Saturday, 24 July 2021

Mengapa Mereka Menuduh Melayu Pendatang?

Mereka menuduh orang Melayu pendatang, dan Orang Asli adalah pribumi atau istilah yang sering dicanang sebagai 'Orang Asal' maka ini secara langsung menuduh juga Bumiputra yang lain sebagai pendatang termasuk pribumi Sabah & Sarawak.

Jika mereka sekat hanya Orang Melayu sahaja pendatang manakala pribumi Sabah & Sarawak adalah pribumi, ini aneh sebab rumpun bahasa pribumi Sabah & Sarawak terkelompok sama dengan kelompok linguistik Orang Melayu yakni bahasa-bahasa Malayo-Polinesia dan keluarga bahasa Austronesia. Orang Melayu sendiri adalah serumpun dengan Jawa, Acheh, Banjar, Bugis dan sebagainya malah semua rumpun ini saling berkahwin campur antara satu sama lain sejak zaman berzaman malah dalam kelompok Orang Melayu itu sendiri terdapat pembahagian lagi berdasarkan negeri atau loghat seperti Orang Kedah, Orang Perak, Orang Kelantan dan sebagainya. Sesungguhnya sejarah Melayu di Asia Tenggara adalah amat kaya dan purba.

Tersangatlah sukar untuk para penjahat ini untuk memisahkan Orang Melayu dari kaum-kaum lain di Asia Tenggara ini kerana Orang Melayu tanahairnya di sini sejak zaman-berzaman. Airmata, darah dan keringat anak-anak Melayu mengalir deras di dalam sungai-sungai, tanah dan muara, disaksikan oleh Selat Melaka & Banjaran Titiwangsa. Sejarah membuktikan mereka. Rumpun bangsa membuktikan mereka. Bahasa membuktikan mereka.

Semua alasan mereka akan berakhir dengan jalan mati dan kekeliruan. Melayu asal Indonesia? Ini salah fatal sebab dahulu tiada apa yang dinamakan Malaysia atau Indonesia di mana semua kaum-kaum serumpun ini berulang-alik dengan bebas sama ada di semenanjung, Sumatera, Jawa, Sulawesi dan sebagainya. Malaysia atau Indonesia itu hanyalah sempadan moden pasca zaman kolonial sahaja.

Mengapa mereka tegar menuduh Orang Melayu yang sah pribumi dari segi sejarah dan perlembagaan sebagai 'pendatang'? Sebab kuasa politik dan hak-hak keistimewaan masih dipegang oleh orang Melayu-Bumiputra sebagai majoriti. Mereka nakkan kesemua hak dan kepentingan itu yang dilindungi oleh sejarah. Maka mereka cuba tipu sejarah. Mereka nakkan kuota Bumiputra dihapuskan. Mereka nakkan UiTM. Mereka nakkan itu, mereka nakkan ini. Mereka nakkan apa yang ada dalam tangan kalian, wahai Melayu. Terlalu mudah untuk meneka apakah agenda mereka. Bukanlah seperti sains roket untuk memahami semua misteri ini.

Jika kuasa politik hari ini dipegang oleh Orang Asli, mereka juga akan tuduh Orang Asli macam-macam dan menafikan hak mereka. Apa bezanya sebab terbukti orang Melayu juga berasal dari Proto Melayu/Aborigine Malay/Orang Laut. Bezanya sebab Melayu moden hari ini memegang kuasa politik dan hak-haknya dilindungi oleh sejarah dan perlembagaan!

Jika kalian terjumpa spesis-spesis begini, lawan! Jangan gentar. Lawan! Untuk semua ketidak adilan, tuduhan dan penindasan sejak zaman kolonial British, kalian mesti bangkit menidakkan semua pembulian ini. Sampai bila kalian mesti dibuli.

Soalan pasal kononnya Melayu pendatang ini akan diulang-ulang sampai abang jamil mampos. Cuma ulang aje skema jawapannya. Mereka akan terdiam sebab itulah faktanya. Benda ni berulang-ulang dari tahun ke tahun. 

Mereka akan cuba tekan dan tekan, sampai satu hari tiada siapa di kalangan anak-anak Melayu yang jawab, naratif mereka akan mendominasi dan diketengahkan. Jadi, usaha The Patriots & Ibnu Rusydi ini serta anak-anak Melayu-Bumiputra lain yang bangkit melawan hasutan berbaur neo-kolonialisme ini adalah usaha yang terpuji.

Baca: https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/posts/182428453904340

~Srikandi 
Fight For Your History

Raksa : https://bit.ly/2OmsJyR

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...