MOHAMED KHALED DEDAH PERNAH DISERANG ‘ORANG’ NAJIB KETIKA TEGUR ISU 1MDB OLEH LUCIA TEREY ANAK JOHN JOHOR BAHRU, 30 Jun : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendedahkan beliau pernah diserang dan dijadikan sasaran ‘orang-orang’ dan ‘budak-budak’ Datuk Seri Najib Tun Razak ketika cuba menegur bekas presiden parti itu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohamed Khaled yang merupakan calon Naib Presiden UMNO berkata ‘orang-orang’ itu termasuklah yang ada dalam bahagian Pasir Gudang. “Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula-mula timbul. Bila Presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatkan Presiden bahawa UMNO ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian. “Setelah itu, saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang-orang dan budak-budak presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang dan akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur Presiden. Mendukung saja beliau,” k