Monday, 26 October 2020

Bagaimana wang digital Perkayakan Bank

Kepada mereka2 yg bertanya, bagaimana Rothschild buat duit dgn sistem riba?

Mengapa Rothschild boleh memerintah dunia, cipta perang dan perhambakan umat manusia melalui bank??

Mengapa matawang kita semakin susut?

Pencerahan... 
Fractional Reserve System (FRS) adalah sistem Roth (riba), dimana bank di seluruh dunia mencipta duit. Duit kita bukan lagi disandarkan dgn 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tak disandarkan dgn apa2 lagi. Ianya di panggil duit fiat - duit yg dihasilkan atas persetujuan kuasa2 tertentu.

Semakin byk duit dicetak, smakin jatuh nilai duit trsebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dgn peningkatan inflasi. Smakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin.

Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini. Apa yg nak diterangkan ini, tak diajar disekolah dan di universiti, bahkan orang2 besar bank pon kebanyakan tak tahu sistem ini. 

Kita imagine di Malaysia ini ada satu bank sahaja utk memudahkan penyampaian. . Ikut turutan nombor yg disediakan;

(1) Ali ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis ''Ali dah deposit RM1000 ke dalam bank.'' Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Alil di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kpd org yg memerlukan.

(2) (3) & (4). Abu membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Abu pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Abu secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Abu mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Abu di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kpd org yg memerlukan.

(5), (6) & (7) Apa yg berlaku kepada Abu, sama berlaku kpd Hillary & Shahrul. Sehingga (8) pihak bank memutuskan utk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kpd org seterusnya (memudahkan cerita).

(9) Jika diperhatikan dgn teliti di dalam kotak hitam (Reserve Bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yg Ali masukkan ke dalam bank.

Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Ali, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729).

Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.

(10) Itu kalau kita stop sampai Shahrul sahaja. Kalau kita teruskan lagi dgn bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Smakin byk duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang jadi semakin mahal. Bank adalah institusi paling kejam di dunia, tapi jauh lebih kejam kalau kita sendiri yg menyokong sistem ini.

Jgn sesekali kita redha dgn sistem ini..

Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dgn bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah. 

TAK PERCAYA?? apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yg akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit2 dlm buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit,  tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak. Kerana barangan komoditi ini tak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. 

Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada bank. Percaya, Allah sentiasa bersama kita.

Rasulullah saw bersabda "Akan datang satu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak)."(Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).

Friday, 23 October 2020

Malaysia Darurat?

Kabinet bersetuju dengan pelaksanaan "darurat" bagi menangani penularan Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.


15 SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN DARURAT

Masih belum tenang suasana politik negara. Kita doakan moga yang dikatakan “gencatan politik” tiba jua dan sekali gus menjadi penamat kepada bahang panas keadaan semasa.

Kita doakan yang baik-baik untuk semua.


Pada paparan kali ini saya mahu berkongsi beberapa fakta perundangan berkenaan DARURAT. Saya mengambil tajuk ini kerana DARURAT mula menjadi bualan dan cakap-cakap dalam media dan saya juga sering ditanya tentangnya oleh media. 


Di bawah adalah 15 soalan dan jawapan saya berkaitan DARURAT. Mungkin akan ada soalan lain selepas ini, dan saya akan cuba berkongsi pandangan kemudian nanti. 


Selamat membaca, moga bermanfaat.


Soalan 1

Apakah maksud darurat 


Jawapan:

Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.


Soalan 2

Apakah kesan pengisytiharan darurat


Jawapan:

Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif. Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharakan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara. Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.


Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri 

atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).


Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya.

 

Soalan 3

Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan


Jawapan:

Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. 


Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat. 


Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.  


Soalan 4

Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat 


Jawapan:


Yang di-Pertuan Agong boleh  mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud. 


Dibawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku. 


Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas

i. Keselamatan negara; atau

ii. Kehidupan ekonomi; atau

iii. Ketenteraman awam


Soalan 5 

Bilakah dan Dimanakah darurat boleh diisytiharkan


Jawapan: 

Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa parlimen bubar. Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.


Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).


Soalan 6

Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri


Jawapan: 

Pegisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia). Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Walaubagaiamana pun, persoalan timbul ialah, adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri?

Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”. 

Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam Bahasa Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat. 


Beberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini.  


Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati. Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge…”


Walaubagaimana pun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah Menteri. Ini adalah kedudukan undang-undang yang disepakati. Lord Diplock menyatakan:


“Although this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet. So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question”.


Justeru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri.


Soalan 7

Adakah Keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (justiciable)


Jawapan:

Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of not he should have been satisfied”. Maksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong.


Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman sama. Hakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan minoriti. Beliau menyatakan, 

“His Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the Federal Constitution provides that “in the exercise of his function under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet…Article 150 specifically provide that the emergency must be one ‘whereby the security or economic life of the Federation or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not meaningless verbiage….Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy”  


Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik kerana baginda bertindak atas nasihat. Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan kehidupan ekonomi. Perkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur.


Keputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adala juga menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak oleh mahkamah. Selepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan di bawah Perkara 150. Hal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan: 

 Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini – 

(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan 


(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan


(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1):


(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;


(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau


(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.


Walaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah.


Soalan 8

Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat


Jawapan:

Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan. 


Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A). 


Soalan 9

Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat


Jawapan:

Yang di-Pertuan Agong boleh boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.


Soalan 10

Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat


Jawapan: 

Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. Ini disebut dalam Perkara 150(2B). 


Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.


Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen. Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung. 


Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh).


Soalan 11

Adakah parlimen boleh membuat undang-undang semasa darurat


Jawapan:

Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan. Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. 


Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan, “The true effect of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein, Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution (including the provisions on fundamental liberties) are involved”.


Fasal (2C) Perkara 150 menyatakan “…Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaku diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh dalam mana-mana satu Majlis Parlimen”. Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang.


Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak. Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (Lihat 150(6A)).


Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak.


Soalan 12

Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat


Jawapan:

Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen. Ia boleh berkesan sehingga dibatalkan. Setelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen. 


Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa Proklamasi darurat atau Ordinan. 


Bahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama atau atas sebab yang berbeza).


Soalan 13

Bolehkah Yang di-Pertuan Agong membuat Ordinan Perbekalan (Bajet) 


Jawapan: 

Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana baginda boleh,  sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak, maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian. 


Namun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak. Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen. (Lihat Perkara 150(2) dan (3))


Soalan 14

Bilakah Darurat akan Berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir


Jawapan:

Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa. 


Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) … hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi…” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.  


Kes The Cheng Poh menyatakan, 

The power to revoke, however, like the power to issue a proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In their Lordships' view, a proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force.


Soalan 15

Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir


Jawapan:

Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa. Maksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir.  (Lihat Perkara 150(7)).

Saturday, 17 October 2020

Tiba tiba nama KuLi melonjak menjadi calon PM

Siapa sangka setelah nama KuLi kembali berada didalam senarai calon Perdana Menteri maka berpusu pusulah ahli ahli politik menyampaikan sokongan kepada beliau.

Sebelum ini nama KuLi dianggap sebagai sebagai orang lama yang tidak dipandang pun oleh parti parti politik.

Ramai orang lebih gemar menyebut nama nama seperti Anwar, Najib malah Tun Mahathir sebagai pengganti kepada Muhyidin Yassin.

Tiba tiba juga lahir perbagai kempen didalam youtube memuat naik jasa jasa KuLi kepada negara.

Dan ini pastinya KuLi sudah mempunyai satu team media yang benar benar tersusun. Ini amat berbeza dengan cara KuLi sebelum ini yang bertanding jawatan Presiden umno dan kalah teruk.

Negara kini semakin hiruk pikuk dengan pelbagai alasan dari perbagai parti untuk menghalalkan mereka merebut jawatan.

Namun begitu kesemua alasan mereka lebih kepada agenda peribadi dan tidak menampakkan keikhlasan dalam menyelamatkan negara dan rakyat.

Untuk memilih Perdana Menteri yang terbaik di akhir zaman ini adalah satu perkara mustahil. Ini kerana kesemua calon perdana menteri tidak begitu jelas dalam sisi perjuangan kepada Agama.

Ini menampakkan sedikit kecacatan kepada calon calon perdana menteri.

Malah KuLi agak diragui halatuju beliau dalam mentadbir negara kerana hubungan baiknya dengan keluarga Rothchild dimana merupakan pencatur kewangan dunia dalam menjatuhkan negara negara Islam.

Monday, 12 October 2020

PKPB dua minggu di seluruh Sabah bermula tengah malam ini

PKPB dua minggu di Selangor Putrajaya dan Kuala Lumpur bermula hari Rabu.

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak 
dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas 
daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat 
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk 
membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan 
kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan 
pusat rekreasi adalah ditutup.
• Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah 
DITUTUP.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis 
perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan 
perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih 
dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Thursday, 1 October 2020

Ketuanan bumiputera vs ketuanan Cina Sabah

Tersenyum saya membaca komen ultra kiasu, akan tidak ada wakil Cina dalam barisan kabinet Sabah selepas PRN baru-baru ini. NGO ultra kiasu menggesa GRS meletakkan wakil Cina dalam kabinet Sabah. 

Dasar muka tak tahu malu. Cina langsung tidak undi GRS, tiba-tiba kamu minta wakil Cina. Sudah pergi cari DAP, buat apa kamu cari GRS. 

