Monday 24 June 2019

Asal Usul Melayu

Malai bermaksud gunung,jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.,jadi x mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang.nak tahu mengenai sejarah2 dan rahsia2 bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah,isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan menentang kaum2 Bani Israel yg sesat aka bangsa yahudi kat negara haram israel sekrang di Tanah Yang Dijanjikan.

Sunday 23 June 2019

Kenapa Pentadbiran Kristian Katolik Di Vatican City?

Pertamanya, timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? 

Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)? 

Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?
Sumber dari

Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.

Monday 10 June 2019

Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?







Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang…
Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.
Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. Al-Baqarah 102
Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 2 (Iblis nombor 1), yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.
Siapakah yang dimaksudkan itu?
Sudah tentulah Dajjal / The Antichrist dan konco-konconya!
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.”
(Muhammad Bin Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.)
Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? 
Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?
Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? 
Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini?
Ohhh, semestinya tidak! Tidak!
Sabda Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.
Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).
Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. 
Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dariStar Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.
Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang.
Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason!
Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil sempena Grand Master terakhir Knight Of Templar iaitu Jacques DeMolay.
Di lukisan purba Freemason!
Di Lodge Freemason!
Jata Kerabat Diraja Poland 
Jata negara Croatia
Kurang Jelas Lambang tersebut? Saya zoomkan gambar di atas. Bintang di sebelah kiri dan Bulan Sabit di sebelah kanan.
Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU” bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!
Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. 
Al-Hijr 39-40
Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu.
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain. 
Yusuf 106
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Yusuf 108
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Al-Baqarah 120
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. 
Al-Imran 100
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109

Tuesday 4 June 2019

Bangsa ini sengaja dibiarkan bercakaran terlampau lama



Apa masalahnya dengan umat melayu?

Masalahnya ialah kita tidak pernah di brainwash semenjak kecil apakah hala tuju utama bangsa kita.

Kita dibiarkan berfikir mengikut kehendak hati kita.

Paling tidak pun kita hanya disuruh belajar disekolah dengan pandai agar dapat pekerjaan yang baik apabila dewasa.

Maka apabila ada rakan kita yang mempunyai pekerjaan baik dan bergaji mahal tetapi mereka syirik kepada Allah, ia menjadi masalah kepada struktur masyarakat kita.

Melayu yang kaya raya ini kebiasaannya akan lupa kepada halal dan haram.

Mereka suka kepada hiburan. Mereka sanggup membayar untuk berhibur.

Maka industri hiburan menjadi rancak dan ramai lah anak anak melayu miskin yang tidak begitu pandai disekolah akan menceburi bidang hiburan.

Mana yang tidak berjaya menceburi bidang hiburan akan menceburi pula di hotel atau di kelab malam.

Akhirnya apabila struktur masyarakat melayu ini rosak maka soal agama mula diremehkan dan kemaksiatan serta kemungkaran bermaharajalela.

Untuk menyekat semua ini sudah terlambat.

Apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan anak anak kecil tidak mengikut jejak kita manakala yang dewasa pula kita doakan mereka sempat bertaubat apabila sudah tua nanti.

Diantara turunnya bala Allah ialah apabila si kaya tidak mahu membayar zakat dan peniaga yang suka menipu dalam berniaga secara berleluasa.

Selain daripada itu ramai yang tahu iaitu apabila berlakunya perzinaan secara terbuka dan bermaharajalelanya penyanyi wanita.

Apabila melihat seorang pemuda bercompang camping berdakwah hati saya tiba tiba menjadi pilu.

Saya melihat diri saya sendiri yang kononnya kemas dan bersih ini tapi cukup malu untuk meyampaikan kalimah Allah yang maha suci itu.

Saya terfikir Allah sedang menyindir saya bahawa Allah maha berkuasa untuk memilih siapa saja yang dia suka bagi menyampaikan kalimah yang maha besar itu.

Ia ibarat didalam suasana sebuah rumah yang sedang terbakar. Air bersih sudah tiada maka air lumpur pun berguna untuk memadamkan api...

