Friday, 31 August 2018

Kaitan Lagu In The River Of Babylon dengan Yahudi


Pernah tidak kita mendengar lagu 'River of Babylon' ini. Memang sedapkan. Tapi di sebalik lagu ini ada perkara yang tersirat. Dahulunya saya melayan juga lagu ni. Sebenarnya sudah lama saya tahu tentang lagu ini ada kena mengena dengan Zion cuma saya kurang memahami sejarah daripada lagu ini. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi apa sebenarnya di sebalik lagu ini.

Jelajah di internet akhirnya saya ketemu juga. Rivers of Babylon yang dinyanyikan oleh kumpulan dari Jerman di era tahun 70-an bernama Boney M. Penyanyi-penyanyi Boney M adalah Liz Mitchell, Marcia Barnett, Maizie Williams dan seorang jejaka Bobby Farell. Mereka semua masih lagi hidup kecuali Bobby Farrell yang telah mati pada 30 Oktober 2010. Selain daripada lagu ini kumpulan ini juga terkenal dengan lagu Daddy Cool


Sejarah 

Mengungkap bait-bait lagu ini, ada baiknya kita mengetahui latar belakang dan sejarah bangsa Israel.

Saat itu bangsa Israel telah terpecah menjadi 2 kerajaan iaitu kerajaan Israel di sebelah utara dengan ibu kotanya Samaria dan kerajaan Yehuda di sebelah selatan dengan ibu kotanya Yerusalem. Lalu kedua kerajaan ini sama-sama dijajah oleh negara tetangganya. Israel dijajah bangsa Asyur (Assyria) sedangkan Yehuda dijajah bangsa Babel (Babylon) yang sekarang ini kita kenal dengan nama Iraq.

Pada tahun 587 BC, hampir seluruh penduduk Yehuda diangkut menjadi tawanan ke negeri Babel yang sama sekali asing bagi mereka. Di sana mereka harus menenerima agama, kebudayaan dan bahasa orang-orang Kasdim tersebut. Bahkan nama mereka pun diganti, contohnya Daniel berganti nama menjadi Beltsazar.

Di negeri buangan itulah mereka teringat akan tanah air mereka. Mereka duduk sambil menangis di tepi sungai-sungai yang ada di Babel, salah satunya adalah Sungai Efrat yang sangat terkenal sejak zaman purba. Yang lebih menyakitkan lagi, para penjajah itu mengolok-olok mereka dan meminta mereka menyanyikan salah satu lagu pujian untuk Tuhan yang biasa mereka nyanyikan di negeri asal mereka.


Diilhamkan

Rupa-rupanya bait lirik lagu Rivers Of Babylon ini telah diilhamkan daripada petikan dalam siddur Psalm 137:1. Siddur adalah (dalam bahasa Hebrew: סידור‎; plural סידורים siddurim) merupakan buku untuk upacara sembahyang orang Yahudi mengandungi kumpulan lengkap tatacara dan rukun sembahyang mereka.


Kitab yang bernama The Complete Art School Siddur.

Untuk lebih jelas klik pada gambar untuk membesarkan imej.

Atau tekan Ctrl dan +


Lirik dan Makna Lagu


Psalm 137:1 Grace After Meals



Maksud lagunya lebih kurang beginilah

Di tepian sungai-sungai Babel, 
di sanalah kita duduk sambil menangis, 
apabila kita mengingat Zion.

Sebab di sanalah orang-orang yang menawan, 
menyiksa kita dengan meminta kita menyanyikan nyanyian sukacita. 
Bagaimanakah kita menyanyikan nyanyian TUHAN di negeri asing?

Jika aku melupakan engkau, hai Yerusalem,
biarlah menjadi kering tangan kananku!
Biarlah lidahku melekat pada langit-langitku, 
jika aku tidak mengingat engkau,
jika aku tidak jadikan Yerusalem puncak sukacitaku!

