Sunday, 27 February 2022

PEMILIK DUA SAYAP DISYURGA


PERJUANGAN SAYIDINA JA’FAR BIN ABI THALIB


KETIKA tangan kanannya putus, Ia genggam bendera perang di tangan kirinya.  


Ketika tangan kirinya putus, ia rangkul bendera itu dengan kedua lengannya...


Ia tidak rela melihat bendera baginda Muhammad SAW jatuh. 


Ia terluka dengan kecederaan puluhan tusukan di bahagian depan tubuhnya. 


Semua lukanya itu ada di bahagian depan tubuhnya.


Mengapa?


Kerana beliau terus mara pantang undur. Semoga Allah meredhainya. 


Para sahabat memikul tubuhnya yang penuh luka itu.


“Minumlah air ini,” kata seorang sahabat.


“Aku puasa,” jawabnya lemah...


Padahal saat itu cuaca sangat panas, di medan jihad, dalam kancah peperangan.


“Berbukalah hari ini dan berpuasalah di hari lain.., lukamu sangat parah,” pujuk sahabat-sahabatnya.


“Aku ingin berbuka di syurga.” 


Dan beliau pun akhirnya berbuka puasa di syurga.


Nabi Muhammad SAW yang saat itu sedang duduk bersama para sahabat di Madinah tiba-tiba menadahkan wajahnya ke langit dan menjawab salam:

وَعَلَيْكَ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

“Semoga keselamatan, rahmat Allah dan berkah-Nya juga menyertaimu.”


Beliau kemudian terlibat dalam pembicaraan. 


Para sahabat yang menyaksikan peristiwa itu terdiam, menundukkan kepala.  


Salah seorang dari mereka kemudian bertanya,


“Ya Rasulullah, siapakah yang engkau ajak bicara?”Ja’far bin Abi Thalib datang mengunjungiku bersama jutaan malaikat. 

Allah mengganti kedua tangannya dengan dua buah sayap.Ia dapat terbang ke mana pun ia suka di syurga,” jawab Nabi. 


Perhatikanlah, Allah telah memerintahkan untuk mengawalnya ke syurga, namun ia merindukan Nabinya.. 


Ia ingin menemuinya lebih dahulu. Syurga dan segala kenikmatannya tidak melalaikannya dari nabi kecintaannya.


“Aku ingin mengucapkan salam kepada kekasihku, aku ingin berada dekat dengan nabiku, aku ingin melihat rasul-Mu yang melaluinya aku memperoleh hidayah,” kata Ja’far. 


Rohnya datang ke Madinah mengunjungi nabi dan mengucapkan salam kepada baginda  Rasulullah SAW. 


Sebab, memandang wajah Nabi Muhammad SAW dapat membuat hatinya menjadi tenteram.


Lalu bagaimana kecintaan kita terhadap NABI MUHAMMAD SAW ???


Ja'far yang jiwa raga dan ahlaknya mirip dengan Rasulullah SAW... kecintaan nabi


Allahuma Sholli Ala'Sayyidina Muhammad Wa'Ala Alli Sayyidina Muhammad.


MORAL : Sebuah kisah ikhtibar untuk kita jadikan renungan 


-KataNasihatUstaz-


Monday, 14 February 2022

Akhirnya rakyat terpaksa tanggung

Maybank loan to Sapura berbilion rugi. Maybank loan to Genting berbilion rugi. Tapi CEO tetap dapat gaji berjuta, Lembaga Pengarah dapat elaun berjuta. Lepas tu PNB pemegang saham terbesar Maybank boleh pulak bina bangunan kedua tertinggi dunia dgn kos RM7 bilion.

Malangnya pemegang saham Maybank iaitu PNB yg dimiliki melayu yang rata² miskin dapat dividen ASB terendah sejak PNB ditubuhkan.
Inilah kebaikannya lantik CEO banker Maybank & CIMB yg pernah bergaji RM8.5 juta setahun dilantik Menteri Kewangan PN-BN.

