Wednesday, 2 April 2014

Sidang Dun Perak Kecoh

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam gamat apabila salah seorang penyokong kerajaan negeri membangkitkan isu berkaitan gerakan tentera siber Red Bean Army (RBA).
Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib mendakwa RBA terlibat dalam memburukkan imej kerajaan Malaysia berhubung tragedi MH370 menyebabkan penyokong pembangkang panas punggung.
Dewan kecoh apabila ADUN Pasir Pinji, Lee Chuan How dan ADUN Kepayang, Nga Kor Ming menuntut Mohd. Khusairi mengemukakan bukti serta menarik balik dakwaan yang dibuat.
Namun tiada bukti yang dinyatakan dalam tuduhan tersebut.