Friday, 30 July 2021

PN SILA LETAK JAWATAN - Dr Agus Yusoff

1. Saya pernah melalui dua krisis perlembagaan melibatkan raja-raja Melayu. Pertama, tahun 1983, dan kedua 1993. 

2. Krisis perlembagaan 1983 adalah berkaitan pindaan Perkara 66 mengenai perkenan oleh YDPA dan Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Perlembagaan Persekutuan serta DUN bagi Pelembagaan Negeri. Perkara 150 pula adalah berkaitan dengan kuasa Agong mengisytiharkan darurat.

3. Krisis perlembagaan 1993 adalah berkaitan pindaan Perkara 181 untuk menghapuskan imuniti raja-raja.  Sebelum pindaan dibuat, raja yang melakukan kesalahan jenayah tidak boleh didakwa melainkan jika secara sukarela menyerahkan imuniti undang-undangnya. Namun, selepas pindaan Perkara 181 ini, raja-raja boleh didakwa di mahkamah khas.

4. Tidak saya sangka, selepas 28 tahun berlalu, hari ini berlaku lagi krisis perlembagaan. Berbeza dengan krisis perlembagaan sebelumnya, krisis kali ini adalah kerana kerajaan PN mengumumkan pembatalan ordinan darurat tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan baginda Agong sepertimana peruntukan Perkara 150(3).

5. Begitu nekad kerajaan PN mengumumkan pembatalan ordinan tanpa perkenan baginda Agong. Untuk apa dibuat pengumuman tanpa mengikut prosedur perlembagaan yang betul? Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang mendokong keluhuran undang-undang dan berintegriti.

6. Apa salahnya dengan pengumuman ini? Satu yang jelas ialah kerajaan telah melakukan pembohongan besar dan mengetepikan prinsip perlembagaan serta tidak menghormati institusi diraja. Ini boleh dikira sebagai penderhakaan terhadap Agong, terhadap perlembagaan, memberi salah nyata palsu kepada DR, mengelirukan DR, dan membohongi rakyat Malaysia keseluruhannya. 

7. Salah laku sebegini mempunyai kesan undang-undang.  Ada yang mentafsirkannya sebagai kesalahan yang boleh disiasat (sekurang-kurangnya) di bawah Seksyen 124B Kanun Kesiksaan kerana merosakkan demokrasi (jikapun tidak di bawah seksyen yang lebih keras dari itu).

8. Apa seterusnya?  Dalam keadaan sekarang, saya melihat ada empat pilihan: semua menteri kerajaan PN meletakkan jawatan, bubar Dewan, Agong lantik PM baharu setelah pembangkang berjaya yakinkan baginda Agong mempunyai majoriti, dan baginda Agong mengisytiharkan Mageran.

9. Kerajaan ini perlu pergi. Ternyata darurat yang bertujuan untuk mengatasi pandemik gagal. Rakyat kecewa dengan cara pengurusan Covid. Rakyat bertanya sampai bila tidak bekerja, berapa lama lagi harus duduk di rumah, bagaimana nasib hidup mereka seterusnya, berapa lama lagi masa untuk mengurangkan kes yang meningkat ini? 

10. Saya tidak nampak kerajaan PN ada upaya untuk menjawab positif pertanyaan rakyat di atas. 

11. Semoganya krisis perlembagaan ini berakhir dan minggu depan negara ada kepimpinan baharu yang lebih berwibawa dan tidak lagi berdiri atas ‘scheme of things’. Kita mahukan pemimpin berwibawa dan Raja berdaulat.

Wednesday, 28 July 2021

Luahan KuNan selepas didapati tidak bersalah

Alhamdulillah… dengan rasa kerdil dan rendah diri saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Julai telah membatalkan sabitan dan hukuman penjara serta bebas dari tuduhan rasuah. Kepada Allah SWT saya berserah dan saya amat menghargai sokongan orang ramai yang mengikuti kes saya. 

Namun malangnya, masih ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini khususnya mantan Perdana Menteri Ke-4 & ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dikatanya saya terlepas dari hukuman kerana bersekongkol dengan PM ke-8 hari ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Aduhai Tun... Sungguh menggelikan hati sebenarnya kerana Tun M sendiri sepatutnya amat kenal siapa saya. Bukankah Tun yang telah menjerumuskan saya dalam kancah politik... menarik saya untuk menceburi politik negara sedangkan saya ketika itu lebih selesa dalam bidang perniagaan. Alasan Tun adalah untuk saya berada dalam UMNO demi membantu perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara. Lillahi Taala saya letakkan diri saya untuk agama, bangsa dan tanah air sehinggalah hari ini biarpun Tun sendiri menongkah arus dan merosakkan semuanya... jati diri saya masih lagi ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi ‘Alif Ba Ta’ – Agama, bangsa, tanah air. 

