Monday, 30 November 2020

Kena Tukar Matawang Terlebih Dahulu

Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,
"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,
"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara: 
"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"

"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"
Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"

Jutawan itu ketawa besar.

"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan  mudah. Apalah soalan kamu ni"

Pemandu tadi tersenyum.

"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"

Jutawan tadi terdiam,
Rasa tersentak,
Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.

Saturday, 28 November 2020

DAWN RAID: QUEEN ELIZABETH & ROTHS BERJASA PADA MALAYSIA?

DAWN RAID: QUEEN ELIZABETH & ROTHS BERJASA PADA MALAYSIA?

Ramai cakap mcm ni:

 "..suka2 ko fitnah Rothschild & Queen Elizabeth jahat, ko tak kaji sejarah ke? 
Rothschild tolong tun M dalam serangan subuh (The London Dawnraid 1981).  
dan British banyak jasa. buat jalan raya, rel keretapi... bersyukurlah... British bawa komodenan kpd Tanah Melayu... kita patut berterima kasih dgn Rothschild, Queen Elizabeth & British.. jgn jadi buta Sejarah....''

🤦‍♂️🤦‍♂️

makin akhir zaman makin melingkup semua, tak pasal2 perang akhir zaman join tentera satan.. sebab teruja roth bagi dana vaksin.. penyelamat umat 😅..  

Cerita Minions pun cakap terima kasih (dalam bahasa melayu) dekat Queen Elizabeth. Fikir-fikirkan lah ye?

Video: [https://www.youtube.com/watch?v=Hx5n00D3PAM&feature=youtu.be&fbclid=IwAR26gr98e2S5c9MhpNYXUWujOqyajjGFAOjNaJSw4HhiIfL9dXcmCjlZ2Jk]

----------------------------------------------------------------------------

PENCERAHAN

Rothschild bantu Permodalan Nasional Berhad dalam dawnraid. tapi jgn terpedaya dorang ni banyak muslihat.. 

antaranya, Roth arahkan M&G investment Trust (syarikat British) yang mempunyai 17% saham dalam Guthrie utk menjual 11% sahamnya kepada malaysia.. baik ada makna.. ada udang sebalik batu.. dan pastinya ada perjanjian2 sulit seperti perjanjian Kemerdekaan.

------------------------------------------------------------------------------

BRITISH BERJASA PADA NEGARA?

Korang ingat British bagi merdeka free free je ke? tu Bank Of Rothschild yang logo anjing firaun tu, sistem siapa yang korang pakai arini kalau bukan sistem roth? Kijang tengkorak hang.. mana ada kijang ekor panjang?

info Bank Negara: https://m.facebook.com/photo.php?fbid=736737916375513&id=100001179342409&set=a.243210475728262

Sebelum merdeka, British mengamalkan dasar ‘pecah dan perintah’ yang menempatkan kebanyakan orang Melayu di kampung, Cina di bandar, dan India di estet. Sebab bila rakyat berpecah, senang la dorang nak memerintah dan mengaut keuntungan.

Ada pulak yg kata British bawa kemodenan kpd Tanah Melayu..

Mereka claim British bawa teknologi perhubungan..membuka jalan keretapi dan jalan raya..

Mcm btol jer bunyinya kan..

Tetapi yg sebenarnya British terpaksa adakan semua tu utk kemudahan mereka.

Jalan raya british buat utk bawa hasil getah ke pelabuhan utk dijual..

Buat jalan keretapi untuk bawa bijih timah menuju pelabuhan..

Semua kemudahan itu dibuat semata-mata utk larikan HASIL BUMI KITA lalu keuntungannya di bawa ke England..

British baekk?? Rothschild baekk? 

Baik ada maknaaa...

------------------------------------------------------------------------------

SISTEM PERHAMBAAN CIPTAAN BRITISH

"Kita tak miskin tapi di miskinkan, kita tak bodoh tapi diperbodohkan oleh sebuah sistem"

- Ir .Soekarno

SISTEM APAKAH YANG DIMAKSUDKAN?

Itulah Sistem Perhambaan Fmason yang dibentangkan kpda Dato Onn Jaafar.

Hamba cukai, hamba wang kertas, hamba riba, hamba dadah (ubat2 hospital), hamba demokrasi, hamba tol, hamba petrol, hamba mind control etc.....

Sebab itu apabila Malaysia direstui kemerdekaannya, perkara pertama yang mesti diterima oleh Tunku Abdul Rahman ialah menubuhkan suruhanjaya menggubal undang-undang, dan undang-undang penjajah mesti di paling atas. (Lord William Reid, seorang Freemason dipilih untuk menerajui suruhanjaya ini)

Common Law mesti berada paling atas mengatasi undang-undang Tuhan, ciptaan Roth, Lord Reid, Cobbold, Ratu Elizabeth mahupun Tunku Abdul Rahman.

Malah undang-undang Tuhan mesti dipastikan tidak berjalan atau terhapus terus berbanding undang-undang Common Law British.

Tetapi bukankah Umno adalah parti orang-orang Melayu yang beragama Islam? Tidakkah nanti apabila British pergi,Tunku Abdul Rahman boleh menghapuskan undang-undang Common Law dan menggantikannya dengan Syariah?

Tidakkah British terfikir tentang ini? Hmm...ini semua sudah ada dalam perancangan British lama sebelum Perang Dunia Pertama lagi.

Organisasinya, ideologinya hatta para elitnya telah dipilih oleh British untuk menggantikannya di Malaysia ini. Apabila melepasi tahap kepercayaan British yang ketat, barulah Umno dilepaskan untuk memerintah Malaysia.

teori R.A.H.M.A.N dah pun jadi realiti.. 

sungguh teliti dan sistematik!

------------------------------------------------------------------------------

KE MANA PERGINYA HASIL BUMI ??

Fikirkan,,, Kenapa tanah melayu yg kaya dgn hasil bumi, rakyatnya ramai miskin? lepas tu mintak lagi mcm2 cukai yg terang2 haram di sisi Islam?

Kerana kita semua telah diperbodohkan oleh Fmason.. Malah perlembagaan Malaysia ditulis oleh British...🤦‍♂️ 

hanya ''hamba mind control'' akan kata kita sudah merdeka secara mutlak.

Hasil2 bumi malaysia dibaham oleh british dan barua2nya pemimpin2 melayu.. seperti getah, biji timah etc...

Persoalannya. layakkah kerajaan kutip cukai? dan apa hukumnya disisi Islam?

Rakyat telah di mind control oleh ramai ulama boneka yg sesuka hati menyamakan malaysia hari ini dgn zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.. begitu juga dgn qoute pendapat imam Nawawi..