Kebajikan bank² dlm negara mesti diutamakan berbanding rakyat yang dah makin sengkek & susah.
Akibat kerajaan benarkan bank tempatan beri pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat judi Genting Hong Kong.

Akhirnya rakyat juga terpaksa tanggung kadar kenaikan faedah pinjaman DUA KALI GANDA tahun ini.
https://www.facebook.com/mohdazizie.abdaziz

Saturday, 12 February 2022

INILAH PAKAR YANG BENAR-BENAR MEMBERIKAN PENCERAHAN DAN HARAPAN, TIDAK MENAKUT-NAKUTI

sumber:
DR. Ir. Hj. Sri Nurdiati (Dekan FMIPA IPB dan Dosen Biokimia IPB)


Banyak orang tak sadar pentingnya "ANTIBODI" stoknya harus selalu ada. Orang lebih panik masker atau hand sanitizer hilang di pasaran. Harusnya kita lebih panik kalau "ANTIBODI" hilang di tubuh, karena virus tidak mungkin dihindari.*

Point Penting Dari Diskusi:

1). Virus itu hanya bisa dikalahkan oleh "ANTIBODI"

2). "Antibodi" yang di dalam tubuh itu seperti kilang, kadang banyak kadang sedikit.

3). Supaya produksi "anti bodi" banyak, selalu ambil vitamin C dan E setiap hari serta berjemur Sinar Matahari.(Vitamin D).

4). Virus itu tak mungkin dihindari, jadi pasti selalu ada, contohnya jika bersin, mungkin dipastikan ada virus disitu. Bersin indikasi tubuh menolak.

5). Kalau berhasil tembus ke hidung dekat tenggorokan, tubuh akan batuk, tanda menolak.

6). Kalau masih tembus juga, baru demam. Tapi jgn takut. Demam tandanya tubuh sedang melawan perang dgn virus itulah mekanisme alamiah tubuh utk melawan virus.

7). Kelemahan virus ialah pada sabun. Kalau tak ada hands sanitizer, guna sabun apa saja bahkan sabun cuci piring juga boleh. Dlm 3-5 minit, virus akan mati dgn sabun.`
``
8). Selama 14 hari "antibodi" kita akan merakam virus ini dan disimpan dlm *sel memori* di otak.

9). Jadi kalau kita sembuh dan suatu saat kena corona lagi, sel memori ini akan aktif dalam 24 jam (tak perlu menunggu 14 hari lagi).

Jadi, mari kita lebih fokus ke dalam tubuh dgn meyakinkan
"STOCK ANTIBODI CUKUP"  alias vitamin C/E rutin diambil dan berjemur Sinar Matahari yang paling mudah utk Vit D.

 Catatan :
Sumber vitamin C dan E terdapat pada buah2an, kekacang dan sayur2an, antara lain:
▪ limau Manis/nipis
▪ Tomato
▪ Jambu Batu
▪ Kacang Tanah
▪ Kacang Hijau
▪ Bayam
▪ Pucuk belinjau
▪ pucuk pisang
▪ Avocado
▪ Buah Pisang
▪ Brokolli
▪ Minuman Rempah (teh herbal/organik ,kopi organik ,Serai, halia, kunyit, limau nipis)
Dan semua sayuran HIJAU 🥬🥦🥒

Semoga bermanfaat Untuk kita semua & masyarakat.

"Ingat! Perkuatkan AntiBodi Anda"

Terus semangat berusaha melawan Virus Covid 19 & jangan lupa selalu berdoa pada Tuhan, agar diberi kesehatan, kekuatan, dan keselamatan kita sekeluarga.

*Semoga dgn kesihatan yg baik utk selesa Kita beribadah kpd ALLAH serta berkhidmat dan membantu sesama Kita*

Friday, 11 February 2022

Jantung hati masyarakat

Agak merisaukan di akhir zaman ini ramai yang semakin berani menghentam orang orang masjid dan para alim ulamak.

Keberanian ini mungkin juga disebabkan perbagai sebab. Sebabnya bukan berlaku dalam satu malam tetapi sudah agak lama terkumpul.

