Tuesday, 31 August 2021

Petua susutkan badan dan kuatkan lutut

A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN

Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Langkah 2. 
Selesai yang di atas, makanlah  pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat  masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

B. CARA KUATKAN LUTUT

Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.

Saturday, 28 August 2021

Mereka Sudah Memberi Amaran Tapi Ramai Yang Mahu Juga

Kisah seorang pekerja kepada peniaga kurma 

Pada suatu hari seorang pelanggan datang ke kedai dan beliau dilayan dengan begitu mesra oleh pekerja dikedai tersebut.

Setelah melihat lihat buah kurma yang dilonggok diatas meja si pelanggan pun bertanya buah ni elok lagi kah sebab saya tengok dah lembik dan berair.

Si pekerja pun menjawab... Masih baik lagi, tapi  kalau makan boleh sakit perut.

Si pelanggan kehairanan dan bertanya lagi kalau sakit perut tandanya buah ini tidak baik. 

Pekerja menjawab sambil mengerling ke kaunter dimana bos nya sedang duduk, buah ni masih baik, beli lah banyak2 tapi kalau makan boleh sakit perut.

Si pelanggan pun membeli satu kilo dan membayar di kaunter.

Esoknya si pelanggan datang kembali ke kedai dan memarahi pekerja tersebut kerana semua keluarganya sakit perut selepas memakan buah tersebut.

Si pekerja menjawab.... semalam saya telah memberi amaran kalau makan akan sakit perut tapi tuan tetap membelinya.

Si pelanggan menyentap dan menjawab kalau sakit perut kenapa kamu kata buah ni baik?

Jawab si pekerja, saya kena kata buah itu baik kerana saya dibayar gaji oleh boss saya untuk menjual buah tersebut. Saya sudah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pekerja dengan menjual buah itu dan saya juga sudah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia dengan memberi amaran kepada tuan. Namun tuan yang telah memilih mahu membeli juga buah tersebut.

Sunday, 22 August 2021

Boleh jadi kamu benci tapi ia baik untuk kamu

Zaman dahulu ada kerajaan Islam yang dipimpin oleh seorang raja. Raja ini memiliki pembantu yang sangat taat beribadah dan sangat ikhlas serta selalu bersangka baik dengan Allah. Dia tidak pernah mengeluh. Apa sahaja yang terjadi padanya dia akan mengatakan " Apa yang terjadi, Inilah yang terbaik untukku" 

Suatu hari ketika memotong buah, dua jari raja telah terpotong. Tanpa disedari penasihat raja telah berkata " Apa yang berlaku itulah yang terbaik untuk Tuanku".

Raja sangat sentap dan murka lalu memerintahkan pengawal mencampakkan penasihat raja itu ke dalam penjara.. Dia masih lagi berkata " Inilah yang terbaik untukku" Bertambah benganglah raja mendengarnya.

Masa berlalu hari demi hari, bulan demi bulan, suatu hari Raja bersama beberapa pengiring keluar berburu. Di pertengahan jalan mereka ditawan oleh kumpulan penyembah api. Kumpulan tersebut telah memaksa kesemua mereka terjun kedalam gaung api yang mereka telah buat untuk sembahan pada Dewa mereka. Kesemua mereka mati kecuali Raja kerana mereka dapati Raja tersebut cacat tak cukup jari, lalu melepaskan Raja itu pergi. 

Maka menangislah Raja tersebut sambil berjalan pulang ke istana dan mencari penasihatnya yang telah dikurung dalam penjara untuk menceritakan kisah yang terjadi. Dengan gembiranya penasihat raja berkata " Memang benarlah , apa yang terjadi, itulah yang terbaik untuk kita" . Raja pelik dan bertanya "Apa pula kebaikan yang engkau dapat dari masuk penjara ini?" Penasihat raja berkata " Jika patik tidak dikurung pasti patik akan mengikut Tuanku berburu dan pasti patik telah mati di dalam api". Insaflah raja itu.