Lirik lagunya saling tidak tumpah sama seperti ayat di dalam buku sembahyang orang Yahudi. Makanya peminat muzik kumpulan Boney M berhati-hatilah apabila mendengar lagu mereka kerana kebanyakkan lirik mereka menyokong Yahudi dan adalah tidak terkejut jika mereka adalah sekelompok kaum Yahudi yang berkulit hitam dikenali sebagai Fallashah yang berasal dari Habshah atau Ethopia.
DJ-DJ stesen radio perlu lebih peka dan bertanggung-jawab terutama mereka yang beragama Islam dalam memutarkan lagu ke udara kerana pendengar sebenarnya bergantung kepada pemilihan lagu-lagu anda.  Andalah yang mencorakkan pendengar sebenarnya. Lagu bukanlah sekadar HIBURAN! Lagu merupakan jiwa yang seni bersemi dalam tubuh manusia yang suci. Janganlah ia dikotori.


Sunday, 26 August 2018

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

Kritikan Za'ba tentang orang yang selalu mengharapkan orang lain hatta untuk perkara ibadah pun dianggap diibaratkan umpama "kutu di atas kepala".

Za'ba mengkritik hebat mereka yang tidak bergantung pada diri sendiri. Beliau menyentuh mengenai orang yang tidak mahu beramal ibadat dan mengharapkan pada sedekah tahlil dari orang ramai bila mereka sudah meninggal untuk bantuan masuk ke syurga.

Malah dengan nada sinis Za'ba berkata ada juga yang mengharap syafaat dari Rasullullah untuk ke syurga. Beliau menyatakan bahawa Rasulullah akan malu dengan umatnya hanya mengharap syafaatnya tanpa mahu beramal ibadat. Sedangkan amal ibadat itu adalah tanggungjawab diri masing2.Ia seperti dinyatakan dalam:

"Akan tetapi jika "semuanya" orang Islam hendak jadi begitu - hendak masuk ke syurga dengan jalan syafaatnya dan permohonan Rasullullah sahaja menolongnya,bukan dengan jalan amal sendiri atau dengan jalan kelayakan sendiri dari sebab amalnya itu - nescaya tentulah akan memberi malu besar kepada Rasulullah hendak memohon ke hadirat Tuhan"

Menurut Za'ba ini adalah punca mengapa orang melayu dan orang Islam menjadi mundur. Mereka terlalu berharap pada orang lain untuk mendapatkan sesuatu.

Sikap kononnya "saya tak mampu" atau merendah diri tidak kena pada tempat ini menjadi punca melayu menjadi mundur. Selain itu malas juga menjadi punca mengapa Melayu mundur.

Malahan Za'ba menyatakan bahawa melayu mundur kerana mereka mereka berada di tanah air mereka sendiri dan mendapat satu keistimewaan disini.

Kalau mengikut kata Tun Mahathir, Melayu perlukan tongkat. Ini berbeza dengan sikap pendatang yang perlu berusaha sendiri tanpa ada bantuan untuk meneruskan hidup.

Dek kerana itulah mereka boleh berjaya di Tanah Melayu ini. Mungkin pada masa buku ini ditulis Za'ba menggambarkan tentang orang Cina.

Tetapi jika diteliti pada zaman sekarang ia bukan lagi orang Cina yang telah berjaya tetapi lebih kepada orang Indonesia dan Bangladesh yang sanggup membuat apa sahaja pekerjaan di negara ini tidak kira siang dan malam untuk mendapatkan rezeki.

Lihat sahaja di mana2 di Kuala Lumpur atau pun di tanah ladang pekerja mereka adalah rakyat Indonesia ataupun Bangladesh.

Melayu tidak mahu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Kalau mahu belajar perlu dapatkan bantuan pinjaman kalau tak anak2 takkan dapat menyambung pelajaran. Kalau mahu bekerja mahu ada orang dalam yang tolong, kalau mahu berniaga kena dapatkan suntikan modal dari kerajaan tanpa mahu berusaha berjimat dan menyimpan wang untuk keluarkan modal sendiri.

