan Churchill keberanian dan keyakinan untuk terus fight Jerman, mengisytiharkan Britain "shall never surrender". Maka Hitler melancarkan serangan udara ke atas Britain (terutamanya London) yang dikenali sebagai The Blitz untuk menundukkan Britain.

Britain dibom bertalu-talu. Tapi rakyat Britain tidak panik atau takut, sebaliknya menunjukkan resilience yang luar biasa. Slogan "Keep Calm and Carry On" dicetak sebagai poster dan diedarkan kepada orang ramai. Britain kekal tenang. Niat jahat Hitler nak lihat orang Britain gelabah dan merayu-rayu tak tercapai.

Malah George VI sendiri menunjukkan teladan sebagai seorang raja. Walaupun istana diraja iaitu Buckingham Palace turut menjadi sasaran serangan udara Jerman, tapi George VI tidak gentar, tidak melarikan diri ke jajahan Britain yang lebih selamat seperti Kanada. Sebaliknya George VI memilih untuk "keep calm and carry on" bersama-sama rakyatnya.

Selepas 246 hari dibom siang malam, selepas 43000 rakyat terkorban, Britain masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu surrender. Maka Hitler berhentikan serangan, dan ubah plan menyerang Soviet pula.

Peluang yang dinanti-nantikan Churchill akhirnya tiba. Churchill menubuhkan pakatan dengan Soviet. Fortuna Hitler pun mula hilang. Britain dan Soviet berjaya turn the tide. Selepas US pun masuk gelanggang, Jerman akhirnya ditewaskan pada Mei 1945.

Britain menjadi negara pemenang. Churchill yang dikeji selama ini muncul sebagai war hero. Yang paling penting, sikap dan semangat rakyat Britain semasa The Blitz menjadi inspirasi kepada generasi-generasi yang akan datang.

Sebab itu, di kala COVID-19 mengganas, media Britain mula bercerita tentang "The Blitz Spirit", menggali sejarah Britain bagaimana nenek moyang mereka dengan tenang dan tabahnya mengharungi the darkest hour.

Kita pun boleh mengambil teladan daripada sejarah itu. 

Seperti keputusan Churchill, perintah kawalan pergerakan bukanlah keputusan yang popular. Kehidupan ramai terjejas, ramai rasa menyusahkan. Tapi dalam keadaan yang makin kritikal, kesedaran masyarakat masih rendah, itulah tindakan yang perlu untuk membendung mudarat yang lebih besar.

Seperti kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Britain kepada Churchill, dalam perang terhadap virus ini semua orang wajar memberi kepercayaan kepada pemimpin kita. Kau mungkin ada kecenderungan politik tersendiri, tapi di saat-saat genting macam ini, ketepikan politik. Banyak masa lagi kita boleh berpolitik, kalau kita survive kali ini. Kalau memang tak boleh nak percaya pemimpin politik, sekurang-kurangnya percayalah pemimpin bidang perubatan seperti Ketua Pengarah Kesihatan.

Seperti rakyat Britain yang menolak perundingan yang akan mensia-siakan pengorbanan prajurit frontline, kita pun jangan mensia-siakan pengorbanan pekerja kesihatan frontline yang sedang bertarung nyawa, dibekukan cuti, terpisah daripada keluarga untuk merawat pesakit yang jumlahnya semakin meningkat. 

Kawalan pergerakan tak akan secara automatik membendung penularan virus. Untuk "flattening the curve", kita WAJIB melaksanakan "self-quarantine" dan "social distancing", cuci tangan, pakai topeng, kurangkan berjumpa orang, kekalkan jarak 1 meter. 

Ini bukan masa untuk bercuti, untuk ziarah sanak sedara, untuk balik kampung. Ini masa kecemasan. Kalau kita masih rileks, 2 minggu hanya akan burn macam itu saja, dan kes akan terus meningkat. 

Rakyat Korea, Taiwan dan Singapura dipuji oleh satu dunia kerana resilience dan disiplin mereka dalam mengamalkan social distancing. Tidakkah kita mahu membuktikan kepada dunia bahawa orang Malaysia juga rakyat berkualiti yang boleh buat benda yang sama?

