Monday, 29 January 2018

Kuasa Melayu bukan untuk rompak rakyat, kata Dr Mahathir

MELAYU tidak akan hilang kuasa di negara ini sekiranya mereka memilih orang yang tiada sejarah mencuri duit, kata Dr Mahathir Mohamad yang merujuk kepada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan itu berkata, sekiranya "kuasa Melayu" digunakan untuk meminjam 42 bilion kemudian hilangkannya, rakyat Malaysia berhak untuk ubah kuasa itu.

"Tetapi apabila kita tahu orang yang berkuasa itu menyalahgunakan kuasanya, jadi sudah sampai masanya dia digantikan. Kuasa mesti digunakan sebaik mungkin. Ia mesti mengikut undang-undang dan prosedur yang betul.

"Sekiranya kuasa Melayu adalah untuk hilangkan duit, adakah kita patut kekalkan kuasa Melayu itu? Kita ada pilihan.

"Kuasa Melayu tidak akan hilang sekiranya kita memilih seseorang yang tiada sejarah mencuri duit," kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab pada program "Policy Talks" Pakatan Harapan di Facebook hari ini.

Perdana Menteri Najib semalam memberitahu pelabur bahawa kegagalan 1MDB digunakan sebagai peluru politik terhadap kerajaan.

Selepas mengakui 1MDB mempunyai masalah, Najib memberi alasan itu sebabnya mengapa beliau "mengarahkan satu siasatan yang komprehensif dan terperinci dijalankan".

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata sejak skandal 1MDB terdedah, Malaysia kini dikenali sebagai kerajaan kleptokrat di seluruh dunia kerana ia ditadbir oleh penyangak.

"Tiada masalah ini sebelum ini, menuduh kita ditadbir penyangak, bila pergi ke luar negara, mereka pandang tinggi pada Malaysia dan kagum dengan pembangunan Malaysia," kata Dr Mahathir.

Katanya, kini kerajaan berdepan dengan masalah seperti kekurangan peluang pekerjaan untuk graduan, biasiswa, dan lesen pekerjaan, yang mana ia berbeza dengan kerajaan di bawah pentadbirannya sebelum ini.

"Kerajaan kini berbeza dengan kerajaan dulu, kerajaan sekarang yang pinjam berbilion ringgit dan hilangkan duit itu.

"Ini adalah realiti, dan tidak boleh disembunyikan oleh (Peguam Negara Mohamed) Apandi (Ali) atau mana-mana pihak," katanya.

Masalah 1MDB disifatkan oleh peguam negara Amerika Syarikat Jeff Sessions sebagai "kleptokrasi paling teruk" pada satu Forum Global mengenai Perlindungan Aset.

Dr Mahathir menambah, PH akan fokus untuk mengagihkan kekayaan negara secara adil kerana pembangkang mempunyai parti yang akan menjaga keperluan Melayu.

"Jadi jangan ingat sekarang dengan sebelum ini sama, yang kerajaan dulu dan kini sama atau mana-mana yang kita polih adalah sama, kita boleh boikotnya," kata Dr Mahathir.

Jadi, fikir dalam-dalam, sekiranya kita mahu perbaiki masalah yang saya sebutkan," katanya.

Pada 2016 DoJ berkata kira-kira AS$731 juta disalurkan ke akaun peribadi Malaysian Official No. 1 (MO1).

DoJ bagaimanapun tidak menyebut nama Najib tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan kemudian mengesahkan bahawa MO1 dalah perdana menteri.

DoJ turut memfailkan saman sivil untuk merampas lebih AS$1 bilion dalam bentuk hartanah, hak penyiaran dan aset lain.

Ia kemudiannya melancarkan siasatan jenayah tahun lalu dan menangguhkan saman sivil.

Sumber | Kredit : The Malaysian Insight

Friday, 26 January 2018

TANAH BESAR CHINA TELAH MULAKAN Proses MENJAJAH MALAYSIA

1). BANGUN semua bangsa MALAYSIA; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun, dll warganegara Malaysia.. SILA dengar n tonton video ini n BERTINDAK SEGERA SEBELUM terlewat...

