Wednesday, 31 July 2019
Benda boleh salahkan Najib, buat apa nak mengaku salah sendiri. Ye dak?
Tuesday, 30 July 2019
TEMBERANG DERMA RM2.6 BILION SUDAH PECAH
Saturday, 27 July 2019
Najib bakal Muflis dan Hilang Kerusi Parlimen
Kerajaan mendakwa notis itu dihantar melalui pos berdaftar kepada Najib pada 25 Mac 2019 ke alamat terakhirnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur dan surat tersebut tidak pernah dikembalikan kepada LHDN.
Thursday, 25 July 2019
Majjal ibni Dajjal
Untuk memburu harimau didalam belantara ada beberapa teknik...
Antaranya....
buru dan tembak atau
buru dan jerat...
Satu persatu pemimpin politik dan orang2 nya membongkar rahsia sesama mereka sendiri apabila tidak sehaluan dan mengejar jawatan.
Hari ini umum mengetahui bahawa kesemua mereka mempunyai wang yang banyak dan lebih memeningkan kepala ialah ahli ahli bawahan juga mula berpusu pusu mahu berkongsi nikmat harta samunan tersebut...
Ini membuatkan mereka tidak dapat menyimpan tetapi sebaliknya terpaksa berbelanja lebih wang tersebut.
Malah samunan tambahan pula terpaksa dibuat dengan secara terang terangan....
Ini bukan berlaku dikalangan orang2 politik malah penjawat awam dan penguatkuasa pun turut tidak mahu ketinggalan dalam meraih kesempatan.
Tiada lagi soal malu, maruah atau dosa lagi....
Mereka bukan sahaja telah menghancurkan ekonomi negara malah telah menghancurkan institusi politik dan sosial.....
Bukan calang calang orang yang mampu menyesatkan ulamak melainkan dajjal itu sendiri....
Mungkin mereka belum bertaraf Dajjal tetapi taraf MAJJAL sudah selayak baginya....
Mereka sudah terjerat namun adakah rakyat malaysia majoritinya adalah pengikut majjal ibni dajjal...
Wednesday, 24 July 2019
Padan muka melayu atau kesian melayu
Ada yang cop kita sebagai penyokong umno apabila kita mempertahankan hak bangsa melayu.
Nampaknya mereka telah lupa kepada kempen kempen mereka semasa pilihanraya dahulu.
Dahulu mereka berkempen mahu menjatuhkan umno kerana umno sudah tidak perjuangkan orang melayu lagi.
Tapi sekarang tak pasal pasal pula kita di tuduh sebagai penyokong umno apabila bersuara berkenaan hak orang melayu.
Pelik pulak aku dengan sikap orang politik yang berbangsa melayu ni...
Apabila orang melayu memerlukan bantuan kerajaan mereka sembur orang melayu tu dengan kata kata hikmat...
"orang melayu jangan mengharap kepada tongkat dan perlu berdikari..."
Tapi semasa mahu kempen pilihanraya pandai pula mereka berkempen akan perjuangkan hak melayu dan mendesak melayu mengundi mereka dengan alasan mereka sahaja yang mampu perjuangkan melayu...
Nasihat aku kepada politician melayu ialah....
"Berdikari lah sedikit... Jangan mengharapkan undi melayu sahaja... Perlu belajar tidak memakai tongkat... Jangan duduk dibawah ketiak melayu sahaja..."
Wakil rakyat pakatan harus sedar bahawa rakyat mengundi mereka kerana kejelekan umno yang sudah terlalu kronik.
Umno sudah di tegur berkali kali sebelum ini yakni semenjak pak lah menjadi perdana menteri lagi.
Waktu itu undi umno sudah mula merosot sedikit demi sedikit hinggalah di ambang kekalahan pun mereka masih belum mahu berubah.
Mereka begitu bongkak dengan penyokong mereka sendiri dan bercakap pun begitu biadap.
Jumlah sebanyak 10% undi yang berpindah kepada pakatan akan beralih semula kepada umno sekiranya umno menampakkan perubahan mereka...
Wakil wakil rakyat pakatan jangan mengikut seperti Tun yang boleh mengabaikan ahli ahli partinya sendiri. Tun bukan presiden dan tidak bertanding apa apa jawatan di dalam parti maka selayaknya bertindak begitu.
Maka untuk itu Tun tidak perlu untuk menjaga hati ahli ahli parti. Malah Tun juga tidak perlu begitu mahu menjaga hati ramai orang kerana beliau sendiri sudah membuat keputusan tidak akan memegang lama jawatannya sebagai PM.
