Pelik melihat reaksi berlebihan penyokong-penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap wawancara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama Nikkei Asian Review.
Bila dilihat kepada kandungan wawancara tersebut, kenyataan Datuk Seri hanyalah bersifat biasa-biasa sahaja di mana apa yang disebut adalah:
“Saya tidak bercita-cita tinggi, saya tidak menetapkan matlamat bahawa saya mesti menjadi seorang perdana menteri satu hari nanti seperti yang dibuat oleh sesetengah orang lain.” ("I'm not really ambitious, I don't set myself a course that I must become a prime minister one day as some other people do.")
Kenyataan ini adalah kenyataan umum sahaja yang tidak merujuk kepada sebarang nama, apa lagi bila istilah yang digunakan adalah merujuk kepada bilangan yang banyak bukan hanya kepada seorang individu sahaja, iaitu “sesetengah orang lain” (“some other people”).
Amat mengejutkan juga bila kenyataan umum begini boleh mendorong Setiausaha Khas Datuk Seri Anwar, R Suresh Kumar, begitu terasa sekali hingga menyebut “warga PKR sangat sedih dan terkejut dengan wawancara (ini)” kerana "walaupun Mukhriz tidak menyebut nama Anwar, namun secara umum wawancara itu memberi perspektif bahawa Anwar semakin tamak untuk menjadi perdana menteri”.
Begitu juga bila ia boleh mendorong penyokong kuat Datuk Seri Anwar, Shahbudin Husin, begitu terasa sekali hingga boleh menyebut Datuk Seri Mukhriz “memang selalu “blur” dalam banyak perkara sehingga kerap digelar “Mat Blur” oleh mereka dalam BERSATU sendiri”, malah sehingga ke tahap memperlekehkan Datuk Seri Mukhriz dengan menyebut “kalau pun Mukhriz mengatakan beliau mahu menjadi Perdana Menteri, bukan saja pemimpin BERSATU sendiri akan berfikir lebih daripada sekali untuk menyokongnya, malah barangkali Tun Mahathir sendiri akan merenung wajah anaknya itu dengan lebih lama tanpa mengelipkan matanya”.
Penat sekali dengan pertikaian yang semacam tidak akan pernah habis ini.
Dari facebook Kamarul Yusuf
Bagi ahli pkr (parti kunyit radikal) maka tentulah presiden mereka maksum. Maksum itu sepakat dalam pkr yg terdiri dari pelbagai aqidah. Lebih maksum lagi bila ulamak seperti guang en dan kit sian babtiskan ulamak tersohor bapak nuar.
ReplyDeleteDato sri anwar bela penderhaka. DAP pun bela penderhaka. Sinonim mereka. Adakah Anwar ikut rentak dap atau dap ikut rentak dap. Apa yg pasti dap 100 % tak setuju institusi raja2. Anak mereka yg bersekolah cina dari kecil ramai yg tidak tahu nyanyi lagu negaraku. Dan 99% anak cina bersekolah di sekolah cina. Bila besar pasti mereka ini tidak memahami budaya melayu dan tanah melayu. Ada segelintir melayu yg lebih cina dari cina seperti wan ji dan anwar.
ReplyDelete