Senario politik yang berlaku pada hari ini seolah olah berlaku satu fenomena dimana Tun Mahathir tertekan manakala Anwar pula keresahan.
Secara peribadi saya berpendapat ia bermula apabila beberapa pimpinan didalam PKR sendiri yang terlebih dahulu memulakan gerakan untuk mempercepatkan Anwar menjadi PM8.
Sebenarnya ia bukanlah satu tindakan yang bijak. Menekan seorang yang sedang memegang kuasa untuk melepaskan jawatan akan membuatkan orang tersebut rasa terhina dan mengaibkan.
Malah pegawai dan menteri yang bergantung nasib kepada Tun juga akan berasa kurang selesa kerana terlalu cepat keseronokan mereka bakal dirampas oleh Anwar.
Sebenarnya sedari dahulu lagi sikap Anwar memang begini. Anwar suka mengambil tetapi tidak akan meninggalkan sebarang sisa pun sebagai saguhati.
Anwar juga melakukan kesilapan yang besar apabila membiarkan perbalahan yang berlarutan diantara Rafizi dan Azmin.
Sepatutnya Anwar menjadi pengimbang diantara mereka berdua kerana kedua dua merekalah kekuatan kepada Anwar.
Namun begitu nasi sudah menjadi bubur. Anwar perlu membayar harga yang terlalu tinggi untuk kegelojohannya.
Sehingga hari ini belum ada lagi parti politik yang mempunyai 100% bersih ataupun baik.
Namun yang lebih merisaukan ialah ada parti yang nampak jelas kelihatan 100% jahat kerana mempunyai agenda tersembunyi.
Gerak laku seluruh pimpinan mereka dari atas hinggalah ke bawah dilihat tidak mesra Islam walaupun seolah olah melayan beberapa ahli kaum melayu mereka dengan baik.
Namun melayu yang bersama mereka kita dapat lihat tahap liberalnya sudah tahap tepu asid yang amat sukar untuk dineutralkan.
Sampaikan kita pun boleh keliru samada benarkah mereka berketurunan melayu?
Dahulu kita menjatuhkan umno kerana Najib begitu degil dan masih tidak mahu memperbaiki kesilapannya.
Pada permulaannya kita hanya mahukan Najib sedar dan kembali ke pangkal jalan tapi malangnya kita pula diserang dan dihina oleh tentera upahannya.
Lama kelamaan kita menjadi semakin meluat dengan umno kerana terlalu ramai yang menjilat najib dan tidak mahu mengambil kira suara golongan marhaen.
Apabila terlalu teruk diasak oleh pengikut pengikut najib maka mulalah hati menjadi begitu sakit dan bersedia untuk melihat najib dijatuhkan dengan parti umno sekali.
Sekiranya najib dan orang orangnya bersikap lunak kepada rakyat tanpa sikap bongkak mungkin najib masih lagi menjadi perdana menteri walaupun ada 10 syarikat 1MDB sekali pun.
Mungkin orang orang najib akan berkata najib tak bongkak tapi dia baik. Memang la dia baik ngan korang tapi dengan orang lain dia bongkak.
Kalau dia tak bongkak takkanlah boleh kalah pru?
Dan yang menariknya saya sudah mula melihat sintom sintom itu didalam Pakatan Harapan.
Gagalnya pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan bukanlah bermaksud Kerajaan umno dahulu adalah di pihak yang benar.
Sebagai rakyat kita telah melakukan try and error.
Cuma sahaja kita sudah try tapi tetap error juga yang datang...
Yang sebetulnya kita bukan melakukan error tetapi sebaliknya inilah sahaja pilihan parti yang wujud dalam demokrasi negara kita.
Kita hanya ada 2 pilihan sahaja samada memilih singa atau memilih buaya...
Ada yang kata berilah peluang kepada pas. Namun pas tidak mampu berdiri sendiri untuk memenangi seluruh kawasan parlimen yang dipertandingkan.
Mahu atau tidak pas akan terpaksa bergabung dengan parti lain. Dan rekod yang lepas pas tidak pernah kekal lama dalam gabungannya.
Dah menang nanti berbalah dan ungkit mengungkit pula sepertimana berlaku didalam pakatan harapan hari ini.
Buat masa ini politik negara masih lagi berkisar diantara 3 watak utama...
Ia mengingatkan saya kepada sebuah cerita sejarah Maharaja China yakni The Three Kingdom.
Kedamaian dalam politik negara kita sebenarnya bergantung kepada 3 watak utama ini yakni:
Tun
Anwar
Lim kit siang
Anwar
Lim kit siang
kenapa begitu cetek sekali pandangan dan persepsi anda dalam hal ini. Apabila melihat pemendangan janganlah melihat hutan sahaja, telitilah pokok pokoknya! pokok pokok dalam hutan bukan semua buruk dan berpenyakit! Kalau ada masalah dalam hutan mungkin ada pokok yg diserang penyakit! Begitulah manusia. Sebagai bekas pegawai kerajaan memang ada banyak salah laku! Selagi dikatakan manusia mereka mempunyai kelemahan! Sifat tamak haloba, gila kuasa, suka kepada kemewahan kebendaan dsbnya. Penyakit ini melanada keseluruhan orang Melayu Islam yg terperangkap mindanya dalam alam secular! Kebanyakan ke masjid dan tidak tiggal solat, namun masih tetap tergila gilakan keseronokan dunia! Ini penyakit manusia pada amnya dan penyakit teruk Islam Melayu!khasnya! Kenapa kena bakar hutan kalau pokok yg berpenyakit! Kalau tak hati hati tanah jadi kering dan rosaklah alam! Kerajaan dulu memang tidak perfect kerana Melayu haloba tidak mahu bermuhasabah, namun kerajaan dahulu masih memperteguh agama dan memelihara kebajikan majoriti dan ada peranncangan yg bijak! Kita tergila gilakan perubahan dan sanggup bersekongkol dgn apa jua kenyataan yg betul tetapi nampaknya banyak yg tidak betul! Sekarang kita takuti perasan kita akan menghancurkan apa yg kita junjung selama ini. Saya tidak mahu satu lagi Singapura!
ReplyDelete