Saturday, 29 May 2021

Pendapat Ulamak Falak tentang wabak


♦️Mengikut ulama² Falak, wabak berulang 100 tahun sekali. Kali terakhir 1918.

♦️Wabak menjelma pada 2019 bertepatan 100 tahun. Adat wabak ini biasanya 2 tahun. Maksudnya hujung tahun ni adatnya Covid akan berakhir sebab Covid mula hujung 2019, hujung 2021 ni habis.

♦️Mengikut ulama Falak, sebelum atau selepas wabak akan kedatangan banjir dan kemarau. Banjir telah menimpa kita pada November 2020 lebih kurang setahun selepas Covid datang Disember 2019.

♦️Kemungkinan selepas ini kemarau. Krisis makanan. Kebuluran.

♦️Ada ahli falak duk rasa selepas ini kemarau. Nauzubillah. Krisis makanan. Kebuluran.

لَا تَفْنَى أُمَّتِي إِلَّا بِالطَّعْنِ وَالطَّاعُونِ" رواه أحمد. والطعن هو القتل، والطاعون وباء.

Tidak binasa umatku melainkan dengan pembunuhan, peperangan dan to'un yakni wabak.

♦️Ada para ulama' menyatakan tanda ini tanda pertengahan antara tanda kecil Qiyamat dan tanda besar Qiyamat.

♦️Habis tanda pertengahan ini bermula tanda besar. Misterinya adakah kita telah masuk fasa pertengahan tanda Qiyamat sebelum mula masuk fasa tanda² besar Qiyamat.

♦️Tanda² kecil Qiyamat dah banyak berlaku.

♦️Sheikh Usman Jalaluddin yang asaskan Pondok Penanti Pulau Pinang yang juga murid Tok Kenali berpegang umur umat tak lebih 1500 tahun. Jadi berbaki 58 tahun sahaja lagi.

🕌Sediakan jiwa raga. Beringat takpa. Dunia bukan tempat kita, Akhirat kampung kita. Syurga.

Wallahualam.

Friday, 28 May 2021

RINGKASAN SOSOK TUBUH BERMATA SATU DAJJAL @DARI SUDUT KACA MATA PELBAGAI AGAMA DAN BANGSA


Ini diantaranya: 

1-ISLAM
2-NASRANI
3-YUNANI ROME
4-BANGSA JEPUN
5-KAUM AMAZON BRAZIL
7-AUSTRALIA
8-TURKEY KUNO

RINCIAN RINGKAS

1-ISLAM

Dalam sebuah Hadith Sohih Yang disabdakan Oleh Baginda Rasulullah s a w

وفى حديث أنس رضى الله عنه: قال النبى صلى الله عليه وسلم: "مَا بُعِثَ نَبِى إِلا أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الأَعْوَرَ الْكَذَّابَ أَلا إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ " رواه البخارى برقم 6598

daripada Sayyiduna Anas Bin Malik Radiallahu anh bahawa
baginda Rasulullah s a w Ada bersabda Mafhumnya

(Tidak  di utuskan seseorang Nabi itu,,
melainkan ia akan mengingatkan dan memberi amaran kepada ummatnya berkaitan bahayanya Fitnah yang datang bersama Dajjal si pendusta Bermata Satu,,

Dajjal itu Buta sebelah Matanya
sedangkan Rabb Kamu tidak Buta sepertimana Dajjal,,,
dan diantara kedua matanya tertulisnya Kalimah  Kafir ك ف ر  yang hanya difahami oleh orang yang beriman walau buta huruf)

(ciri-ciri Dajjal)