Dendam lama, sakit hati lama apabila dikumpulkan akhirnya akan meletup dengan hanya satu alasan sahaja.

Sudah sampai masanya orang masjid perlu mula mendekati masyarakat. Sifat eksklusif mereka perlu dibuang jauh jauh.

Masyarakat sebenarnya terlalu memandang tinggi kepada warga masjid. Mereka beranggapan warga masjid bertaraf malaikat yang tidak sewajarnya melakukan dosa.

Dari satu segi pandangan ini adalah baik namun seandainya warga masjid terutama jawatankuasa melakukan kesilapan janganlah mereka sendiri meviralkan kesilapan tersebut.

Perbuatan membuka pekung ini akan membuatkan masyarakat memandang masjid gagal untuk melahirkan orang baik baik.

Masyarakat sebenarnya mahu melihat warga masjid yang pemaaf. Masyarakat juga beranggapan warga masjid tidak boleh membalas apa saja serangan terhadap masjid.

Mereka berfikiran begini kerana mereka tahu apabila mereka telah bertaubat maka masjidlah tempat terakhir mereka dan mereka mahu warga masjid menyambut mereka dengan karpet merah meraikan kehadiran mereka ke masjid kelak.

Bagi mereka apabila sudah bertaubat maka tidak seharusnya ada lagi ujian untuk menguji keimanan mereka oleh warga masjid.

Pihak masjid juga sudah sepatutnya mula berfikir untuk tidak membiarkan tabung yang penuh wang dibiarkan didalam masjid. Wang derma itu perlulah sentiasa disimpan ditempat selamat. Setiap hari wang tabung perlu dimasukkan ke dalam akaun bank masjid.

Harus diingat yang datang ke masjid ada perbagai ragam dan niat. Waima Saidina Umar Al Khatab sendiripun mati ditikam di dalam masjid.

Masjid adalah jantung hati masyarakat. 
Nak tau perangai masyarakat, tengoklah masjidnya...

Sekiranya masjidnya lengang maka kita boleh menilai bagaimana masyarakatnya.

Sekiranya didalam masjid sebuah tempat yang suci pun ada orang jahat maka di luar masjid adalah lebih teruk lagi...

Thursday, 10 February 2022

BN penyebar kobid

Hari ini sahaja Kes jankitan 17k++ 

Mcm mana kita nak putuskan rantaian...

Jika kita sendiri pun mcm sengaja, mmg nk virus cov-19 tidak dapat diputuskan rantaian nya..

Bukan ka KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA  telah bertahun2 menekan'kan kita (rakyat) perlu mematuhi sop yang sangat tinggi....supaya cov ini dapat diputuskan rantaian nya...

Saya nk bertanya pada sedara Khairy Jamaluddin  selaku menteri yang bertanggongjawab dalam hal2 pematuhan sop..apa kah sop di dalam kenderaan yang mana dalam keadaan ruangan terkurung Dan sempit.. tidak lagi perlu diikuti..

Mereka2 ini bukan lah dari satu rumah yang sama dan sedang berada dalam kenderaan yang jelas kelihatan bersempit2 Dan juga tidak menggunakan pelitup Hidung Dan mulut KETIKA di dlam kenderaan dgn org yg berlainan rumah.... 

bukan kah ini akan menyebabkan berlakunya Klaster bahru Jika Salah seorg Dari mereka +ve cov-19...lagi pun Zahida Zarik Khan nie public figure..bukan ka ini akan menjadi satu contoh dan ikutan pada rakyat... ?

Jika rakyat biasa bukan main lagi diambil tindakan..

Copy dari fb Abu Malik

Sunday, 6 February 2022

Kobid takut kepada siapa?

Ujikaji percubaan beksin terhadap rakyat malaysia telah mendapat satu keputusan yakni beksin gagal untuk menghalang kemaraan kobid apabila semakin ramai yang disuntik telah diserang.

Strategi menakut nakutkan rakyat terhadap kobid menempuh jalan buntu apabila semakin ramai pula kecundang di tangan beksin.