Tapi persoalannya ialah,
Adakah layak penguasa kita disandarkan kepada dalil2 Imam Nawawi dan sosok Khalifah Umar Abdul Aziz utk mewajarkan ijtihad yg sudahpun tertutup pintunya ini??

Praktik pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz adakah diikuti sepenuhnya sehingga berasa layak utk kita bersandar dgn ijtihadnya?

Adakah kita dapat masuk dlm ciri2 negara yg Imam Nawawi dimaksudkan sehingga berasa layak nak bersandar kepada ijtihad beliau? Atau Imam Nawawi berlepas diri dari mereka kerana betapa jauhnya mereka dari praktik wajib di zaman beliau pun kita tak buat..

PENCERAHAN....

Dalam islam, ada keadaan cukai terpaksa dikutip, iaitu jika negara dilanda perang atau negara sudah kehabisan hasil bumi.. dan cukai yg dikutip hanya 1 cukai sahaja.. sedangkan malaysia kaya dgn hasil bumi.. haram utk kerajaan kutip cukai.

Apa masalah yg berlaku ketika zaman saidina umar hingga saidina umar berijtihad utk mengutip cukai?

Zaman saidina umar cukai yg dikutip hanya 1 cukai sahaja, kerana darurat. tapi di malaysia ada mcm2 cukai.. cuba kira ada berapa cukai di malaysia?

Inilah sistem perhambaan ciptaan 'mereka'..

Rakyat dijadikan hamba utk menanggung kerajaan dan hutang negara sedangkan pemimpin sentiasa dilimpahi kemewahan!

Zaman saidina umar sbb masa tu islam tgh mengembangkan pengaruhnya dan berlaku peperangan jdi rakyat diminta menyumbang..

di malaysia ada perang sana sini ke? hasil bumi dah habis ke? siapa sebenarnya yg membaham hasil bumi??

Apakah Khalifah Umar Abdul Aziz & Imam Nawawi bermewah-mewahan seperti menteri2 di malaysia?

Sudah tentu Khalifah Umar Abdul Aziz & Imam Nawawi SAMA-SAMA SUSAH & SENANG bersama rakyat..

Masalah negara khususnya kewangan juga berpunca dari budaya rasuah, kronisma dan ketirisan kerajaan .

Sistem Cukai: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=931575636891739&id=100001179342409

=============================================

SISTEM ROTHSCHILD DI MALAYSIA

Persoalan bagaimana Firaun yang kezalimannya begitu terserlah, namun berjaya menghasilkan teknologi yg maju pada zamannya?

Antara faktor yg menyumbang kepada kemajuan itu adalah SISTEM PERHAMBAAN.

Apakah hari ini tiada sistem perhambaan yg diamalkan oleh manusia?

Ya, ada. Salah satu daripadanya adalah dari aspek ekonomi@ BANK.

Ia boleh diringkaskan dalam istilah: BANK mengawal kerajaan, kerajaan mengawal masyarakat.

Manakala sesiapa yg memiliki bank adalah bermaksud memiliki seluruh kerajaan dan sekarang ini bank2 didunia adalah milik Rothschild.

Kita boleh nampak bagaimana 'mereka' memecahbelahkan negara2 Islam, dan menjadikan pemimpin Islam sbgai boneka mereka..

Sesiapa sahaja yg mengeluarkan wang dan pinjaman secara terus kepada polisi2 kerajaan, secara tak langsung ia memegang haluan hidup rakyat."

Sebab itulah Hari Pekerja disambut pada 1 May (tarikh penubuhan iluminati, seperti yg tertera pada wang kertas Dollar Amerika)

Kenapa malaysia berdagang menggunakan US dolar? Sedangkan emas kita terpaksa ditebus di US Federal Reserve bagi mendapatkan Ringgit? Emas kita punye? Ringgit kita punye,. tapi Roth control kita punya harta?

Emas kita boleh lupus sekiranya kita gagal penuhi syarat-syarat mereka. Ringgit kita boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sebab kita tidak control nilai matawang kita.

Siapa sebenarnya yg mentadbir negara?

EMAS kita mereka curi, dia bagi kita KERTAS..

Kenapa baru tahu?

Kita semua diperbodohkan oleh sebuah SISTEM.

=============================================

SISTEM YANG MERANTAI SELURUH UMAT MANUSIA

British cuma balik negara asal, dan memerintah negara kita dari sana.

Utk memahami percaturan Fmason di Malaysia, kita recall semula kata2 Lord Chromell di parlimen British yg berbunyi :

"Jangan merdekakan mana2 negara umat Islam sehingga kamu dapati ada dikalangan mereka seperti kita"..

Apa maksud kata2 itu..itulah lafaz sejahat-jahat musuh Allah..

Utk melaksanakan kata2 itu perlukan waktu bg melahirkan watak2 tempatan yg berkiblatkan pemikiran barat..

Ia dtg dari sistem pendidikan sekular krn dgn cara itu barulah watak2 itu dpt dizahirkan..

Maka dilahirkan elit2 Melayu utk menjayakan gagasan pemikiran Lord Chromell ini.. dari sinilah ia bermula.. dari sinilah masyarakat dipecahkan kepada kelas2 tertentu..

Memandangkan masyarakat Melayu punya sistem monarki dlm politik bernegara, maka sistem ini dikekalkan..

Dari situ org2 Melayu melihat penjajah menghormati institusi politik tradisi org2 Melayu?

BUKAN.....

Mereka sbnrnya sedang merosakkan insitusi tertinggi masyarakat ini dgn menyuntik roh2 pemikiran kolinial kpd elit2 kita..

Dan lihatlah hasilnya hari ini..

Lihat masalah2 yg wujud hari ini dlm kelas masyarakat kita..ia berlaku kerana praktik sistem kapitalism dlm negara kita..

Agama dihadkan dan hanya juzu' tertentu shj yg dipraktikkan..itu pun dlm bentuk Islam make-up..

Islam hanya dilihat pd praktik ibadah shj..

Ttp dlm hal2 Muamalat, kita mengikut telunjuk mereka..

Bank Islam pun ada interest rate.. Islam apakah itu?

Praktik Munakahat kita pun berterabur.. sehingga skrg masih wujud elemen2 syubahah dari praktiknya sehingga membebankan masyarakat..

Contoh: budaya kenduri puluh2 ribu,bercampur dgn amalan hindu dan kristian dlm perkahwinan..itu blm masuk bab agihan harta lg..berapa ramai yg dpt hak mengikut faraid dan berapa ramai yg faham dgn sistem ini..bab ini jer berapa ramai yg berpatah arang berkerat rotan dgn saudara2 terdekat..