Di samping itu Za'ba juga menyentuh tentang isu "bertaklid buta" atau mengikut saja apa yang telah mereka pelajari tanpa mahu bertanya mengapa ia begitu, atau mengkaji bagaimana ia begini. Menerima bulat2 apa yang telah diajarkan oleh guru. Isu ini ada juga dibincangkan oleh Mufti Perlis.

Bertaklid buta ini menyebabkan umat Islam menjadi mundur dan kejatuhan empayar Islam dulu kerana manusia malas berfikir dan tiada lagi teknologi atau penemuan2 baru yang boleh memberi impak kepada tamadun Islam.

Mereka hanya berharapkan pada apa yang telah ditemui oleh tuk-tuk guru mereka tanpa ada kemahuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi. Alasannya kerana takut nanti orang kata kita menyimpang dari agama dan akan menyebabkan perselisihan faham dalam hal berkaitan agama.

Za'ba menyimpulkan perselisihan faham ini dengan satu hadis "Perselisihan faham antara orang2 umatku adalah satu rahmat dari Tuhan". (namun tidak dinyatakan pula riwayat hadis ini). Saya amat tertarik dengan satu perenggan yang ditulis oleh Za'ba tentang kepelbagaian Mazhab:

     "Maka hanyalah orang2 kemudian yang kurang pengenalan sahaja telah menyempitkan     kawasan ini dengan menghukumkan tidak boleh berpindah2 dari satu mazhab kepada lain mazhab jika tidak diketahui semuanya kaedah2 tiap2 mazhab itu sebagaimana ahli2nya sendiri. Padahal kita dan kebanyakan orang alim kita pun, pengajian atau Mazhab Shafi'e atau Hanafi sahaja pun tidak boleh terhabiskan seumur hidup!!
Sesungguhnya inilah pemandangan orang yang sempit hatinya, sempit fikirannya dan sempit kira2 -orang yang tiada harapan boleh maju dan bersendiri dalam hal ehwal pengajian agamanya!!"

Za'ba juga membincangkan tingkat2 kejahatan dan kebajikan. Za'ba juga mengaitkan kebajikan dan kejahatan dengan konsep "beriman" dan mengkritik ulama2 yang menekankan konsep "beriman" hanya tentang buat amal ibadat seperti solat, puasa ataupun bertasbih beribu2 kali dan sebagainya.

BagiZa'ba solat bukan hanya untuk masuk syurga malahan ia sebenarnya adalah untuk memperbaiki diri sendiri.

Menurutnya segala amal ibadat iaitu solat, puasa atau bertasbih beribu2 kali itu merupakan asas untuk seseorang melakukan kebajikan dan bukan semata2 masuk syurga.

Za'ba juga dapat memahamkan aku betapa bila kita solat bukan untuk masuk syurga tetapi hanya kerana Allah Taa'la.

Malahan menurut Za'ba tiada jaminan mereka yang solat,puasa itu masuk syurga jika masih lagi mengumpat, makan rasuah dengki dan riak. 

Copy from:
http://apayangkubaca.blogspot.com/2011/01/perangai-bergantung-pada-diri-sendiri.html?m=1

Wednesday, 22 August 2018

Tun Mengajar Najib Apa Itu Pelaburan

Bawa modal, teknologi, peluang pekerjaan, bukan beli tanah - Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga,kiri) bersama Presiden China, Xi Jinping (dua,kanan) ketika mesyuarat dua hala di Diaoyutai State Guest House, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga,kiri) bersama Presiden China, Xi Jinping (dua,kanan) ketika mesyuarat dua hala di Diaoyutai State Guest House, hari ini. - Foto Bernama

BEIJING: : Syarikat luar yang ingin melabur di Malaysia wajar membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menetapkan, pelaburan langsung asing (FDI) hanya terhad untuk syarikat luar melabur dan membawa teknologi ke Malaysia.