Rakyat mula gamble samada perlu memilih kobid yang mungkin bisa selamat dengan pematuhan SOP ataupun memilih beksin yang mungkin berdepan dengan kesan sampingan yang berterusan.

Rakyat hanya mahu satu penyelesaian samada di beksin dan hidup bebas tanpa SOP atau mengikut SOP tetapi tidak perlu beksin.

Ini kerana rakyat melihat para menteri sendiri tidak mematuhi SOP tanpa perasaan takut kepada kobid.

Rakyat mula berfikir apakah kelebihan menteri sehinggakan kobid begitu takut untuk menyerang para menteri.

Apakah kobid takut kepada orang jahat dan begitu berani menyerang orang baik?

Friday, 4 February 2022

Melayu Liberal adalah musuh Islam

Sebenarnya melayu liberal ni bukan bebas perkauman. Mereka bersungguh sungguh pertahankan cina non muslim yang biadap dengan islam tetapi mereka tidak pernah nak defend cina muslim yang mengamalkan islam.

Pendek kata melayu liberal ni memang benci islam. Secara peribadi umat Islam malaysia amat terhutang budi kepada cina muslim dan india muslim yang berstatus mualaf tetapi mampu menarik ramai orang untuk memeluk agama Islam. Ini kerana melayu islam terlalu sibuk dengan masalah politik dan pertelingkahan mazhab dan telah mengabaikan usaha dakwah. Dan sekiranya usaha mereka ini berterusan maka ada baiknya mereka diberi peluang untuk memimpin umat Islam negara ini kerana kelihatannya mereka lebih ikhlas dan lebih sabar berbanding orang melayu.

Ada yang mengatakan anak campuran adalah lebih bijak dari melayu totok. Sebenarnya ia tak semestinya begitu. Melayu totok pun boleh menjadi bijak sekiranya mereka mahu bercampur dan tidak duduk didalam tempurung yang sama. Ramai anak melayu totok menjadi lebih bijak apabila mereka bersekolah di asrama penuh. Dan mereka menjadi lebih bijak apabila belajar di universiti. Malah menjadi terlebih lebih bijak apabila menyambung pelajaran ke luar negeri.

Namun begitu untuk pergi ke asrama penuh, universiti dan luar negeri maka perlu menjadi bijak terlebih dahulu. Dan ramai anak anak melayu totok sudah berjaya. Maka kegagalan melayu totok bukanlah kerana kurang bijak tapi kerana lupa diri. Melayu bukanlah satu bangsa yang hebat. Buktinya ialah ia tidak dituliskan dalam sejarah melayu.

Ia tidak diceritakan kerana tiada orang yang mahu menulis. Dan lebih menimbulkan kemuyskilan lagi ialah sejarah bangsa ini sengaja disembunyikan. Agak menghairankan tiada langsung usaha usaha menteri melayu dari zaman dulu hinggalah sekarang yang mahu berusaha membiayai usaha pengkajian sejarah melayu ini. Catatan sejarah melayu banyak yang tersimpan diluar negara seperti di Thailand, China, Jepun, Portugal, Sepanyol, Belanda, England dan juga di Turki.

Sekiranya ada tangan ghaib mahu menyembunyikan sejarah kehebatan  melayu ini maka tidak mengapa. Melayu boleh mencipta sejarah baru yang lebih hebat lagi. Jumlah ramai nya orang Islam bukanlah penentu kepada kemenangan atau penentu kejayaan.

Dalam sejarah kehebatan Islam hampir kesemua kejayaan adalah waktu umat Islam adalah kurang jumlahnya daripada musuh Islam. Allah swt memberi isyarat kepada kita bahawa kemenangan Islam adalah kerana bantuannya dan bukan kerana kehebatan umat islam.

Tuesday, 1 February 2022

Agamawan sepatutnya lebih faham ayat ini

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Al-Qalam 68:7) 

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).
(Al-Qalam 68:8)

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
(Al-Qalam 68:9)

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
(Al-Qalam 68:10)

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
(Al-Qalam 68:11)

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, -
(Al-Qalam 68:12) 

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
(Al-Qalam 68:13)

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...