Namun wakil wakil rakyat yang lain pastinya masih mahu memegang jawatan dan masih mahu menang.
Maka ada baiknya wakil wakil rakyat melayu ini bersifat lunak lah dengan orang orang melayu.
Lihat saja Dap, apabila mereka berkuasa mereka menjadikan agenda bangsa mereka sebagai keutamaan....
Ada cakap cakap dari budak nakal mengatakan padan muka melayu kerana sudah kena tipu dengan pakatan harapan...
Sebenarnya bukan padan muka tetapi sebaliknya KESIAN ORANG MELAYU kerana kena tipu 2 KALI...
Kali pertama kena tipu dengan BN dan kedua kena tipu dengan PH...
Dua dua yang menipu adalah melayu dan yang kena tipu juga adalah melayu maka tergamak dia menyebut padan muka walhal sewajarnya dia merasa simpati dengan nasib melayu yang kena tipu dengan pemimpin melayu....
Tuesday, 23 July 2019
PH dan Akhir Zaman
Ada menteri yang playsafe dengan banyak mendiamkan diri dan tidak berbuat apa apa supaya tidak melakukan kesilapan...
Nampak seolah olah mereka tidak buat silap tetapi sebenarnya mereka langsung tak bekerja...
Menjadi seorang menteri sebenarnya adalah mudah sekiranya kementerian mereka mempunyai peruntukan yang besar...
Dengan dana yang besar mereka boleh membantu rakyat banyak perkara...
Namun dengan dana yang kecil mereka hanya mampu mengadakan jamuan makan makan atas nama kementerian dan claim serba sedikit kos perjalanan mereka ke serata dunia sambil bercuti...
Kita boleh tahu samada menteri benar benar bekerja atau tidak ialah dengan melihat mereka menjawab di dalam parlimen...
Apabila mereka mejawab berbelit belit atau speaker seolah olah cuba mempercepatkan waktu perbahasan kita sudah boleh mengesan bahawa menteri tersebut sebenarnya tidak berbuat apa apa untuk kementeriannya melainkan terlalu sibuk dengan hal lain...
Rakyat negara ini disajikan dengan cerita politik saban hari...
Hampir semua perkara di politikkan waima pensel sekolah anak hilang pun boleh dijadikan isu...
Diwaktu rakyat negara ini sibuk dengan cerita politik, di luar sana sedang sibuk menggerakkan usaha untuk menghadapi kiamat.
Malah beberapa negara sudah menghantar ribuan tentera mereka ke iraq. Mungkin gunung emas sudah memunculkan diri.
Kita juga agak terkejut bagaimana arab saudi dan turki boleh berbaik baik dengan negara china walaupun umat islam di china sedang di siksa.
Negara Israel sudah membeli jet2 pejuang mereka dengan menamakan dan meletakkan logo pada jet mereka dengan perkataan KFIR...
KFIR dalam perkataan hebrew bermaksud singa.
Ada yang mentafsirkan itulah maksud didalam hadis bahawa dajjal akan turun dengan perkataan kafir di dahi nya.
Dan hanya orang orang beriman yang boleh nampak...
Terasa lak aku ni sangat2 beriman...😁😁😁
Di akhir zaman ini sebenarnya sudah tidak ada pemimpin islam yang boleh dijadikan sandaran. Kesemuanya hanyalah membawa agenda dajjal. Umat islam yang beriman hanya menunggu Imam Mahdi saja untuk diikuti.
Maka tak payah lah kita terlalu taksub kepada pemimpin2 parti politik kerana mereka nanti akan tergolong didalam kumpulan yang akan memerangi imam mahdi.
Seperti biasa mereka berperang atas alasan memerangi teroris...
Di akhirnya hanya ada 2 golongan sahaja
1. Paksi kejahatan yakni pengikut dajjal
2. Paksi kebaikan yakni pengikut imam mahdi
Tiada pihak ketiga atau mahu playsafe.
Yang pastinya imam mahdi sendiri pun tidak mampu melawan dajjal yang mana akhirnya nabi isa akan diturunkan untuk membunuh dajjal nanti dan ia adalah finishing kepada episod ini.
Skrip sudah diberi...
Soalan bocor pun sudah tersedia jawapannya..
Hanya saja iman yang mampu memilih...
Kita takut mati atas banyak sebab...
Antaranya kita terlalu konfiden kita akan ke neraka...