Bab Jinayat, undang2 kolonial masih beraja dimata lg..kadar jenayah makin meningkat malah praktik perlakuan jenayah semakin agresif seolah negara ini tiada undang2..

Ini kesan2 zahir yg kita nmpk..

Ttp yg lbh dahsyat adalah kesan dari segi PEMIKIRAN..

Kerana dari pemikiranlah membentuk sikap dan sikap itu diterjemahkan dlm bentuk tindakan dan kata2..

Kita masih bergelut dlm hal ini.. berapa ramai yg mengakui kewujudan Fmason, Rotary Club, Lion Club dlm negara tetapi bersikap defensif bila watak2 tertentu yg jd idolanya dikaitkan dgn anasir2 Fmason..

Inilah mental block yg masih menghantui kita.. umpama tembok berlin dan tembok pemisah di Tel Aviv..

Tak mengapa kalau mereka tak bersetuju tetapi tampil la dgn fakta.

Tetapi org yg celaru suka keluar dari persoalan dan mengajak kita keluar dari perbincangan asal..

KENAPA??

Kerana orang2 begini hidup dlm penafian...

Ibarat kita tgh bincang bab tiang,dia cerita bab tingkap dan atap..

Mereka mengaku rajin membaca, tapi sebenarnya pemikiran mereka telah disihir. (Mind Control). buku2 bacaan mereka adalah 'pro mason'..

mana taknya, dlm buku teks sekolah pun sanjung agen roth, Henry Gurney laknatullah diangkat sbgai wira Tanah Melayu.. diberi gelaran Sir.. kuburnya gah dibina di Cheras.. buku teks Sejarah yg kita belajar kat sekolah pun dah diputarbelit British..

Ingat! Buku2 Sejarah, Sains Sosial etc yg kite pelajari di sekolah. kolej atau universiti, semuanya buku yg telah dikaji dan diluluskan oleh British/ Queen Elizabeth. ada yang ko bole percaya.. ada yang sesat.

British dah tetapkan, ko kena tahu bab ni jer.. ilmu Ekonomi ko kena tahu sampai sini jer.. yang lain2 British sorokkan dari kita.. tu pasal ramai tak faham sistem Rothschild.

Media mainstream berada dibawah kawalan SIAPA??

Sbb tu kita masih pakai undang2 Queen Of Satan..

Salah satunya, penjual UBAT kanser (cannabis oil) dihukum gantung sampai MATI.. sedangkan kilang2 arak berleluasa..

dan tindakan ini DISOKONG 100% oleh PENYEMBAH2 SISTEM (otak kena sihir)

Jelas?

British dah brainwashed kita sejak lahir:

inilah "Sistem Sebenar" yang kita patut taat..

inilah "ubat" yg aku patut telan..

inilah ''vaksin' yg aku patut suntik..

inilah "Sejarah" yg aku harus percaya.

inilah "sistem ekonomi" terbaik dunia.

Inilah "cara hidup" terbaik zaman moden.

Inilah "negara Islam" yg adil & saksama.

Inilah 'sistem pendidikan yang telus'

Inilah 'ubat kanser' terbaik iaitu Kimoterapi.

Inilah "berita sahih" yang aku harus dengar.

Inilah 'sistem demokrasi' yang kita harus bangga.

Inilah dia 'sebuah negara yg merdeka..'

DAN KORANG AKAN TAAT PADA SISTEM INI... SESIAPA MEMPERTIKAIKAN, AKAN DILABEL SEBAGAI BODOH, TAK BELAJAR SEJARAH, ANTIVAX, GENG FLAT EARTH ETC...

MEREKA AKAN BERMATIAN MEMPERTAHANKAN SISTEM INI...

OBEY YOUR MASTER!!

p/s: Kedatangan ancaman akan sulit untuk dikesan jika kita tidak menghayati SEJARAH...
Roth mencipta sistem politik yang menyebabkan umat Islam bercerai-berai, supaya bila Islam LEMAH, senjata kita paling hebat iaitu DOA menjadi tidak mustajab.

Sejarah kemerdekaan:[https://www.facebook.com/neil.armslayer/posts/2728790723836879]

#MCP_Mind_Control_Project

#back_to_Allah

Saturday, 21 November 2020

Pelik tapi benar didalam kes covid19

Lagi dibagi tau nak beli vaksin dari china makin banyak pula kes covid.

Nampaknya syarikat yang berasaskan vaksin dah boleh dibeli sahamnya. Pasti nilai sahamnya akan melonjak naik tahun hadapan.

Dalam teori ekonomi kita diajar apabila berlakunya permintaan maka terjadilah penawaran.

Kadangkala peniaga dan usahawan perlu kreatif dan lebih bijak 2 tangga kehadapan.

Sebelum mereka membuat penawaran mereka perlu mencipta permintaan.

Dan ini sering kita lihat dimana antivirus dicipta setelah virus diedarkan... Maka terpaksa lah kita melanggan antivirus bagi laptop kita untuk setahun.

Negara kita boleh sahaja sebenarnya mencipta vaksin namun adalah lebih menguntungkan sekiranya ia dibeli dari negara luar kerana perbagai kos tersembunyi boleh diadakan.

Ini kerana kesemua bekas pesakit covid yang sembuh dari virus tidak mendapat apa apa ubat yang istimewapun dari pihak hospital.

Nampaknya vaksin telah dijadikan sebagai tangkal azimat yang dijual beli untuk meraih keuntungan sesuatu pihak kononnya tangkal itu boleh menghindarkan covid.

Friday, 20 November 2020

KuLi mengorak langkah

Perebutan kuasa masih belum selesai sejak 'Langkah Sheraton' dibuat Febuari lalu. Apa pengakhirannya? 

Ikuti siaran langsung bersama Tengku Razaleigh Hamzah pada hari ini.

#InsightTalk

Thursday, 19 November 2020

PERANG AKHIR ZAMAN: DARI MUSLIM PRO KE SWARM DRONE

KEPERLUAN TENTERA US KEPADA DATA LOKASI

1. Heboh hari ini berkenaan aplikasi peringatan solat Muslim Pro. Pembangun apps berkenaan didakwa telah menjual data lokasi pengguna kepada tentera US.

2. Perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Inilah corak bisnes zaman moden. Kadang-kadang kita pelik, macamana syarikat seperti google, facebook, instagram, whatsapp dan aplikasi-aplikasi percuma ini menjana pendapatan sedangkan pengguna tidak bayar sesen pun.

3. Jawapan mudahnya, jual data pengguna! Dengan kita daftar sebagai pengguna, kita perlu bersetuju dengan segala terma dan syarat aplikasi sebelumnya. Termasuklah mengakses maklumat lokasi, fail, kamera dan perakam audio. 

