Tuesday, 31 January 2023

Kemunduran umat


Lebih kurang 1400 tahun dahulu sewaktu dunia sedang tenggelam dalam kegelapan kekufuran, kesesatan dan kejahilan, telah zahir sinar hidayat dan petunjuk dari bukit bukit gersang di kota Mekah lalu menyinari timur dan barat, utara dan selatan.
 

Pendek kata seluruh penjuru dunia telah disinari dengan cahayanya. Dalam tempoh 23 tahun kelompok manusia telah dibawa ke satu puncak kemajuan sehingga sejarah dunia tidak mampu untuk mendatangkan contoh seumpamanya.


Di tangan orang Islam dizaman itu telah diberikan cahaya petunjuk dan hidayat serta kebaikan dan kejayaan. Dengan sinar cahaya itu mereka sentiasa bergerak laju dilandasan kemajuan dan berkurun kurun lamanya mereka dapat memerintah dunia dengan gilang gemilang.


Perkara ini adalah satu hakikat yang tidak mungkin dapat disangkal namun kemudiannya ia menjadi tinggalan sejarah silam. Sekiranya kisah kisah sejarah tersebut dibaca berulangkali pun ia masih tidak dapat menenangkan jiwa sedikitpun.


Tidak ada gunanya serta tidak memberi sebarang faedahpun dibanggakan kisah silam kerana peristiwa peristiwa yang dapat disaksikan dewasa ini telah menconteng arang kepada kehidupan orang Islam dan merosakkan usaha usaha cemerlang salafussoleh kita yang lalu.


Apabila kita melihat kembali lembaran sejarah kehidupan orang Islam selama 1400 tahun yang lalu maka dapat diketahui bahawa orang Islam adalah pemilik tunggal kemuliaan, keagungan, kegemilangan, kebesaran dan kehebatan.


Walaubagaimanapun apabila kita mengalihkan pandangan dari lembaran tersebut dan perhatikan keadaan kita hari ini maka kita dapati kita didalam keadaan sangat hina, lemah, tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa harta benda, tanpa kemuliaan dan tiada lagi perasaan persaudaraan.


Perangai dan budi pekerti sudah tidak baik, akhlak juga tidak baik, amal amal pun tidak baik malah perwatakan pun sudah tidak baik. Segala keburukan wujud pada kita hinggakan diri kita tersangat jauh daripada kebaikan.


Orang kafir bergembira melihat kita dalam keadaan yang serba lemah ini. Mereka mengheboh hebohkan kelemahan kelemahan kita malah mereka mentertawakan kita.


Keadaan ini tidak terhenti setakat itu saja bahkan pemuda pemudi kita yang hanyut dengan budaya moden sanggup mempersendakan prinsip agama kita yang suci. Mereka semakin lantang mengkritik setiap amalan agama sehinggakan beranggapan syariat tidak lagi sesuai diamalkan.


Sungguh menghairankan satu kaum yang dahulunya telah menyirami dunia, mengapa pada hari ini mereka sendiri yang kedahagaan? Kaum yang dahulunya pernah mengajar dunia dengan tamadun dan peraturan hidup mengapa pada hari ini mereka sendiri hidup tanpa tamadun dan peraturan?


Pemimpin pemimpin dikalangan umat telah memikirkan keadaan yang lemah ini sejak dahulu lagi dan telah mengusahakan perbagai cara tetapi sebagai mana seorang pujangga pernah bermadah:


"Semakin diubati, penyakit semakin bertambah"

Saturday, 28 January 2023

Umat Islam tak habis habis mahu mencukur agamanya


Daripada Hazrat Ubadah bin Samit r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. keluar (dari rumahnya) untuk memberitahu kami tentang Lailatulqadar. Ketika itu ada dua orang lelaki daripada orang Islam sedang bergaduh. Maka Baginda bersabda, "Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatulqadar tetapi si polan dengan si polan sedang bergaduh, oleh itu penentuan Lailatulqadar telah diangkat. Mudah mudahan itu lebih baik bagi kamu. Maka carilah Lailatulqadar pada malam ke 9, ke 7 dan ke 5."