Kita tidak seperti iblis yang mempunyai usia yang panjang maka sudah pasti kita tidak akan puas hidup di dunia ini.
Tapi bagi orang miskin yang beriman mereka tidak begitu pedulikan dunia ini sangat kerana mereka sudah tidak sabar untuk mengecapi kesenangan di syurga...
Kadangkala agak sukar memikirkan logiknya orang melayu boleh menjadi tentera imam mahdi...
Risau pula nanti dalam perjalanan hendak pergi berperang tiba tiba dajjal pasang cerita box office hollywood atau cerita korea kpop, mereka akan berpatah balik ke belakang.
Ataupun dajjal memberi sedikit rasuah mereka akan menyerang sesama sendiri.
Kalau tengokkan sikap orang2 politik dan blogger2 politik logik juga perkara ini boleh terjadi....
Dalam kesibukan kita mencari rezki jangan lah kita lalai dalam menunaikan solat. Kita mencari rezki hanya dapat digunakan hasilnya dalam sehari dua sahaja tetapi solat dapat membantu kita di akhirat buat selama lamanya...
Para orientalis barat mengatakan umat melayu memeluk agama islam kerana rajanya memeluk islam. Setelah rajanya menjadi islam maka secara serentak seluruh rakyatnya menjadi islam juga.
Malah mereka juga mengatakan umat melayu menjadi islam adalah hasil dakwah dari pedagang india dan bukannya dari pendakwah arab.
Maksudnya mereka cuba menyampaikan bahawa orang melayu ini second level punya islam kerana mendapat agama ini dari pihak ketiga.
Cuma sahaja saya terfikir sekiranya bangsa kita didakwahkan oleh peniaga india maka kenapa orang melayu mengikut mazhab shafie dan bukan mazhab hanafi?
Dizaman dulu mazhab shafie adalah mazhab yang diamalkan oleh umat islam arab di hadralmaut...
Umat melayu menjadi mulia kerana Islam.
Hari ini kita menjadi hina kerana meninggalkan ajaran Islam.
Hari ini kita terkenal sebagai bangsa yang kuat makan rasuah, bangsa yang kuat seks, bangsa yang kuat menagih dadah, bangsa yang kuat berjudi, bangsa yang kuat minum arak.
Pada zaman dahulu umat melayu, menggunakan tulisan sanskrit kemudian kita mengguna tulisan arab dan sekarang kita menggunakan tulisan roman.
Tapi malangnya umat melayu jenis suka meninggalkan perkara lama setelah mendapat benda yang baru.
Seandainya nenek moyang kita masih mengajarkan anak cucu mereka kesemua tulisan tersebut mungkin kita mampu mengetahui sejarah bangsa kita sendiri.
Tapi malangnya nenek moyang kita tidak mewariskan ilmu ilmu tersebut sebaliknya mereka hanya mewariskan saka sahaja kepada anak cucu mereka.
Bapak kepada segala saka ialah kesemua pemimpin politik yang merosakkan orang melayu sejak merdeka hinggalah ke hari ini....
Zaman dahulu orang melayu amat kurang melahirkan hero. Kita hanya mendengar beberapa nama sahaja yang disebutkan sebagai hero melayu.
Tapi dizaman ini sudah terlalu banyak hero melayu. Kita pun naik hairan mana datangnya hero malaya ini tiba tiba muncul setiap kali sebelum pilihanraya.
Dan lebih kiut lagi skang mereka muncul sepanjang musim walaupun pilihanraya lambat lagi....
Kita pun jadi bertambah runsing selepas pilihanraya tahun lepas.
Masih tidak nampak kebaikan untuk rakyat.
Bermula dari kemenangan tak abis abis lagi isu politik, kemudian isu perkauman dan agama dan skarang isu ponggong pulak...
Bila agaknya nak selesai segala isu ini agar kerajaan dapat fokus kepada rakyat dan negara.
Rakyat masih lagi sukar untuk menambah pendapatan. Tapi apa yang kita lihat pemimpin pemimpin begitu kuat mengadakan majlis makan.
Pantang ada perayaan maka selagi mahu mereka membuat jamuan makan.
Tak habis habis dengan majlis keraian...
Semakin lama kantong negara semakin susut dek kerana mahu menanggung mereka makan...
Kita lihat pemimpin negeri mahu pun menteri menteri begitu sebok ke luar negara. Kita pun tak tau apa urusan sebenar mereka ke sana.
Bila balik semula masih tiada kemajuan yang mereka bawa untuk negeri mahupun negara.