Semua negara dah isytihar perang terhadap COVID. "Nous sommes en guerre" (we are at war), kata Presiden Perancis. Negara seperti Itali, Iran dan Sepanyol seolah-olah losing their fight. Samada kita boleh win this fight, ia bergantung kepada sejauhmana kita come together as a nation, jadi rakyat yang sivik dan bertanggungjawab.

Sementara kita fikir untuk survival diri dan keluarga sendiri, jangan kita lupakan hak anggota masyarakat yang lain. Jangan selfish. Jangan sapu semua keperluan harian. Kalau boleh, support each other. We rise and fall as a nation.

Sama-sama kita bertahan sehingga 31 Mac 2020. Insya Allah, hari yang baru dan lebih indah akan menyusuli selepas itu.

Thursday, 19 March 2020

6 Fasa Covid-19 Yang Rakyat Italy Dah Lalui: Malaysia Di Fasa 3 Sekarang

*Baca sampai habis* sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah.

*Itali adalah contoh terdekat* yang kita boleh ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui. 

Sejujurnya, hingga kini *Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini.* Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan *3500 kes Covid-19 yang baru.* Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes. 

Dari segi progress, *kita hanya 2 minggu di belakang mereka.*

Seikhlas hati saya nak cakap, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.

Hari ini, hari pertama *Kawalan Pergerakan* yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan. 

Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah di tutup oleh pihak DBKL.  Tapi, uncle uncle dan auntie auntie di KL berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobic di sana. 

Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya. 

Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan ibu bapa tersayang. 

Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah memerintahkan Kawalan Pergerakan. *Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang dimaksudkan.*

Kita hanya akan sedar betapa serius masalah ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri. 

Di Italy, seorang rakyat Italy telah berkongsi situasi yang dilalui oleh mereka menghadapi Covid-19. Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Italy. 

Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah Re-tweet yang sangat tinggi. 

Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui. 

*Fasa 1*

1. Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan China. Tapi sebab ia berlaku di luar negara, ramai tak ambil port sebab merasakan ia tidak penting.

2. Tiba tiba, ‘kes pertama Covid-19’ sampai ke negara. Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang berpanjangan. 

3. Di Malaysia kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020. 

4. Pada waktu ini, pihak berkuasa mengatakan keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.

5. Di luar negara, terutama di China, jumlah peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan. Ia seperti tidak dapat dikawal.

6.Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China.

7.Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China. 

8.Ia situasi yang sama dihadapi oleh Italy pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini.

*Fasa 2*

1. Jumlah pesakit semakin meningkat. Makin ramai pelancong yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19 dari negara asal. Cuma kesan dirasai ketika melancong. 

2. Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia tanpa sedar. 

3. Pada stage ini, ada Menteri yang bijak mengatakan _"Covid-19 tidak memberi kesan ekonomi terhadap Malaysia”." 

4. Disebabkan Covid-19 penyakit berjangkit, pihak kerajaan mula menjejaki mereka yang pernah ada ‘contact’ dengan pesakit yang sudah disahkan. Mereka yang ada ‘contact’ diminta untuk membuat pemeriksaan.

5. Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula berjangkit kepada rakyat tempatan. 

6. Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan Self Quarantine terhadap mereka yang close contact dengan pesakit. 

7. Syarikat yang staf mereka didapati positif mula ‘menutup’ bangunan dan meminta staf bekerja dari rumah untuk kerja kerja pembersihan.

8. Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara disahkan positif. Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk ‘tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan Covid-19 dari China.” Atas dasar ekonomi, pelancong dari tempat lain di China masih boleh datang ke Malaysia. 

9. Waktu ini, peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat Malaysia. 

10. Tapi, hidup berjalan seperti biasa. Meeting berjalan seperti biasa. Kedai semua di buka seperti biasa. Kerja seperti biasa.

11. Namun, bilangan pesakit semakin bertambah. 

12. Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia. Fasa ini juga telah kita lalui. 

*Fasa 3* 

1. Tiba tiba jumlah peningkatan pesakit meningkat mendadak. Kes sudah berjangkit dikalangan penduduk tempatan. Malaysia sekarang berada di Fasa Ketiga ini. 

2. Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit dan juga mereka yang dikuarantin. Pemeriksaan Covid-19 terpaksa di lakukan ke atas ribuan suspek.