Saya nak tanya ultra kiasu Hua Zong, sejak bila masyarakat Cina terabai dalam keadaan dia tidak ada wakil?

Di Negeri Kelantan dan Terengganu, mana ada wakil Cina dalam kabinet, tetapi kamu tengok macam kerajaan Islam layan minoriti di sana. Ibarat menatang minyak yang penuh. Pernah kamu dengar orang Cina atau orang Siam kena jentik di Kelantan. Tak ada. Tahu kenapa?

Jawapan mudah, kerana Islam atau yang diterajui orang Islam, dilarang sama sekali menganiayai bukan Islam, tidak kira bangsa apa. Berdosa, tak masuk syurga kami jika berlaku zalim kepada bukan Islam, terutama bukan Islam yang baik-baik dan tidak ultra kiasu. Faham kamu!

Sepatutnya, oleh kerana kamu tidak mengundi GRS, mereka akan membalas dendam terhadap kamu, tetapi itu bukan sifat orang Islam. Faham. 

Sudahlah ultra kiasu, sudahlah kamu tidak mengundi GRS, tiba-tiba kamu nak lebih daripada itu. Kepada para pembaca sekalian, faham atau tidak sifat ultra kiasu yang saya labelkan selama ini. Sebab itu, bila saya labelkan puak-puak ini ada sebab. 

Sedarlah ultra kiasu, apa yang kamu tanam, itulah yang kamu tuai.

Berkali-kali telah kuingatkan akan kebobrokan ultra kiasu, mereka juga yang kamu pilih. Kamu rasalah ultra kiasu. Apa yang saya nak sebutkan, dengan undi orang Islam dan Bumiputera,  sudah cukup untuk mengajar kamu. Sudah cukup untuk memenangkan Sabah. 

Keadaan ini akan turut berlaku di Semenanjung nanti. Dalam PRU15 nanti, percayalah,  jika umat Islam bersatu. Kamu akan terima akibatnya. Sebab itulah MCA mahu bertenggek bertanding kawasan majoriti Melayu. 

Cuba bayangkan, kalaulah MCA itu hendaklah dijadikan wakil Cina dalam PRN Sabah, MCA bertanding empat kerusi kawasan majoriti Cina menentang DAP. Empat DUN ialah Karamunting, Likas, Elopura dan Kapayan. 

Tiga DUN menyaksikan pertembungan dengan DAP di Elopura, Kapayan dan Likas. Sementara di DUN Karamunting berlaku partandingan dengan Warisan. MCA tewas semua kerusi ditandingi. Lebih teruk lagi, calon MCA di DUN Likas hilang wang deposit. Lihat betapa solidnya undi Cina kepada ultra kiasu DAP. Masih buta?

Iktibar daripada PRN Sabah ini, sudah tentu ultra kiasu MCA kecut perut untuk berhadapan dengan ultra kiasu DAP di kawasan majoriti Cina Semenanjung. MCA akan menagih simpati kerusi majoriti Melayu di Semenanjung dalam PRU 15.

Persoalannya, adakah PN atau MN (PAS dan UMNO) akan sekali lagi memberi laluan dan menggadaikan kerusi majoriti Melayu kepada MCA? Jika itulah yang berlaku, kita menjadi orang yang teramat bodoh. 

Sampaikan pesan saya kepada MCA, jika kamu benar-benar parti Cina yang ada nama Cina, berbanding DAP, pastikan kamu boleh menang bertanding melawan DAP. Dalam kata lain, biar Cina lawan sesama mereka atau Cina lawan Cina.

Jika ultra kiasu MCA boleh menang, kamu layak untuk mendapat wakil dan kerusi kabinet. Jika tidak, tidak perlulah nak tunjuk baik sangat untuk beri kerusi wakil kabinet kepada mereka.

Jangan dengar desakan Hua Zong, kerana tanpa wakil mereka dalam kabinet, bisnes mereka tetap berjalan seperti biasa. Orang Melayu atau bumiputera tetap pergi ke kedai Cina atau membeli barang Cina untuk memenuhi keperluan harian. 

Desakan Hua Zong hanya untuk memenuhi tuntutan ultra kiasu mereka. Hakikatnya, nasib orang Cina dan minoriti lain tetap terbela dalam kepemimpinan orang Islam.

Saya sendiri adalah orang Cina, saya tidak pernah membenci bangsa Cina, kerana Cina itu adalah makhluk ciptaan Allah sama seperti bangsa lain. Tetapi saya tidak boleh terima sikap ultra kiasu kamu yang sentiasa mengambil kesempatan hasil daripada kelemahan orang lain.

Redhuan Tee Abdullah

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...