Nanti hujung tahun mereka ke luar negeri balik semula untuk pergi bercuti pula dengan keluarga...
Agaknya skang mereka ke luar negeri untuk survey tempat percutian kot...
Sunday, 21 July 2019
Siapa yang jahat cina atau melayu?
Tak semua cina jahat dan tak semua melayu baik...
Selama dalam kehidupan kita ni yang banyak kencing kita pun orang melayu...
Kita pun ada jugak kencing cina... Bila kerja ngan cina kita banyak mengulat... Duit cina pun kita sapu...
Biasa le tu cina kencing kita sebab kita pun ada kencing cina...
Yang banyak kencing cina ni biasanya kontraktor melayu dengan orang politik...
Biasanya tokeh tokeh cina ni akan jaga pekerja melayu yang rajin dan yang kuat semayang...
Dia akan sayang dan takkan lepaskan melayu yang macam ni sebab dia tahu melayu yang amanah dan rajin susah nak cari zaman skang ni...
Berhati hati dengan cina yang jahat adalah satu keperluan sebagaimana berhati hati dengan melayu yang jahat... Geng jahat ni boleh bersatu tidak mengira kaum... Dalam dunia kejahatan tiada perkauman.... Mereka sama sama belasah kita tanpa kasihan...
Contohnya lihat saja di era regim yang lepas dengan regim skang... Dua dua pun tak pikir pasal melayu dan mereka lebih menjaga hati sesama mereka lebih dari kaum dan agama mereka sendiri...
Paksi kejahatan dengan paksi kebaikan sememangnya selalu berbalah bermula dari anak nabi adam lagi...
Kebiasaanya yang baik akan beralah... Kalau mereka bangkit pun atas dasar demi agama mereka. Mereka tidak bangkit kerana perasaan amarah...
Biasanya yang kuat marah marah ni adalah atas dasar peribadi. Isunya cumalah kerana perut...
Bila perut penuh mereka senyap dan bila perut kosong mereka akan berbunyi semula...
Yang diatas sebenarnya pun sudah lama tahu akan perkara ini. Mereka boleh saja mengambil pendekatan memujuk tapi malangnya mereka agak tamak dan tidak mahu berkongsi.
Ini akan mengakibatkan perbalahan... Dan tidak kira siapa yang memerintahpun tetap ada orang yang berbunyi...
Yang berbunyi itu bukanlah mulut tetapi sebaliknya adalah perut...
Dalam dunia ini perbuatan betul atau salah adalah subjektif...
Kadangkala nampak macam salah tapi ianya betul... Kadang nampak macam betul tapi sebenarnya salah...
Kita boleh jadikan kisah nabi musa yang menuntut ilmu dari nabi hidir sebagai satu pengajaran...
Mari kita belajar dari kisah ini... Melayu kebiasaannya tidak fokus kepada hala tuju mereka berbanding bangsa cina.
~ The Story Of The Naked Woman ~
A fully naked British women goes up in a taxi whose driver is a Chinese. He looked at her from top to bottom and several times more.
The worried woman asks:
Have you ever seen a naked woman?
Chinese taxi driver answers:
- I don't look at you because you're naked. I'm worried because I'm watching and watching and I don't see where you have the money to pay me.
MORAL :
You have to be like the Chinese!
Focus on your business and not distractions!
Saturday, 20 July 2019
Orang politik memang kerjanya bergaduh
Mula mula gaduh ngan umno, kemudian gaduh ngan raja raja akhirnya gaduh sesama sendiri...
Time susah mereka boleh bersama, bila senang lenang dan berkuasa mereka bergaduh pula...
Nampaknya pemimpin melayu ni hanya hebat berpolitik sahaja.... Bab mentadbir dan menguruskan negara masih lagi di takuk lama walaupun sudah berkuasa...
Ada yang bertanya kepada saya apa masalah sebenarnya pemimpin pemimpin didalam pakatan harapan ini...?
Saya katakan mereka hanya mempunyai satu saja masalah iaitu masalah iman...
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Fath: 29)
Kemelut politik negara kita ini sudah membolehkan kita menafsirkan kelakuan mereka seperti didalam lagu 'bangau oh bangau'
Terlalu asyik menyalahkan orang lain dan tidak mahu memperbaiki diri sendiri malah lebih teruk lagi mereka menncari cari salah orang lain demi menutup kesilapan mereka sendiri...
Sekarang bukan lagi lagu bangau oh bangau tetapi menjadi lagu "bangang oh bangang..."
