Saturday, 15 February 2014

Kerajaan Johor Zalim? Rampas Tanah Anak Yatim?

Selepas solat subuh di Masjidil Haram pagi tadi, secara tiba-tiba saya ditegur oleh seorang lelaki tua dari Johor yang mengenggam tangan saya sangat erat dan kemudiannya memeluk saya. Semasa berbual beliau menyatakan rasa AMAT DUKACITA tentang apa yang berlaku di Negeri Johor dan Tentera Timbalan Setia Negeri Johor atau Johor Military Forces (JMF).


Katanya begitu zalim Kerajaan Johor dan Sultan Johor mengambil tapak yang telah diluluskan dan dikhas untuk pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim bagi memindahkan mereka dari tapak asal di Bukit Cagar telah " DIRAMPAS" BAGI membina Kem JMF. Surat kepada Kontraktor bagi membina Rumah Anak Yatim di tapak yang "DIRAMPAS" TELAH dikeluarkan, Namun ianya dibatalkan disebabkan JMF telah mengambil tanah tersebut.

Kesedihannya ialah TIADA AHLI POLITIK DI JOHOR yang berani melawan atau memperjuangkan Nasib Anak-Anak Yatim ini walaupun isu ini telah dimaklumkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan dan JUGA Ahli Parlimen. Mereka HANYA mengambil sikap akur dan berdiam diri kerana nak menjaga "bontot" masing-masing. Pembinaan Kem yang telah mengenepikan kepentingan Anak Anak Yatim di Johor AMAT DIKESALI DAN AMAT MEMALUKAN.Jika benar, maka:

APAKAH NASIB ANAK-ANAK YATIM INI DI MASA HADAPAN?

SIAPA YANG AKAN BERANI MEMPERJUANGKAN SUARA MEREKA?

APAKAH HUKUM MENGGANGGU KEPENTINGAN DAN HAK-HAK ANAK YATIM?

MANA PEJUANG-PEJUANG YANG PATUT BERSUARA LANTANG?

APAKAH MEREKA TERLUPA WUJUDNYA HARI AKHIRAT?

Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis. 

• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim 
• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”. 
• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

Sedutan dari fb

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...