-Menurut Agama Nabi Ibrahim alaihissalam iaitu islam 

*Namanya Al-Masihi Dajjal
*Merupakan salah satu Tanda Hampirnya kiamat
 *Muncul setelah para imam atau mimbar-mimbar sudah tidak lagi Menceritakan halnya Dajjal
*muncul pada saat ummat islam ingin membelek-belek Ghanimah Perang yang didapati dalam perang besar Malhamah Kubro setelah mendengar teriakkan yang mengatakan dajjal telah keluar
*Para malaikat menjelaskan pada ummat manusia tentang bahayanya dajja
 *Manusia dan berbangsa Yahudi
*tidak Jelas Jantinanya perempuan atau lelaki
 *Tidak memperolehi zuriat(Mandul
 *bertubuh besar kemerah-merahan
 *ukuran badannya pendek 
 *berambut lebat  Perang dan kerinting serta ada 
   sudut jarang diatas kepalanya seolah-olah 
   mengalami keguguran.
 *cacat mata kanannya seolah-olah seperti
   buah Anggur yang hampir terkeluar.
  *Luas Dahinya
  *besar kepalanya
  *besar Lehernya
  *berisi ,gemuk sehingga seolah-olah
    Bercantum antara Dagu dan dada
  *terdapat sudut yang bongkok padanya
 *Langkahnya luas
 *dibantu Oleh Syaitan bagi memahami 
 seluruh bahasa yang ada didunia ini
 *menunggang keldai yang Pantas 
  (ditakwilkan dgn pesawat)
 *mengubah yang hak kepada Batil,Yang Batil kepada yang Hak
 *Menawarkan kesenangan Buat Yang mengikutinya
*memberikan ancaman kecelakaan buat yang menolaknya
*hanya Membunuh seorang Lelaki yang menafikan ketuhanannya
*bersamanya 70 ribu bangsa Yahudi bertoyalisah(kain dikepala) yang datang dari Esfahan Iran
*Ia akan menduduki Tempat Nabi isa maka ummat Manusia Keliru dengan Kehadirannya sehinggalah turunnya Nabi isa
*Di bunuh oleh Nabi isa di Babu-llod Palestin

2-NASRANI
*Menurut mereka Dajjal Bermata satu ini akan Punyai Jawatan besar di Tempat Ibadah dan mendakwa mempunyai Kekuasaan kerajaan Tuhan
*ia akan Menzahirkan Keajaiban yang ada ditangannya tujuannya untuk menyesatkan ummat

3-YUNANI ROME
*Menurut kepercayaan tamadun Rome 
  Orang bermata satu atau dinamakan ia dengan nama Cyclopes pernah wujud dizaman tamadun Rome,
*menurut Mereka Cyclopes ini adalah Makhluk gergasi bertubuh besar yang dilahirkan Hasil dari perhubungan Ibunya Dewi(GAIA )dan dewa (URANUS)
Dewi Gaia merupakan salah seorang dewi bumi dan Uranus merupakan dewa langit menurut kepercayaan Bangsa Rome 
*Menurut Homer(salah seorang Penyair Greeek)Cyclopes merupakan seorang pengembala haiwan ternakan dan ia  membesar dalam suasana yang keras dan penuh mencabar Bahkan lebih dari itu ,,
Cyclopes menjadikan daging Manusia sebagai makanannya.

*menurut Hesiod(salah seorang Penyair Greek)Cyclopes mempunyai kemampuan dalam mencipta sesuatu yang  luar biasa
seperti beliau  menciptakan Halilintar atau petir buat dewa Zeus

4-BANGSA JEPUN

menurut kepercayaan rakyat jepun 

(HITOTSUME KOZO)

*merupakan sosok tubuh bermata satu yang Damai atau mesra
*ia berpenampilan seperti Rahib-rahib Ahli ibadah
*kemunculannya bakal mengejutkan orang ramai
*Ia sentiasa membawa buku catatan
*ia akan berjalan di seluruh rumah yang ada dimuka bumi ini dan menentukan baik dan buruk amalnya tuan rumah yang diziarahinya
*ia akan mengumpulkan amal buruk orang yang ditemukannya dan mengangkatnya kepada dewa wabak toun kemudian diturunkan kepadanya kecelakaan 
*diantara adat budaya Bangsa jepun di Kanto,mereka membakar buku catatan diari mereka bagi mengelakkan nasib yang tidak baik

5-KAUM AMAZON BRAZIL

*Menurut kepercayaan suku Amazon di Brazil

(MAPINGUARI)Merupakan salah satu makhluk gergasi bermata satu yang pernah menempati kawasan Amazon Brazil

*menurut mereka Mapinguari Merupakan Makhluk yang sudah menemukan kunci kehidupan iaitu dengannya ia mampu untuk hidup kekal Berumur Panjang
*disebabkan Murka tuhan kepadanya,,dirinya disumpah dan ditukar menjadi Makhluk yang hodoh,,
*maka disini mula berbeza andaian dan pendapat mengenainya
*ada yang mengatakan ia merupakan makhluk yang malas bertubuh besar
*ada yang mengatakan tubuhnya besar berbulu bermata satu
*Yang sohih menurut mereka,
baunya ya Ampun,,tidak disenangi oleh sesiapa yang menghidunya
*Seseorang yang menemuinya oleh Hilang ingatan dan lupa segala apa yang difikirnya