2). CHINA target PEMIMPIN yg korup n kleptokrat untuk TERUS dirasuah, n akhirnya MALAYSIA akan TERGADAI...

3). Kini PETANDA telah JELAS n NYATA. Lihat sekeliling kita, dari Johor, Pahang, Melaka n seluruh Malaysia. *(Projek CHINA merata-rata* Ini SERANGAN awal MEREKA ke atas Malaysia)...

4). BANGUN SEKARANG wahai bangsaku, warga Malaysia; *Hapuskan Kleptokrasi SEBELUM terlambat*. 

5). *PRU 14 SATU-SATUNYA peluang terakhir yg KITA ADA*.. CHINA kini PERGUNAKAN pemimpin kleptokrat untuk capai tujuan penjajahan ke atas Malaysia..

Maka, SELEPAS PRU 14, jika kleptokrat TERUS berkuasa, segalanya telah TERLAMBAT spt negara lain yg TELAH tergadai spt Pakistan, Myanmar, Sri Lanka, Negara-negara Afrika dll..

6) Ini ANCAMAN REAL, NYATA n HAKIKAT yg datangnya dari TANAH BESAR CHINA. Bukan Kaum Cina Warga Malaysia TAPI CINA komunis dari TANAH BESAR CHINA yg kini TELAH memulakan proses penjajahan ke atas Malaysia....

7). Jangan ambil mudah. BANGUN n bertindak SEGERA. Paling kurang tularkan video ini.

8). JIKA ada WARGA NEGARA Malaysia yg TIDAK GERUN selepas mendengar video ini, ertinya dia *TELAH MATI* sebelum RUHnya tercabut pada hakikatnya...

*BANGUN BANGUN BANGUN BANGUN wahai WARGA Malaysia*

Syabas diucapkan pada kerajaan Barisan Nasional (BN) yg memerintah kerana byk assets kepentingan negara diserahkan kepada Negara China Komunis. DAP tergelak beso.

1. *MALACCA GATEWAY* - China

2. *JOHOR ISKANDAR DEV* -China

3. *FOREST CITY* -China

4. *CAREY ISLAND*-China

5. *EAST COST RAIL LINK*-China

6. *BANDAR MALAYSIA*-China

7. *HIGH SPEED RAIL HSR*-China

8. *IMPRESSION MALACCA*- China

9. *EDRA ENERGY*- China

10. *SUTERA HARBOR KK*-China

11. *BIRDS NESTS*-China

12.  *DURIANS*-China

13. *TOURISM*-China

14. *AQUACULTURE* -China

15. *PALM OIL* -China

16. *NAVAL PATROL BOAT* -China

17. *FELDA FGV* -China

18. *ALIBABA DFTZ REGIONAL  HUB*-China

19. *PROTON*- China

20. *SHELL*-China

21. *KEDAH INTEGRATED FISHERIES TERMINAL*-China

22. *KUANTAN MSIA-CHINA IND PARK*-China

23. *KEDAH RUBBER CITY*-China

24. *NAVY NAVAL 50 VESSELS GRADE*-China

25. *ROYAL MULU SWAK*-China

26. *LUMUT MARITIME TERMINAL PERAK*-China

27. *ALOR GAJAH POWER PLANT*-China

*MELAYU HANYA MAMPU MENYANYI ANAK KECIL MAIN API CHINA MALAYSIA KETAWA BESO* ......

Thank U to our *BELOVED PM*
CnP

Thursday, 25 January 2018

TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.

Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.

Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan.

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya)

“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).

Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut.

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w:

“Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

Wednesday, 24 January 2018

Macai zahid macai hisham

Suatu hari zahid dan hisham sedang duduk di cafe, sambil menggosip macai dedak mereka. 

Zahid : " Hei, kau tau tak, macai aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie." 