4. Data-data ini sangat penting untuk tujuan perniagaan (business intelligence). Data-data inilah yang akan diproses dengan kemahiran big data bagi memahami trend manusia seterusnya menjangkakan kehendak pasaran. 

5. Namun, data-data ini lebih penting untuk tujuan ketenteraan. Tentera US sudah terkenal sebagai pembeli tegar data-data peribadi pengguna apps yang pelbagai untuk tujuan ketenteraan mereka. U.S. Special Operations Command (USSOCOM), sebuah pusat operasi bawah tentera US yang berperanan menangani isu pengganas, pemberontak dan pengintipan antara agensi yang menjalankan urusniaga beli data ini.

6. Perkara ini telah membuka industri baru dalam pasaran IT. Banyak syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencipta aplikasi, khusus bagi tujuan menjual data pengguna kepada tentera US. Bahkan ramai berkhidmat sebagai kontraktor untuk mencari data-data kepada tentera US.

7. Bagaimana tentera US menggunakan data ini? Banyak kegunaannya. Selain membaca demografi, kehidupan sosial dan rutin seharian manusia, perkara paling dibimbangi adalah kemajuan ketenteraan US (dan Israel) hari ini; dron.

8. Pada kita Obama sebagai presiden, walaupun ramai melihat beliau baik kerana tidak menghantar tentera berperang seperti Bush, tetapi zaman beliaulah US paling banyak menggunakan dron. 2 penggal menjadi presiden, beliau telah melancarkan 563 serangan udara di Pakistan, Somalia dan Yaman hampir kesemuanya menggunakan dron, berbanding 57 sahaja zaman Bush.

9. Ketika Trump mengganti Obama, operasi ketenteraan US lumpuh kerana Trump lebih fokus kepada ekonomi. Beliau tidak sanggup berbelanja besar untuk tentera. Bahkan terbuka menyatakan "we are not policeman of the world". Namun begitu, masih ramai birokrat di White House, Pentagon, CIA dan US Military yang tidak sehaluan dengan Trump (deep state).

10. Joe Biden adalah Naib Presiden US zaman Obama. Beliau juga Pengerusi Hal Ehwal Luar Negara JK Senat zaman Bush yang menyokong serangan Iraq dan Afghanistan. Beliau masih berpengaruh di kalangan deep state. Maka berita sebegini bukanlah sesuatu yang pelik.

11. Dron merupakan pesawat tanpa pemandu yang dikawal secara jarak jauh. Dengan perkembangan teknologi ketenteraan hari ini, Dron mampu terbang sendiri tanpa perlu dikawal lagi. Cuma setkan lokasi serangan, ia akan bergerak sendiri ke arahnya seperti autonomous car.

12. US di bawah program dron mereka sedang giat membangunkan teknologi dron kawanan (swarm drone). Drone sebesar seekor lebah dan menyerang secara dalam kawanan seperti lebah mampu membawa bahan letupan yang membunuh. Bahkan majalah Forbes mengandaikan, ia mungkin bakal menjadi salah satu senjata pemusnah besar (weapon of mass destruction) seperti nuklear, bom fosforus dan sebagainya.

13. Dalam teknologi dron, lokasi sasaran merupakan perkara terpenting yamg perlu dimiliki. Oleh sebab itulah mereka sanggup berbelanja besar hanya bagi mengumpul data lokasi.

14. Adakah kita merasa takut sekarang? Inilah hakikat yang perlu kita terima. Bahkan banyak lagi perkara berkait teknologi yang mengancam privasi dan keselamatan kita sebagai pengguna.

15. Namun posting ini bukanlah untuk menakutkan. Cuma perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan kemajuan yang ada. Jangan benarkan peranti kita diakses sewenang-wenangnya. Jangan terlalu percaya dengan undang-undang melindungi data peribadi kerana bila keadaan huru-hara, undang-undang sudah tidak dipedulikan.

16. Banyak lagi perkongsian saya mengenai kebejatan teknologi moden dalam buku Di Bawah Naungan al-Kahfi: Persiapan Tentera al-Mahdi. Baca tajuk-tajuk seperti Artificial Intelligence vs Authentic Intelligence, Dari Petrodollar ke Matawang Crypto, Big Data dan IoT  Musuh Kerahsiaan, Teknologi Barat Cuba Lawan Teori Kiamat, Fikrah Perjuangan al-Mahdi & Keselamatan Siber, Bentuk Mukabumi dan Koordinasi Peta serta banyak lagi.

17. Tiada jalan lain untuk mengelakkan maklumat kita dimanipulasi selain daripada kita membina sendiri teknologi umat Islam. Selagi Buy Muslim First (BMF) hanya tertumpu ke arah produk-produk makanan dan keperluan rumah, selagi itu kita terpaksa bergantung dengan teknologi musuh.

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah.

(Alang Ibn Shukrimun)
2 Rabiul Akhir 1442
17 November 2020

Wednesday, 18 November 2020

ODEJEE PELAWA ORANG RAMAI JADI PENGHANTAR MAKANAN, VENDOR

Syarikat aplikasi penghantar makanan halal pertama tempatan, OdeJee yang bakal memulakan operasinya bulan depan mempelawa orang ramai untuk menjadi penghantar makanan sama ada secara sepenuh masa atau sambilan

Untuk menjadi penghantar makanan, pemohon perlu memiliki lesen memandu yang sah dan motosikal berserta cukai jalan dan insurans tidak tamat tempoh

Penghantar OdeJee akan diberi beg penghantaran makanan, dua helai baju berlengan panjang, tag nama serta barangan keperluan lain

OdeJee turut mempelawa pengusaha restoran, kedai makan, food truck serta pengusaha makanan dan minuman untuk menjadi vendor

Vendor-vendor OdeJee akan diberi pelbagai insentif dan dibantu untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka.
Semua vendor makanan dan minuman yang berdaftar di bawah OdeJee adalah berstatus halal, dimiliki serta diusahakan 100% oleh umat Islam

Orang ramai yang ingin menjadi penghantar makanan dan vendor OdeJee boleh datang ke pejabat OdeJee yang beralamat di No 84A, Jalan Padi Makmur, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pengurus Pemasaran OdeJee, Yasid Sahilan menerusi talian 013-9217796

Monday, 16 November 2020

Ahli Parlimen Gerik Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman dari Umno meninggal dunia akibat daripada serangan jantung hari ini pada usia 63 tahun.


Sunday, 15 November 2020

Kita sedang hadapi sekarang

Di akhir zaman ramai orang merasakan diri mereka bijak. Golongan ulama dicerca dan diperlekeh. Golongan berilmu bersifat ego manakala pengikutnya pula begitu taksub.