3. Pihak pegawai kesihatan mula keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian keselamatan yang kurang selesa. 

4. Negara mula mencatatkan kematian atas kes terdahulu.

5. Di Italy, Covid 19 hanya serius di 1/4 dari keseluruhan bandar bandar utama sahaja. Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan menyisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama ini. 

6. Waktu ini, restoran, kerja kerja penting masih dibuka seperti biasa. 

7. Sewaktu pengisytiharan KAWALAN PERGERAKAN di bandar bandar ini, hampir 10,000 rakyat Italy di Kawasan yang dijangkiti penyakit ini telah ‘pulang’ ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga mereka di bandar bandar yang kurang dijangkiti penyakit.

8. Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Itali. Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk tersebar penyakit di tempat lain.

9. Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah masing masing diabaikan. Sebaliknya mereka ‘balik’ kampung dan ‘lari’ dari tempat wabak.

10. Ketika ini, di media social, di televisyen, di whatsapp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini. Semua orang baca, tapi tak ramai yang ambil serius. 

11. Situasi di Italy, sama seperti yang berlaku di Malaysia. Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula 18 March – 31 March 2020. Tempoh kawalan selama 14 hari. Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Semua masjd dan surau serta rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh ini. 

12. Namun, apa yang berlaku malam tadi amat menyakitkan. Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali. Kesilapan terbesar mereka kita lakukan.

13. Malam tadi, ramai penduduk di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing masing untuk ‘bercuti’ dengan keluarga di kampung. Anda boleh tengok, di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, plaza tol sesak teruk. Di TBS para pelajar berpusu pusu balik ke kampung setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama. Di KL Sentral keretapi ke semua arah penuh. Di lebuh raya utara selatan malam tadi jammm. Belum dikira di balai polis malam tadi penuh disebabkan rakyat nak mohon untuk travel keluar daerah.

14. Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke kampung halaman masing masing di seluruh negara. 

15. Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang dihadapi oleh ibu bapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat.

16. Malaysia sekarang berada di fasa ini. Lebih kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini. 

*Fasa 4*

1. Di Itali, pada fasa ini. Peningkatan kes baru meningkat ribuan kes setiap hari. Keadaan semakin tidak terkawal. 

2. Semua sekolah dan university di seluruh Itali diperintah tutup. 

3. Di hospital, bilangan doctor dan nurse tidak mencukupi. Mereka terpaksa memanggil doctor doctor yang telah pencen untuk membantu. Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan nursing di tahun akhir untuk membantu di lapangan. 

4. Mereka bekerja tanpa mengira shift. Ada yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan pesakit yang bertambah. 

5. Ada diantara mereka yang memakai pampers di dalam pakaian mereka. Mereka tiada masa untuk ke tandas sebab setiap kali dibuka pakaian keselamatan itu, merekta terdedah dengan virus ke badan mereka. 

6. Itali sudah sampai ke fasa ini. 

*Fasa 5*

1. Ingat 10,000 rakyat Itali yang ‘melarikan’ diri ke kampung halaman masing masing untuk bercuti dengan keluarga. Nak jumpa ibu bapa mereka.

2. Kesan mula terasa. Seperti ada satu gelombang yang besar. Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus Covid 19 tersebar secara meluas di seluruh Italy. Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini. Contact contact yang mereka buat di kampung juga turut terlibat. Rakan rakan yang mereka jumpa di kampung mula sakit.

3. Kes meningkat lagi sekali secara mendadak. 

4. Sudah ada doctor dan nurse yang terjangkit dengan virus ini.

5. Hospital sudah penuh. Mereka terpaksa merawat pesakit di Gudang, di stor, di khemah. 

6. Bilangan pesakit yang kronik terutama dari kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia. Mereka perlukan bantuan pernafasan. Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi. Doktor terpaksa memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik. Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati.

7. Para doctor dan nurse yang keletihan mula buat video memohon rakyat untuk betul betul lockdown di rumah.

8. Di Malaysia, jikalau yang balik kampung malam tadi mula menjadi penyebar Covid-19, kesan akan mula dirasai pada 1 April nanti. 

9. Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum selesai.

*Fasa 6* 

1. Peningkatan kes baru di seluruh negara meningkat mendadak. 3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3000 kes setiap hari.

