Semalam tular gambar ni. Gambar Lim Guan Eng melaungkan "Daulat Tuanku!".
Ramai juga yang mempersendakan. Tak kurang yang sinikal. Yalah, DAP kan. Sebuah parti yang dilabel parti bersifat cauvinis. Parti yang, pada pandangan cetek politik saya, adalah parti yang berlawanan dengan UMNO.
Seawal saya ikuti dunia politik sekitar 1996, pandangan umum yang dapat dilihat ialah:
1. UMNO parti penunggang Melayu. Di PAU berdegar-degar melaungkan Melayu. Tapi realitinya tak ramai pemimpin UMNO yang benar-benar faham tentang Melayu, falsafah dan sejarahnya. Tak ramai pemimpin Melayu UMNO yang ada sifat-sifat Melayu pun.
2. DAP pula parti yang menunggang sentimen Melayu UMNO untuk cipta sentimen Melayu vs Cina. Dimainkan sentimen Hak Melayu Bumiputera dan Perlembagaan dalam konteks semua bukan Melayu adalah '2nd class citizen' walhal kompromi sosial kita di Malaysia, sebenar-benarnya adalah semua kaum 'win some lose some'.
Itu dulu.
Tapi DAP dalam 10-15 tahun kebelakangan ini sangat cepat proses tranformasinya. Dari parti yang cauvinis dan didominasi satu kaum sahaja, DAP sudah mula diterima beransur-ansur oleh kaum Melayu.
Yang kelakarnya, pencairan identiti cauvinis DAP ni bukan sebahagian besarnya usaha parti ini sendiri. Sebahagian besar pencairan ini adalah hasil parti-parti Melayu Islam sendiri.
Dari pemerhatian kasar, ada 3 fasa pencairan ini:
1. Ketika PAS Bersama DAP
Ini pada saya floodgate pertama yang dibuka. Kerjasama PAS dan DAP ni amat signifikan impaknya sebab PAS bukan sahaja mewakili Melayu, tetapi mewakili "Islam" dalam menerima DAP. Masa ni DAP tak perlu buat apa pun. PAS akan keluar dengan pelbagai terma Arab, sejarah Islam, hadith dan ayat Al-Quran untuk menjustifikasikan betapa DAP ni ok.
Itu belum masuk kisah-kisah pemimpin DAP bakal masuk Islam, pemimpin DAP ditarbiyahkan dan secara beransur-ansur menerima Islam dan sebagainya.
Hasilnya, kita dapat lihat pakcik abang berkopiah mengibarkan bendera DAP, makcik kakak yang bertudung labuh dan berpurdah menyarungkan bendera DAP di muka dan kepala.
2. PAN dan Fenomena Diyana, Rara dan Melati
PAS pecah dua, maka lahirlah Parti Amanah Negara. PAN meneruskan apa yang PAS dah mulakan awal dulu.
Pada masa sama, DAP pun mula untuk menarik lebih ramai keahlian dari kalangan anak muda Melayu. Diyana mewakili golongan 'freehair', 'liberal' dan 'open-minded'. Rara mewakili golongan sedikit 'centrist'. Melati, gadis bertudung labuh berpurdah mewakili golongan 'Islamist'.
3. Kerajaan "Penyatuan Melayu-Islam" Yang Tak Jauh Beza Dengan Kerajaan Bukan Penyatuan Melayu-Islam
Bayangkan, hari ini sampai ada orang kata;
"Baik DAP yang jadi kerajaan. Sekurang-kurangnya bila kita bersuara tak ada siapa kata kita melawan Melayu-Islam."
Kegagalan kerajaan hari ini untuk 'reverse' atau hentikan kerosakan yang dituduh DAP bawa sebelum ini menjadikan terma "Kerajaan Penyatuan Melayu-Islam" itu sekadar retorik semata-mata.
a) Kerosakan ekonomi tak dapat dipulihkan. Anda boleh kata berulang-ulang pasal seluruh dunia sedang pandemik, tapi anda taj boleh sangkal negara-negara lain sudah lama berada di landasan pemulihan ekonomi sedangkan kita masih tercari-cari rentak.
b) Penjualan aset-aset Bumiputera, menghentikan lantikan politik, memperbaiki beberapa GLC masih tidak dapat dilihat dan dirasai.
c) Isu-isu yang dibawa sebelum ini contohnya isu arwah Adib juga masih tiada penhujungnya. Belum lagi cerita pemerkasaan mahkamah syariah mahupun RUU 355 yang sering dijadikan modal politik. Malah ada individu-individu yang terang-terang melanggar undang-undang.
d) Tagline seperti "Negara Berkebajikan", "Politik Matang dan Sejahtera", "Membangun Bersama Islam" mahupun "Islam Sejahtera" masih tidak dirasai. Malah kenyataan beberapa individu yang bersuara tentang kebajikan rakyat sering dipersendakan.
e) Dan akhir sekali, membuka ruang permusuhan dengan YDPA dan Istana.
So kumpul semua ini, ia sebenarnya besar membantu DAP dalam mencipta imej yang mereka ni taklah teruk sangat... Ataupun "Ahh sama saja. Tak ada beza pun."
Kesimpulannya, transformasi mendadak DAP ni sebenarnya dari kita, parti-parti Melayu-Islam sendiri.
Kita tak layak kecam Guan Eng menunggang laungan "Daulat Tuanku" sebab kita semua pun penunggang.
-Mohamad Jamalee
No comments:
Post a Comment