Golongan ilmuwan juga kerap bertelagah yang tidak langsung mencerminkan ketokohan ilmunya. Tidak seperti golongan ilmuwan terdahulu. (mereka sangat menjaga adab ketika berdepan perbezaan pendapat)

Begitu juga, akhir zaman dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan kejam yang dilakukan secara beramai-ramai. 

Situasi yang dinyatakan itu menepati hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga banyak ‘harj’. Sahabat bertanya: Apakah ‘harj’ itu wahai Rasulullah?”

Baginda bersabda: “Pembunuhan. (demi) pembunuhan.” Sebahagian umatku yang dirahmati, mereka tidak akan dihisab dan tidak akan diseksa sama sekali di akhirat, seksa yang pernah dialaminya adalah pembunuhan, gempa dan fitnah (kekacauan).” (Hadis riwayat Hakim)

Friday, 13 November 2020

Nak tahu apa jasa PM4/7/7i pada KWSP?

Biar saya dedahkan sedikit. Tengok dia berani nafi tak.

Pada awal 1980an masa PM4 – terutamanya masa dari 1981 hingga 1987 kadar faedah simpanan tetap yang dibayar bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen KWSP pada masa itu.

Bermaksud ianya lebih bermanfaat masa itu untuk simpan wang dalam bank berbanding menabung dalam KWSP.

Kenapa begitu? 

Semasa dia mula jadi PM, dia telah wujudkan syarikat Maminco untuk memanipulasikan pasaran timah dunia.

Malangnya rancangan jahat dia gagal dan memakan diri sehingga telah menjahanamkan buat selama-lamanya seluruh industri timah negara yang merupakan industri utama dan eksport negara utama kita.

Akibatnya, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta (bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang memandangkan ianya berlaku 40 tahun dahulu).

Apa yang dia buat untuk bail-out Maminco?

Dia wujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd.

Apa fungsi syarikat Makuwasa?

Cuma sebuah syarikat kosong untuk mengambil dan menjual saham-saham bumiputera yang telah diperuntukkan kepada KWSP.

Hasil jualannya pula digunakan untuk bail-out kerugian Maminco.

Jumlah saiz aset KWSP masa itu tak besar. Cuma sekitar RM10 bilion masa itu berbanding RM940 bilion sekarang.

Tapi saham-saham milik kerajaan yang telah diluluskan dan sepatutnya diberi kepada KWSP telah digunakan PM4 untuk bail-out syarikat Maminco melalui syarikat Makuwasa.

Hakikatnya, seluruh industri dan eksport utama negara dilumpuhkan buat selama-lamanya dan duit yang sepatutnya diberi kepada KWSP telah disalahgunakannya untuk bail-out. 

Cuba tanya dia atau Uncle Kit Siang jika ini benar.

Najib Razak

Klik link fb
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157487302745952/

Monday, 9 November 2020

KENAPA SEBAHAGIAN ORANG INGGERIS MENGATAKAN MELAYU BANGSA PEMALAS?

Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan 'pantang duduk diam'. Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut mencari ikan, meredah sungai mencari bijih dan turun ke bendang membajak sawah.

Waktu senggang di rumah, orang Melayu bertukang, mengayam tikar, menenun kain dan mengait jala. Waktu malam pergi ke masjid, mendengar pengajian dan membaca Yasin. Memang rajin dan penuh dengan aktiviti seharian. Semua ini orang Inggeris nampak dan sedar.

Kalau dibaca kajian pengkaji-pengkaji Inggeris tentang Melayu seperti Crawfurd, Marsden, Raffles, Gardner, Newbold, Woolley, Linehan, Wheatley dan ramai lagi memang jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu dulu adalah bangsa yang rajin dan kreatif.

Tapi kenapa sebahagian orang Inggeris seperti Swettanham mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa pemalas? Mudah sahaja jawapannya, kerana orang-orang Melayu enggan menjadi buruh Inggeris, apatah lagi nak menggendong 'kemalasan' Inggeris seperti dalam gambar-gambar ini.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Friday, 6 November 2020

KISAH AKHIR ZAMAN YANG SEDANG KITA HARUNGI

Kebanyakan orang tak nampak Rancangan Induk Agung Dajjal. Berikut Adalah intipati Dari kuliah Sheikh Imran Hossein agar kita faham apa yang sedang terjadi.

Peralihan Kuasa Dunia sedang berlaku. Tatap dan bacalah dengan hati yang terbuka!

Semoga ALLAH swt memberi kita hidayah agar kita dapat melihat segala-galanya supaya kita boleh bertindak dengan betul. 

TIGA FASA DAJJAL

Kita hidup dalam suasana yang amat mengelirukan dan tiada kepastian. Era kita adalah era berita palsu ditambah dengan cara bertutur yang tidak beradab. 

Apakah realiti hari ini dan rentetan sejarahnya?

Iya, ada. Eschatologi Islam yang bersandarkan al-Quran dan hadis Rasulullah saw inilah satu-satunya ilmu yang mampu mengupas realiti dunia hari ini dan esok. Apa itu eschatologi?
Eschatologi ialah pengajian ilmu akhir zaman. Agama samawi yang tiga itu mempunyai eschatologi masing-masing. Izinkan saya terangkan versi eschatologi Islam. Golongan Nasrani dan Yahudi bebas untuk mempunyai pandangan eschatologi masing-masing.

Perkara yang teramat penting di dalam eschatologi Islam ialah Al-Masih Dajjal. Malah, dia merupakan salah satu daripada 10 tanda-tanda akhir zaman. Anda mungkin mempunyai persoalan:

SIAPAKAH DAJJAL?

Al-Masih Dajjal ialah Nabi Yang Palsu. Dalam agama Kristian, dia dikenali sebagai Antichrist. Nabi Yang Palsu. Nabi sebenar menurut Islam dan Kristian ialah Nabi Isa. Umat Islam percaya, beliau adalah anak kepada Maryam dan bukannya anak Tuhan seperti kepercayaan orang Kristian.

Apakah peranan seorang Nabi? 