Terus dia panggil macainya " ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." 

Macai zahid pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta. 

Zahid pun dengan bongkaknya berkata, " Nampak? Apa aku cakap.... dia buat betul-betul" 

Hisham : " Haha.... itu belum apa-apa, kau nak tengok, macai aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus hisham memanggil macainya. " Cai, ko pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Macai hisham: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya. 

Hisham pun dengan bongkak juga beritahu kepada zahid, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. 

Tdak berapa lama kemudian, kedua macai itu bertemu di jalan...

Macai zahid : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasi aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!" 

Macai hisham : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah..... Padahal dia kan boleh check sendiri pakai telefon je kan...

Tuesday, 23 January 2018

HADI AWANG WAJIB BACA KENYATAAN MUFTI PERLIS & PERLU MALU PADA DIRI SENDIRI


KENYATAAN MUFTI PERLIS USTAZ ASRI ZAINAL ABIDIN DITUJUKAN PADA HADI AWANG DAN KUNCU-KUNCUNYA.

Apakah Yang Mengelirukan?

Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad.

Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman.

Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.

Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi.

Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka.

Dunia Islam hari ini dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad.

Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut.

Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati.

Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan dijaga.

Sejak bertahun lamanya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru.

Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud.

Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump.

Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal.

Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.

Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.

Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah.

Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!

Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut.

Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan.

Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'.

Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.

Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?!

Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

Friday, 19 January 2018

Hadi Wang yang hipokrit

Ameno sedar bahawa keputusan pru akan datang, tidak lagi akan memihak kepada mereka.

Strategi untuk menarik semula para pengundi kepada ameno sudah hampir mustahil kerana najib gagal untuk memulihkan poket rakyat yang telah koyak rabak.

Hanya yang mampu ameno lakukan ialah memastikan berlakunya pertandingan three corner fight dalam pru nanti.

Ini bagi memastikan undi kepada pihak lawan terbahagi kepada dua dan ameno boleh meraih kemenangan.

Tugas pas ialah memecahkan undi pihak pembangkang.

Saya bagi contoh begini...

Katakan lah pengundi adalah 7 orang.

4 menyokong pembangkang dan 3 menyokong ameno.

3 undi itu sudah pasti ameno kalah dan untuk menarik seorang penyokong pembangkang untuk menyokong ameno adalah perkara yang mustahil.

Apa yang ameno lakukan ialah wujudkan satu lagi pihak didalam pembangkang untuk bertanding dan pembangkang menjadi pecah dua dan masing masing hanya meraih 2 undi dimana ameno masih kekal 3 undi.

Ameno mampu menang dengan 3 undi yang masih ada denganya seandainya pembangkang berpecah 2.

Strategi ini memang bijak namun begitu Tun telah berjaya menepis nya dengan bertanya kepada Hadi Wang satu soalan mudah.

Tun bertanya sekiranya Hadi Wang mahu menjadi pihak pakatan ke 3 didalam pru nanti maka siapakah Hadi Wang mahu letakkan calon sebagai bakal perdana menteri.

Ini kerana setiap pakatan perlu mengenengahkan calon perdana menteri mereka untuk meyakinkan rakyat bahawa parti mereka wajar diberi peluang untuk memerintah negara.

Disini Hadi Wang terperangkap kerana sudah pasti Hadi Wang akan malu malu babi untuk meletakkan dirinya sebagai calon PM kerana akan nampak pula seolah olah dia gila jawatan.

Maka apabila Hadi wang tidak berani menyebut calon perdana menteri pilihannya maka rakyat nampak bahawa hadi wang bukanlah serius untuk memerintah negara tetapi sebaliknya hanya mahu memberi kemenangan kepada ameno melalui strategi pecah dan perintah...

Thursday, 18 January 2018

DIKTATOR

DIKTATOR

Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

1. Orang ramai dan media tidak pernah gagal untuk menuding saya sebagai seorang diktator. Yang saya selama 22 tahun memerintah sebuah kerajaan autoritarian (berkuku besi). Setiap kali nama saya di sebut ianya pasti di dahului atau di ikuti dengan perkataan "diktator".