6-AUSTRALIA

Menurut kepercayaan penduduk Australia

makhluk bermata satu ini bernama (PAPPANGWARE@PAPINGWARE)

*Ketinggiannya setinggi 6 meter 
*ada yang mengatakan ia memakan mayat manusia yang telah mati
*dan ia menyedut dan meminum darah orang yang sakit sehingga kering saluran darah mereka,,
*kemudian ia naik  ke atas langit seperti bintang lalu menurunkan wabak dan penyakit kepada manusia
*ia boleh membesar dan mengecil sehingga ia boleh masuk kedalam saluran darah manusia dan menghirup darahnya hingga keakhir titisan darah yang ada

7-TURKEY

-menurut kepercayaan bangsa turkey kuno

(TEPEGOZ)Merupakan sosok tubuh yang bermata satu
*Pada asalnya ada salah sebuah keluarga dari keluarga Khan Turkey telah mengambil Tepegoz bermata satu ini sebagai anak angkat dan tinggal bersama sama anak anaknya yang lain
*Apabila tepegoz ini semakin membesar,,baru Keluarga Khan ini perasan yang mereka tersilap dan melakukan kesalahan besar kerana menjadikan Tepegoz ini sebagai anak angkat,,
*Kemudian tidak beberapa lama selepas itu
Tepegoz ini memakan hidung,telinga dan tubuh badan adik beradik bukan saudara kandungnya yang lain,,
*Kemudian Tepegoz dihalau keluar dari rumah dan mulalah ia merayau ditengah kota menjadi Makhluk raksasa yang ganas
*semakin besar tubuhnya,,,semakin kejam jadinya

tidak kurang juga ada pendapat dari mereka yang berlainan agama dan Bangsa mengatakan ia adalah sejenis binatang yang pernah berjalanan diserata tempat di dunia dan dinama dengan nama 
(DEINOTHERIUM GIGANTEUM)
atau diterjemahkan dengan maksud
(Haiwan yang mengerikan)
ia mempunyai taring dibawah mulutnya seperti gajah,,
dengan ketinggian 5 meter
dan binatang ini telah pupus dalam jutaan tahun yang lampau,,
*dikatakan fossilnya pernah ditemukan dalam keadaan tengkoraknya menunjukkan binatang ini bermata satu,,

*Mereka membayangkan bahawa binatang
(Deinotherium giganteum) merupakan binatang yang ganas dan menakutkan serta melakukan banyak kerosakan dimuka bumi sebelum ia pupus
*tetapi dakwaan mereka ini tidak benar..kerana binatang ini merupakan binatang yang mesra tumbuhu tumbuhan,,bukan pemangsa seperti yang didakwakan..

wallaaahu a3lam
Macam macam yer andaian orang....

apa pun semoga kita semua terselamat dari Fitnah Dajjal yg kebanyakan nya tewas...
Aamiin ya rabbal Alamin...

Wednesday, 26 May 2021

Menunggu Hari Cerah

Kita ni ibarat orang yang kali pertama mengenal gajah diwaktu malam yang gelap gelita. 

Ada yang pegang belalai dan dia menganggap gajah itu panjang, ada yang pegang telinga dan menganggap gajah itu lebar dan ada yang pegang dibahagian2 lain dan bertanggapan itulah bentuk gajah berdasarkan apa yang dipegang.

Masing2 kata itulah gajah mengikut persepsi mereka dan masing2 kata pendapat orang lain adalah salah dan perlu dihukum kerana salahnya pendapat itu.

Apabila waktu telah cerah kita dapati gajah yang sebenar adalah lain dari apa yang kita anggap sebelum ini.

Tapi malangnya kita telah menghukum orang lain yang mempunyai pendapat yang separuh benar sepertimana pendapat kita juga yang tidak lah begitu benar.

Maka ada baiknya sebelum menghukum orang lain kita menunggu hari cerah bagi memastikan bagaimana rupa bentuk gajah yang sebenar.

Ini kerana jawapan yang betul masih lagi tergantung kerana kita masih didalam kegelapan.

Tuesday, 25 May 2021

Siapa yang lebih berjaya? PH, BN atau PN?

