Tuesday, 4 February 2014

Chua Soi Lek Menyalahkan Mahathir

Bekas Presiden Mca Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjadikan Umno semakin kuat dan pada masa sama menjadikan sekutu Umno dalam Bn tidak berkuasa, kerusi Parlimen Melayu bertambah sejak tiga Pilihan Raya Umum lalu dan ini mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat Cina.


Orang Cina secara umumnya risau Kerajaan Melayu yang terlalu kuat akan menceroboh status serta hak Ekonomi dan Politik mereka kenyataannya hari ini. Dasar Ekonomi Baru DEB dan pelaksanaannya yang lemah membuatkan orang Cina lebih risau dan hilang keyakinan kepada Kerajaan.Bekas Menteri Kesihatan itu turut menjelaskan yang sebarang keputusan Majlis Tertinggi Umno kini diguna pakai sebagai keputusan Kabinet sehingga menyebabkan kesan buruk ke atas sekutu Umno dalam BN.