Setelah orang Israiliyyat dihalau dari tanah suci Israel, ALLAH swt berjanji akan menghantar seorang Rasul yang akan mengembalikan kegemilangan  tanah suci Israel yang pernah diperintah oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Orang Israel percaya bahawa jika Nabi itu akan mengembalikan kegemilangan tanah Israel, dia pula perlu memenuhi prasyarat berikut: 

Membebaskan Tanah Suci Israel

Mengembalikan Tanah Suci itu kepada bangsa Israel

Menghidupkan kembali negara Israel di Tanah Suci

Jadikan Israel negara yang memimpin dunia

Akhirnya, Nabi Isa, anak kepada Maryam telah muncul. Bagaimana pun apabila ALLAH menghantar Nabi, DIA ingin menguji kaum Israel. Walaupun sesetengah umat yang miskin dan tawaduk menerima Nabi Isa, para imam Israel dan pihak berkuasa menolaknya kerana menganggap Isa adalah seorang penyamar. Mereka mendakwa Maryam telah melahirkan seorang anak haram. Oleh kerana itu, mereka gagal dalam ujian ALLAH swt.
Nabi Muhammad saw menyampaikan kepada kita bahawa ALLAH swt telah mencipta seorang makhluk yang dikenali sebagai Al Masih Ad-Dajjal. Dia diberikan tugas untuk menyamar sebagai Nabi Palsu oleh kerana masyarakat Israel telah menolak Nabi Isa.

 APAKAH MISI DAJJAL?

Dalam ayat  34-35 in Surah Shad, ALLAH swt berfirman:

Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kursinya sebagai tubuh (yang lemah karena sakit), kemudian ia bertaubat. 

Ia berkata, “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

Ayat 34 menyatakan, ALLAH swt telah meletakkan sesusuk jasad di takhta Nabi Sulaiman dalam sebuah mimpi. Apakah itu jasad? Jasad adalah tubuh tanpa ruh. Dalam Islam, kita beriman bahawa manusia bukan sahaja mempunyai jasad tetapi mempunyai ruh.

Ayat 35 pula menyatakan bahawa Nabi Sulaiman bertaubat setelah terjaga dari mimpi. Setelah itu, dia berdoa kepada ALLAH swt agar tiada sesiapa pun yang akan mewarisi kerajaan sucinya setelah dia wafat.

Hingga ke hari ini puak Yahudi tidak mengerti mengapa Israel telah musnah. Kita mempunyai bukti di dalam Al-Quran. Tetapi, jasad siapakah yang diletakkan di atas takhta Sulaiman?

Jawapan saya, itulah jasad Dajjal. Setakat ini, satu-satunya sarjana Islam yang saya tahu merumuskan hal ini adalah Sheikh Imran Hosein. Tetapi, mengapa jasad Dajjal? Jasad itu duduk di takhta, jadi mestilah dia manusia dan Nabi Muhammad saw mengatakan bahawa Dajjal itu adalah manusia.
Tambahan pula, jasad itu nampaknya begitu jahat sehinggakan Nabi Sulaiman berdoa kepada ALLAH swt supaya tidak membenarkan sesiapa pun mewarisi takhtanya setelah dia wafat. Yang pastinya Dajjal akan memerintah pada suatu hari nanti di kerajaan palsu Israel dan mendakwa dirinya sebagai Nabi.

Satu lagi perkara ialah mengenai jasad tanpa ruh. Setiap manusia mempunyai ruh yang dianugerahkan oleh ALLAH swt. Ini bermakna kita dimuliakan. Apabila kita tidur pada malam hari, ALLAH swt mengambil ruh kita dan mengembalikannya bila kita jaga. Apabila ALLAH swt menahan ruh kita, maka kita akan mati.

Pada pendapat saya, Dajjal tidak mempunyai ruh kerana dia tidak dimuliakan ALLAH swt. Kerana itu Dajjal hanyalah kelongsong tanpa diri.
Adalah penting, saya hanya menyatakan tafsiran dari Al-Quran. Hanya ALLAH swt sahaja Yang Maha Mengetahui kerana DIA akan sahkan samada saya benar ataupun salah.
Secara logiknya, untuk muncul dalam bentuk manusia dan memerintah dunia, Dajjal mestilah:

Membebaskan Tanah Suci Israel

Membawa pulang orang yahudi ke Tanah Sucinya

Mendaulatkan negara Israel di Tanah Sucinya

Menjadikan Israel negara yang memerintah dunia

Hanya setelah Dajjal menyempurnakan keempat-empat objektif ini, baharulah dia muncul dalam bentuk manusia, bertapak di Jurusalem lalu membuat pengisytiharan ‘Akulah Nabi.” Pastilah kaum Yahudi mempercayainya. Kemudian Dajjal akan meramas tangannya dan lalu berkata, “Misiku berjaya. Aku telah memperdaya mereka!”

Lihatlah Surah Mursalat, ayat 30:
“Pergilah kalian menuju naungan dari gumpalan asap Neraka yang terbahagi menjadi tiga cabang.”

Saya mentafsir bahawa gumpalan asap ini adalah asap sesuatu. Apabila gumpalan asap ini hilang, kita akan nampak apa atau siapakah di sebalik gumpalan asap itu.

Pada pandangan saya, gumpalan asap ini akan terserlah dalam tiga fasa. Ia merujuk kepada tiga fasa yang Dajjal akan lalui sebelum menjelma menjadi manusia. Wallahua’lam.

Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis sahih Muslim bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari. “Sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu. Hari-hari yang berikutnya adalah seperti hari-hari kamu.” Pada pendapat saya, Rasulullah saw berkata secara simbolik, bukannya 40 hari seperti yang kita maklumi.

Hadis ini menunjukkan Dajjal akan ada dalam tiga fasa tempoh yang lama (sehari seperti setahun), sederhana (sehari seperti sebulan) dan pendek (sehari seperti seminggu) sebelum dia muncul di ruang waktu bumi di mana sehari untuknya adalah sehari juga buat kita. 

Ketika dia dalam tiga fasa ini, dia sudah berada di bumi tetapi kita belum nampak akan dia. Apakah ada malaikat di dalam bilik kita sekarang? Iya, ada dua malaikat mencatat kebaikan dan keburukan kita, tetapi kita tidak melihat mereka.

Jadi, di manakah Dajjal dalam fasa satu misinya?

FASA SATU (Pax Britannica)
Serang lelaki bernama Tameem Al Dari telah datang kepada Rasulullah saw pada suatu hari dan memberitahu Baginda saw mengenai Dajjal. 

Rasulullah saw kemudiannya mengajak para sahabat untuk duduk kerana Tameen Al Dari telah menceritakan kepadanya mengenai Dajjal yang mengesahkan apa yang pernah dikhabarkan oleh Baginda saw kepada para sahabat sebelum itu.

Inilah cerita dari Baginda saw. Hadis ini adalah Sahih Muslim.

Tameen Al Dari dan 30 orang sahabat telah belayar dalam sebuah kapal. Kapal itu ditimpa ribut taufan selama sebulan sebelum ia terdampar di sebuah pulau. Setelah mendarat, mereka menemui seekor makhluk berbulu yang berkata, “Akulah Jassasah. Ada seseorang sedang menanti kamu.” Jasassah adalah pengintip dalam bahasa Arab. 
Makhluk ini terlalu berbulu hingga tidak diketahui yang mana kepala dan yang mana bahagian ekor. Jadi pulau ini melindungi identiti sebenar dan punyai tipu muslihat. 

