Sunday 9 February 2014

Ketua Wira PERKASA Gelar Teresa Kok Sebagai IBLIS

KUALA LUMPUR 8 Feb - Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris menggelar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai 'Iblis' selepas tindakannya memuat naik video Sambutan Tahun Baru Cina 'Onederful Malaysia' yang menerima kecaman dari pelbagai pihak terutama kaum Melayu.


Menurutnya, tindakan Teresa itu langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai ahli parlimen dan tujuan video tersebut dibuat perlu dipersoal kerana video itu telah mencetuskan kemarahan orang Melayu kepada orang cina.



"Dia ni boleh saya gelarkan sebagai 'Iblis' kerana tindakan beliau menyesatkan orang melayu dan memporak-perandakan negara, dia juga tidak layak duduk di negara ini kerana beliau dilihat tidak menghormati perlembagaan di negara ini.



"Dari dahulu lagi dia pernah pertikai mengenai tulisan jawi dan macam-macam lagi, mengapa mesti dia buat perkara yang melibat Islam dan Melayu, apa sebenar yang di mahukan.



"Dan sebagai ahli parlimen, beliau sepatutnya boleh menggunakan kapasiti tersebut kerana beliau adalah salah seorang daripada penggubal undang-undang, beliau boleh suarakan apa yang beliau tidak puas hati, tetapi mengapa perlu dia gunakan saluran tersebut dan menghina bangsa melayu," katanya kepada Rakyat News ketika dihubungi hari ini.



Sementara itu, ketika ditanya mengenai pihak yang menawarkan RM 500 kepada individu yang menampar Teresa, beliau memberitahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menyokong tindakan tersebut tetapi ianya jelas menunjukkan bahawa orang melayu di negara telah mula hilang sabar.



Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas Teresa bagi mengelakkan rakyat daripada bertindak sendiri.



"Kita tidak menyokong tindakan itu, tetapi dalam masa yang sama ini adalah contoh rakyat khususnya bangsa melayu yang telah mula hilang sabar kepada Teresa.



"Siapa yang mulakan provokasi sebenarnya, apabila perkara telah menjadi agak kecoh seperti ini baru dia takut dan buat laporan polis kerana menerima ugutan.



"Pihak berkuasa dan kerajaan perlu menjalankan tindakan yang lebih tegas kerana tindakan mereka sekarang agak lemah sehinggakan ada orang yang menawarkan wang untuk mengambil tindakan ke atas Teresa.



Video berdurasi 11 minit 39 saat itu disifatkan cubaan Teresa untuk menabur kebencian terhadap kerajaan Malaysia dengan melakukan provokasi secara sindiran mengenai isu-isu semasa termasuklah berhubung insiden di Lahad Datu.



PIhak polis juga telah mengesahkan menerima lebih 40 laporan berhubung penerbitan klip video berkenaan.





No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...