Persoalan kenapa saya diheret ke mahkamah memang bukan lagi rahsia. Saya adalah antara mangsa pendakwaan terpilih apabila enggan mengikut arahan dari Tun. Bukan sekali pelawaan yang bertukar jadi pujukan dan kemudian arahan untuk saya meninggalkan UMNO serta menyertai ‘pengkhianat’ bangsa. Akhirnya ugutan sekiranya saya enggan tunduk bertukar menjadi realiti apabila saya didakwa di mahkamah atas alasan yang diada-adakan. Saya bukanlah lembu yang dicucuk hidung kerana jati diri dan maruah saya adalah tersemat untuk agama, bangsa dan tanah air yang telah saya ikrarkan. 

Saya didakwa dengan tuduhan rasuah bernilai RM2 juta yang tentunya bagi orang yang mengenali saya, waima Tun sendiri tahu bahawa nilai wang itu terlalu kecil. Malah sewaktu saya dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM tahun 2000, saya telah mengsiytiharkan nilai aset saya berjumlah RM980 juta ketika itu sehingga Tun sendiri terkejut. 

Memang, bukan nilai harta yang jadi perhatian, kerana nilai aset saya menyusut selepas penglibatan aktif saya dalam politik lantaran saya yang lebih gemar menggunakan wang sendiri daripada menjarah wang parti atau kerajaan. Itu bukan saya yang menggunakan jawatan untuk menambah harta sebagaimana yang Tun manfaatkan kuasa kepada barisan anak-anak Tun dengan limpahan jawatan dan kontrak pelbagai hinggakan mereka kaya raya.

Barangkali pandai mereka berniaga sehinggakan menjadi bilionair... tapi sebenarnya kerana Tun yang menjadi proksi sedangkan insan lain malah bangsa sendiri melarat untuk bangkit dari bawah yang kemudiannya Tun anggap Melayu pemalas dan hanya tahu mengharap ‘tongkat’. 

Sepanjang Tun berkuasa kembali dan sehingga ke hari ini, Tun masih gelarkan saya pencuri, penyangak, penyamun hanya kerana saya enggan menjadi ‘budak suruhan’ Tun khususnya meninggalkan UMNO. Tun jaja dan burukkan nama saya. Saya dipalit fitnah, dihimpit dengan macam-macam kesusahan, ditekan dan dimalukan dengan pendakwaan rasuah. Tak apa... saya redha kerana yakin pada Allah... biarpun saya melalui ruang yang panjang... sesi perbicaraan, naik turun mahkamah sepanjang tiga tahun tetapi saya tidak akan alah. 

Saya tahu... andainya saya memilih bersama parti Tun, jawatan menteri telah sedia ada untuk saya malah kes pendakwaan saya dimahkamah juga tentu akan digugurkan sekelip mata. Bukankah itu yang berlaku dalam pentadbiran Tun melalui kerajaan PH apabila membela pemimpin Dap pada 3 Sept 2018 dengan Mahkamah Tinggi umum melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri P. Pinang Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah sedangkan perbicaraan kes itu sedang berjalan dengan 25 saksi sudah dipanggil memberikan keterangan. 

Begitu sahaja kerajaan PH gugurkan kes Guan Eng yang kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan. Hal yang sama dalam kes mahkamah Rafizi Ramli, Tian Chua, Siti Kassim, YB Thomas Su MP Kampar, R. Sivarasa MP Sungai Buloh dan N. Surendan mantan MP Padang Serai. 

‘The rule of law’ menjadi ‘law of the jungle’ dalam pentadbiran PH namun saya masih akur kerana yakin kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan tetap akan terserlah. 

Sungguh, pada awalnya selepas keputusan dibacakan, ada terdetik untuk saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun, serta dua ahli Parlimen Dap yang terlibat di samping bekas AG Tommy Thomas dan Gopal Sri Ram selain sebuah NGO yang menggunakan nama persatuan penduduk kerana telah mempalit lumpur di muka saya dan keluarga... sebab mereka banyak usaha perniagaan saya terjejas yang bukan saja dalam negara malah diperingkat antarabangsa juga terkesan… tapi kemudian, demi Allah SWT, saya redha dan laluan yang tertulis dalam hidup ini saya ambil sebagai perjuangan untuk parti saya yang berjihad demi agama, bangsa dan tanah air.