Tameen Al Dari dan teman-temannya kemudian memasuki sebuah biara (tempat pertapaan) yang hampir musnah. Ia menggambarkan bahawa inilah pulau di mana agama akan runtuh dan ramai umatnya tidak percayakan tuhan. Kemudian mereka menemui seorang anak muda tampan yang berambut kerinting. (Tetapi tiada penerangan mengenai matanya di dalam hadis ini).

Anak muda itu bertanyakan beberapa soalan yang menarik termasuk air di Tasik Tiberias. (Tasik ini terletak di wilayah Israel). Setelah bersoal jawab, lelaki itupun berkata, “Akulah Dajjal. Apabila aku dibebaskan aku akan memasuki ke setiap bandar (di muka bumi) kecuali Mekah dan Madinah.”
Rasulullah saw pernah mengesyaki seorang kanak-kanak di Madinah bernama Ibn Sa’id sebagai Dajjal. Baginda mengajak Umar r.a untuk bertanya kepada budak itu. Umar r.a begitu kecewa dengan sikap kanak-kanak itu dan meminta izin Baginda saw untuk membunuh sahaja kanak-kanak itu.

Lalu Baginda saw berkata, “Jangan, Umar. Sekiranya dia Dajjal, kau tidak boleh membunuhnya. Jika dia bukan Dajjal pula, adalah berdosa pula membunuhnya.” Hadis Sunan Abu Dawud membayangkan bahawa Dajjal telah dibebaskan ke dunia di zaman riwayat Baginda saw.

Betapa pun, kita kena bertanya, di pulau manakah Dajjal dibebaskan? Menurut cerita Tameen Al Dari, kita menghimpun beberapa ciri pulau tersebut:

Perjalanannya ke pulau itu mengambil masa sebulan dari dunia Arab

Ia mempunyai kehebatan perisikan

Agama di pulau itu akan runtuh dan ramai umatnya tidak percayakan tuhan

Ia adalah sebuah pulau yang hebat dari segi muslihat dan menyembunyikan identitinya

Ia mempunyai hubungan dengan tanah Suci

Jawapan saya ialah, pulau di mana Dajjal berada menurut cerita Tameen Al Dari adalah Britain. Jika anda mengatakan pulau itu adalah pulau Greenland, Cyprus, Taiwan mahupun Puerto Rico, itu adalah pendapat anda. Biar saya jelaskan sedikit sejarah mengapa saya percaya pulau itu adalah Britain.

Pada kurun ke-17, Bank of England telah didirikan. Bank ini menghentikan Dinar dan Dirham dan menggantikannya dengan wang kertas. Britain meminjamkan wang kepada dunia dan mula mengumpul kekayaan.

Pada muasim panas 1914, terdapat enam kuasa besar di Eropah. Di pihak bersekutu ialah Britain, Perancis dan Rusia. Kuasa di wilayah tengah adalah Jerman, Austria-Hungary dan Empayar Uthmaniyyah. Pada Jun 1914, Maharaja Austria Franz Ferdinand dipancung di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina.

Inilah tindakan ganas yang mencetuskan Perang Dunia Pertama. Yang peliknya, Britain hampir kalah kepada Jerman sehinggalah puak Yahudi Jerman pergi kepada kerajaan Britain untuk mempelawa Amerika Syarikat terlibat dalam peperangan itu. Sebagai ganjarannya, mereka mahu Britain mengusahakan tanah di wilayah Palestin.

Akhirnya Amerika Syarikat terlibat dalam peperangan dan Britain serta pihak bersekutu memenangi peperangan itu. Namun, sebelum peperangan berakhir, Britain telah bertindak ganjil.

Kerajaan Britain telah mengeluarkan Pengiytiharan Balfour pada November 1917 yang membayangkan niat kerajaan Ratu England untuk mengusahakan penempatan Yahudi di Tanah Suci.

Nampak tak? Betapa ganjilnya sebuah negara sekular seperti Britain boleh mengumumkan hasratnya untuk menempatkan tempat tinggal kaum Yahudi di Tanah Suci. Pada tahun yang sama, Britain buat lagi sesuatu yang ganjil.

Apabila General Allenby dari Britain memasuki Jerusalem, dia membebaskan Tanah Suci itu lalu mengisytiharkan bahawa, “Perang salib telah berlalu.”

Eh? Anda dari negara sekular. Sekarang anda pula kata bahawa perang salib iaitu perang Kristian telah tamat? Apakah ini terjadi kerana kebetulan? Inilah Fasa Satu misi Dajjal; Pax Britainica.

Antara 1918 dan 1948, Britain memerintah Tanah Suci melalui mandat League of Nations. (Nama PBB sebelum itu). Kerajaan British membenarkan kaum Yahudi  untuk kembali ke Tanah Suci dan mendapat hak sebagai tanah mereka. Pada 1933, Adolf Hitler dan parti Nazi mula berkuasa di Jerman.

Holocaust (pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi) dan Perang Dunia Kedua merancakkan pergerakan Yahudi Eropah ke Tanah Suci. Negara Israel pun disahkan pada 1948.

FASA 2 (Pax Americana)

Amerika Syarikat mengambil alih sebagai negara memerintah dunia dari kerajaan Britain pada 1944 menurut kesepakatan Bretton Woods. 

Sepertimana Britain yang mempunyai hubungan dengan Israel dan Yahudi, Amerika Syarikat mengambilalih lalu meneruskan perhubungan itu.

Pada 1948, negara pertama di dunia yang mengiktiraf Israel ialah Amerika Syarikat. Negara itu membina Israel dengan menghantar pelbagai sumber dan bantuan. Seperti Britain dengan Bank of England, Amerika Syarikat mengambil alih kuasa matawang dengan memperkenalkan sistem kewangan petrodolar.

Ada yang percaya bahawa hanya terdapat dua kuasa besar ketika Perang Dingin. Bagaimana pun Krisis Peluru Berpandu Cuba telah ditamatkan apabila Amerika Syarikat mengenakan sekatan laut di sekeliling Cuba. Akibatnya, Russia terpaksa mengalah.

