Monday, 29 January 2018

Kuasa Melayu bukan untuk rompak rakyat, kata Dr Mahathir

MELAYU tidak akan hilang kuasa di negara ini sekiranya mereka memilih orang yang tiada sejarah mencuri duit, kata Dr Mahathir Mohamad yang merujuk kepada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan itu berkata, sekiranya "kuasa Melayu" digunakan untuk meminjam 42 bilion kemudian hilangkannya, rakyat Malaysia berhak untuk ubah kuasa itu.

"Tetapi apabila kita tahu orang yang berkuasa itu menyalahgunakan kuasanya, jadi sudah sampai masanya dia digantikan. Kuasa mesti digunakan sebaik mungkin. Ia mesti mengikut undang-undang dan prosedur yang betul.

"Sekiranya kuasa Melayu adalah untuk hilangkan duit, adakah kita patut kekalkan kuasa Melayu itu? Kita ada pilihan.

"Kuasa Melayu tidak akan hilang sekiranya kita memilih seseorang yang tiada sejarah mencuri duit," kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab pada program "Policy Talks" Pakatan Harapan di Facebook hari ini.

Perdana Menteri Najib semalam memberitahu pelabur bahawa kegagalan 1MDB digunakan sebagai peluru politik terhadap kerajaan.

Selepas mengakui 1MDB mempunyai masalah, Najib memberi alasan itu sebabnya mengapa beliau "mengarahkan satu siasatan yang komprehensif dan terperinci dijalankan".

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata sejak skandal 1MDB terdedah, Malaysia kini dikenali sebagai kerajaan kleptokrat di seluruh dunia kerana ia ditadbir oleh penyangak.

"Tiada masalah ini sebelum ini, menuduh kita ditadbir penyangak, bila pergi ke luar negara, mereka pandang tinggi pada Malaysia dan kagum dengan pembangunan Malaysia," kata Dr Mahathir.

Katanya, kini kerajaan berdepan dengan masalah seperti kekurangan peluang pekerjaan untuk graduan, biasiswa, dan lesen pekerjaan, yang mana ia berbeza dengan kerajaan di bawah pentadbirannya sebelum ini.

"Kerajaan kini berbeza dengan kerajaan dulu, kerajaan sekarang yang pinjam berbilion ringgit dan hilangkan duit itu.

"Ini adalah realiti, dan tidak boleh disembunyikan oleh (Peguam Negara Mohamed) Apandi (Ali) atau mana-mana pihak," katanya.

Masalah 1MDB disifatkan oleh peguam negara Amerika Syarikat Jeff Sessions sebagai "kleptokrasi paling teruk" pada satu Forum Global mengenai Perlindungan Aset.

Dr Mahathir menambah, PH akan fokus untuk mengagihkan kekayaan negara secara adil kerana pembangkang mempunyai parti yang akan menjaga keperluan Melayu.

"Jadi jangan ingat sekarang dengan sebelum ini sama, yang kerajaan dulu dan kini sama atau mana-mana yang kita polih adalah sama, kita boleh boikotnya," kata Dr Mahathir.

Jadi, fikir dalam-dalam, sekiranya kita mahu perbaiki masalah yang saya sebutkan," katanya.

Pada 2016 DoJ berkata kira-kira AS$731 juta disalurkan ke akaun peribadi Malaysian Official No. 1 (MO1).

DoJ bagaimanapun tidak menyebut nama Najib tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan kemudian mengesahkan bahawa MO1 dalah perdana menteri.

DoJ turut memfailkan saman sivil untuk merampas lebih AS$1 bilion dalam bentuk hartanah, hak penyiaran dan aset lain.

Ia kemudiannya melancarkan siasatan jenayah tahun lalu dan menangguhkan saman sivil.

Sumber | Kredit : The Malaysian Insight

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...