Daripada Abu Zar al-Ghifariy RA daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang Baginda riwayatkan daripada Allah SWT bahawa Allah SWT berfirman:
يَا عِبَادِي: إنِّي حَرَّمْت الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْته بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا؛ فَلَا تَظَالَمُوا. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ ضَالٌّ إلَّا مَنْ هَدَيْته، فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ جَائِعٌ إلَّا مَنْ أَطْعَمْته، فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ. يَا عِبَادِي! كُلُّكُمْ عَارٍ إلَّا مَنْ كَسَوْته، فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا؛ فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ. يَا عِبَادِي! إنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّونِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا. يَا عِبَادِي! لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ، فَسَأَلُونِي، فَأَعْطَيْت كُلَّ وَاحِدٍ مَسْأَلَته، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ. يَا عِبَادِي! إنَّمَا هِيَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ، ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إيَّاهَا؛ فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ، وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلَا يَلُومَن إلَّا نَفْسَهُ.
Maksudnya:
“Wahai hamba-Ku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah mengharamkan kezaliman antara kamu, maka janganlah kamu saling melakukan kezaliman.
Wahai hamba-Ku kamu semua adalah sesat kecuali sesiapa yang Aku beri petunjuk, maka mintalah petunjuk kepada-Ku nescaya Aku akan memberikan kamu petunjuk.
Wahai hamba-Ku, kamu semua berada dalam kelaparan kecuali sesiapa yang aku berikan kepadanya makanan, maka mintalah makanan kepada-Ku nescaya Aku berikan kamu makanan.
Wahai hamba-Ku, kamu semua adalah telanjang kecuali sesiapa yang aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya Aku berikan kamu pakaian.
Wahai hamba-Ku kamu semua melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang hari dan Aku mengampuni dosa semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni.
Wahai hamba-Ku sesungguhnya tidak ada mudharat yang dapat kamu lakukan kepada-Ku sebagaimana tidak ada manfaat yang dapat kamu beri kepada-Ku.
Wahai hamba-Ku seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripada kalangan manusia dan jin berada dalam keadaan paling bertakwa dalam kalangan kamu, nescaya hal tersebut tidak menambah pada kerajaan-Ku sedikitpun.
Wahai hamba-Ku seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripada kalangan manusia dan jin berada dalam keadaan paling jahat dalam kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurangi daripada kerajaan-Ku sedikitpun.
Wahai hamba-Ku, seandainya seluruh manusia meliputi orang yang pertama hingga orang yang terakhir daripada kalangan manusia dan jin berdiri di sebuah bukit lalu kamu meminta kepada-Ku, lalu setiap orang yang meminta Aku penuhi, nescaya hal itu tidak mengurangi apa yang ada pada-Ku kecuali bagaikan sebilah jarum yang dicelup di dalam laut.
Wahai hamba-Ku, sesungguhnya semua perbuatan kamu akan diperhitungkan untuk kamu kemudian diberi balasannya. Siapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah SWT dan siapa yang mendapat selain daripada itu janganlah dia mencela kecuali dirinya sendiri".
[Riwayat Muslim, no. Hadith 2577]