Al-Mu'minuun 23:1-11

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Monday, 24 May 2021

GEMPAR: SURAT KHAS SULTAN MUHAMMAD AL FATEH BUAT KESULTANAN ISLAM MELAKA



SURAT TERAHSIA MELAKA YANG DISEMBUNYIKAN PENJAJAH.

Tahun 1454 Masihi,surat ini sampai ke tangan Sultan Melaka.

"Dari hamba Allah, 
Penakluk Konstantinopel,
Sultan Mehmed II Al-Fatih Ibn 'Sultan Murad, 
Khalifah Empayar Uthmaniyyah, 
Amirul Mu'minin (Pemimpin Dunia Islam) 
Yang dianugerahkan Allah kekuatan,
Oleh orang yang telah mengajar Islam kepada kita ,setelah wafatnya junjungan mulia Muhammad SAW. 

Dengan berkah Allah Yang Maha Kuasa. Semoga Allah memberikan Empayar Khalifah sebagai keamanan dan kekuatan yang kekal untuk melindungi Empayar Umat Islam.

Kepada,

Hamba Allah, Sultan Al-Malayuwiyah (Melayu), 
Ketua Panglima bangsa Tak terkalah Bani Jawi (Jawi adalah julukan Arab untuk orang Melayu), 
Gabenor beragama Islam di Jauh Timur, 
Pemimpin masyarakat Al-Malayuwiyah yang telah disayangi dan dipuja oleh Nabi Muhammad SAW, 
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka Sultan Mansur Syah 'Al-Adil' (Hakim Yang Bijaksana), semoga Allah memberkati kamu selalu.

Pada hari ini tahun 1453M, Empayar Uthmaniyyah telah mencapai kemenangan terbesar sepanjang masa, ketika Dunia Islam telah merampas bandar Constantinople (Istanbul Hari ini), sebagaimana yang dinubuwahkan oleh Nabi Muhammad SAW yang dikasihi kita ratusan tahun yang lalu. 

Oleh itu, saya dengan rendah hati berharap bahawa anda akan menyertai kami dalam Perayaan untuk kemenangan hebat ini dan dengan harapan bahawa Kesultanan Melayu Melaka akan sentiasa menyokong Empayar Uthmaniyyah sebagai Wakil Allah di dunia ini, untuk melawan ketidakadilan dan kemungkaran kaum kafir dengan nama Allah Yang Maha Kuasa.

Saya juga dengan rendah hati berharap bahawa anda akan membawa bersama Laksamana terbaik anda yang namanya terkenal telah diterjemahkan secara meluas di setiap pelosok Asia. 
(Pemuda "X" yang berusia 22 tahun - Laksamana Muda Hang Tuah)

Saya ingin bertemu dengannya, seperti yang saya suka dan mengagumi dia, dan kerana Allah, saya akan menjadi orang paling beruntung di dunia jika saya berpeluang bertemu dengan 'Laksamana Hang Tuah Ibn Hang Mahmud' dari Melaka dengan mata kepala sendiri.

Semoga Allah memberikan damai dan keharmonian kepada Melaka.

Yang Benar,

Sultan Mehmed II Al-Fatih 
(Tulisan Tugra dengan Tandatangannya)
Sultan Empayar Uthmaniyyah "

Terjemahan Surat (Tulisan Turki) #SultanMuhammadAlFateh kepada Sultan Melaka & Panglima Perang Melayu ketika itu #HangTuah.
Tulisan tangan personel dari Sultan Al Fateh kepada Kerajaan Islam Melaka.

Melalui surat ini,Hang Tuah  terus ke Turki bersendirian (1454 Masihi) Sultan tak dapat hadir atas asbab tertentu dengan membawa bersama senjata utama Panglima Perang Islam Melaka,senjata yang paling halus & terperinci ditempa di Melaka iaitu Sundang dan Pedang Keris sebagai hadiah bagi mewakili kerajaan Sultan Melaka.

Penghargaan dan ucapan tahniah dari Kesultanan Islam Melaka kepada Khilafah Islam Kerajaan Al Fateh dan tenteranya menawan Konstatinopel .

Di sana beliau dipeluk oleh Sultan Muhammad Al Fateh,beliau menangis sambil membisikkan sesuatu...(Dirahsiakan hingga kini).Ketika itu ,Hang Tuah berumur 23 tahun, manakala Sultan Muhammad Al Fateh berusia 22 tahun.Darah muda yang benar-benar mengagumkan umat Islam dunia dan Nusantara hingga kini.