Begitulah dengan kita..yakinlah apa yang terjadi pada kita itulah yang terbaik Allah dah tetapkan untuk kita walaupun kita tak suka..apa jua yang mendatang hadapinya dengan sabar dan berlapang dada. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).

Credit -Maziatul

Saturday, 21 August 2021

kenapa serba tak kena dengan umat Islam dalam negara kita ni?

Kadangkala terfikir juga kenapa serba tak menjadi umat Islam dalam negara kita ni... 

Dengan berebut kuasa diwaktu masalah besar serangan kobid yang berleluasa malah kapal kapal perang luar negara yang sudah berkumpul di laut china selatan, tapi umat islam tetap terus bertelagah.

Tidak cukup dengan orang politik, malah orang agama turut serta mencari jalan untuk memulakan sengketa.

Orang ni kata orang tu, orang tu kata orang ni. Masing masing nampak salah yang lain dan solusinya adalah perlu menjatuhkan untuk membangun...

Bila dengar hujah dari pihak ini macam betul juga katanya. Bila dengar hujah dari pihak yang itu, macam betul juga hujahnya.

Masing masing punya hujah yang betul dan masih masing berpendapat hanya dengan kuasa dan jawatan saja mereka mampu berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat.

Masing masing berdegil dan mempunyai agenda yang tidak kita faham. Dan besar kemungkinan mereka sendiri tidak rela untuk bertelagah sesama sendiri cuma saja masing masing sebenarnya terpaksa menghuru hara kan keadaan atas arahan bos besar disebalik tabir yang perlu ditaati.

Begitulah jadinya apabila manusia terbiar dan tidak mendapat taufiq dari Allah. Meracau racau manusia mencari solusi...

Waima syaitan pun sanggup mengajar manusia membaca ayat qursy untuk melepaskan dirinya sendiri. Mungkin ini adalah pengkhianatan syaitan kepada bangsanya sendiri.

Namun begitu syaitan terus menerus menghasut manakala manusia masih tidak mahu membaca ayat qursy. Begitulah keadaannya...

Kita semua pasti mati. Persoalannya cuma kita mahu mati yang bagaimana?

Ada yang berpendapat...

1. biarkan saja mereka bertelagah sebabnya selepas mereka habis bertelagah mereka akan mula menindas rakyat pula... Maka tak guna sokong siapapun... Mereka ni macam orang dulu dulu belajar silat, lepas habis belajar silat abis orang kampung pula yang kena lipat... Maklum la semangat pendekar meluap luap....

2. ada juga yang berpendapat kita kena memilih berpihak kerana kalau duduk atas pagar dua dua pihak akan lipat kita.

3. pendapat ni pula mahu kita berpihak kepada pihak mereka sahaja kerana pihak mereka sahaja yang maksum dan pendapat pihak lain adalah salah sama sekali.

4. pendapat terakhir pula mahu tunggu dan lihat sahaja kerana tak guna memihak kepada mana mana pihak pun sebab pihak pihak yang bertelagah tu mahu mengalihkan perhatian dari isu yang sebenar yakni New World Order sedang mencengkam seluruh dunia. Sebuah negara lebih mudah di jajah apabila negara itu dalam huru hara.

Wednesday, 18 August 2021

Zahid terhukum

Tidak dapat tidak kita boleh katakan Ahmad Zahid Hamidi sedang membunuh dirinya sendiri.

Ini kerana kita semua tahu... Ismail Sabri pada asalnya tidak mahu ikut cakap dan pandangan Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) untuk mengalihkan sokongan kepada Perikatan Nasional. Dan Ismail Sabri bertegas untuk bersama dengan Perikatan Nasional.

