Wednesday, 29 January 2014

GEMPAR!!! China Hantar Armada Perang Ke Malaysia

BEIJING : Tiga armada perang China telah melakukan rondaan di kawasan perairan James Shoal yang terletak 80km dari sempadan negeri Sarawak yang menjadi tuntutan Malaysia.

Pegawai dan tentera yang bertugas diatas armada berkenaan bersumpah untuk melindungi kedaulatan dalam penyataan terbaru terhadap ketegasan Beijing untuk menuntut hak diatas Laut China Selatan sekaligus menaikkan kembali ketegangan diplomatik diantara Kuala Lumpur dan Beijing. 



Kumpulan armada perang yang dihantar ke perairan Laut China Selatan itu terdiri dari sebuah kapal amfibia bagi tujuan pendaratan, 'Changbaishan', dengan diiringi dengan dua kapal pemusnah, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu majlis yang diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan pegawai-pegawai diatas kapal telah bersumpah untuk melindungi kedaulatan negara dan kepentingan maritim. Zengmu Reef adalah istilah China bagi merujuk nama kawasan James Shoal.

Kawasan Pertikaian Antara Kuala Lumpur & Beijing

Panglima armada, Jiang Weilie menggesa anggota serta pegawai tentera yang bertugas diatas ketiga-tiga armada tersebut untuk bersedia melawan dan meningkatkan keupayaan dalam pertempuran bagi membantu Beijing menjadi sebuah kuasa maritim dunia.

Sejak akhir-akhir ini, Beijing meningkatkan pengaruhnya di Laut Cina Selatan ekoran tuntutan bertindih selain pertikaian hak maritim di kawasan yang dipercayai mempunyai potensi simpanan minyak dan gas yang tinggi dan Beijing mendakwa mereka memiliki keseluruhan hak kedaulatan diatas laut Cina Selatan.

Pada Mac yang lalu, Kuala Lumpur telah membantah pencerobohan 4 armada China ke kawasan tersebut. Malah dalam 'lawatan 4 armada berkenaan' tentera Cina telah melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kehadiran mereka ke kawasan tersebut. Pada bulan April berikutnya, sebuah kapal Maritim Cina datang kembali ke kawasan berkenaan dan meninggalkan penanda keluli bagi mempertegaskan tuntutan mereka keatas kawasan tersebut.

- Sumber Military Malaysia FB