Moga apa yang berlaku ini jadi inspirasi buat anak muda untuk akur dan berjuang dengan ikhlas. Sebagaimana saya terbaca tentang bekas menteri muda yang didakwa kerana pertuduhan pecah amanah. Inilah nilai yang ada apabila tersalah pilih, gemar menggunakan jalan pintas sedangkan bekas menteri muda ini terkenal hasil daripada pendidikan yang dilahirkan oleh kepimpinan UMNO/BN... waima diangkat menjadi ikon 1Malaysia oleh kerajaan BN tapi memilih untuk membangkang. 

Hari ini, dalam keadaan kita masih berperang dengan musuh tak kelihatan yang saban hari ratusan kematian berlaku, marilah sorot kembali bagaimana keadaannya apabila kita gagal merancang, gagal mentadbir, gagal mengawal dan yang utama... gagal memilih kerajaan sehinggakan kerajaan BN yang kukuh diruntuhkan hanya kerana fitnah. 

Beringatlah bahawa bahana fitnah mampu memusnahkan, merosakkan malah menjerumuskan kita dalam kehancuran... Moga Allah SWT lindungi kita dari wabak penyakit COVID-19 dan negara kita kembali aman sejahtera pada masa hadapan. Wallahuahlam.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR


Saturday, 24 July 2021

Mengapa Mereka Menuduh Melayu Pendatang?

Mereka menuduh orang Melayu pendatang, dan Orang Asli adalah pribumi atau istilah yang sering dicanang sebagai 'Orang Asal' maka ini secara langsung menuduh juga Bumiputra yang lain sebagai pendatang termasuk pribumi Sabah & Sarawak.

Jika mereka sekat hanya Orang Melayu sahaja pendatang manakala pribumi Sabah & Sarawak adalah pribumi, ini aneh sebab rumpun bahasa pribumi Sabah & Sarawak terkelompok sama dengan kelompok linguistik Orang Melayu yakni bahasa-bahasa Malayo-Polinesia dan keluarga bahasa Austronesia. Orang Melayu sendiri adalah serumpun dengan Jawa, Acheh, Banjar, Bugis dan sebagainya malah semua rumpun ini saling berkahwin campur antara satu sama lain sejak zaman berzaman malah dalam kelompok Orang Melayu itu sendiri terdapat pembahagian lagi berdasarkan negeri atau loghat seperti Orang Kedah, Orang Perak, Orang Kelantan dan sebagainya. Sesungguhnya sejarah Melayu di Asia Tenggara adalah amat kaya dan purba.

Tersangatlah sukar untuk para penjahat ini untuk memisahkan Orang Melayu dari kaum-kaum lain di Asia Tenggara ini kerana Orang Melayu tanahairnya di sini sejak zaman-berzaman. Airmata, darah dan keringat anak-anak Melayu mengalir deras di dalam sungai-sungai, tanah dan muara, disaksikan oleh Selat Melaka & Banjaran Titiwangsa. Sejarah membuktikan mereka. Rumpun bangsa membuktikan mereka. Bahasa membuktikan mereka.

Semua alasan mereka akan berakhir dengan jalan mati dan kekeliruan. Melayu asal Indonesia? Ini salah fatal sebab dahulu tiada apa yang dinamakan Malaysia atau Indonesia di mana semua kaum-kaum serumpun ini berulang-alik dengan bebas sama ada di semenanjung, Sumatera, Jawa, Sulawesi dan sebagainya. Malaysia atau Indonesia itu hanyalah sempadan moden pasca zaman kolonial sahaja.

Mengapa mereka tegar menuduh Orang Melayu yang sah pribumi dari segi sejarah dan perlembagaan sebagai 'pendatang'? Sebab kuasa politik dan hak-hak keistimewaan masih dipegang oleh orang Melayu-Bumiputra sebagai majoriti. Mereka nakkan kesemua hak dan kepentingan itu yang dilindungi oleh sejarah. Maka mereka cuba tipu sejarah. Mereka nakkan kuota Bumiputra dihapuskan. Mereka nakkan UiTM. Mereka nakkan itu, mereka nakkan ini. Mereka nakkan apa yang ada dalam tangan kalian, wahai Melayu. Terlalu mudah untuk meneka apakah agenda mereka. Bukanlah seperti sains roket untuk memahami semua misteri ini.

Jika kuasa politik hari ini dipegang oleh Orang Asli, mereka juga akan tuduh Orang Asli macam-macam dan menafikan hak mereka. Apa bezanya sebab terbukti orang Melayu juga berasal dari Proto Melayu/Aborigine Malay/Orang Laut. Bezanya sebab Melayu moden hari ini memegang kuasa politik dan hak-haknya dilindungi oleh sejarah dan perlembagaan!