Ada beberapa perkara yang perlu direnungkan dalam hadis ini:

Yang terpenting ialah pergaduhan merupakan satu perkara yang sangat buruk hinggakan penentuan Lailatulqadar telah diangkat. Bukan setakat itu saja malah pertelingkahan sentiasa menjadi sebab kehilangan berkat.

Sabda nabi saw, "Sukakah aku memberitahu kamu satu perkara yang lebih afdal daripada solah, puasa, sedekah dan ibadat ibadat lain?" Para sahabat r.anhum berkata, "Bahkan." Baginda bersabda, Hubungan baik sesama kamu adalah perkara yang paling afdal dan pergaduhan sesama sendiri adalah perkara yang mencukur agama." 

Yakni sebagaimana pisau cukur mencukur rambut di kepala dengan sekali lalu, demikian juga pergaduhan sesama sendiri menghapuskan agama.

Tidak perlulah disebutkan tentang ahli dunia yang lalai terhadap agama, sedangkan ramai diantara mereka yang berwirid panjang panjang dan mendakwa sebagai ahli agama pun setiap masa terlibat dalam pertelingkahan sesama sendiri.

Saturday, 14 January 2023

Percaturan Rejim Baru


 Bacaan politik mesia yang diperkatakan ramai:


1. Anwar sengaja membiarkan berlaku pertelagahan dalaman umno dan lebih gembira sekiranya zahid menang sebagai presiden umno. Ini kerana zahid berjaya buktikan dibawah pimpinannya umno kalah teruk pada pru lepas. Lemahnya umno akan membuatkan PH dapat meneruskan cengkamannya.


2. Sekiranya zahid kalah dalam rebutan jawatan presiden ini maka Anwar akan pastikan umno tidak mempunyai dana sendiri untuk bertanding pada pru akan datang. Ketua2 bahgian umno akan disekat dari mendapat projek kerajaan. Umno waktu itu akan berharap kepada Anwar untuk mendapatkan dana.


3. Lemahnya umno berkemungkinan akan membuatkan pengundi beralih arah kepada perikatan nasional namun usaha memburukkan pucuk pimpinan bersatu dan pas perlu dibuat secara besar besaran. Isu yang paling mujarab ialah menelanjangkan penganugerahan projek dizaman pemerintahan perikatan nasional dahulu. Ini ibarat satu batu baling 3 burung. Ini kerana waktu itu kerajaan terdiri dari 3 parti iaitu bersatu, umno dan pas.


4. Bukan saja umno yang berlaku berantakan didalamnya, malah bersatu juga tidak aman didalamnya. Bersatu yang terkenal dengan perbagai isu dalaman seperti isu moral agak menyesakkan pas untuk meneruskan hubungan jangkamasa panjang.


5. Nampaknya pas terpaksa berusaha sendiri menguatkan sokongan rakyat kepadanya. Ini kerana aset bersatu hanyalah Abah semata mata. Pada pru akan datang abah sudah terlalu tua untuk menjadi kepala perang dan kemungkinan besar bersatu akan dinahodai oleh Hamzah, itupun sekiranya tidak berlaku gerakan untuk menjatuhkan hamzah di peringkat awal. 


6. Spekulasi mca dan mic akan meninggalkan Barisan Nasional juga bakal membuatkan umno besar kemungkinan terpaksa mendaftarkan umno sebagai parti politik. Ini kerana umno cuma berdaftar sebagai satu pertubuhan dan bukan sebagai parti politik.


7. Hakikatnya umno amat sukar untuk bangkit dan pru akan datang adalah pru yang terakhir buat umno sebelum satu buku sejarah baru akan tertulis. 


8. Untuk masa akan datang musuh Pakatan Harapan yang sebenarnya adalah Pas. Perkara ini Lim Kit Siang sudah menyedari awal. Lim Kit Siang memberi amaran kepada pakatan harapan betapa bahayanya gelombang hijau.

Sunday, 8 January 2023

Anwar ???


Siapa agaknya yang mengawal bank negara sehinggakan menteri kewangan malah perdana menteri pun tak boleh bersuara apabila berkaitan dengan riba?


