Mula mula gaduh ngan umno, kemudian gaduh ngan raja raja akhirnya gaduh sesama sendiri...
Time susah mereka boleh bersama, bila senang lenang dan berkuasa mereka bergaduh pula...
Nampaknya pemimpin melayu ni hanya hebat berpolitik sahaja.... Bab mentadbir dan menguruskan negara masih lagi di takuk lama walaupun sudah berkuasa...
Ada yang bertanya kepada saya apa masalah sebenarnya pemimpin pemimpin didalam pakatan harapan ini...?
Saya katakan mereka hanya mempunyai satu saja masalah iaitu masalah iman...
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Fath: 29)
Kemelut politik negara kita ini sudah membolehkan kita menafsirkan kelakuan mereka seperti didalam lagu 'bangau oh bangau'
Terlalu asyik menyalahkan orang lain dan tidak mahu memperbaiki diri sendiri malah lebih teruk lagi mereka menncari cari salah orang lain demi menutup kesilapan mereka sendiri...
Sekarang bukan lagi lagu bangau oh bangau tetapi menjadi lagu "bangang oh bangang..."
Sebenarnya hasil bumi didalam negara kita ini sudah mencukupi untuk di kongsi bersama puluhan juta rakyat di dalam negara ini.
Tetapi malangnya dek kerana ketamakan orang orang politik, para pegawai kerajaan dan para bangsawan menyebabkan khazanah negara tidak pernah cukup untuk di agihkan kepada rakyat...
Apabila rakyat marhaen menegur pemimpin mereka beri alasan yang kita ni tak faham akan susahnya menjadi pemimpin...
Kita pulak yang dikatakan tak faham akan kesusahan mereka sebagai pemimpin...
Saya cakap begini kepada mereka, apakata kamu bertukar tempat dengan aku selama satu bulan untuk aku faham masalah kamu dan kamu duduk di tempat aku pula supaya kamu faham masalah rakyat...
Tapi tak berani pulak nak bertukar tempat... sebab dah rasa sedap.... Dulu pun mereka golongan marhaen juga, cuma bila dah duduk didalam pejabat berhawa dingin mereka sudah lupa bagaimana rasanya bahang matahari...
Sebagai pengundi kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita kepada rakyat keseluruhannya.
Mereka tidak boleh salahkan kita apa apa kerana dulu kita pernah mengundi umno berpuluh tahun dan mereka salahkan kita kerana mengundi si perompak negara dan kita menukar undi pada penggal lepas dan lahir pula penyamun.
Maka rakyat tidak boleh salahkan kita kerana kita sudah memberi peluang kepada kedua dua pihak untuk berkhidmat tetapi mereka yang sia sia kan peluang yang kita beri...
Saya beberapa kali menyeru kepada rakan rakan keliling saya agar kita menjadi pengundi atas pagar tanpa perlu menjadi pentaksub kepada mana mana parti.
Kaedah ini lebih baik daripada menjadi pentaksub yang berjuang untuk pemimpin demi kepentingan diri...
Kita perhatikan mereka bertelagah dan kita catit... Waktu pru nanti kita kaji terlebih dahulu sebelum kita mengundi...
Kita pengundi atas pagar sebenarnya adalah penentu kepada kemenangan salah satu parti...
Pada pru lepas kita swing kepada pakatan harapan dan mereka memperolehi kejayaan...
Kita tidak ramai... Kita hanyalah 10% sahaja tetapi sudah cukup untuk menukar kerajaan...
Jawapan saya kepada soalan anak anak muda tadi ialah jadilah pengundi atas pagar.... Jangan libatkan diri dengan mana mana parti politik kerana mereka hanya memperalatkan anda semua...
Anda mungkin beranggapan diri anda sebagai SERBABOLEH tetapi mereka hanya menganggap anda sebagai SERBAGUNA semata mata...
Lebih baik anda berusaha keras mencari rezeki untuk membantu ibu dan ayah serta keluarga. Jangan membuang masa dengan masalah politik kerana masalah politik tidak akan pernah selesai...
Bangsa melayu sifatnya suka menjaga hati. Mereka takut rakan mereka berkecil hati dan rela mengorbankan hak orang lain dari bangsanya demi menjaga bangsa lain.
Tapi apabila haknya dirampas tahu pula dia mengamuk dan mengapi apikan orang lain untuk turut serta mengamuk atas nama bangsa...
No comments:
Post a Comment