Hari ini pembuktian sejarah,ianya disimpan rapi (Muzium Topkapi,istanbul) sebagai hadiah paling Istimewa yang di wasiatkan khas kepada anak kandung Sultan Muhammad Al fateh (Beyazid).

Surat-surat balasan yangr ditulis oleh Sultan Mansur Syah dari Melaka kepada Sultan Mehmed II Al-Fatih, tahun 1454 AD, masih disimpan di Arkib dan Perpustakaan.

CnP Srikandi Melayu

Friday, 21 May 2021

Selat Melaka Dalam Bahaya


Hampir 2 minggu banyak ruang di media sosial memberitakan perkembangan serangan tentera Yahudi ke atas umat Islam di Masjidil Al Aqsa, begitu ramai netizen melahirkan emosi simpati terhadap rakyat Palastine serta kemarahan dan kebencian terhadap tentera Yahudi yang sememangnya terlalu extreme menyerang umat Islam Palastine.

Rasanya jika Palastine itu duduk nya seberang Selat Melaka, mungkin pejuang jihad kita telah turut sama berjuang, kita pernah lakukan di Bosnia atas permintaan Bangsa Bangsa Bersatu atau PBB, malang sekali ini di Palastine, PBB tidak bersuara! Kita tahu kenapa kan??

Kajian yang aku buat mengapa Palastine di serang pada waktu ini, membuat kan aku menulis catatan ini!

1. Apakah ianya satu diversion operation bagi mengcamoflage satu gerakan ketenteraan yang lebih besar? Perhatikan aktiviti berikut:- 

  a. Satu kumpulan perang atau battle group dari UK dengan sebuah Floattilla yang diketuai oleh kapal induk HMS QE 2, sedang dalam pelayaran ke Timur Jauh atau Far East.

 b. Satu lagi battle groups dari Australia yang diketuai juga oleh kapal induk HMAS MELBOURNE juga sedang dalam pegerakan ke Laut China Selatan.

 c. 2 Kumpulan battle group America sudah berada diperairan Filipina.

d. Satu lagi battle group America bersiap siaga di Okinawa Jepun.

e. Seluruh angkatan perang Taiwan kini didalam keadaan full battle readiness.

f. Kumpulan submarine dari Sekutu America termasuk France kini di perairan Filipina dan Taiwan.

g. Pihak UK dan Australia sedang menekan Malaysia supaya segera mengadakan latihan perang 5 negara dan meminta untuk mereka diberi kebenaran menggunakan BUTTERWORTH airbase!

h. Terdapat kehadiran beberapa DRONES penyerang America kini di TENGAH AIRBASE SINGAPORE. Juga di Taiwan dan Filipina. 

2. Kajian juga mendapati terdapat banyak battle indication yang sedang aktif di kawasan Korea Selatan, Jepun, Taiwan DAN ASEAN.

3. Apakah ini satu grand master plan oleh NEW WORLD ORDER? Perlu juga diambil kira NWO grand master adalah kumpulan Yahudi.

4. Kami amat perihatin dengan Palastine, kami juga concerned dengan perkembangan yang dinyatakan, too close to our home.

Memang rancangan NWO selepas menjatuhkan kerajaan MELAYU ISLAM Malaysia, mereka juga hendak menjatuhkan kerajaan Turkey dan mereka akan menguasai Indonesia, jadi tidak hairan mengapa USA mengarahkan hampir semua Syarikat mereka ke Indonesia! Begitu juga dengan Syarikat syarikat Allied mereka seperti Korean, Jepun dan Taiwan.

Jika mengambil kira analogi analisa ini, perlu kita fikirkan dimana kah future MAIN BATTLE ZONE sasaran NWO!

Fikir fikirkan!
#PATAHSAYAPAKUTERBANGUA #

#PATAHSAYAPAKUTERBANGUA

Tuesday, 18 May 2021

AUTISM DAN TENTERA ISRAEL



ADA fakta yang kita tak boleh nafikan tentang anak-anak autism. Mereka mempunyai banyak kelebihan yang kita tak tak tahu atau cuba untuk menafi serta menidakkannya.

Antara anugerah Tuhan pada mereka ini adalah kemampuan mereka untuk fokus serta mempunyai konsentrasi yang tinggi dalam satu-satu perkara.

Mereka cukup detail dan mempunyai ingatan yang tajam

Mereka juga lebih mengutamakan logik berbanding emosi dalam bertindak.

