Friday, 11 February 2022

Jantung hati masyarakat

Agak merisaukan di akhir zaman ini ramai yang semakin berani menghentam orang orang masjid dan para alim ulamak.

Keberanian ini mungkin juga disebabkan perbagai sebab. Sebabnya bukan berlaku dalam satu malam tetapi sudah agak lama terkumpul.

Dendam lama, sakit hati lama apabila dikumpulkan akhirnya akan meletup dengan hanya satu alasan sahaja.

Sudah sampai masanya orang masjid perlu mula mendekati masyarakat. Sifat eksklusif mereka perlu dibuang jauh jauh.

Masyarakat sebenarnya terlalu memandang tinggi kepada warga masjid. Mereka beranggapan warga masjid bertaraf malaikat yang tidak sewajarnya melakukan dosa.

Dari satu segi pandangan ini adalah baik namun seandainya warga masjid terutama jawatankuasa melakukan kesilapan janganlah mereka sendiri meviralkan kesilapan tersebut.

Perbuatan membuka pekung ini akan membuatkan masyarakat memandang masjid gagal untuk melahirkan orang baik baik.

Masyarakat sebenarnya mahu melihat warga masjid yang pemaaf. Masyarakat juga beranggapan warga masjid tidak boleh membalas apa saja serangan terhadap masjid.

Mereka berfikiran begini kerana mereka tahu apabila mereka telah bertaubat maka masjidlah tempat terakhir mereka dan mereka mahu warga masjid menyambut mereka dengan karpet merah meraikan kehadiran mereka ke masjid kelak.

Bagi mereka apabila sudah bertaubat maka tidak seharusnya ada lagi ujian untuk menguji keimanan mereka oleh warga masjid.

Pihak masjid juga sudah sepatutnya mula berfikir untuk tidak membiarkan tabung yang penuh wang dibiarkan didalam masjid. Wang derma itu perlulah sentiasa disimpan ditempat selamat. Setiap hari wang tabung perlu dimasukkan ke dalam akaun bank masjid.

Harus diingat yang datang ke masjid ada perbagai ragam dan niat. Waima Saidina Umar Al Khatab sendiripun mati ditikam di dalam masjid.

Masjid adalah jantung hati masyarakat. 
Nak tau perangai masyarakat, tengoklah masjidnya...

Sekiranya masjidnya lengang maka kita boleh menilai bagaimana masyarakatnya.

Sekiranya didalam masjid sebuah tempat yang suci pun ada orang jahat maka di luar masjid adalah lebih teruk lagi...

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...