"Saya tekankan (kepada Kerajaan China) bahawa FDI bermakna membawa masuk modal, teknologi dan mendirikan kilang di Malaysia menggunakan tenaga orang Malaysia untuk menghasilkan barangan bagi pasaran tempatan atau eksport.

"Itu yang dimaksudkan dengan FDI. Ia tidak bermakna membeli tanah di Malaysia untuk mendirikan bandar-bandar baru. Kita tidak perlukan FDI untuk perkara itu," jelasnya pada sidang media sempena hari terakhir lawatannya ke China di sini pada Selasa.

Jelas Dr Mahathir, beberapa pelaburan asing sebelum ini telah merugikan rakyat dan negara.

"Saya telah tekankan kepada China, bahawa apabila kita ke China, kita ikut undang-undang dan peraturan mereka. Apabila mereka ke Malaysia, mereka mesti mengikut peraturan, syarat dan undang-undang Malaysia.

"Kita ada banyak FDI sebelum ini. Namun perkara ini berlaku disebabkan oleh kerajaan terdahulu lepas pandang amalan sebelum ini termasuk memeterai perjanjian yang bertentangan dengan kehendak kita," tambahnya.

Dalam lawatan ke China kali ini, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Persatuan Usahawan China yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma.

Ia sebahagian usaha beliau untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia dengan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi manfaat bersama.

Wednesday, 15 August 2018

MP Kapar Gagal Beri Bukti Tun Mahu Gagalkan Anwar Menjadi PM


Anggota Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, bukti campur tangan pihak tertentu yang didakwa cuba menghalang pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mahu beliau mengemukakan bukti jika benar ada campur tangan pihak tertentu yang menghalang pelantikan Anwar sebagai perdana menteri ke-8.

"Bukti ada dua perkara. Bukti satu adalah chemistry antara Anwar dan Dr Mahathir, yang keduanya bukti pada tubuh yang bercakap hendak bukti itu, itu bukti dia.

"Pada tubuhnya, pada Dr Mahathirlah sebab dia yang akan mengenal pasti berapa lama dia mahu pegang, berapa lama dia nak serahkan, bila dia nak serahkan. Itulah buktinya," kata Abdullah Sani yang dipetik oleh portal Utusan Onlinehari ini.

Abdullah Sani yang bertanding untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat dalam pemilihan PKR akan datang berkata beliau benar-benar yakin Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpakat dengan Tun Daim Zainuddin - bekas menteri kewangan dan penasihat Mahathir - untuk menghalang pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN). 

Diminta membuktikan dakwaan itu, Abdullah Sani membangkitkan kenyataan Daim sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk Anwar menggantikan Mahathir sebelum PRU akan datang.

Apabila ditanya mengenai sejauh mana tahap keyakinan beliau bahawa Dr Mahathir akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, Abdullah Sani hanya menjawab,"Kau (wartawan) yakin tak? Tak ada jawapannya? Ada pada kaulah. Maknanya kau dah ada jawapannya. Itulah jawapan dia."

Sementara itu, portal tersebut turut memetik Abdullah Sani sebagai berkata, kenyataan beliau berhubung isu berkenaan tidak akan mengakibatkan perpecahan dalam HARAPAN.

"Tidak akan tergugat. Gugat apa? PKR dan DAP sahaja ada dekat 100 kerusi. Tak tergugat langsunglah. Tak ada tergugat.

"Yang cakap semua ini bukan parti DAP ataupun PKR. Yang bercakap ini adalah parti yang minoriti. Jangan cakap pasal perpecahan. Perpecahan tidak berlaku begitu," kata Abdullah Sani.

Sebelum ini beberapa ahli BERSATU memberi amaran agar Dr Mahathir dan Daim tidak dilibatkan dalam persaingan kem dalam PKR menjelang pemilihan parti itu.

