Saturday, 30 January 2021

Kalau Tak Tipu Bukan Dap, Kalau Tak Rasuah Bukan Umno, Kalau Tak Dadah Bukan PPBM, Kalau Tak LGBT Bukan PKR

SEAWAL 1 April 2020 lagi, sebuah badan hak asasi manusia berpusat di Geneva, Switzerland, bernama Centre for Civil and Political Rights (CCPR Centre) telah membuat satu ‘tracking tool’ bagi mengesan negara-negara yang telah membuat pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik COVID-19.

Data yang mereka kumpulkan pada waktu itu menunjukkan bahawa 79 negara telah pernah membuat pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik COVID-19, di mana negara-negara ini adalah:

1. Albania 2. Argentina 3. Armenia 4. Australia 5. Bahamas, The 6. Belgium 7. Belize 8. Bolivia 9. Bosnia and Herzegovina 10. Botswana 11. Brazil 12. Bulgaria 13. Burkina Faso 14. Cape Verde 15. Chile 16. Colombia 17. Congo, Democratic Republic 18. Costa Rica 19. Cรดte d’Ivoire 20. Dominica  21. East Timor 22. Ecuador 23. Egypt 24. El Salvador 25. Equatorial Guinea 26. Ethiopia 27. Finland 28. France 29. Gabon 30. Guatemala 31. Haiti 32. Honduras 33. Hungary 34. Iceland 35. Indonesia 36. Iraq 37. Israel 38. Italy 39. Jordan 40. Kazakhstan 41. Kyrgyzstan 42. Lebanon 43. Lesotho 44. Liberia 45. Libya 46. Lithuania 47. Luxembourg 48. Malawi 49. Mali 50. Mauritius 51. Mexico 52. Moldova 53. Montenegro 54. Morocco 55. Mozambique 56. Namibia 57. New Zealand 58. Niger 59. Palestine 60. Panama 61. Paraguay 62. Peru 63. Philippines 64. San Marino 65. Senegal 66. Sierra Leone 67. Slovakia 68. South Africa 69. Spain 70. Sudan 71. Switzerland 72. Thailand 73. Togo 74. Tunisia 75. United States 76. Uruguay 77. Vanuatu 78. Venezuela 79. Zimbabwe

Bilangan 79 negara yang telah pernah membuat pengisytiharan darurat ini seharusnya telah meningkat jauh lebih tinggi ekoran sela masa agak jauh antara tarikh ini dikumpulkan dan sekarang.

Malangnya, dalam Sinar Live bertajuk ‘Batal Darurat Ok Atau Tak?’ semalam, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeoh, dengan yakinnya menyebut ‘COVID ini bukan sahaja satu masalah yang unik untuk rakyat Malaysia, COVID ini berlaku di banyak negara yang lain dan kita lihat juga di negara lain mereka tidak perlu melancarkan darurat untuk menyelesaikan COVID.’

Ahli Parlimen Segambut, yang berkelulusan undang-undang, ini ada baca atau tidak? Kalau mahu kelirukan rakyat Malaysia sekalipun, berpada-padalah wahai Yang Berhormat.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 28/1/2021

No comments:

Post a Comment

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...