Jadi... bila Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilihat tidak boleh mengawal Ismail Sabri dan akhirnya terlibat sama mencalonkan Ismail Sabri sebagai PM... maka akar umbi UMNO akan melihat bahawa Ahmad Zahid Hamidi tidak berkeupayaan memimpin UMNO sebagai Presiden parti ....

Dan kita semua tahu UMNO perlu membuat pemilihan kepimpinan dalam parti dalam tempoh terdekat seperti mana yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). Makna kata... kalu berlaku pemilihan parti... tak mustahil akar umbi UMNO akan menolak Ahmad Zahid Hamidi dari menduduki kerusi Presiden UMNO ... atas sebab tidak berkelayakan.

Inilah yang pastinya akan berlaku... Ahmad Zahid Hamidi memang sedang membunuh dirinya sendiri.... Satu tindakan bodoh dalam politik yang dibuatkan oleh Ahmad Zahid Hamidi... Ini memang lawak....

Kita kena ingat.... Ismail Sabri tu bukanlah orang baru dalam UMNO.... dan dier pun memang bercita-cita untuk duduk sebagai Presiden UMNO... kalu tidak takkan la Ismail Sabri nak bertanding dulu jawatan Naib Presiden UMNO.... Tentunya ada strategi belakang tabir yang sedang disusun olehnya...

Dan apa pun yang akan berlaku.. jika Ismail Sabri dinaikkan dan diangkat menjadi PM 9... maka benarlah jangkahayat Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO akan tamat pada pemilihan UMNO yang akan datang ini...

Bye Bye Ahmad Zahid Hamidi... bukan orang lain yang menjatuhkannya.... tapi diri sendiri yang berbuat demikian... Ini Bahana bila dengar gorengan Brother Anwar Bin Ibrahim.

Betapa bodohnya Zahid.

Tuesday, 17 August 2021

Kelebihan Habbatussauda

Cara makan habbatus sauda yang tepat dan selamat

Sebenarnya ramai yang tak tau bagaimana cara makan habbatus sauda dengan tepat dan berkesan.

Orang Melayu jarang menggunakan herba habbatussauda atau Jintan hitam ini.Dalam bahasa inggeris disebut black cumin seed. Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih,jintan manis. ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya.

Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiat herba iniamat tinggi.

Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed.

Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Zat dalam Habbatussauda

Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi dalam habbatussauda

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine dalam kandungan habbatussauda

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor asli dalam herba habbatussauda

Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Fungsi Anti-bakteria dalam habbatussauda

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Habbatussauda Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Berikut adalah kaedah dan cara makan habatus sauda atau Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;

Guna Habbatussauda untuk Kesihatan

Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.

Rawatan Masalah Pencernaan

Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.

Masalah Tenaga Batin

Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.

Rawatan Sakit Gigi

Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.

cara Bunuh Cacing Dalam perut

Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.

Masalah demam selsema

Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

Ada kebaikan lain kaedah lain mengamalkan Jintan Hitam selain 6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam cara makan habbatus sauda yang lain. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.

Bagaimanapun, kini ramai yang mengamalkan atau mengambil habbatus sauda dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.



Thursday, 12 August 2021

FITNAH BESAR PADA AGAMA YANG MEMBURUKKAN IMEJ AGAMA ISLAM

Diskriminasi melampau, kezaliman dan ketidak adilan kepada mereka yang tidak boleh ke masjid/ surau kerana TIDAK LENGKAP 2 DOS.. Vaksin adalah pilihan..Dan tiada jaminan 2 dos dapat menghalang jangkitan.. Bagaimana dengan mereka yang jika menghidapi penyakit yang tidak mengizinkan untuk mengambil vaksin seperti darah tinggi, kencing manis atau asma? Bukankah ini satu bentuk penindasan dalam beribadah dan kebebasan? Di mana mufti dan ahli agama yang cerdik pandai dalam hal ini? Adakah kamu semua lebih takutkan pemimpin dari takutkan Allah? Tunggu lah azab dan pembalasan dari Allah tidak lama lagi..

