Berikut adalah posting terbaru Asyraf Wajdi Dusuki mengenai Valentine's Day: SUMBER
HORMATI INSTITUSI DAN AUTORITI AGAMA
Semua pihak kena hormati autoriti dan institusi yang menjaga agama seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Tidak kira mereka yang berjawatan Menteri hinggalah kepada rakyat marhain.
Malah orang bukan Islam juga mesti hormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang jelas mengisyaratkan kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Negara.
Satu-satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan termasuk dalam isu sambutan Hari Valentine adalah bersifat Ijtihad Jamaa'i dan bukannya secara simplistik tapi mengambil kira keseluruhan konteks isu dan permasalah yang dibangkitkan.
Ini selaras dengan kaedah fekah:
الحكم على الشيء فرع عن تصوره
"Berhukum atas sesuatu adalah dengan memperkirakan keseluruhan konteks dan kefahaman yang melingkarinya" (Al-Ghazali; Al-Mustashfa fi Usul al-Fiqh; Dar al-Kutub 9/11).
Kegagalan menghormati institusi dan autoriti agamalah yang menjadi punca umat menjadi celaru lantas berpolemik dan berantakan hingga turut diambil kesempatan oleh pihak berkepentingan politik untuk memperlekehkan kedudukan Islam.
Untuk makluman, Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri yang dikatakan beragama Islam) sebelum ini secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan yang tidak membenarkan Hari Valentine's di sambut. Sila klik Datuk Seri NAZRI AZIZ TIDAK SETUJU Tak Boleh Sambut Valentine's Day
“Why can’t it be celebrated? I disagree...it is not a form of prayer,” kata Nazri
"What is wrong with Valentines’ day? People just want to express their love to one another.
“How different is it from other days, where we can do the same thing?” kata Nazri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan jadi alat di akhir zaman
Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...
-
Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan...
-
Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak ...
-
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !! Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara ke...
No comments:
Post a Comment