Adakah kita masih dijajah...? 


Sebaiknya selepas ini Anwar lebih baik diam, jangan berlagak seperti pejuang Islam kalau tidak berani bersuara berkenaan riba...


Tiada beza nampaknya antara Anwar dengan perdana menteri sebelum ini. 


Pilihanraya ibarat lari 4 x 400 meter berganti ganti. Berganti ganti diantara satu penyamun kepada satu penyamun yang lain.


Tukang sorak bersorak sorak di luar padang tapi tak pernah merasa nak pegang medal.


Mahathir berjaya buktikan umno tidak bersih, Anwar berjaya buktikan Perikatan tidak bersih dan kini rakyat nampak Anwar juga tidaklah sebersih mana.




Thursday, 5 January 2023

Bola punya pasal


Pada mulanya nampak macam berjasa tapi secara tidak langsung ia hanyalah memecah belahkan negara. 


Yang sebaiknya lakukan saja tugas dengan rendah diri bukan dengan keangkuhan. Untuk menjadi hebat sebenarnya adalah lebih mudah berbanding mempunyai sifat merendah diri dan disukai ramai.


Sayang kepada negara perlu melebihi sayang kepada kelab. Tapi sekiranya kelab menjadi wakil negara untuk satu pertandingan lain maka ia juga masih dalam ruang lingkup sayang kepada negara.


Namun begitu yang orang marah bukan sebab tidak mewakili negara tapi sebab sombong dan angkuh.


Tapi nak buat macam mana kerana itu sudah sememangnya sifat turun temurun. Kalau diberi jawatan itu kepada orang politik maka kerjanya hanyalah mahu menyamun.


Mau atau tidak, penyokong bolasepak terpaksalah telan saja sifat bongkak itu asalkan boleh menaikkan nama negara dan tidak menyamun.


Politik dalam bolasepak ini sebenarnya agak rumit kerana ia berkait dengan judi bolasepak antarabangsa. 


Judi bolasepak sudah bermula sejak tahun 80an lagi dalam negara kita.


Kelab yang benar benar dapat memberi gaji yang mahal kepada pemain akan selamat dari dibeli oleh ulat judi bolasepak.


Namun ulat bukan lagi mencari pemain untuk setting game tetapi sebaliknya mereka sudah menaja jurulatih dan pengurus pasukan.


Kita boleh lihat dengan jelas pasukan mana yang ditaja oleh ulat dan pasukan mana yang tidak ditaja.


Dan ulat tidak mampu untuk mendekati pasukan JDT kerana kelab tersebut terlalu kebal sebagaimana kebalnya Istana johor dari orang politik.


Atas sebab inilah JDT sudah selayaknya menjadi bongkak dan sombong. Cuma sifat itu bukanlah sifat yang baik, ia akan membuat orang ramai meluat. Walaubagaimanapun dalam hati masing masing tetap ada respek dan mengharapkan kejayaan itu mampu diserap oleh pasukan negeri negeri yang lain.


Tuesday, 3 January 2023

Kita Lupa


 AlQuran adalah perkataan pemerintah seluruh alam, firman Raja bagi seluruh raja raja, undang undang Raja yang maha berkuasa yang tidak boleh ditandingi oleh sebesar mana raja raja sekalipun di mukabumi ini.

Sesiapa yang pernah masuk ke balai penghadapan raja raja pasti dapat mengetahui daripada pengalamannya dan orang yang tidak pernah masuk akan dapat membayangkan betapa hebatnya titah raja.

AlQuran adalah perkataan pemerintah maka perlu bagi kita beradab dalam membaca firman Tuhan yakni Raja kepada segala raja raja.

Seorang pujangga pernah bermadah:

"Tidak beradab akan menyingkirkan seseorang dari kurniaan Allah"

Seorang pujangga lagi ada berkata:

"Cinta itu sendiri akan mengajar anda adab bercinta"

Sekiranya semasa membaca AlQuran kita membayangkan nikmat nikmat yang tidak berkesudahan yang terdapat didalamnya maka pasti cinta yang mendalam akan berkobar kobar.


Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...