2. Menoleh kebelakang, hari ini saya menyedari mengapa sebagai Perdana Menteri Malaysia saya di gambarkan sebagai seorang diktator. Banyak perkara perkara yang saya lakukan ketika itu jelas bersifat diktator.

3. Sebenarnya saya mula menunjukkan kecenderungan sebagai diktator agak awal di dalam karier saya. Sebaik sahaja di lantik sebagai Menteri Pelajaran, perintah pertama yang saya berikan ialah supaya plat yang tertera perkataan "MENTERI" di atas nombor pendaftaran kereta rasmi saya di cabut. Saya tidak tahu sebabnya. Mungkin saya bimbang kepada sebarang cubaan untuk membunuh saya. Tetapi, tidak seperti menteri lain yang lebih demokratik saya tidak pernah mempunyai plat "menteri" di kereta saya.

4. Saya juga meminta enam polis pengiring. Tetapi saya di beritahu oleh mereka seorang menteri hanya di berikan seorang anggota polis berpakaian preman. Saya memberi amaran kepada mereka supaya tunggu ketikanya saya menjadi Perdana Menteri.

5. Apabila saya menjadi Perdana Menteri saya meminta di berikan anggota UTK berpakaian preman sebagai pengiring, termasuk lah 10 anggota polis pengiring bermotosikal (outrider). Tetapi saya cuma di berikan empat. Ia sememangnya tidak mencukupi. Saya merasa begitu tidak selamat. Saya sentiasa terpaksa melihat kiri dan kanan juga belakang untuk mengesan lebih awal sebarang penyerang. Sekarang saya bukan lagi Perdana Menteri, anda tidak lagi dapat melihat pengawal peribadi saya yang begitu ramai jumlah nya. Ini kerana mereka adalah halimunan.

6. Di Amerika saya di kelilingi oleh enam pegawai perkhidmatan rahsia yang bertubuh besar. Jika sesiapa cuba menembak saya mereka akan menjadikan tubuh mereka sebagai perisai. Presiden Kennedy hampir dapat di selamatkan oleh mereka. Presiden Reagan lebih agak bertuah. Saya mahukan pengawal keselamatan yang sama mengawal saya di Malaysia. Tetapi tiada yang berketinggian enam kaki di Malaysia untuk menyerap sebarang peluru bagi saya. Dan saya terpaksa berpuas dengan anggota polis Melayu yang memiliki tubuhbadan yang lebih kecil.

7. Sekarang saya tidak berani untuk bergaul dengan orang ramai. Saya tidak berjabat tangan dan 'selfies' sama sekali tidak di benarkan. Pengawal peribadi saya yang halimunan akan memeriksa semua kamera dan telefon bimbit sesiapa sahaja di dalam lingkungan 10 kaki dari saya.

8. Sebagai menteri pelajaran saya meminta sekolah sekolah tidak di namakan atas nama saya. Semua penganti saya yang demokratik mempunyai sekolah yang di namakan atas nama mereka. Seorang dari mereka malah mempunyai sekolah yang di namakan atas nama isteri beliau.

9. Saya tidak mahu sekolah sekolah di namakan atas nama saya sebab seorang diktator kebiasaannya tidak suka kepada pengabdian personaliti. Jadi apabila saya menjadi Perdana Menteri saya tidak membenarkan nama saya di letakkan pada mana mana bangunan, jalanraya mahupun tandas awam. Dan kerajaan Najib telah membantu saya. Apa sahaja rujukan berkaitan saya di dalam buku buku teks telah di padamkan. Terimakasih Najib kerana memiliki sifat seorang demokrat.

