Sebenarnya melayu liberal ni bukan bebas perkauman. Mereka bersungguh sungguh pertahankan cina non muslim yang biadap dengan islam tetapi mereka tidak pernah nak defend cina muslim yang mengamalkan islam.
Pendek kata melayu liberal ni memang benci islam. Secara peribadi umat Islam malaysia amat terhutang budi kepada cina muslim dan india muslim yang berstatus mualaf tetapi mampu menarik ramai orang untuk memeluk agama Islam. Ini kerana melayu islam terlalu sibuk dengan masalah politik dan pertelingkahan mazhab dan telah mengabaikan usaha dakwah. Dan sekiranya usaha mereka ini berterusan maka ada baiknya mereka diberi peluang untuk memimpin umat Islam negara ini kerana kelihatannya mereka lebih ikhlas dan lebih sabar berbanding orang melayu.
Ada yang mengatakan anak campuran adalah lebih bijak dari melayu totok. Sebenarnya ia tak semestinya begitu. Melayu totok pun boleh menjadi bijak sekiranya mereka mahu bercampur dan tidak duduk didalam tempurung yang sama. Ramai anak melayu totok menjadi lebih bijak apabila mereka bersekolah di asrama penuh. Dan mereka menjadi lebih bijak apabila belajar di universiti. Malah menjadi terlebih lebih bijak apabila menyambung pelajaran ke luar negeri.
Namun begitu untuk pergi ke asrama penuh, universiti dan luar negeri maka perlu menjadi bijak terlebih dahulu. Dan ramai anak anak melayu totok sudah berjaya. Maka kegagalan melayu totok bukanlah kerana kurang bijak tapi kerana lupa diri. Melayu bukanlah satu bangsa yang hebat. Buktinya ialah ia tidak dituliskan dalam sejarah melayu.
Ia tidak diceritakan kerana tiada orang yang mahu menulis. Dan lebih menimbulkan kemuyskilan lagi ialah sejarah bangsa ini sengaja disembunyikan. Agak menghairankan tiada langsung usaha usaha menteri melayu dari zaman dulu hinggalah sekarang yang mahu berusaha membiayai usaha pengkajian sejarah melayu ini. Catatan sejarah melayu banyak yang tersimpan diluar negara seperti di Thailand, China, Jepun, Portugal, Sepanyol, Belanda, England dan juga di Turki.
Sekiranya ada tangan ghaib mahu menyembunyikan sejarah kehebatan melayu ini maka tidak mengapa. Melayu boleh mencipta sejarah baru yang lebih hebat lagi. Jumlah ramai nya orang Islam bukanlah penentu kepada kemenangan atau penentu kejayaan.
Dalam sejarah kehebatan Islam hampir kesemua kejayaan adalah waktu umat Islam adalah kurang jumlahnya daripada musuh Islam. Allah swt memberi isyarat kepada kita bahawa kemenangan Islam adalah kerana bantuannya dan bukan kerana kehebatan umat islam.
No comments:
Post a Comment