Thursday, 1 October 2020

Ketuanan bumiputera vs ketuanan Cina Sabah

Tersenyum saya membaca komen ultra kiasu, akan tidak ada wakil Cina dalam barisan kabinet Sabah selepas PRN baru-baru ini. NGO ultra kiasu menggesa GRS meletakkan wakil Cina dalam kabinet Sabah. 

Dasar muka tak tahu malu. Cina langsung tidak undi GRS, tiba-tiba kamu minta wakil Cina. Sudah pergi cari DAP, buat apa kamu cari GRS. 

Saya nak tanya ultra kiasu Hua Zong, sejak bila masyarakat Cina terabai dalam keadaan dia tidak ada wakil?

Di Negeri Kelantan dan Terengganu, mana ada wakil Cina dalam kabinet, tetapi kamu tengok macam kerajaan Islam layan minoriti di sana. Ibarat menatang minyak yang penuh. Pernah kamu dengar orang Cina atau orang Siam kena jentik di Kelantan. Tak ada. Tahu kenapa?

Jawapan mudah, kerana Islam atau yang diterajui orang Islam, dilarang sama sekali menganiayai bukan Islam, tidak kira bangsa apa. Berdosa, tak masuk syurga kami jika berlaku zalim kepada bukan Islam, terutama bukan Islam yang baik-baik dan tidak ultra kiasu. Faham kamu!

Sepatutnya, oleh kerana kamu tidak mengundi GRS, mereka akan membalas dendam terhadap kamu, tetapi itu bukan sifat orang Islam. Faham. 

Sudahlah ultra kiasu, sudahlah kamu tidak mengundi GRS, tiba-tiba kamu nak lebih daripada itu. Kepada para pembaca sekalian, faham atau tidak sifat ultra kiasu yang saya labelkan selama ini. Sebab itu, bila saya labelkan puak-puak ini ada sebab. 

Sedarlah ultra kiasu, apa yang kamu tanam, itulah yang kamu tuai.

Berkali-kali telah kuingatkan akan kebobrokan ultra kiasu, mereka juga yang kamu pilih. Kamu rasalah ultra kiasu. Apa yang saya nak sebutkan, dengan undi orang Islam dan Bumiputera,  sudah cukup untuk mengajar kamu. Sudah cukup untuk memenangkan Sabah. 

Keadaan ini akan turut berlaku di Semenanjung nanti. Dalam PRU15 nanti, percayalah,  jika umat Islam bersatu. Kamu akan terima akibatnya. Sebab itulah MCA mahu bertenggek bertanding kawasan majoriti Melayu. 

Cuba bayangkan, kalaulah MCA itu hendaklah dijadikan wakil Cina dalam PRN Sabah, MCA bertanding empat kerusi kawasan majoriti Cina menentang DAP. Empat DUN ialah Karamunting, Likas, Elopura dan Kapayan. 

Tiga DUN menyaksikan pertembungan dengan DAP di Elopura, Kapayan dan Likas. Sementara di DUN Karamunting berlaku partandingan dengan Warisan. MCA tewas semua kerusi ditandingi. Lebih teruk lagi, calon MCA di DUN Likas hilang wang deposit. Lihat betapa solidnya undi Cina kepada ultra kiasu DAP. Masih buta?

Iktibar daripada PRN Sabah ini, sudah tentu ultra kiasu MCA kecut perut untuk berhadapan dengan ultra kiasu DAP di kawasan majoriti Cina Semenanjung. MCA akan menagih simpati kerusi majoriti Melayu di Semenanjung dalam PRU 15.

Persoalannya, adakah PN atau MN (PAS dan UMNO) akan sekali lagi memberi laluan dan menggadaikan kerusi majoriti Melayu kepada MCA? Jika itulah yang berlaku, kita menjadi orang yang teramat bodoh. 

Sampaikan pesan saya kepada MCA, jika kamu benar-benar parti Cina yang ada nama Cina, berbanding DAP, pastikan kamu boleh menang bertanding melawan DAP. Dalam kata lain, biar Cina lawan sesama mereka atau Cina lawan Cina.

Jika ultra kiasu MCA boleh menang, kamu layak untuk mendapat wakil dan kerusi kabinet. Jika tidak, tidak perlulah nak tunjuk baik sangat untuk beri kerusi wakil kabinet kepada mereka.

Jangan dengar desakan Hua Zong, kerana tanpa wakil mereka dalam kabinet, bisnes mereka tetap berjalan seperti biasa. Orang Melayu atau bumiputera tetap pergi ke kedai Cina atau membeli barang Cina untuk memenuhi keperluan harian. 

Desakan Hua Zong hanya untuk memenuhi tuntutan ultra kiasu mereka. Hakikatnya, nasib orang Cina dan minoriti lain tetap terbela dalam kepemimpinan orang Islam.

Saya sendiri adalah orang Cina, saya tidak pernah membenci bangsa Cina, kerana Cina itu adalah makhluk ciptaan Allah sama seperti bangsa lain. Tetapi saya tidak boleh terima sikap ultra kiasu kamu yang sentiasa mengambil kesempatan hasil daripada kelemahan orang lain.

Redhuan Tee Abdullah

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...