Antaranya, Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU , Wan Saiful Wan Jan yang mahu ahli PKR beradab dan jangan memfitnah pemimpin parti lain.
-Malaysiakini

Wednesday, 8 August 2018

Apabila Sudah Usia Kepala 5

Ramai  yang tidak tahu, kerana memang tidak ada yang memberitahu, bhw kalau sudah usia kepala 5, sebaiknya tidak memilih utk berjoging, berlari, apalagi melompat.

Jangan sampai salah memperlakukan sendi lutut, akibat masih tetap berjoging, berlari, bermain tennis, badminton, bola tampar, & aktiviti fizikal lain yang membebani sendi lutut.

Itu yang saya maksudkan dengan pengetahuan sihat itu murah..,

*Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia kepala 5, adalah tidak menginjak kerikil tanpa alas kaki sehingga persarafan tapak kaki menderita radang akibat tertekan kerasnya kerikil yg sangat keras selama memikul beban tubuh.*

Alasan bahawa itu sebagai refleksologi tidak boleh diterima akal sihat.

Refleksologi?
-Tekanan yg diterima tapak kaki hanya dilakukan oleh ibu jari tangan saja yg tekanannya ibu paling kuat hanya sekitar 5 kg.

*Namun apabila berdiri di atas kerikil yg sgt keras, tekanannya adalah seberat beban tubuh.*

Kerana tidak ada yang memberi penerangan  dan hanya kerana mendengar sahaja bahawa menginjak kerikil tanpa alas kaki bisa  menyihatkan, maka yg asalnya supaya sihat, malah jadi korban kerosakan saraf tapak kaki.

*Akibat buruk menginjak kerikil boleh mengakibatkan terjadinya fascitis/plantaris.*

Murahnya pengetahuan yang memberi informasi tidak menginjak kerikil tanpa alas itu menjadi mahal kalau kita tidak tahu.

Salam sihat,
(Dr HANDRAWAN NADESUL)

*YOGA*-nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT.

*MEDITASI*-nya orang Islam itu duduk tenang sambil berZIKIR.

*SELF HEALING*-nya orang Islam itu melakukan MUHASSABAH.

*DETOX*-nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA.

*PEMBERSIHAN*-nya orang Islam boleh dengan SEDEKAH.

*VITAMIN*-nya orang Islam adalah sikap *_MUDAH MEMAAFKAN._*

*UBAT AWET MUDA*-nya orang Islam: *_TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu._*

*NUTRISI TERBAIK*-nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznuzon).

*PEMBERSIH HATI*-nya orang Islam dengan menahan GHIBAH (mengumpat).

*PENYUCI JIWA*-nya orang Islam adalah: Menjauhi sifat IRI HATI & DENGKI.

*PENGAWET PAHALA*-nya orang Islam: Tidak RIYAK

*PENCEGAH PRAHARA*-nya orang Islam: *_Menghindari PERDEBATAN._*.

*PENGUKUR RENDAH HATI*-nya orang Islam: Tidak menyebut KELEBIHANNYA.

*PENDETEKSI KEIKHLASAN*-nya orang ISLAM: Tidak menyebut KEBAJIKANNYA.

*SARIPATI*-nya dalam beribadah itu adalah DOA, dan ROH-nya dalam beramal itu adalah IKHLAS.

*INFO PENTING MUSLIM & MUSLIMAH*

DAFTAR UBAT:

1. Sering sakit = *silakan puasa*
2. Wajah gelap = *solat Dhuha*
3. Hati sempit = *baca Al-Qur'an.*
4. Susah bahagia = *solat tepat waktu*.
5. Emosi kacau = *wudhuk dan istighfar*.
6. Gelisah = *banyak doa dan olahraga*.
7. Tertekan = *zikir "lahaula walaquwwata illa billah"*.
8. Kurang berkat rezekinya = *dekati yang halal saja*.
9. Miskin melulu = *muliakan orang tua & banyak  bersedekah*.

Salam Fastabiqul Khairat...

Dr. Handrawan Nadesul https://g.co/kgs/mF9VJd

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...