Mutakhir ini, Amerika Syarikat kian lemah dan kuasa besar seperti Rusia dan China kini mencabar penguasaan Amerika Syarikat ke atas dunia. Kelemahan ini membawa kepada pemilihan Donald Trump sebagai Presiden yang berjanji untuk memulihkan keagungan Amerika.
Namun, Amerika Syarikat kini terus lemah dan akhirnya akan  runtuh dan menjadikan Israel, pax Judaica memerintah dunia. Rasulullah saw bersabda di dalam hadis Sunan Abu Daud bahawa “Kemakmuran Jurusalem akan berlaku apabila Madinah mula runtuh. Keruntuhan Madinah ini tanda akan bermulanya Malhama Al-Kubra. (Perang paling getir dalam sejarah manusia). Tercetusnya perang ini akan diikuti dengan penaklukan Constantinople yang akan diikuti dengan kemunculan Dajjal.”

Dengan menggunakan analogi pembinaan, kita memahami bahawa Rasulullah saw bersabda bahawa Jurusalem akan menjadi tumpuan utama, Madinah tiada peranan dan Malhama Al-Kubra akan tercetus. 
Trump telah meletakkan Jurusalem menjadi tumpuan utama pada tahun lalu dengan  mengiktirafnya sebagai ibu negara Israel. Malhama Al-Kubra inilah yang dikatakan oleh orang Kristian sebagai Ammegeddon. Rasulullah saw bersabda bahawa 99 % manusia akan mati dalam peperangan ini.

Peralihan dari Pax Britainnica kepada Pax Americana memerlukan dua peperangan yang besar iaitu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kita berkata bahawa akan berlaku satu perang besar dalam peralihan dari Pax Americana ke Pax Judaica. Besar kemungkinan ini adalah perang nuklear.  Inilah sebab mengapa NATO memprovok Rusia. Mereka perlukan satu perang besar untuk mengurangkan penduduk dunia agar negara Israel mudah memerintah dunia.

Pada pandangan saya, sebaik sahaja Perang Dunia Ketiga tercetus, Israel akan menyerang negara-negara jiran dan menguasai dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates untuk merangkumi sempadan Israel. 

FASA 3 (Pax Judaica)

Bila berakhirnya Perang Dunia Ketiga, Amerika Syarikat dan sebahagian besar Eropah akan hancur. Hanya Israel yang akan kekal sebagai kuasa besar dunia. Israel akan mendominasi politik dan ekonomi ke atas negara-negara Arab dan menjadikan umat Islam akur dan tunduk dengan menindas mereka. Bagaimana pun, penindasan Israel tidak bertahan lama.
Dajjal akan menjelma berikutan dengan penaklukan Constantinople. Dia akan mendakwa menjadi Nabi dan memerintah Israel seolah-olah ia adalah pemerintahan yang kekal.
Mengikut hadis Sunnan Ibn Majah, Dajjal boleh mengarahkan hujan turun dari langit dan memerintah tanah untuk menghasilkan makanan bagi para pengikutnya. Sesiapa yang menolak Dajjal akan berdepan dengan kemarau dan kebuluran. Akhirnya Dajjal akan melancarkan serangan ke atas Madinah. 

Menurut Rasulullah saw, Dajjal akan mendarat di Madinah dan berkhemah di kawasan bergaram di luar kota. Adalah penting untuk kita ambil tahu bahawa Rejim Arab Saudi telah membina Istana Raja di salah sebuah kawasan di luar kota Madinah. (boleh Google dan lihat istananya)
Madinah akan digoncang tiga kali dan mereka yang munafiq dan kafir akan tercampak keluar dan mengikut Dajjal. Namun, para Malaikat akan menyekat Dajjal dan tentera Israel dari memasuki Madinah dan mengusir serangan mereka di Damascus di mana Imam Mahdi dan tentera Islam sedang bersolat di sebuah masjid.

Ketika Dajjal dan tentera Israel menghampiri masjid dan menganggap mereka telah berjaya mengepung dan menewaskan Imam Mahdi dan tentera Islam, Nabi Isa a.s akan turun dengan bantuan dua malaikat.

Apabila Firaun berdepan dengan Musa a.s, ALLAH swt memerintahkan Musa a.s untuk mengetuk air di Laut Merah dengan tongkatnya. Dan air pun berkuak menjadi laluan yang menyelamatkan mereka yang beriman. Sejarah akan berulang lagi apabila Nabi Isa a.s turun ke masjid di Damascus.

Selepas solat, Nabi Isa a.s akan memegang pedang dan bersabda, “Bukalah pintu!” Apabila Nabi Isa melangkah keluar dan sebaik sahaja Dajjal melihatnya, dia akan mencair seperti garam yang mencair di dalam air.

Nabi Isa a.s akan mengejar Dajjal dan memintasnya di Pintu Kota Lod. Utusan ALLAH itu akan membunuh Nabi Palsu itu dan menamatkan pemerintahan zalim. Kebenaran dan kemenangan akan mengatasi penipuan dan kepalsuan.

Inilah kesimpulan tiga Fasa Dajjal. Saya tak mampu menulis tanpa bantuan ALLAH. Saya bukanlah seorang sarjana, mufti atau imam.  Semua tafsiran dari Al-Quran dan hadis adalah dari Sheikh Imran Hosein. Akhir kata, anda tidak wajib menerima pandangan kami. Wallahua’lam. 

Semoga ALLAH swt melindungi kita dari Dajjal.

Tuesday, 3 November 2020

Tanah yang tergadai

Perjanjian Bangkok 1909...108 tahun dulu banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam.

Kelantan hilang Tak Bai,  Kedah hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao, Perlis hilang Wilayah Pujo.

1965.....kita kehilangan Singapura.
2008.....kita kehilangan Pulau Batu Puteh
2011.....kita kehilangan Stesen KTM, Tanjong Pagar

Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang... tapi kita jual.
Jual tanah sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita.

Kita jual tanah TUDM Sg. Besi....
Kita jual tanah atas alasan pembangunan di Forest City... hak kekal.

Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.

Kita juga menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita... jual kepada China.

Katanya kepentingan Proton di Tanjung Malim. 

Dan untuk makluman Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.

Betullah kata orang...kita menumpang di tanah sendiri.

Teringat kisah saudara Palestin kita... walaupun ditawarkan cek kosong, untuk diisikan sendiri jumlah yang mereka mahu, tidak sekali tanah sekangkang kera mereka lepaskan kepada Israel.

Tapi kita...??

Tahukah..?

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun. Dia tinggalkan istana dengan hati yang pilu. Dadanya sesak. 

Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dengan air mata. 

Melihat hal itu, ibunya berkata, "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa!"

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia?

1. Cinta dunia
2. Meninggalkan dakwah dan jihad
3. Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5. Jahil agama

Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis... dan ibu2 mereka berkata, 

"Menangislah seperti perempuan! engkau tidak menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!"

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.
Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia; game, lepak, FB yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya... Faktor kejatuhan itu akan berulang & selalu sama.

Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna. 

Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda, Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya. 

Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat (penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya) 


Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...