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

YA ALLAH, KAU BERILAH PEMBALASAN KEPADA MEREKA YANG MEMPERMAINKAN AGAMA MU, PEMIMPIN YANG ZALIM DALAM MENGURUSKAN AGAMA MU, AHLI AHLI AGAMA YANG BERSUBAHAT DENGAN MEREKA, KAU TUNJUKKAN LAH KEBENARAN, KAU HANCURKANLAH RANCANGAN JAHAT MEREKA, KAU PELIHARALAH UMAT MU DARI MALAPETAKA, SESUNGGUHNYA KAU SAJALAH TEMPAT KAMI MEMOHON PERTOLONGAN.

AMIN YA ROBBAL AL AMIN.

Mohon mereka yang sefikrah dengan saya Amin kan doa saya ini.. Dan amalkan doa ini sehingga keadaan kembali aman.

Wednesday, 11 August 2021

Luahan Hati Seorang Peguam

Setiap hari sy mendapat perkhabaran kematian kawan2 sy atau ahli keluarga mereka atau  sanak saudara melalui FB, WhatsApp dan/atau SMS.

Timbul di fikiran sy:
1. Difahamkan sekarang ramai orang dah divaksin. Tapi mengapa kes kematian semakin meningkat

2. Adakah yang meninggal semuanya dah divaksin atau belum sempat?

3. Adakah kenyataan oleh para scientists Barat bahawa bengkak hati, masalah ginjal atau buah pinggang, darah beku dan sakit jantung akan menjadi punca kematian selepas divaksin itu benar?

4. Adakah kenyataan2 yang dibuat oleh golongan anti V juga benar selama ini? 

Sy confused sekejap dan masih tertanya2.... Mana tak confused, sebelum ni tak ada pun berita kematian asyik lalu di newsfeed sy. Sekarang boleh dikatakan setiap hari berita kematian sahaja yang lalu lalang di newsfeed sy. Sedihnya....

Ps: Nampak gayanya sy kena kekal baca info2 di Group World Doctors Alliance sebab sy tak dapat info2 jujur dari sumber2 di Malaysia. Sedih bila sy tak boleh percaya sumber di negara sendiri.

-Ujen Suzana Norlihan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227201165561687&id=1434687343

Monday, 9 August 2021

Jasa Pakatan Harapan Selama 22 bulan

DAP pandai gunakan kuasa sepenuhnya 22 bulan berkuasa... Tu baru 22 bulan.. Kalau 44  bulan.. Hilang semua Hak keistimewaan Orang Melayu..

masih ingat lagi ke???

1)  Pecat 17k kaki tangan kontrak.
2)  Hapuskan JASA,BTN,SPAD.
3)  Pindahkan asset TH 19bn ke sykt bawah 
      MOF.
4)  Wujudkan Petugas Khas utk kaji pendidikan 
      Islam dan yg bukan islam boleh bagi 
      pendapat.
5)  Jual asset LTAT
6)  76% asset ladang TH dijual dan dlm   proses.
7)  Gugurkan semua dakwaan melibatkan 
      orang mereka.
8)  Beri bantuan pada sekolah swasta dan kolej 
      Cina yang berkiblat ke Taiwan dan guna 
      sijil UEC.
9)  Potong peruntukan sekolah kebangsaan 
      lebih dari RM500 juta.
10) Jual asset ladang gula Felda.
11) Jual asset strategik Khazanah.
12) Batalkan peruntukan 2.5bn untuk bina 
       sekolah di Sabah dan Sarawak 
13) Mahu hapuskan elaun kritikal dan pencen 
       Penjawat Awam.
14) Program PLKN dibatalkan.
15) Wujudkan Tabung Harapan dan lesapkan 
       kutipan lebih RM200 juta.
16) Ganti GST dgn SST yg penuh dengan 
       ketirisan.
17) Refund cukai pada pengelak cukai.
18) Pecat 45k kakitangan pencuci dan sekuriti 
       sekolah yang melibatkan lebih 1600 sykt.
19) Program untuk kurangkan Penjawat Awam 
       sebanyak 5%.
20) Hapuskan unit STAGG, STING, STFOC 
       PDRM.