Sebenarnya hasil bumi didalam negara kita ini sudah mencukupi untuk di kongsi bersama puluhan juta rakyat di dalam negara ini.
Tetapi malangnya dek kerana ketamakan orang orang politik, para pegawai kerajaan dan para bangsawan menyebabkan khazanah negara tidak pernah cukup untuk di agihkan kepada rakyat...
Apabila rakyat marhaen menegur pemimpin mereka beri alasan yang kita ni tak faham akan susahnya menjadi pemimpin...
Kita pulak yang dikatakan tak faham akan kesusahan mereka sebagai pemimpin...
Saya cakap begini kepada mereka, apakata kamu bertukar tempat dengan aku selama satu bulan untuk aku faham masalah kamu dan kamu duduk di tempat aku pula supaya kamu faham masalah rakyat...
Tapi tak berani pulak nak bertukar tempat... sebab dah rasa sedap.... Dulu pun mereka golongan marhaen juga, cuma bila dah duduk didalam pejabat berhawa dingin mereka sudah lupa bagaimana rasanya bahang matahari...
Sebagai pengundi kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita kepada rakyat keseluruhannya.
Mereka tidak boleh salahkan kita apa apa kerana dulu kita pernah mengundi umno berpuluh tahun dan mereka salahkan kita kerana mengundi si perompak negara dan kita menukar undi pada penggal lepas dan lahir pula penyamun.
Maka rakyat tidak boleh salahkan kita kerana kita sudah memberi peluang kepada kedua dua pihak untuk berkhidmat tetapi mereka yang sia sia kan peluang yang kita beri...
Saya beberapa kali menyeru kepada rakan rakan keliling saya agar kita menjadi pengundi atas pagar tanpa perlu menjadi pentaksub kepada mana mana parti.
Kaedah ini lebih baik daripada menjadi pentaksub yang berjuang untuk pemimpin demi kepentingan diri...
Kita perhatikan mereka bertelagah dan kita catit... Waktu pru nanti kita kaji terlebih dahulu sebelum kita mengundi...
Kita pengundi atas pagar sebenarnya adalah penentu kepada kemenangan salah satu parti...
Pada pru lepas kita swing kepada pakatan harapan dan mereka memperolehi kejayaan...
Kita tidak ramai... Kita hanyalah 10% sahaja tetapi sudah cukup untuk menukar kerajaan...
Jawapan saya kepada soalan anak anak muda tadi ialah jadilah pengundi atas pagar.... Jangan libatkan diri dengan mana mana parti politik kerana mereka hanya memperalatkan anda semua...
Anda mungkin beranggapan diri anda sebagai SERBABOLEH tetapi mereka hanya menganggap anda sebagai SERBAGUNA semata mata...
Lebih baik anda berusaha keras mencari rezeki untuk membantu ibu dan ayah serta keluarga. Jangan membuang masa dengan masalah politik kerana masalah politik tidak akan pernah selesai...
Bangsa melayu sifatnya suka menjaga hati. Mereka takut rakan mereka berkecil hati dan rela mengorbankan hak orang lain dari bangsanya demi menjaga bangsa lain.
Tapi apabila haknya dirampas tahu pula dia mengamuk dan mengapi apikan orang lain untuk turut serta mengamuk atas nama bangsa...
Thursday, 18 July 2019
Anwar Mula Diasak Oleh Ahli Jawatankuasa partinya Sendiri
Kemelut perbalahan dalam PKR tidak pernah tenang sejak Pakatan Harapan mendapat mandat rakyat pada PRU lepas.
Penyokong anwar merasakan Mahathir sengaja melewat lewatkan proses menaikkan anwar sebagai PM.
Mereka juga merasakan Azmin akan mencantas jawatan PM daripada anwar dan ini akan membahayakan kedudukan mereka yang hanya mampu memegang jawatan selagi anwar dan keluarganya berkuasa.
Sekiranya azmin menjadi PM sudah pasti azmin hanya akan menaikkan penyokong penyokongnya sahaja dan mengabaikan mereka.
Tun pula dilihat seolah olah sengaja menujukan spotlight kepada azmin hingga menjadikan azmin dicemburui oleh anwar.
Akhirnya azmin dan anwar berlaga angin dan membuatkan dalaman PKR tidak kukuh.
Lemahnya PKR akan menguatkan PPBM secara tidak langsung dan sudah pasti pelawaan Mahathir agar orang melayu bersatu didalam PPBM adalah satu signal kepada penyokong azmin untuk beramai ramai berhijrah kedalam PPBM.