10. Mengulas lebih lanjut tentang sikap diktator saya, sebaik di lantik sebagai Perdana Menteri saya telah mengarahkan pembebasan 21 tahanan politik, yang di tahan di bawah ISA oleh Perdana Menteri sebelum saya. Dan sudah tentulah pembebasan seperti itu adalah suatu kebiasaan kepada mana mana juga diktator. Tiada Perdana Menteri dari negara demokrasi yang pernah berbuat begitu sebelum itu. Malah mereka akan menambah jumlah yang di tahan sebab itu adalah sesuatu yang demokratik untuk di lakukan.

11. Tetapi bagaimana pula tentang Ops Lalang. Tun Hanif di dalam sebuah video mengatakan bahawa itu adalah keputusan beliau. Beliau adalah penasihat keselamatan saya dan saya tidak boleh melangkaui beliau. Menurut beliau sebagai penasihat keselamatan, keputusan adalah di tangan beliau.

12. Sudah tentu ianya tidak benar. Saya melangkaui beliau dan mengarahkan supaya seramai mungkin di tangkap dan di siksa. Jika beliau menafikan nya mungkin di sebabkan dedak. Tetapi sehingga ke hari ini beliau tidak kelihatan seperti seseorang yang menyukai dedak.

13. Seorang lagi ialah Tan Sri Abu Talib, Peguam Negara di zaman saya. Baru baru ini beliau mengumumkan yang saya tidak bertanggungjawab ke atas pemecatan Tun Salleh Abas. Tidak mungkin ini benar. Semua melihat bagaimana saya mencekak leher Salleh Abas dan menghumban beliau keluar dari mahkamah kepunyaan beliau. Saya tidak tahu mengapa Abu Talib harus menafikan apa yang di percayai ramai. Mungkin saya telah memberikan beliau dedak. Saya tidak ingat.

14. Sebagai isteri Perdana Menteri, Hasmah juga di kenali sebagai FLOMH (First Lady of my house). Beliau begitu mengemari permata merah jambu dan beg beg tangan berjenama Hermes.

15.  Kebanyakan di beli di pasar pasar karat di London dan Hong Kong. Di pakai setiap hari di leher, tangan dan jari. Terdapat begitu banyak gambar gambar beliau yang sarat dengan barangan kemas yang berharga. Tiada siapa yang tidak perasan bahawa beliau adalah isteri kepada seorang diktator. Dan beliau juga ada kakitangan, khusus untuk merasa setiap makanan beliau.

16. Anak anak saya memegang pelbagai jawatan tertinggi di dalam kerajaan dan Umno. Dan sudah semestinya lah mereka mendapat kontrak kontrak kerajaan yang telah mereka jual pada harga yang tinggi. Sebab itu lah mereka antara yang terkaya di negara ini. Dan tanpa di ketahui oleh sesiapa, Mukhriz telah di lantik sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan.

17. Saya telah menubuhkan lima industri berat yang mana sebahagian besar dari modal nya telah saya gelapkan. Wang tersebut di simpan di akaun akaun rahsia di beberapa buah bank. Begitu rahsia akaun tersebut sehingga saya sendiri tidak tahu di bank yang mana satu wang tersebut di simpan. Tapi tiada apa yang perlu di risaukan. Lambat laun pihak polis akan menemui nya. Sebuah lagi RCI akan di tubuhkan.

18. Tun Abdullah dan bakal-Tun Najib telah melakukan beberapa pencarian untuk wang yang telah saya curi. Setakat ini mereka masih belum dapat mengesan apa apa. Tidak berputus asa dengan kegagalan tersebut, Najib telah menemui yang sejumlah RM30 billion telah di rugikan oleh BNM 30 tahun dahulu. Dan memandangkan saya adalah Perdana Menteri ketika itu, maka mungkin wang tersebut telah di curi oleh saya.  Jadi beliau telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja dan yang sudah pastinya mendapati saya bersalah.

