Thursday 4 October 2018

Letupan Misteri yang menggegarkan Perak

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengesahkan bunyi letupan disusuli dengan gegaran di beberapa kawasan di Perak khususnya Ipoh bukan berpunca daripada gempa bumi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Alui Bahari berkata bunyi letupan dan gegaran itu juga tiada kaitan dengan kejadian gempa bumi di Indonesia.

“Letupan dan gegaran yang berlaku di Perak bukan gempa bumi kerana tiada amaran gempa bumi dikesan melalui alat pengesan gempa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Penduduk di beberapa kawasan di Perak khususnya Ipoh panik seketika apabila mendengar bunyi letupan disusuli dengan merasai gegaran sekitar pukul 11 pagi Khamis.

Insiden itu tular dan menjadi persoalan di media sosial apabila terdapat netizen mendakwa gegaran itu disebabkan proses pemecahan batu di kawasa kuari di Simpang Pulai di sini.

Selain itu, ada tular bahawa letupan itu adalah latihan serangan menggunakan bom hidup yang dijalankan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bagaimanapun pihak TUDM tidak menerima maklumat mengenai latihan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Abdul Rani Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai kejadian itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...