Seramai 22 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan empat ahli parlimen PKR hari ini menegur presiden mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar yang mahu timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercuti sekiranya video seks yang dikaitkan dengannya itu tulen.
“Kami tegas berpendirian bahawa kenyataan tersebut tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata. Presiden sewajarnya memberikan kepimpinan yang jelas terhadap persoalan utama untuk membanteras komplot politik jahat bagi menjatuhkan Azmin.
Justeru, mereka menggesa Anwar berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecahbelah kesatuan parti.
Ahli-ahli MPP PKR terbabit ialah:
Zuraida Kamaruddin (Naib Presiden)
Tian Chua (Naib Presiden)
Ali Biju (Naib Presiden)
Haniza Talha (Ketua Wanita / Ahli MPP)
Datuk Seri Dr Santhara (Timbalan Setiausaha Agung / Ahli MPP)
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (Ahli MPP)
Datuk Rashid Hasnon (Ahli MPP)
Sivarasa Rasiah (Ahli MPP)
Rahimah Majid (Ahli MPP)
Elizabeth Wong (Ahli MPP)
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (Ahli MPP)
Zakaria Abdul Hamid (Ahli MPP)
Mohd Radzlan Jalaludin (Ahli MPP)
Datuk Dr Mansor Othman (Ahli MPP)
Datuk Kamarudin Jaafar (Ahli MPP)
Azmizam Zaman Huri (Ahli MPP)
Gan Pei Nei (Ahli MPP)
Hee Loy Sian (Ahli MPP)
Lee Kai Loon (Ahli MPP)
Baru Bian (Ahli MPP / Pengerusi MPN Sarawak)
Dr Daroyah (Timbalan Ketua Wanita / Ahli MPP)
Muhammad Hilman Idham (Timbalan Ketua AMK / Ahli MPP).
Sementara itu, ahli-ahli parlimen pula ialah:
Steven Choong (Tebrau)
Jonathan Yasin (Ranau)
Willy Mongin (Puncak Borneo)
Maria Chin Abdullah (Petaling).
Tuesday, 16 July 2019
Lapan Jenis Rezeki
Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Aamiin
1. Rezeki Yang Telah Dijamin.
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
(Surah Hud : 6).
2. Rezeki Kerana Usaha.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39)
3. Rezeki Kerana Bersyukur.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).
4. Rezeki Tak Terduga.
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan meadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).
5. Rezeki Kerana Istighfar.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
6. Rezeki Kerana Menikah.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).
7. Rezeki Kerana Anak.
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).
8. Rezeki Kerana Sedekah.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).
Monday, 15 July 2019
Genghis mengajar umat Islam
KETIKA umat Islam diserang tentera Tatar, hampir seluruh Wilayah Islam dijajah. Antara yang terawal adalah Wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol.
Pada satu peringkat di Khurasan, Tatar tidak berdaya menghadapi umat Islam di Kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam:
"Sesiapa yang menyerahkan senjatanya dan menyertai tentera Tatar, mereka akan selamat. Namun barangsiapa yang enggan, mereka pasti akan menerima penyesalan."
Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu berpecah kepada dua pihak. Pihak pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata:
"Seandainya mereka mampu memerangi kita, tak mungkin mereka menawarkan sedemikian. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu antara dua kebaikan; menang ke atas mereka atau syahid penuh bahagia!"
Namun pihak kedua cenderung untuk menerima tawaran tersebut. Mereka berkata:
"Wajarkah kita sengaja menumpahkan darah sendiri, dalam keadaan kita tahu bahawa kita tidak akan mampu menentang mereka? Tidakkah kalian lihat bilangan dan kelengkapan mereka?"
Genghis Khan terus mengambil peluang dari pertelingkahan ini. Dia mengutus surat berikutnya khusus kepada pihak kedua yang sanggup menerima tawaran. Dalam surat tersebut, dia berjanji akan memberikan tampuk kekuasaan Bukhara kepada pihak tersebut dengan syarat mereka menumpaskan pihak pertama.
Tawaran itu menyebabkan pihak kedua rambang mata. Terus mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah. Sanggup mereka memerangi saudara sendiri bagi pihak Tatar.
Pertempuran pun berlangsung. Akhirnya tumpaslah pihak yang teguh mempertahankan prinsip di tangan pihak yang menjual agama dengan habuan dunia.
Apa yang menyedihkan, pihak yang menerima tawaran Tatar itu tidak dianugerahkan apa yang dijanjikan. Sebaliknya senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan diarahkan supaya disembelih kesemuanya.