Disebabkan itu, Israel merekrut mereka untuk bertugas di bawah sebuah pasukan perisikan khas yang dikenali sebagai Unit 9900.

Unit 9900 ini tugas utama mereka adalah semua yang berkaitan dengan geografi termasuk bab-bab pemetaan, tafsiran kawasan, menganalisa foto-foto satelit etc.

Di sinilah Isreal 'mengambil kesempatan' terhadap anak-anak autism ini dengan mengambil dan menggajikan mereka untuk berkhidmat dalam unit berkenaan.

Kelebihan mereka duduk depan komputer lebih lapan jam mengkaji data-data, ketajaman membezakan walaupun sekecil perkara di atas gambar dan peta adalah satu perkara yang tak mungkin boleh dibuat oleh askar biasa dan di sinilah tentera Israel menggunakan 'kelebihan' insan-insan istimewa ini.

Untuk rekod, ramai manusia pintar di muka bumi ini adalah mereka yang austism....antaranya Albert Einstein, Bill Gates, Steve Jobs (sekadar menyebut beberapa nama)

Tetapi malang sekali dalam masyarakat kita, dalam berbicara tentang anak-anak istimewa, kita lebih 'mengagungkan' kelemahan mereka berbanding kelebihan yang mereka miliki.

Kita hanya pandai menggelarkan mereka 'insan istimewa' sedangkan hakikatnya kita hanya memandang mereka SEBELAH MATA.

Syahril A. Kadir

Friday, 14 May 2021

Situasi Terkini Konflik Palestin - Israel.

1.Ratusan keluarga rakyat Palestin mula meninggalkan rumah mereka di utara Semenanjung Gaza akibat pengeboman berterusan oleh pesawat pejuang tentera regim zionis Israel dikawasan tersebut. ( Gambar 1 )

2.Puluhan roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah pengkalan tentera udara Hastrem milik Israel di barat Beersheba. ( Gambar 3 ).

3.Siren amaran kedengan di timur Tel Aviv, Ashdod, Askelan, Modayin, Ramla, Al - Ladd, Ircon, Beit Arief, Bani Attarout, Tirat, Beit Nahmiah, Azar, Gatafi, Lakhish, Yavni, Matah, Knut, Kaqfar Mordechai, Lejid, Oneistan, Shutulim, Batsrut dan Hatsur akibat puluhan peluru berpandu yang dilancarkan dari Gaza.

4.Angka korban terkini rakyat Palestin telah meningkat kepada 109 orang termasuk 28 orang kanak - kanak dan 15 wanita serta lebih 621 yang cedera sebagaimana dilaporkan Kementerian Kesihatan Gaza akibat daripada hampir 1,000 sasaran tentera regim zionis Israel di Semenanjung Gaza.

5.Kuwait telah memulakan tabung untuk mengumpul USD 100 juta bagi pembangunan semula Gaza.

6.Tentera udara regim zionis Israel telah menyasarkan peluru berpandu terhadap Hospital Beit Hanoun yang berada di utara Semenanjung Gaza.

7.Tentera regim zionis Israel dilaporkan menembak peluru berpandu kepada sekumpulan wartawan yang sedang membuat liputan di utara Gaza dan mengakibatkan semua wartawan terbabit mengalami kecederaan.

8.Berlaku pertempuran sengit di antara anak muda Palestin dengan pendatang haram yahudi di bandar Al Ladd.

9.Kebakaran besar berlaku di bandar Ramla akibat peluru berpandu yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza. ( Gambar 2 )

10.Puluhan keluarga pendatang haram yahudi di bandar Al Ladd lari meninggalkan kediaman mereka setelah mendengar siren amaran akibat peluru berpandu yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

#ShameOnIsrael 
#IsraelKoyak

Thursday, 13 May 2021

Allahuakbar... Langit Israel dipenuhi Cahaya Peluru Berpandu

Seram sejuk baca cerita pertempuran israel -palestin. 

Semalam Israel mula  dgn lancarkan serangan ke Menara Hanadi, kem yarmouk di gaza iaitu penempatan keluarga2 palestin. 

Qassam balas balik dgn serangan ke atas ashkelon dan tel aviv. 130 peluru dilancarkan serentak. Langit tel aviv penuh dgn peluru qassam vs peluru pintasan Iron dome.