2. Akhirnya,  12 March lepas, 6 hari lalu kerajaan Italy mengarahkan TOTAL LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA. 

3. Mana mana individu yang keluar rumah perlu ada Certificate untuk keluar dengan tujuan yang strict. 

4. Siapa yang didapati salah, keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh di denda 206 EURO. 

5. Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan atau ke ke hospital sahaja. 

6. Selepas perintah berkurang ni dimulakan 6 hari yang lalu, kini baru Total Isolation Berjaya dilakukan di seluruh Italy. Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar. Tapi, kesan penurunan hanya akan dapat di lihat selepa 14 hari. 

7. Sebab itu, sekarang new cas setiap hari adalah 3000. Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tak serious mengikuti peraturan yang kerajaan sediakan. 

8. Jika di lihat di China, new case setiap hari dah turun secara mendadak. Ini disebabkan kerajaan China sudah mengeluarkan perintah LOCKDOWN secara tegas 

Belajarlah dari kesilapan rakyat Itali.

Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat. Jangan ingat anda bebas dari Covid-19. 

Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka. 

Jika dah balik ke kampung, elak lah bertemu dengan rakan rakan, jiran jiran. Lock down lah di rumah masing masing. 

Jaga anak anak, elakkan anak anak dari berjalan merata rata. 

Berdoalah sama sama, solat hajat, solat taubat, minta Allah mudahkan urusan kita.

Satu jer saya nak pesan, _"Elak terkena jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah...."_

*Mohon SHARE.* Biar Ramai Orang Faham Apa Yang Bakal Terjadi Kalau Kita Tidak Berubah

Wednesday, 18 March 2020

NI SEMUA SALAH JEMAAH TABLIGH???

Innalillah.. sedih tgk status dan komen2 netizen. 

Sampai ke hari ni tak sudah2 nak salahkan jemaah Tabligh. Cuba recall balik, Last Perhimpunan Tabligh tu 1 Mac. Hari ni dah 18 Mac. 

Mengikut kajian, simpton yang ketara akan kelihatan dalam tempoh 14 hari. Maknanya kalau ada ahli jemaah yang dapat jangkitan semasa ijtima pasti dah terlantar kat hospital sekarang ni. 

Hari ni kita dapat berita sedih, 2 orang telah kembali ke Rahmat Allah swt akibat Covid-19 ni. Salah seorangnya merupakan ahli Tabligh yang turut hadir ke Ijtima baru2 ni. 

MasyaAllah..kematian yang dicemburui. Mati dgn fikir risau agama, dalam perjalanan untuk keluar berdakwah, menyambung kerja Baginda Rasulullah saw. Semoga ditempatkan bersama Syuhada. 

Almarhum meninggal 18 hari selepas pulang dari Ijtima. Manakala Mangsa2 lain pula sekarang sedang terlantar dalam wad. 

Jadi agak mustahil jemaah tabligh yang dapat jangkitan Covid-19 dari Ijtima tu masih hidup segar bugar berlegar di tgh masyarakat sekarang. Jadi tak payah lah nak paranoid sgt dengan jemaah.

 Pada pendapat saya, bukan soal jemaah tabligh yang kita kena risaukan sekarang, tapi sikap orang kita. 

Mana tak nya, tengah2 panas isu Tabligh & Covid19 ni, bleh plk 30ribu penganut hindu berhimpun di Penang. 

Bila kerajaan buat announcement cuti kemarin (17 Mac), orang kita buat mass gathering dalam Mall plk. Panic buy katanya. 

Hari ni 18 Mac, pakat buat Panic nak balik kampung pulak, penuh station bas, balai polis, R n R. Sia2 kerajaan bagi cuti, batalkan segala kegiatan masjid. 

Harapannya agar virus dapat di isolate sekali makin viral pulak.

Ingat!! 1st kes dari Ijtima Tabligh tu, jemaah Brunei tu mula dapat simpton Covid19 selepas 6, 7 hari balik dari Malaysia. 

Sekarang kita mungkin rasa sihat, takde apa.. tapi tuan2 dan puan2 semua yakin ke masih bebas dari virus tu. Harap2 takde apa2 lah insyaAllah. 

So selepas gathering demi gathering yg berlangsung di negara kita ni..masih kita nak salahkan Perhimpunan Tabligh?

