Nampaknya orang melayu bukan sahaja di patuk ular di lubang yang sama berkali kali sejak merdeka malah dimana sahaja ada lubang di situ lah ada ular.
Yang paling sialnya takde lubang pun ular tetap nak mematuk.
Orang melayu agak bernasib malang kerana pemimpin mereka tidak mampu untuk pertahankan nasib bangsa mereka sendiri.
Kepura puraan untuk berjuang hanya tidak lebih untuk merebut kuasa dan pengaruh semata mata.
Agak menyedihkan sudah beberapa purnama apa yang kita lihat hanyalah isu kasut hitam, pengharaman merokok di kedai makan dan yang terkini adalah persengkaan kaum antara india dan melayu pula.
Diwaktu umno memerintah di momokkan persengketaan cina dan melayu.
Nampaknya kerajaan baru telah menukar tektikal kepada memilih kaum india pula untuk di acu kan dengan kaum melayu.
Tiada perbezaan nampaknya diantara 2 kerajaan ini.
Nampak seperti sia sia sahaja pengorbanan rakyat untuk menukar kerajaan.
Kerajaan baru terlebih sibuk kepada jawatan mereka hingga tidak memikirkan rakyat yang dihenyak dengan kos sara hidup.
Kita tidak begitu pedulikan dengan umur kerajaan yang dikatakan masih terlalu baru ini tapi rakyat merasa hairan bagaimana perdana menteri yang telah berpengalaman 22 tahun memerintah negara dilihat gagal untuk menguruskan kabinetnya dengan baik.
Rakyat sudah membantu pakatan harapan untuk menduduki putra jaya.
Rakyat juga telah menyumbangkan sumbangan tabung harapan untuk membayar hutang negara.
Apa lagi yang kamu mahukan?
Apa yang kamu lakukan untuk rakyat pula?
Kita tidak pertikaikan pemimpin kaum india dan kaum cina.
Kita puji mereka kerana mampu perjuangkan hak kaum mereka.
Yang kita pertikaikan adalah pemimpin melayu.
Apa yang kamu sedang buat?
Kita hamba rakyat jelata dibawah masih kais pagi makan pagi tapi para bangsatwan diatas bersebok sebokkan menguatkan pengaruh dan berebut jawatan.
Sebutkan saja parti mana yang tidak berantakan. Hampir kesemuanya masih sibuk mengukuhkan cengkaman pengaruh masing masing.
Rakyat pula masih terkial kial mencari peluang rezeki.
Nokharam betul la...
No comments:
Post a Comment