Banyak juga peluru yg dipintas oleh Iron Dome, tapi disebabkan strategi serangan nonstop oleh palestin, tak terpintas juga dek Iron Dome 

Rata- rata media israel terkejut dgn serangan balas ke atas tel aviv, IDF maklumkan mereka tak pernah melihat serangan dlm skala besar begini dlm sejarah ke atas israel 

Media israel menghentam IDF sbb salah strategi cari pasal dgn palestin kali ni.

Tel aviv dlm ketakutan, kucar kacir, siren berbunyi sepanjang malam. Semalam mereka sombong, bongkak menari melihat masjid aqsa terbakar 

Selang beberapa jam, Tel Aviv maklumkan Iron Dome dah tak berfungsi, Allahu Akbar!

Matawang israel jatuh 1.4% vs USD ketika diserang 

Penduduk Tel Aviv bertempiaran mencari perlindungan, kebakaran di merata tempat.

Pertempuran juga berlaku di Ramallah, rkyat palestin bangkit dan berarak beramai, menahan bas yg membawa tentera israel di Wadi Ara, sebuah balai polis israel juga diserang di Lod 

Tentera isreal cuba lancarkan serangan ke atas Masjid Al Aqsa, masuk melalui pintu Bab Al Silsila, lepas tu serang masjid al qibli pula. Tapi tak bertahan lama sebab pemuda2 palestin menyerang balas menyebabkan tentera israel terpaksa berundur 

Lepas tu stesen janakuasa pula berjaya diletupkan di ashkelon. Api boleh dilihat dr jarak 16km 

Tel aviv dilaporlan lumpuh , bekalan elektrik terputus akibat terkena serangan, kedai2 tutup, kebakaran masih kelihatan di byk tmpt 

Lepas tu, Datuk Bandar Lod pula maklumkan hilang kawalan ke atas bandar itu akibat serangan palestin dan terus lumpuh sepenuhnya beberapa jam selepas itu. 

Dasyat! 

Tak berapa lama, Lod diisytihar darurat. Penduduk israel di lod lari meninggalkan Lod.

Oleh Qareem Abdullah Jabbar

Wednesday, 12 May 2021

3 Cara untuk Melemahkan Nafsu Syahwat


1. Memutuskan keterikatan
Kita terikat kepada benda yang menguatkan nafsu syahwat. Maka, tidak boleh tidak, kita harus belajar memutuskan keterikatan itu. Misalnya, keterikatan kepada makanan diputus dengan berpuasa.

2. Memadamkan api

Sesungguhnya nafsu syahwat itu dapat berkobar dengan pandangan kepada hal-hal yang dapat memancing nafsu syahwat. Rasulullah SAW bersabda, "Pandangan itu adalah salah satu panah beracun dari panah-panah iblis." Menjaga pandangan dari hal-hal tercela, menjaga telinga dari ucapan-ucapan kotor, menjaga langkah kaki dari tempat-tempat yang haram, menjaga pikiran dari bacaan-bacaan yang tidak bermanfaat, merupakan langkah-langkah memadamkan api nafsu syahwat.

3. Mencari jalan yang halal
Setiap manusia tentu memiliki kebutuhan jasmaniah yang harus dipenuhi, baik makanan, pakaian, maupun pasangan. Maka semua itu dapat dipenuhi dengan menjaga diri dengan syari’at yang kuat, yakni mencari jalan yang halal atas setiap keperluan hidup.

​Inilah tiga jalan yang mampu melemahkan ejen ejen nafsu syahwat.

Langkah pertama seperti halnya memutuskan makanan bagi anjing yang ganas supaya ia lemah, lalu hilanglah kekuatannya. Langkah kedua mencegah anjing yang ganas itu agar tidak mencium bau hamis daging dan darah, sehingga perut sang haiwan tidak tergerak lantaran melihat dan mencium makanan kesukaannya. Langkah ketiga menghias diri dengan sesuatu yang sedikit, mencukupkan diri dengan yang halal, dari keperluan tabiat manusia.

Tuesday, 11 May 2021

Buanglah sifat sombong didalam hati

Sifat sombong dan angkuh memang seringkali melekat pada orang yang memiliki kelebihan di atas orang lain. Punya harta sedikit saja tapi sikapnya bisa berubah menjadi sombong yang luar biasa.


Padahal, selalu ada langit di atas langit. Belum lagi semua yang mampu dimilikinya namun sombongnya sudah melebihi lapisan langit pertama. 