Allahuakbar...

Dalam terlalu banyak keterlanjuran dan kealpaan kita maka tak perlulah kita tiba tiba menjadi terlalu bersemangat untuk menukar struktur masyarakat.

Tak perlu kita tiba tiba keluar dan memaksa orang lain untuk bertaubat  kerana ia akan membuatkan masyarakat akan lebih jauh dari kita.

Cukup bagi kita menjadi manusia yang baik dan menjaga amalan kita dengan baik.

Tunjukkan contoh yang baik dan bercakap pun dengan perkataan yang baik baik.

Bab hukum biarlah mufti yang laksanakan. 

Ini kerana dosa lampau kita pun masih belum dijatuhkan hukuman maka mana mungkin kita mahu menjatuhkan hukuman kepada orang lain yang besar kebarangkalian akan bertaubat tidak lama lagi.

SEMANGAT





Hidup didunia penuh cabaran
Tanpa semangat binasa badan

Hidup didunia godaannya banyak
Tanpa semangat maruah tercampak

Hidup didunia banyak masalah
Tanpa semangat hidup kan susah

Bila semangat kuat dan kukuh
Sebarang kerja tidak tertangguh

Bila semangat sudah layu
Masuk gelanggang beroleh malu

Bila semangat sudah padam
Ke darat sesat ke laut karam

Bila semangat sudah melemah
Duduk berunding patah lah lidah

Bila semangat sudah hilang
Alamat hidup diperhamba orang

Bila semangat sudah berkobar
Hadapi musuh takkan gentar

Bila semangat sudah menyala
Perjuangan takkan tergendala

Bila semangat sudah menggebu
Dicampak dicabar takkan layu

Bila semangat sudah patah
Sebarang kerja takkan menyudah

Bila hidup tanpa semangat
Hidup hanya umpama mayat

Bila semangat sudah lari
Dari hidup baiklah mati

Bila semangat sudah ke buntut
Duduk di majlis sudut menyudut

Sunday 2 June 2019

Apakah kesudahan episod politik malaysia?

Kengkadang dalam kehidupan kita selalu datang secara terbalik.

Orang yang paling teruk di ejek tiba tiba orang itu juga yang berjaya naik... 

Dulu ramai yang mengejek Tun sebagai orang tua nyanyuk yang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dan akhirnya kita lihat beliau berjaya.

Mungkin juga selepas ini orang yang terlalu teruk di ejek juga akan menjadi Perdana Menteri.

Saya berpendapat budaya mengejek ini perlu dihentikan kerana ia akan menjadi dendam para pengikutnya apabila calon itu menjadi perdana menteri nanti.

Itulah kesannya yang kita sedang hadapi hari ini apabila ramai yang mahu membalas dendam terhadap umno kerana penyokong umno terlalu kuat mengejek dahulu.

Dan akhirnya bangsa ini tidak boleh disatukan walaupun sedang menghadapi musibah gara gara hati yang terlalu kuat berdendam.

Bangsa melayu kini sudah terbahagi kepada terlalu banyak kumpulan. Masing masing kumpulan terlalu taksub kepada ikon masing masing.

Ketaksuban melampau ini melebihi kasih mereka kepada sesama bangsa dan agama.

Saya khuatir seandainya kesemua ikon ikon otai ini sudah tiada nanti, apa agaknya manifesto para pengikutnya...?

Yang pastinya mereka akan terus menjual nama arwah arwah ini untuk mendapat pengaruh.

Rakyat menjadi seperti yang kita lihat pada hari ini adalah kerana mereka tidak dapat melihat  contoh yang baik.

Rakyat sering disajikan dengan episod perbalahan diantara pemimpin hinggakan para pengikutnya turut campur tangan demi mempertahankan ikon mereka.

Perkara ini semakin lama semakin meresap kedalam jiwa mereka hinggakan mereka berpendapat mempertahankan susuk tubuh pemimpin adalah satu perjuangan.

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...