Semua Ini Melibatkan Kepentingan Melayu Dan Bumiputera. 

Thursday, 5 August 2021

Pesanan Tun Hanif Omar Kepada Ahli Parlimen

Daripada: 
*Tun Hanif Omar,*
Mantan Ketua Polis Negara.
*MAJLIS DAKWAH NEGARA* - hak asasi kemanusiaan.

Kepada semua *Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS,* _jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar_, luangkanlah sedikit masa membaca tulisan saya ini. Saya mohon juga kepada yang membaca ini dan mengenali mana-mana MP 'forward'lah kepada mereka. 

Kebelakangan ini hangat diperkatakan terdapat beberapa Ahli Parlimen yang akan berubah arah dan menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Alasannya mudah, kalau boleh menyokong Azmin, apa salahnya menyokong Anwar. Dua-dua pun sama.

Jika ini perkiraan anda sebagai Ahli Parlimen, maka pegangan anda dalam perjuangan amatlah daif dan dangkal. 

Saya tidak menentang Anwar hanya kerana kes liwatnya pada tahun 2008 dan fitnah beliau terhadap DS Najib. Tapi saya menentang Anwar kerana pelbagai lagi masalah khususnya pegangan Anwar dalam politik. 

"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali."

Di atas ini bukanlah kata-kata TS Muhyiddin atau Azmin, tetapi petikan ucapan Anwar di London School of Econimics pada tahun 2010. 

Lupakah anda pada klip audio perjumpaan sahabat-sahabat Anwar yang merupakan veteran ABIM dan cendekiawan Islam bersama Anwar? Mereka bangun membelasah Anwar kerana ucapannya yang keras berunsur Pluralisma Agama ini. 

Dan anda rasa kenapa ramai sahabat-sahabat Anwar yang mempunyai latarbelakang agama meninggalkan Anwar seperti Al Fadzil Ustaz Ismail Mina, Prof Sidik Baba, Dr Yusri dan lain-lain? 

Tidak keterlaluan jika saya katakan Almarhum Dato' Dr Haron Din pun pada akhir usianya menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari Anwar. Anda pula nak angkat Anwar jadi PM? 

Sudah hilang pertimbangan agama ke? 
Lupakah anda pada laman web AIDC satu ketika dahulu? Berapa banyak dokumen-dokumen hubungan Anwar dan kuasa asing di dedahkan? Saya boleh sahkan bahawa dokumen tersebut adalah asli dan ada yang diperolehi dari saya sendiri. Surat-surat memohon bantuan dan dana daripada Soros, daripada Carl Greshman? 

Anda lupa siapa Carl Greshman dan hubungan baik dia dan Anwar melalui National Endownment of Democracy (NED), agensi kerajaan Amerika yang menjadi front CIA dalam gerak kerja politik? Ingat lagi pada kawan baik Anwar? Paul Wolfowitz? Arkitek utama perang Iraq yang membunuh ratusan ribu nyawa? Dan juga Presiden ke 10 Bank Dunia. 

Saya juga telah berulang-ulang kali cakap Anwar adalah pentadbir yang sangat-sangat teruk. Pengalaman bekerja dengan Anwar menyaksikan bahawa dia memang tidak mampu mengurus apa sahaja baik diri sendiri, masa, parti, pejabat dan orang-orangnya. Tidakkah kamu semua fikir mengapa bila Anwar dalam penjara partinya lebih tenang, tidak berperang sama sendiri dan mampu fokus sampai menang PRU?