Tak mungkin ada yang mampu memiliki kelebihan daripada apa yang Allah SWT punyai.


Oleh karena itu, kita harus menghindari sikap sombong dan angkuh dari diri kita.


Menjadi rendah hati adalah sesuatu yang lebih berharga kerana dengan sifat mulia dan terpuji tersebut Allah akan menyayangi kita.


Sifat ini tentu sangat tidak disukai oleh Allah, sebagimana tertulis dalam firman-Nya. 


“Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang menyombongkan diri.” (QS. An Nahl: 23). 


Begitupun Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam pernah bersabda tentang tempat terakhir orang-orang yang menyombongkan diri.


“Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong).“ 

(HR. Bukhari dan Muslim).


Sunday, 9 May 2021

Menjemput Rezeki dan Kebaikan

Kalau nak tangkap ayam, jangan dikejar nanti kita  penat dan ayam pun lari. Caranya, taburlah beras atau  makanan, nanti terkedek-kedek ayam datang. 

Begitulah rezeki, jika nak rezeki datang, bersedekahlah! Nanti rezeki akan datang menghampiri. Tambah lagi di bulan Ramadan yang ganjarannya melimpah ruah.

Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya kerana kupu-kupu pasti akan terbang. 

Tetapi, tanamlah bunga. Nescaya kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayapnya yang indah.

Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang, tetapi kawanan yang lain juga akan datang seperti lebah, pepatung, dan lainnya menambah warna warni keindahan. 

Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini. Ketika kita menginginkan kebahagiaan dan keuntungan, maka tanamlah kebaikan demi kebaikan, kejujuran demi kejujuran.

Maka kebahagiaan dan keuntungan akan datang sebagai anugerah langsung  dari Allah.

Marilah kita menyemai kebaikan dan amal soleh di bulan yang mulia ini.

Tuesday, 4 May 2021

Moga Doa ini Allah dengar


اللّهُمّ إلَيْك أَشْكُو ضَعْفَ قُوّتِي ، وَقِلّةَ حِيلَتِي ، وَهَوَانِي عَلَى النّاسِ، يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِينَ ! أَنْتَ رَبّ الْمُسْتَضْعَفِينَ وَأَنْتَ رَبّي ، إلَى مَنْ تَكِلُنِي ؟ إلَى بَعِيدٍ يَتَجَهّمُنِي ؟ أَمْ إلَى عَدُوّ مَلّكْتَهُ أَمْرِي ؟ إنْ لَمْ يَكُنْ بِك عَلَيّ غَضَبٌ فَلَا أُبَالِي ، وَلَكِنّ عَافِيَتَك هِيَ أَوْسَعُ لِي ، أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِك الّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظّلُمَاتُ وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدّنْيَا وَالْآخِرَةِ مِنْ أَنْ تُنْزِلَ بِي غَضَبَك  أَوْ يَحِلّ عَلَيّ سُخْطُكَ، لَك الْعُتْبَى حَتّى تَرْضَى وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوّةَ إلّا بِك Allahuma Ya Allah, kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku, kekurangan daya upayaku di hadapan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha rahim, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Tuhan pelindungku. Kepada siapa hendak Engkau serahkan nasibku? Kepada orang jauhkah yang berwajah muram kepadaku atau kepada musuh yang akan menguasai diriku? Asalkan Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli sebab sungguh luas kenikmatan yang Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung kepada nur wajah-Mu yang menyinari kegelapan dan karena itu yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat dari kemurkaan-Mu dan yang akan Engkau timpakan kepadaku. Kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau ridha kepadaku. Dan, tiada daya upaya melainkan dengan kehendak-Mu


Sunday, 2 May 2021

BANDUAN DULU DAN SEKARANG

BANDUAN DULU²
A : Wei Mat kau masuk sini ape kes..??
B : Kantoi rompak bank.
A : Kau pulak..?? Ape hal kau buat..?
C : Gua cabul org baiii. Lu pehal tanyer² gua..? Pehal lu dok dalam ni..???
A : Bunuh orang

BANDUAN 2021
A : Wei Mat kau masuk sini ape kes..??
B : Jual burger bang. 
A : Haa kau pulak..??
C : Gua tak scan My Sejahtera baiii. Lu pehal tanyer² gua..? Pehal lu dok dalam ni..???
A : Aku buat bende haram.
C : Cincau lu. Bende apa lu sudah bikin..???
A : Aku balik kampung.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...