Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul Ghafar.
Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.
"Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga," kata Tamrin kepada Keadilandaily.
Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri.
Malah sebelum ini, beberapa tokoh wartawan antaranya bekas Ketua Pengarang NST. Kadir Jasin yang secara sinis mencadangkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dilantik ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib.
Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13.
"Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat," ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif berceramah diseluruh negara.
No comments:
Post a Comment