Jika kalian terjumpa spesis-spesis begini, lawan! Jangan gentar. Lawan! Untuk semua ketidak adilan, tuduhan dan penindasan sejak zaman kolonial British, kalian mesti bangkit menidakkan semua pembulian ini. Sampai bila kalian mesti dibuli.

Soalan pasal kononnya Melayu pendatang ini akan diulang-ulang sampai abang jamil mampos. Cuma ulang aje skema jawapannya. Mereka akan terdiam sebab itulah faktanya. Benda ni berulang-ulang dari tahun ke tahun. 

Mereka akan cuba tekan dan tekan, sampai satu hari tiada siapa di kalangan anak-anak Melayu yang jawab, naratif mereka akan mendominasi dan diketengahkan. Jadi, usaha The Patriots & Ibnu Rusydi ini serta anak-anak Melayu-Bumiputra lain yang bangkit melawan hasutan berbaur neo-kolonialisme ini adalah usaha yang terpuji.

Baca: https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/posts/182428453904340

~Srikandi 
Fight For Your History

Raksa : https://bit.ly/2OmsJyR

Thursday, 22 July 2021

Bersabar lah

Tekanlah selagi mahu... Orang beriman ibarat spring, apabila sudah ditekan ke tahap maksimum mereka akan melantun kembali dua kali ganda kuatnya.

Orang beriman masih berdiam diri bukan kerana takut tetapi sebaliknya mereka tidak mahu bergerak tanpa pemimpin.

Mereka telah dijanjikan akan menjadi pengikut kepada seorang pemimpin yang benar benar ikhlas dan amanah dalam agama.

Selagi mereka boleh bersabar mereka akan terus bersabar kerana orang mukmin dijanjikan kejayaan tidak kira kalah atau menang didalam perjuangan.

Wednesday, 21 July 2021

Konflik Ebit Liew, Caprice dan Nadir

Kenapa perlu kita berpihak?

Dan kenapa perlu dihebohkan dan didebat perkara ni?

Aku tak berpihak pada sesiapa. Mereka semua pasti ada sebab dan alasan.

Ustaz Ebit Liew bukan maksum, pastinya ada khilaf dan kesilapan. Itu manusia.

Dan bila seseorang melakukan kesilapan, perlu kita tegur. Itu tuntutan.

Tapi menegur ada adabnya.

Imam Syafiee berkata "Sesiapa yang menasihati secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihati. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghinamu."

Fudhail bin Iyadh pula berkata 

"Seseorang mukmin menutupi lalu menasihati. Seorang pendosa mengistiharkan lalu mencela."

Itu dua prinsip yang patut dipegang oleh kedua-dua Caprice & Nadir. Bukan membuka aib dan memalukan seseorang. Itu bukan caranya.

Dan untuk kita yang umum. Tak perlu kepoh. Dan jaga-jaga bila membentuk persepsi.

Pegang pada sabda Rasulullah SAW,

"Berjaga-jagalah kamu daripada prasangka. Sesungguhnya prasangka adalah bisikan yang paling dusta."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Biar mereka selesaikan. Tak perlu kita jadi hakim dan menghukum. Bukan tempat kita.

Sebesar mana pun kesilapan UEL, jauh lebih besar jasa dia berbanding kita.

C/p 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4757235734306450&id=100000602108474

Saturday, 17 July 2021

Aku lah seburuk-buruknya pemimpin, bila aku kenyang sementara rakyat ku lapar

Dari Sayidina Omar Al Khatab.

' Aku lah seburuk-buruknya pemimpin, bila aku kenyang sementara rakyat ku lapar ' .

Sungguh menduka citakan bila Mufti Wilayah berkata ' Meminta-minta sehingga mengaibkan diri haram hukumnya ' . 

Ini semua kerana isu mengibar bendera putih memohon bantuan makanan kerana terputus bekalan.

Mufti Wilayah ni cakap borong, dia tak boleh mengasingkan jenis orang yang meminta-minta dengan jenis orang yang  memohon bantuan kerana sudah kehabisan atau kehilangan sumber.

Sepatutnya Mufti Wilayah perlu mengupas jenis orang yang meminta-minta yang boleh mendatangkan hukum haram bukan terus menghukum untuk mengaitkan hukum haram dalam isu memohon bantuan dengan mengibar bendera.

Bab ini perlu dikupas dalam permasalahan hukum feqah bukan lapisan luar dalam feqah. Seeloknya Mufti Wilayah ni duduk diam-diam, bila bercakap cara bias akan mendatangkan masalah.

Sepatutnya Mufti Wilayah lebih arif bila wabak covid semakin mengancam dan keadaan negara semakin menyesak sudah tentu ada rakyat terhimpit dalam kehidupan, SOP covid yang dah macam katoon.

