Thursday 3 April 2014

Bodoh Najib Jangan DiSokong La Bodoh


"Maksud 'berakhir di sini' seperti yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada keluarga penumpang pesawat MH370 bukan bermakna terhempas.

"Ramai yang tak faham dan terus buat keputusan sendiri sedangkan, maksudnya di situlah berakhirnya radar Immarsat mengesan prsawat yang membawa 237 penumpang itu."

Itu tegas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar di pejabatnya petang tadi.

Jelas Jamawi, kesimpulan yang dibuat oleh orang ramai termasuklah media dan pihak pembangkang khususnya adalah terhempas dan ini telah menyebabkan keadaan semakin kusut di kalangan keluarga penumpang pesawat itu.

"Apabila semua dah mengatakan terhempas, keluarga penumpang mula hendakkan bukti sedangkan hakikatnya, Najib tidak langsung menyebut terhempas.
"Ada pula akhbar yang terus membuat laporan mengatakan semua mangsa terkorban dan saya hairan di mana mereka dapat maklumat itu," katanya.

Kesan laporan yang 'menyentap' sanubari keluarga penumpang ini, pembangkang ambil kesempatan menambah cerita yang membuatkan rakyat mula membenci kerajaan.

"Kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini dan fikirlah secara logik negara lain pun turut terlibat mencari pesawat yang hilang itu.

"Kalau pembangkang ada bukti MH370 ada di mana-mana, kenapa mesti berselindung? Apa tujuan mereka buat cerita begini kalau bukan untuk mendapat sokongan politik.

"Ini soal hidup dan mati. Tak ada sebab kerajaan Najib dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hendak menyembunyikan sesuatu. Ini semua mainan pembangkang yang mahu melihat dunia membenci kerajaan kita," jelas Jamawi.

Tambah Ketua Pemuda UUMNO Tenom itu lagi, usaha Hishamuddin bertemu keluarga penumpang membuktikan kerajaan tidak akan berdiam diri melihatkan kesengsaraan rakyat.

"Biarpun ada yang tidak puas hati terutama warga China namun kesungguhan Hishamuddin mendekati mereka adalah satu usaha terpuji.

"Pedulilah apa pembangkang nak kata. Tetapi saya percaya, memang terdapat satu gerakan yang dirancang untuk membuat spekulasi dan apa juga cerita palsu mengenai MH370 hanya untuk memburukkan kerajaan," katanya laporMalaysiaGazette

... Tapi kalau beliau tidak maksudkan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi dengan terhempas kenapa pula nak cari kotak hitam dan serpihan pesawat tu?


Kalau tak terhempas.. mungkin serpihan yang dimaksudkan oleh Najib itu ialah kepingan-kepingan komposit badan kapal terbang tu yang tertanggal bila penerbangan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi..

Dan kotak hitam itu pula telah tercicir semasa MH370 mengakhiri penerbangannya itu..

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...