Kegagalan Anwar mentadbir dengan baik serta kelemahan Anwar akan membuka peluang 'rakan-rakan' asing Anwar bertakhta di negara ini. Apalagi dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini. Ya, kedaulatan negara yang sudah lama kita pertahankan akan digadai. 

Ya, anda juga jangan lupa betapa kuatnya Anwar membodek bangsa DAP sehingga isterinya mahu 'membakulsampahkan' ketuanan Melayu. Jangan LUPA.

Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sedikit dari banyak lagi kisah dan fakta mengenai Anwar. Saya percaya sebagai Ahli Parlimen anda semua boleh berfikir dan boleh melakukan kajian tersendiri. Saya juga terbuka jika ada yang mahu berjumpa dan bertanya. 

Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri bukan lah 'choosing between two evils', tetapi seperti memilih Dajjal. 

Saya tidak gentar dan saya tidak takut. Andai ditakdirkan Anwar jadi PM kerana tangan-tangan kamu, maka saya akan tetap lawan. Dan saya juga berdoa semoga Allah membalas anda dengan apa juga balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kerana meletakkan negara berdaulat ini dibawah manusia seperti Anwar.
Jangan hanya kerana berkecil hati dengan percaturan politik seorang dua, maka sanggup nak gadai prinsip perjuangan dan masa depan negara. 

Carilah titik persamaan agar pemimpin Melayu semua ini boleh berbincang dan bersatu. 
In syaa Allah saya akan bertandang ke Parlimen pada sesi akan datang. Jika ada yang menyokong Anwar, maka saya ingin bertentang mata dan mahu lihat muka-muka mereka yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157747668658716&id=686218715

Ini tulisan *Tun Hanif Omar*
Mantan Ketua Polis Negara
*MAJLIS DAKWAH NEGARA* - Hak Asasi Kemanusiaan

Wallahu a'lam...

Wednesday, 4 August 2021

Tun M Bakal Berkuasa

Kedudukan terkini parlimen:-

1) pn
-ppbm 31
-Pas 18
-Star 1
-Pbs 1
-umno (bukan zahid) 26
-mca 2
-mic 1
-pbrs 1
-gps 18
-bebas 4
Jumlah=103
(kurang 8 untuk majoriti mudah =111/220)

2) ph 
-pkr 35
-dap 42
-pan 11
-psb 2
-muda 1
-bebas 1
Jumlah =92
(kurang 19 untuk majoriti mudah=111/120)

3) umno zahid=12
(kurang  99 untuk majoriti mudah= 111/120)

4) tun m 
-pejuang 4
-warisan 8
-upko 1
Jumlah= 13 
(kurang 108 untuk majoriti mudah =111/120)

a) Jika pn bergabung dengan tun m=103+13=116 boleh bentuk kerajaan.

b) jika ph bergabung dengan umno zahid=92+12 =104  masih gagal bentuk kerajaan.

Jelas kem tun m adalah king maker dan pastinya tun tidak akan menyokong anwar menjadi PM.

Tuesday, 3 August 2021

Guan Eng melaungkan "Daulat Tuanku!"

Semalam tular gambar ni. Gambar Lim Guan Eng melaungkan "Daulat Tuanku!".

Ramai juga yang mempersendakan. Tak kurang yang sinikal. Yalah, DAP kan. Sebuah parti yang dilabel parti bersifat cauvinis. Parti yang, pada pandangan cetek politik saya, adalah parti yang berlawanan dengan UMNO.

Seawal saya ikuti dunia politik sekitar 1996, pandangan umum yang dapat dilihat ialah:

1. UMNO parti penunggang Melayu. Di PAU berdegar-degar melaungkan Melayu. Tapi realitinya tak ramai pemimpin UMNO yang benar-benar faham tentang Melayu, falsafah dan sejarahnya. Tak ramai pemimpin Melayu UMNO yang ada sifat-sifat Melayu pun.