Genghis Khan mengungkap satu kata-kata yang sangat masyhur:
"Kalaulah mereka boleh dipercayai, mustahil mereka sanggup memerangi saudara sendiri demi kita. Padahal kita orang asing bagi mereka..!"
10 pengajaran dari cerita di atas:
1. Taktik pecah dan perintah, strategi ampuh menghadapi Islam zaman berzaman.
2. Aqidah perjuangan yang lemah punca tidak yakin dengan janji kemenangan dari tuhan.
3. Habuan takhta dan harta mudah menggugat keikhlasan perjuangan.
4. Pabila dunia menguasai diri, saudara sendiri pun sanggup dikhianati.
5. Mempercayai bulat-bulat kata-kata musuh adalah kebodohan yang membinasakan.
6. Islam tidak kalah kerana agama ini. Sebaliknya kalah kerana penyelewengan orang Islam sendiri.
7. Dedak musuh itu beracun. Dan racunnya mampu membunuh jamaah.
8. Pengkhianat tidak akan bahagia. Nikmat mereka hanya sementara.
9. Pentingnya untuk berpegang kepada prinsip. Walau menyusahkan (tampak syadid), ia perisai pertahanan yang utuh!
10. Tidak ada kerjasama dengan bukan Islam dalam menentang sesama Islam.
Tiga kata-kata hikmah yang perlu diambil iktibar:
1.
ما أشبه اليوم بالأمس
"Alangkah samanya hari ini dengan semalam."
2.
لا تقتلوا أسودكم فتأكلكم كلاب عدوكم
"Jangan kamu bunuh singa di kalanganmu, nescaya kamu akan dimakan oleh anjing di kalangan musuhmu."
3.
من لا يتعلم التاريخ يعلمه التاريخ
"Barangsiapa tidak belajar dari sejarah, maka sejarah akan mengajarkannya kembali."
Sunday, 14 July 2019
Lagi isu Exco Perak
Exco Perak dituduh cuba minta komisyen untuk permohonan tanah
Seorang exco kerajaan negeri dituduh cuba meminta "komisyen" daripada dua syarikat berkenaan permohonan untuk tanah milik kerajaan berkeluasan 93 ekar.
Bekas pegawai khas itu, Beh Yong Kean membuat laporan polis berkenaan perkara itu pagi ini.
Dia mendakwa exco itu berniat memberi sokongan kepada permohonan dua syarikat itu dengan komisyen sebagai pertukaran.
Dakwanya lagi, exco itu membocorkan minit mesyuarat kerajaan negeri kepadanya agar dia dapat memulakan proses rundingan dengan dua syarikat itu.
"Pada 4 Oktober 2018, lebih kurang 9.30 malam di pejabat pusat khidmat adun, dia membocorkan kertas minit mesyuarat majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak kepada saya supaya memulakan rundingan dengan (dua syarikat itu) untuk permohonan milikan tanah kerajaan seluas 63 ekar di Bagan Tiang dan 30 ekar di Kuala Kurau.
"Dia mengarahkan saya supaya meminta komisyen daripada kedua-dua syarikat itu untuk sokongannya dalam mesyuarat masjlis mesyuarat negeri," dakwanya dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, hari ini.
Beh juga mendakwa seorang lagi bekas pegawai khas exco itu turut menyaksikan kejadian itu.
Dalam satu kenyataan media, Beh berkata tindakan membocorkan minit mesyuarat kerajaan negeri melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan menggesa polis agar menyiasat perkara itu.
"Sebagai wakil rakyat dan exco, dia tidak harus membocorkan rahsia kerajaan dan menggunakan kedudukan untuk meminta rasuah.
"Saya harap polis menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukannya dalam kerajaan," katanya lagi.
Malaysiakini telah beberapa kali cuba menghubungi exco itu menerusi panggilan telefon, pesanan teks dan Whatsapp, untuk mengulas perkara ini tetapi dia belum memberikan maklum balas setakat ini.
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri memandang serius dakwaan itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa.
"Seperti laporan polis lain, kita perlu dan akan beri kerjasama penuh dalam siasatan. Ini dakwaan serius dan kita tidak pandang ringan," katanya menerusi Whatsapp kepada Malaysiakini.
Sumber: http://gigitankerengga.blogspot.com/2019/07/exco-perak-dituduh-cuba-minta-komisyen.html?m=1
Saturday, 13 July 2019
Melayu dan bersatu
Orang melayu mana boleh nak bersatu. Bola sebijik pun berebut sampai bergaduh satu stadium.