Ambillah pelajaran. Ikutlah nasihat kerajaan. Avoid close contact, any gathering. Banyakkan ibadat, taubat, tarik Rahmat Allah swt. 

Sudah2lah salahlah orang lain sedangkan kita sendiri sedang melakukan kesalahan yang sama.


Tuesday, 17 March 2020

Covid19: Bezanya Ujian dan Bala

Terdapat perbezaan antara ujian dan hukuman, seperti berikut:






1. Ujian itu bersifat sementara

Ujian bersifat sementara dan tidak kekal. Ia wujud hanya untuk menduga keimanan orang yang beriman.

Hukuman atau uquubah adalah balasan kepada mereka yang melakukan dosa dan bersifat kekal abadi.

Biasanya ujian datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan wang atau harta dan makanan dan kematian.

Allah swt berfirman: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155)

Dalam sejarah para nabi, beberapa perkara berlaku:
  • Nabi Ibrahim as dicampak ke api oleh Namrud
  • Nabi Ayub as pernah ditimpa sakit berpanjangan
  • Nabi Yusuf as dimasukkan ke dalam penjara
  • Nabi Yahya as juga pernah dimasukkan ke dalam penjara
  • Nabi Yunus as dimasukkan ke dalam perut ikan
  • Nabi Muhamad saw pernah diboikot oleh kafir Quraisy di Makkah selama tiga tahun.
Semua ini adalah ujian Allah bagi para hamba-Nya yang beriman. Ia berlaku dalam beberapa ketika sahaja, bukan hukuman atau balasan pedih daripada Allah selama-lamanya.

2. Ujian baik buruk sebagai peringatan atau menyedarkan Mukmin

Ada juga ujian yang menimpa orang Mukmin berbentuk bencana supaya mereka cepat bertaubat dan sedar daripada kelalaian atau kecuaian yang menghinggapi mereka.

Ada kala ujian ini tidak berbentuk bencana tetapi nikmat yang diberi kepada seorang Mukmin untuk menduga sama ada dia tetap bersyukur kepada-Nya seperti sebelumnya atau kalah dengan perasaan baru yang timbul iaitu berasa bangga dengan pencapaiannya seperti termaktub dalam Al-Quran (Al-Anbiya': 35).

Contoh ujian nikmat daripada Allah yang akhirnya berjaya disyukuri adalah ujian Allah ke atas Nabi Sulaiman yang sangat agung kerajaannya sehingga pengikutnya dapat memindahkan istana Puteri Balkis secepat kerlipan mata seperti yang diterangkan dalam Al-Quran (rujuk Al-Naml: 40).

Contoh ujian nikmat daripada Allah yang akhirnya tidak disyukuri adalah ujian Allah ke atas Qarun yang diberikan harta yang banyak tapi dia mengatakan kesemua kekayaan itu adalah disebabkan oleh ilmunya semata-mata. (Al-Qasas: 78)

3. Ujian itu menjadi azab jika menimpa ahli maksiat

Sebahagian ulama menyatakan ujian Allah jika ditimpakan ke atas orang yang banyak dosa dan melakukan maksiat dan jika mereka tidak menyedarinya itu sebagai ujian dan tidak bertaubat dengan segera atau gagal dengan ujian-Nya, maka ia bukan lagi ujian tetapi telah menjadi azab yang menimpa seperti yang menimpa Qarun.

Allah menjelaskan bahawa tiada suatu azab menimpa seseorang melainkan kerana pilihan manusia itu sendiri, iaitu tidak berjaya dengan ujian Allah, seperti firman Allah:

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah daripada Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah daripada (kesalahan) dirimu sendiri." (Al-Nisaa: 79)

4. Ujian Allah menggugurkan dosa supaya manusia bertaubat

Ujian itu ada kala bermaksud menghapuskan dosa si Muslim supaya dia cepat bertaubat.