2. DAP pula parti yang menunggang sentimen Melayu UMNO untuk cipta sentimen Melayu vs Cina. Dimainkan sentimen Hak Melayu Bumiputera dan Perlembagaan dalam konteks semua bukan Melayu adalah '2nd class citizen' walhal kompromi sosial kita di Malaysia, sebenar-benarnya adalah semua kaum 'win some lose some'.

Itu dulu.

Tapi DAP dalam 10-15 tahun kebelakangan ini sangat cepat proses tranformasinya. Dari parti yang cauvinis dan didominasi satu kaum sahaja, DAP sudah mula diterima beransur-ansur oleh kaum Melayu.

Yang kelakarnya, pencairan identiti cauvinis DAP ni bukan sebahagian besarnya usaha parti ini sendiri. Sebahagian besar pencairan ini adalah hasil parti-parti Melayu Islam sendiri.

Dari pemerhatian kasar, ada 3 fasa pencairan ini:

1. Ketika PAS Bersama DAP

Ini pada saya floodgate pertama yang dibuka. Kerjasama PAS dan DAP ni amat signifikan impaknya sebab PAS bukan sahaja mewakili Melayu, tetapi mewakili "Islam" dalam menerima DAP. Masa ni DAP tak perlu buat apa pun. PAS akan keluar dengan pelbagai terma Arab, sejarah Islam, hadith dan ayat Al-Quran untuk menjustifikasikan betapa DAP ni ok.

Itu belum masuk kisah-kisah pemimpin DAP bakal masuk Islam, pemimpin DAP ditarbiyahkan dan secara beransur-ansur menerima Islam dan sebagainya.

Hasilnya, kita dapat lihat pakcik abang berkopiah mengibarkan bendera DAP, makcik kakak yang bertudung labuh dan berpurdah menyarungkan bendera DAP di muka dan kepala.

2. PAN dan Fenomena Diyana, Rara dan Melati

PAS pecah dua, maka lahirlah Parti Amanah Negara. PAN meneruskan apa yang PAS dah mulakan awal dulu.

Pada masa sama, DAP pun mula untuk menarik lebih ramai keahlian dari kalangan anak muda Melayu. Diyana mewakili golongan 'freehair', 'liberal' dan 'open-minded'. Rara mewakili golongan sedikit 'centrist'. Melati, gadis bertudung labuh berpurdah mewakili golongan 'Islamist'.

3. Kerajaan "Penyatuan Melayu-Islam" Yang Tak Jauh Beza Dengan Kerajaan Bukan Penyatuan Melayu-Islam

Bayangkan, hari ini sampai ada orang kata;

"Baik DAP yang jadi kerajaan. Sekurang-kurangnya bila kita bersuara tak ada siapa kata kita melawan Melayu-Islam."

Kegagalan kerajaan hari ini untuk 'reverse' atau hentikan kerosakan yang dituduh DAP bawa sebelum ini menjadikan terma "Kerajaan Penyatuan Melayu-Islam" itu sekadar retorik semata-mata.

a) Kerosakan ekonomi tak dapat dipulihkan. Anda boleh kata berulang-ulang pasal seluruh dunia sedang pandemik, tapi anda taj boleh sangkal negara-negara lain sudah lama berada di landasan pemulihan ekonomi sedangkan kita masih tercari-cari rentak.

b) Penjualan aset-aset Bumiputera, menghentikan lantikan politik, memperbaiki beberapa GLC masih tidak dapat dilihat dan dirasai.

c) Isu-isu yang dibawa sebelum ini contohnya isu arwah Adib juga masih tiada penhujungnya. Belum lagi cerita pemerkasaan mahkamah syariah mahupun RUU 355 yang sering dijadikan modal politik. Malah ada individu-individu yang terang-terang melanggar undang-undang.

d) Tagline seperti "Negara Berkebajikan", "Politik Matang dan Sejahtera", "Membangun Bersama Islam" mahupun "Islam Sejahtera" masih tidak dirasai. Malah kenyataan beberapa individu yang bersuara tentang kebajikan rakyat sering dipersendakan.

e) Dan akhir sekali, membuka ruang permusuhan dengan YDPA dan Istana.