19. Saya mewarisi sebuah jet perniagaan Boeing 737 dari Tun Hussein. Ianya begitu besar dan mahal. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menjual jet tersebut dan membeli sebuah jet yang lebih kecil. Dan wang yang di jimatkan saya percaya telah di masukkan ke dalam akaun rahsia saya. Yang saya tidak tahu di mana. Dan sepatutnya perlu di adakan sebuah penyiasatan oleh pihak polis bagi mengesan akaun tersebut.

20. Sebagai diktator saya memastikan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya mempunyai terowong yang menyambungkan nya dengan KLIA. Jika berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini saya boleh melarikan diri melalui terowong tersebut ke kapalterbang yang sedang menunggu. Sehingga sekarang terowong tersebut masih belum di temui.

21. Dengan wang yang saya curi, saya membina dua istana peribadi di Country Heights dan The Mines. Ianya di kelilingi oleh pagar tinggi dan di kawal 24 jam sehari oleh pasukan keselamatan. Saya juga memiliki beberapa ekor anjing yang garang. Dan sesiapa yang melawat akan di periksa untuk memastikan mereka tidak membawa sebarang senjata.

22. Ketika saya hendak bersara, ada yang mencadangkan supaya mereka di benarkan membina sebuah perpustakaan memorial untuk saya. Sebagaimana semua Presiden Amerika mempunyai perpustakaan memorial sebagai mengenang jasa mereka.

23. Sebagai sebenar diktator saya telah mengarahkan supaya memorial tersebut di namakan atas nama Perdana Menteri sebelum saya. Juga saya mengarahkan supaya ianya di namakan Yayasan Kepimpinan Perdana. Segala pencapaian Perdana Menteri sebelum saya mesti di simpan di sana. Dan sudah tentulah segala rekod saya sebagai diktator di jaga rapi dan simpan selama lama nya di sana. Segala cenderahati yang telah di berikan kepada saya sebagai PM, termasuk lah 26 biji kereta, di simpan di Galleria di Langkawi. Malangnya kerajaan enggan memulangkan semua nya kepada saya.

24. Begitu banyak perbuatan autoritarian yang telah saya lakukan. Tetapi untuk memendekkan cerita, sebagai sebenar diktator saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Sebagaimana yang di lakukan oleh semua diktator. Hitler dan Mussolini malangnya meninggal dunia sebelum mereka sempat meletak jawatan. Franco dari negara Sepanyol dan Salazar dari Portugal baru berura ura untuk meletak jawatan tetapi telah terlebih dahulu meninggal dunia.

25. Tetapi saya bertuah. Saya boleh bersara sebelum saya mati. Ini mengesahkan lagi bahawa saya adalah sebenar benar diktator. Saya telah mengarahkan beberapa menteri untuk menerpa ke atas pentas dan menangis apabila saya mengumumkan persaraan.

26. Tiada siapa yang sepatutnya tahu segala perbuatan autoritarian saya. Cukup lah sekadar mengatakan yang saya adalah seorang diktator. Jika anda di tanya mengapa mengelar saya diktator, katakan lah sebab itu adalah gelaran yang di sebut oleh semua orang sebelum ini. Jadi mungkin ianya benar.

27.  Jadi teruskan lah mengelar saya diktator autoritarian, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan yang telah menjadi begitu kaya melalui rasuah. Itu lah yang sebenarnya, benar sebenar benar nya. Dan tiada yang lebih benar.

- Di terjemahkan kedalam bahasa Melayu oleh Bluee Oocean dari artikel asal Tun M bertajuk 'The Dictator' -

Wednesday, 17 January 2018

Napoleon Seorang Islam

Benarkah Napoleon Bonaparte, jeneral perang Perancis ini masuk Islam? Kenapa tidak? Berpuluh puluh tahun Napoleon pernah berada di Mesir dan sering berinteraksi dengan masyarakat dan dunia Islam. Dalam pencarian agamanya, kemungkinan Napoleon mempelajari dan tertarik pada Islam seperti yang dialami pada berjuta-juta mualaf lain hingga hari ini.
sumber dari google

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...