Azab yang menimpa pula adalah kerana banyak dosa dan maksiat.
Nabi saw bersabda: "Tiada seorang Muslim yang ditimpa gangguan sebesar duri sekalipun atau lebih berat daripada itu, melainkan dengan ujian itu Allah swt menghapuskan perbuatan buruknya serta menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Al-Quran juga menjelaskan bencana yang menimpa seorang Mukmin itu bukanlah azab kekal atau balasan atas perbuatannya yang salah, tetapi ia seperti penghapus dosa-dosanya dan penyebab dia melakukan taubat - "Dan demi sesungguhnya, Kami akan berasakan mereka sedikit daripada azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat." (Al-Sajadah: 21)

5. Ujian menaikkan darjat dengan kesabaran

Ada sebahagian hamba Allah melihat ujian sebagai satu keuntungan untuk meraih darjat di sisi Allah dengan bersabar.

Allah berfirman: "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"." (Al-Baqarah : 155-6)

Allah juga berfirman mengenai pencapaian pahala dan darjat yang tinggi daripada ujian-Nya (Al-Zumar: 10)
Hanya dengan ilmu pengetahuan dan takwa diri dapat mengenal mana ujian dan mana azab Allah.

Jangan sampai seseorang yang ditimpa azab menyangka ia ujian.

Tidak rugi pula jika setiap ujian disangka azab supaya manusia insaf dan segera bertaubat daripada segala kesalahannya.

Sunday, 15 March 2020

Keburukan Hand Sanitizer

Tangan dianggap anggota yang paling kotor dan tempat paling disukai oleh bakteria untuk membiak. Yela, setiap masa pasti kita akan menyentuh pelbagai objek dan tanpa disedari mungkin objek yang kita sentuh itu mempunyai bakteria. 
Bakteria secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada kesejahteraan tubuh badan kita. Jadi, ramai yang mengesyorkan penggunaan hand sanitizer sebagai pilihan ringkas untuk membersihkan tangan tanpa menggunakan sabun mahupun air.
Kita juga percaya bulat-bulat bahawa ianya adalah perbuatan yang sihat tanpa mengetahui yang sebenarnya hand sanitizer juga punyai keburukan tersendiri buat si pemakainya. Nak tahu kesan buruknya? Jom semak!

1.  Lemahkan sistem imun badan

Menurut penelitian yang dilakukan oleh pakar, “triclosan” yang lazimnya terkandung dalam hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh (imune system). Ini kerana, fungsi sistem imunisasi adalah untuk melindungi tubuh dari terkena sebarang penyakit.
Penelitian lain turut menemukan, kanak-kanak atau remaja yang terdedah terhadap “triclosan” ini akan mudah dijangkiti demam serta mudah alergi.

2. Tubuh tak tahan dengan antibiotik berlebihan

Kita semua tahu bahawa antibiotik sangat berkesan dalam membunuh bakteria, tapi jika ia digunakan secara berlebihan akan membunuh bakteria yang baik juga.
Kesihatan anda pasti lebih berisiko terganggu andai bakteria baik turut dibunuh dan ini akan menggalakkan bakteria jahat untuk bermaharajalela.
Foto: Aliexpress

3. Ganggu kestabilan hormon

Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat menyatakan, kandungan “triclosan” boleh menyebabkan gangguan hormon sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak elok dan bakteria tersebut bertindak mengubah cara kerja organ dalaman tubuh badan kita.

4. Terdedah kepada bahan kimia

Jika anda mempunyai hand sanitizer yang berbau wangi, kemungkinan besar produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia beracun. Pewangi sintetik (buatan manusia) ternyata mengandungi ftalat. Ia akan menggangu endokrin tubuh!
Bukan itu saja, kandungan paraben dalam sesetengah produk hand sanitizer juga sangat berisiko untuk menggangu kesihatan biarpun fungsinya dalam produk kosmetik adalah untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah produk tersebut.

5. Risiko keracunan alkohol

Untuk pengetahuan anda, sumber elemen bahan aktif dalam cairan hand sanitizer adalah dari jenis antibakteria beralkohol yang bertindak untuk membunuh kuman. 
Menurut 1 kes yang berlaku di California, seorang remaja terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara keracunan alkohol yang dipercayai terkandung dalam hand sanitizer.
Kesimpulannya, anda perlu berhati-hati dalam menggunakan hand sanitizer. Penulis sarankan, lebih baik anda mencuci tangan menggunakan sabun kerana ia lebih dipercayai bersih dan tidak akan menjejaskan kesihatan anda.
Sumber: Wanista

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...