Ini bukan masalah suka meminta-minta tapi kerana terpaksa meminta bantuan apakah ini termasuk hukumnya haram ?

Bagaimana pula jika ada pemimpin-pemimpin menyekat-menyekat bantuan untuk rakyat yang memerlukan... hukum apa pula nak diberi ?

Jadi Mufti Wilayah perlu buat perbandingan dalam permasalahan pemimpin seperti apa yang dinyatakan oleh Sayidina Omar Al Khatab dan permasalahan rakyat yang meminta kerana kesusahan dihimpit wabak covid dan kerana kesilapan cara kerajaan mengatasi wabak covid.

Sebagai Mufti kedalaman ilmu agamanya tinggi tetapi dek kerana mengeluarkan hukum secara bias yang boleh dipersoalkan, ini mendatangkan persepsi buruk tentang kealiman Mufti tersebut.

Tuesday, 13 July 2021

HUKUMAN YANG TIDAK TERASA

Seorang murid mengadu kepada gurunya:
"Syaikh ... betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya sebagaimana mestinya, tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita".
 
Sang Guru menjawab dengan tenang:
"Betapa sering Allah menghukummu tapi engkau tidak terasa".
 
"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang bisa menimpamu wahai anakku, ialah: Sedikitnya taufiq (kemudahan) untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan".
 
Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari "kekerasan hatinya dan kematian hatinya".
 
Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahwa Allah telah mencabut darimu rasa bahagia dan senang dengan munajat kepadaNya, merendahkan diri kepadaNya, menyungkurkan diri di harapannya..?
 
Sedarkah engkau tidak diberikan rasa khusyu' dalam shalat..?
 
Sedarkah engkau, bahwa beberapa hari2 mu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca Al-Qur'an, padahal engkau mengetahui firman Allah:
 
"Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke gunung, niscaya engkau melihatnya tunduk, retak, kerana takut kepada Allah".
 
 Tapi engkau tidak tersentuh dengan Ayat Ayat Al-Qur'an, seakan engkau tidak mendengarnya...
 
Sedarkah engkau, telah berlalu beberapa malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiyamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau begadang...
 
Sedarkah engkau, bahwa telah berlalu atasmu musim musim kebaikan seperti: Ramadhan.. Enam hari di bulan Syawwal.. Sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, dsb ... tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya sebagaimana mestinya..??
Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu..???
 
Tidakkah engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)..???
 
Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berdzikir, beristighfar dan berdo'a kepadanya..???
 
Tidakkah terkadang engkau merasakan bahwa engkau lemah di hadapan hawa nafsu..???
 Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua ini..???
 
Sedarkah engkau, yang mudah bagimu berghibah, mengadu domba, berdusta, memandang ke yang haram..???
 
Sedarkah engkau, bahwa Allah membuatmu lupa kepada Akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu dan ilmu tertinggi..???
 
Semua bentuk pembiaran ini dengan berbagai bentuknya ini, hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau menyedarinya, atau tidak menyedarinya...
 
Waspadalah wahai sahabatku, agar engkau tidak terjatuh ke dalam dosa dosa dan meninggalkan kewajiban kewajiban.
 
 Kerana hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hambaNya ialah:
 "Hukuman yang terasa" pada harta, atau anak, atau kesehatan.
 
 Sesungguhnya hukuman terberat ialah: "Hukuman yang tidak terasa" pada kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan, dan tidak merasakan sakitnya dosa._
 
 Kerana itu wahai sahabat2ku, Perbanyaklah di sela sela harimu, amalan taubat dan istighfar, semoga Allah menghidupkan hatimu...
 
 (Dari Taushiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan di Masjidil Haram)
 

Saturday, 10 July 2021

Pelari Jerman digelar atlet paling seksi di dunia


PELARI Jerman, Alica Schmidt dijangka menjadi perhatian ramai di Temasya Olimpik Tokyo, Jepun tidak lama lagi.

Berusia 22 tahun, dia sebelum ini pernah diberi gelaran sebagai atlet paling seksi di dunia.

Di kejohanan yang dijangka berlangsung tidak lama, dia akan berentap untuk pasukan wanita dalam acara 4 X 400.

Dia juga pernah meraih pingat perak ketika Kejohanan Atletik Eropah bawah 20 tahun pada 2017.

Selepas diumum terpilih ke Olimpik, dia ternyata gembira dan turut berkongsi mengenainya ke Instagram.

"Tokyo sedang memanggil. Saya akan ke Olimpik, " ujarnya menerusi kapsyen. - Daily Star.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...