Orang melayu hanya boleh bersatu apabila masing2 susah dan mengharapkan satu sama lain... Selagi ada yang kaya dan ada yang miskin memang agak susah nak bersatu.
Andainya melayu ini bersatu memang mustahil kerajaan melayu lama dahulu mudah dijajah oleh bangsa asing.
Semasa inggeris menjajah negara ini pun rakyat tidak bangkit untuk menentang inggeris. Yang bangkit hanyalah pembesar2 melayu dan raja2 melayu yang marah kerana jawatan mereka dicabut dan tidak lagi boleh mengutip cukai dari rakyat...
Pemimpin melayu ni dari dulu sampai la ke hari ini dalam kepala mereka tidak ada perkara lain melainkan cukai, cukai, cukai dan cukai...
Bijih timah, kayu kayan, gunung ganang abis ditarah tapi kesemua hasilnya mereka yang tibai dan rakyat tetap juga dikenakan cukai...
Sebenarnya orang melayu sudah tidak perlu memikirkan bagaimana mahu menyatukan bangsanya...
Dunia sudah sampai ke penghujungnya...
Apa yang perlu orang melayu fikirkan ialah bagaimana mahu menambah amalannya agar tidak dihumbankan ke neraka selepas mati nanti...
Berpolitik setiap masa tidak akan menambahkan pahala melainkan melayu akan semakin jauh dari agama dan berbalah sesama sendiri...
Kita tidak mampu untuk mengubah pemimpin2 melayu untuk menjadi baik tetapi kita masih mampu untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik...
Kita bekerja keras diwaktu muda siang dan malam untuk persediaan hari tua yang hanya sebentar sahaja tuanya, tetapi kita tidak pernah mahu bersusah payah beramal untuk persediaan selepas tua yakni di alam mati kita...
Alam mati adalah alam selama lamanya... Apakah bekalan kita nanti?
Friday, 12 July 2019
BILA MUKHRIZ DIGELAR “MAT BLUR” OLEH PENYOKONG ANWAR
Pelik melihat reaksi berlebihan penyokong-penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap wawancara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama Nikkei Asian Review.
Bila dilihat kepada kandungan wawancara tersebut, kenyataan Datuk Seri hanyalah bersifat biasa-biasa sahaja di mana apa yang disebut adalah:
“Saya tidak bercita-cita tinggi, saya tidak menetapkan matlamat bahawa saya mesti menjadi seorang perdana menteri satu hari nanti seperti yang dibuat oleh sesetengah orang lain.” ("I'm not really ambitious, I don't set myself a course that I must become a prime minister one day as some other people do.")
Kenyataan ini adalah kenyataan umum sahaja yang tidak merujuk kepada sebarang nama, apa lagi bila istilah yang digunakan adalah merujuk kepada bilangan yang banyak bukan hanya kepada seorang individu sahaja, iaitu “sesetengah orang lain” (“some other people”).
Amat mengejutkan juga bila kenyataan umum begini boleh mendorong Setiausaha Khas Datuk Seri Anwar, R Suresh Kumar, begitu terasa sekali hingga menyebut “warga PKR sangat sedih dan terkejut dengan wawancara (ini)” kerana "walaupun Mukhriz tidak menyebut nama Anwar, namun secara umum wawancara itu memberi perspektif bahawa Anwar semakin tamak untuk menjadi perdana menteri”.
Begitu juga bila ia boleh mendorong penyokong kuat Datuk Seri Anwar, Shahbudin Husin, begitu terasa sekali hingga boleh menyebut Datuk Seri Mukhriz “memang selalu “blur” dalam banyak perkara sehingga kerap digelar “Mat Blur” oleh mereka dalam BERSATU sendiri”, malah sehingga ke tahap memperlekehkan Datuk Seri Mukhriz dengan menyebut “kalau pun Mukhriz mengatakan beliau mahu menjadi Perdana Menteri, bukan saja pemimpin BERSATU sendiri akan berfikir lebih daripada sekali untuk menyokongnya, malah barangkali Tun Mahathir sendiri akan merenung wajah anaknya itu dengan lebih lama tanpa mengelipkan matanya”.
Penat sekali dengan pertikaian yang semacam tidak akan pernah habis ini.
Dari facebook Kamarul Yusuf
Jangan jadi alat di akhir zaman
Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...
-
Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan...
-
Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak ...
-
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !! Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara ke...