So kumpul semua ini, ia sebenarnya besar membantu DAP dalam mencipta imej yang mereka ni taklah teruk sangat... Ataupun "Ahh sama saja. Tak ada beza pun."

Kesimpulannya, transformasi mendadak DAP ni sebenarnya dari kita, parti-parti Melayu-Islam sendiri.

Kita tak layak kecam Guan Eng menunggang laungan "Daulat Tuanku" sebab kita semua pun penunggang.
-Mohamad Jamalee

Muhyidin semakin Kebal

Agak sukar untuk menjatuhkan Muhyidin sebagai perdana menteri kerana beliau bijak dalam menggunakan perlembagaan.

Muhyidin dapat menghidu sesuatu buruk akan menimpa kerajaannya sekiranya beliau tidak menamatkan secepat mungkin perintah darurat sebelum 1 ogos.

Penamatan perintah darurat sebelum tarikh matang membuatkan muhyidin dapat kekal sebagai perdana menteri dan Yang diPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk melantik PM interim yang diidam idamkan oleh beberapa calon.

Malah muhyidin juga telah menangguhkan sidang parlimen dimana pihak pembangkang mahu menjatuhkan beliau dengan membuat undi tidak percaya.

Kini muhyidin menjadi lebih kebal dari Yang diPertuan Agung. 

Dan yang lebih menarik lagi kita akan menantikan bagaimana muhyidin akan cuba untuk melewatkan PRU sehingga giliran Sultan Johor pula yang menjadi Yang diPertuan Agung.

Ini kerana sekiranya Sultan Pahang masih menjadi Agung mungkin sukar juga muhyidin mahu mencalonkan namanya sebagai perdana menteri selepas baginda dilihat amat murka dengan muhyidin baru baru ini.

Pihak pembangkang menamakan tektikal muhyidin ini sebagai krisis perlembagaan tetapi sebenarnya ia bukanlah krisis, sebaliknya ia adalah kebijaksanaan dalam teknikal perlembagaan.

Muhyidin benar benar tahu apa yang beliau buat. Muhyidin tidak seperti najib atau Pak Lah. Malah muhyidin juga tidak seperti Mahathir yang suka suka meletak jawatan konon merajuk dan mengharap dipujuk.

Muhyidin ini benar benar fighter malah lebih degil dari Anwar ibrahim. Kedegilan Muhyidin serba sedikit akan menyusahkan pihak lawan untuk menjatuhkannya.

Cuma kelemahan muhyidin hanyalah satu sama sepertimana mahathir, iaitu beliau gagal untuk membentuk sebuah parti yang kuat bagi memenangi pilihanraya.

Tanpa umno dan pas, parti muhyidin begitu rapuh. Baik muhyidin mahupun mahathir, mereka terbukti tidak mampu menguruskan sebuah parti waima sebuah parti kecil sekalipun.

Monday, 2 August 2021

Hero: diantara realiti dan fantasi

Secara saikologinya negara yang mempunyai terlampau ramai hero adalah kerana masyarakat mereka mempunyai terlalu ramai orang jahat dan penguatkuasa gagal menjaga keamanan negara. 

Dan rakyat mengadaptasikan perasaan mereka melalui novel dan akhirnya difilemkan. Ini berlaku di negara barat dimana sepanjang zaman mereka mengharap kehadiran hero hero untuk menyelamatkan mereka. 

Walaupun cuma fantasi namun mereka masih terus mengharap sehingga ke hari ini dan akhirnya filem filem menjadi laris.

Berbeza dengan negara kita dimana rakyat kita mengangkat pemimpin politik sebagai hero dan akhirnya hero rakyat sentiasa bertukar tukar setelah dihampakan.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...