Skip to main content

Najib bakal Muflis dan Hilang Kerusi Parlimen

Najib Razak akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding tuntutan cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadapnya sementara menunggu rayuan mengenai penilaian cukai kepada badan itu.

Peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, memberitahu media peguam LHDN memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka juga merancang untuk memfailkan permohonan penghakiman terus (walaupun terdapat rayuan terhadap penilaian cukai).

Penghakiman terus bermaksud penghakiman yang dibuat mahkamah untuk satu pihak atas usul pihak lain berdasarkan fakta yang disediakan tanpa perbicaraan penuh.

“Hari ini adalah pengurusan kes bagi kes tuntutan cukai yang saya hadiri melalui e-review.

"Kami memaklumkan kepada mahkamah bahawa kami berhasrat memfailkan penangguhan prosiding sementara menunggu rayuan kami terhadap penilaian kepada LHDN.

"Ini bukan kes bayar sekarang dan bincang kemudian, kerana bayar sekarang sebanyak RM1.69 bilion yang akan menjadikan anak guam kami muflis dan menyebabkan beliau tidak layak menjadi anggota parlimen.

"Itulah sebabnya kami akan memfailkan penangguhan prosiding perkara ini sementara menunggu penyelesaian penilaian,” katanya.

Notis tak dikembalikan

Pengurusan kes secara e-review dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurliana Ismail.

Muhammad Farhan berkata mahkamah menetapkan 30 Ogos bagi pengurusan kes di hadapan Nurliana.

Pada 25 Jun, kerajaan melalui LHDN memfailkan saman itu terhadap Najib yang meminta beliau membayar RM1,692,872,924.83, faedah pada lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, serta kos dan pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam kenyataan tuntutannya, kerajaan memaklumkan bahawa seperti yang dinyatakan melalui notis penilaian tambahan bertarikh 20 Mac 2019, penilaian cukai tambahan ke atas pendapatan Najib bagi tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 masing-masing adalah RM116,173,374.12; RM320,929,932.31; RM891,573,465.46; RM119,144,655.51; RM16,879,500.03; RM643,445.21 dan RM346,471.41.

Kerajaan mendakwa notis itu dihantar melalui pos berdaftar kepada Najib pada 25 Mac 2019 ke alamat terakhirnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur dan surat tersebut tidak pernah dikembalikan kepada LHDN.
Ia mengatakan bahawa memandangkan Najib gagal membayar cukai dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, jumlah itu meningkat sebanyak 10 peratus, masing-masing menjadi RM11,617,337.41; RM32,092,993.23; RM89,157,346.54; RM11,914,465.55; RM1,687,950.00; RM64,344.52 dan RM34,647.14 bagi tahun taksiran dari 2011 hingga 2017.

Najib diberi tempoh 60 hari untuk membayar cukai itu, bersama-sama dengan kenaikan 10 peratus, tetapi mendakwa Najib masih gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Najib dikenakan kenaikan lima peratus lagi daripada kenaikan 10 peratus itu, berjumlah RM6,389,535.57; RM17,651,146.27; RM49,036,540.60; RM6,552,956.05; RM928,372.50; RM35,389.48 dan RM19,055.92 bagi tahun taksiran yang ditetapkan, menjadikan jumlah keseluruhan cukai pendapatan berjumlah RM RM1,692,872,924.83, katanya.

Bernama

Comments

  1. Pelik. Kata wang haram, tapi kena cukai. Pening betul dengan ulamak palsu sabu,madey, anwar mengurus negara. Kapir usah difikir lagi. Lagi kuat palsunya bila agama pun ikut agama palsu.

    ReplyDelete
  2. Lagi pelik kalau kata bukan wang dia tapi orang bagi... jadi siapa yang nk kena cukai... dah ada pendapatan... bayar ajelah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat