Thursday, 31 January 2019

Fakta Tahun Baru Cina

Di Malaysia perayaan ini dirayakan oleh kaum Cina . Namun begitu apabila diadakan sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan semua kaum kaum turut terlibat.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Pada kebiasaanya ia disambut pada setiap satu haribulan setiap tahun mengikut kalender Cina. 

Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab

Perayaan tahun baru Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan menurut kepercayaan orang cina.

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. 

Selepas makan malam , kira-kira pukul 12.00 malam semua ahli keluarga akan bersembahyang di tokong atau rumah masing-masing untuk ucapan selamat kepada Tuhan . Sembahyang juga dilakukan pada waktu pagi hari Tahun Baru Cina.

Individu yang mengetuai upacara khusus
Sembahyang ini diketuai oleh datuk dan nenek setiap keluarga. Semua ahli keluarga akan bersama-sama dalam upacara ini.

Tempat paling penting upacara perayaan ini ialah di Tokong dan di rumah.

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. 
Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, sup, taukua, ikan ,khinzir,yu shang, tiram berkicap, dan lapan jenis sayuran yang dimakan bersama arak. 

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shou sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. 

Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina( chun lian ).

Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Limau mandarin- Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih bakul- Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".

Mi-mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula-gula- Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.

Hiasan BUNGA

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.
Setiap bunga memiliki maksud tertentu. 
Bunga plum- melambangkan tuah
Kumkuat- melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa- melambangkan panjang umur
Buluh- tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari- bermaksud tahun yang elok

Selalunya masyarakat Cina meletakkan perhiasan berupa gambar ikan . Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. 

Jongkong Yuanbao- melambangkan wang dan/atau kemewahan. 
Tanglung- Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.

Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. 

Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simbul Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling yangbpaling tua dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. 
Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. 

Pemakaian pakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.






Wednesday, 30 January 2019

The 3 Kingdom dalam demokrasi Malaysia



Senario politik yang berlaku pada hari ini seolah olah berlaku satu fenomena dimana Tun Mahathir tertekan manakala Anwar pula keresahan.

Secara peribadi saya berpendapat ia bermula apabila beberapa pimpinan didalam PKR sendiri yang terlebih dahulu memulakan gerakan untuk mempercepatkan Anwar menjadi PM8.

Sebenarnya ia bukanlah satu tindakan yang bijak. Menekan seorang yang sedang memegang kuasa untuk melepaskan jawatan akan membuatkan orang tersebut rasa terhina dan mengaibkan.

Malah pegawai dan menteri yang bergantung nasib kepada Tun juga akan berasa kurang selesa kerana terlalu cepat keseronokan mereka bakal dirampas oleh Anwar.

Sebenarnya sedari dahulu lagi sikap Anwar memang begini. Anwar suka mengambil tetapi tidak akan meninggalkan sebarang sisa pun sebagai saguhati.

Anwar juga melakukan kesilapan yang besar apabila membiarkan perbalahan yang berlarutan diantara Rafizi dan Azmin.

Sepatutnya Anwar menjadi pengimbang diantara mereka berdua kerana kedua dua merekalah kekuatan kepada Anwar.

Namun begitu nasi sudah menjadi bubur. Anwar perlu membayar harga yang terlalu tinggi untuk kegelojohannya.

Sehingga hari ini belum ada lagi parti politik yang mempunyai 100% bersih ataupun baik.

Namun yang lebih merisaukan ialah ada parti yang nampak jelas kelihatan 100% jahat kerana mempunyai agenda tersembunyi.

Gerak laku seluruh pimpinan mereka dari atas hinggalah ke bawah dilihat tidak mesra Islam walaupun seolah olah melayan beberapa ahli kaum melayu mereka dengan baik.

Namun melayu yang bersama mereka kita dapat lihat tahap liberalnya sudah tahap tepu asid yang amat sukar untuk dineutralkan.

Sampaikan kita pun boleh keliru samada benarkah mereka berketurunan melayu?

Dahulu kita menjatuhkan umno kerana Najib begitu degil dan masih tidak mahu memperbaiki kesilapannya.

Pada permulaannya kita hanya mahukan Najib sedar dan kembali ke pangkal jalan tapi malangnya kita pula diserang dan dihina oleh tentera upahannya.

Lama kelamaan kita menjadi semakin meluat dengan umno kerana terlalu ramai yang menjilat najib dan tidak mahu mengambil kira suara golongan marhaen.

Apabila terlalu teruk diasak oleh pengikut pengikut najib maka mulalah hati menjadi begitu sakit dan bersedia untuk melihat najib dijatuhkan dengan parti umno sekali.

Sekiranya najib dan orang orangnya bersikap lunak kepada rakyat tanpa sikap bongkak mungkin najib masih lagi menjadi perdana menteri walaupun ada 10 syarikat 1MDB sekali pun.

Mungkin orang orang najib akan berkata najib tak bongkak tapi dia baik. Memang la dia baik ngan korang tapi dengan orang lain dia bongkak.

Kalau dia tak bongkak takkanlah boleh kalah pru?

Dan yang menariknya saya sudah mula melihat sintom sintom itu didalam Pakatan Harapan.

Gagalnya pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan bukanlah bermaksud Kerajaan umno dahulu adalah di pihak yang benar.
Sebagai rakyat kita telah melakukan try and error.

Cuma sahaja kita sudah try tapi tetap error juga yang datang...

Yang sebetulnya kita bukan melakukan error tetapi sebaliknya inilah sahaja pilihan parti yang wujud dalam demokrasi negara kita.

Kita hanya ada 2 pilihan sahaja samada memilih singa atau memilih buaya...

Ada yang kata berilah peluang kepada pas. Namun pas tidak mampu berdiri sendiri untuk memenangi seluruh kawasan parlimen yang dipertandingkan.

Mahu atau tidak pas akan terpaksa bergabung dengan parti lain. Dan rekod yang lepas pas tidak pernah kekal lama dalam gabungannya.

Dah menang nanti berbalah dan ungkit mengungkit pula sepertimana berlaku didalam pakatan harapan hari ini.

Buat masa ini politik negara masih lagi berkisar diantara 3 watak utama...

Ia mengingatkan saya kepada sebuah cerita sejarah Maharaja China yakni The Three Kingdom.

Kedamaian dalam politik negara kita sebenarnya bergantung kepada 3 watak utama ini yakni:

Tun
Anwar
Lim kit siang

Saturday, 26 January 2019

Jangan tutup mata isu bank kutip RM2



KUALA LUMPUR – Kesemua bank-bank komersil diminta supaya menghentikan kerakusan mereka dengan mengenakan caj tambahan perkhidmatan kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) terhadap pelanggan.

Langkah tersebut merupakan satu tindakan ‘zalim’ dan sangat tidak wajar kerana ia bukan sahaja menindas orang ramai dalam kemelut ekonomi sekaran malah menekan rakyat yang sememangnya telah terbeban dengan pelbagai cukai yang perlu dibayar.

Presiden Mahkamah Timbang Tara, Tan Sri Dr. Munsyi Muslim Yacob berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada orang ramai dan beberapa badan bukan kerajaan serta parti-parti politik berhubung perkara yang sama.

Beliau tidak fikir bayaran tambahan antara 50 sen dan RM2 itu sebagai satu cara untuk menambahbaik khidmat yang diberikan oleh pihak bank kepada pelanggan.

“Kalaulah bank itu dalam satu hari mempunyai pelanggan 1,000 orang maknanya dia sudah dapat RM2,000 dengan begitu mudah.

“Perkara ini seolah membawa satu pengertian bahawa bank kekurangan sumber pendapatan ataupun tidak ada lain punca pendapatan ataupun wang RM2 itu untuk dijadikan dividen kepada pemegang-pegang saham yang mungkin bukan rakyat biasa atau pelanggan bank,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Muslim, tindakan yang dilakukan oleh bank-bank terbabit menyalahi peraturan dan sistem undang-undang bank sendiri yang tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengutip bayaran tambahan kepada pelanggan.

Beliau turut mempersoalkan kredibiliti Bank Negara Malaysia (BNM) yang seolah-olah menutup mata dengan perkara menimbulkan kemarahan rakyat sekarang.

Sejak beberapa hari lalu, orang ramai merungut apabila beberapa institusi perbankan mengenai caj tambahan perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Perkara yang berlaku telah menarik perhatian beberapa pihak termasuk parti politik apabila menggesa pihak kerajaan terutama Kementerian Kewangan menghentikan perkara itu.

Mengulas lanjut Muslim berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Parlimen agar perkara itu dibahaskan agar tindakan tegas dapat diambil terhadap bank-bank yang cuba menekan rakyat dengan cara itu.

Katanya, Dewan Rakyat boleh membahaskan agar rang undang-undang terhadap digubal sebagai cara mendisiplinkan pihak bank supaya tidak boleh sesuka hati mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan.

Justeru, orang ramai juga boleh menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna dengan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan meluahkan kemarahan kepada wakil rakyat masing-masing. 
– MalaysiaGazette

Wednesday, 16 January 2019

ISLAM TERBUKTI BENAR.. SAINS MEMBUKTIKANNYA....

Sarjana kafir...mereka baca Quran..mrk kaji Quran..mrk percaya Quran...TAPI MRK TIDAK BERIMAN KPD QURAN..

Org kita...membaca Quran...Org kita tidak mengkaji Quran...Org kita tidak memahami Quran...

Org kita..ilmu dan hukum dlm Quran di perlekehkan....malah ada yg menganggap hukum dlm Quran itu sudah ketinggalan zaman dan zalim....

Thursday, 10 January 2019

Aduhai....Si Tua Mengeluh

Aduhai....

Mengeluh si tua di depan beranda
Melihat remaja terkinja kinja
Tak seperti dirinya dahulu kala
Takut dosa, mengejar pahala

Aduhai....

Mengeluh lagi si tua bangka
Melihat bangsanya tiada maruah
Tidak sepertinya dahulu kala
Yang punya harta dan juga tanah

Aduhai...

Tak sudah sudah si tua mengeluh
Melihat agamanya mula di sentuh
Tidak seperti dahulu begitu kukuh
Pantang dirinya agama disentuh

Aduhai..aduhai..aduhai...

Keluh si tua tak putus putus
Melihat pemimpin semakin rakus
Rakyat sudah semakin kurus
Negara pula tidak terurus

Aduhai....

Si tua mengeluh nafasnya semput
Tiada teman yang mahu menyahut
Bila datangnya ajal menjemput
Pasrah dirinya mengadap maut



Wednesday, 2 January 2019

PENGUBAT RASA KECEWA

Dunia ini berjalan dengan penuh ketidakadilan. Pihak yang kuat memangsakan yang lemah. Ada yang ditipu teraniaya. Ada yang kecewa dengan pasangannya. Ada yang jasanya dilupa walaupun demikian besar dia berbudi. Ada yang dibunuh dan diseksa. Ada yang dizalimi sekalipun dia tidak sempat mengenali siapakah penzalimnya itu. Ada yang lahir dalam suasana, atau keluarga atau negara yang sukar sehingga potensi dirinya tidak dapat dimajukan sekalipun dia seorang yang berkualiti. Sementara ada pula yang beruntung kerana keadaan keluarga dan keturunannya. Ada yang cacat, lemah dan sakit. Ada pula yang rupawan, kuat dan sihat.

Ada pula yang menggunakan kesempatan dan kebijaksanaannya untuk memerangkap ataupun menipu pihak yang tidak terduga. Ada yang dituduh dan ditohmah dusta, sedangkan dia tidak mampu membela dirinya. Ada yang disakiti tanpa alasan yang benar. Ada yang dicuri haknya. Segala macam derita ketidakadilan wujud dalam kehidupan dunia ini.

Jika kehidupan insan ini hanya terbatas kepada dunia yang penuh kejam ini, pastilah kehidupan kebanyakan insan sesuatu yang mengecewakan. Segala rasa tidak puas hati dan duka lara akan membaluti kehidupan apabila mengenang dan fikir apa yang telah, sedang dan akan berlaku dalam dunia ini.

Bagi mengubati luka itu, Allah memerintahkan kita menyedari bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja. Setiap perkara akan diadili dengan sehalus-halusnya.  Segala kezaliman akan dibalaskan. Segala kebaikan dan kesusahan akan diberikan ganjaran pada hari yang sebenar iaitu Hari Perhitungan dan Pembalasan. Segala kesombongan, kezaliman, kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di dunia ini akan menerima balasannya. Maka beriman dengan kemunculan hari tersebut, iaitu hari yang penuh adil untuk perhitungan merupakan rukun kehidupan seorang insan. Ia mesti diingati dan diulangi selalu supaya tidak kecewa dengan kehidupuan, sentiasa mempunyai cita dan harapan yang utama iaitu syurga, mengelakkan diri dari menzalimi pihak lain dan berjalan dalam dunia menghitung dosa dan pahala. Untuk itu, maka kita disuruh mengulang-ulangi bacaan al-Fatihah dalam solat yang antara ayatnya;

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

(Maksudnya) : “(Tuhan) Yang menguasai Hari al-Din”

Perkataan Hari al-Din bermaksud Hari Perhitungan (al-Hisab) atau boleh juga bermaksud Hari Pembalasan (al-Jaza`) (lihat: Ibn Jauzi, Dzad al-Masir fi ‘Ilm al-Tafsir, 1/19. Beirut: al-Maktab al-‘Arabi)

Maka, setiap waktu kita menyebut dan mengingati bahawa dunia yang sementara ini akan berakhir dan hari yang penuh adil dan saksama akan menjelang. Segala kebaikan dan keburukan akan dihitung dan dibalas.

Maka jiwa kita akan lega. Perasaan kita akan merdeka. Harapan untuk kebahagiaan sentiasa ada. Demikianlah bermakna keimanan pada Hari Pembalasan. Demikianlah bermakna solat dalam kehidupan insan

Dr MAZA

1 Januari 2019 / 24 Rabiul Akhir 1440H

Siapa sebenarnya yang berkuasa?

Minggu lepas saya sembang² dengan salah seorang guru saya. Tiba-tiba beliau tanya:

"Siapa yang kuasai dunia sekarang ni?"

Saya jawab politicians lah. (Saya tahu itu bukan jawapannya, saja bagi jawapan tipikal)

Beliau jawab salah (dah agak dah).

Kata beliau, yang kuasai dunia moden pada hari ini ialah para hartawan, billionaire dan business man.

Raja, menteri, presiden, semuanya terpaksa tunduk pada mereka. Sebab ahli politik bukan ada duit banyak pun, semuanya duit rakyat. Tapi billionaire banyak duit, dan ahli politik kena tunduk kepada mereka untuk mereka pun dapat "rasa" duit tu.

Pastu kami bincang tentang isu Syria, Yaman dan lain-lain.

Katanya, orang-orang kaya nak bisnesnya berjalan. Kilang senjata, kilang peluru, kilang jet pejuang, kilang kereta kebal semuanya akan mereput berkarat kalau tak ada pengguna. Jadi macam mana nak ada pengguna kalau semuanya aman?

Maka orang-orang RUWAIBIDHOH diperlukan untuk create war.

Tiupkan sentimen agama, kaum, bangsa, mazhab, anti kerajaan, liberalisme, athéisme dll hingga cetuskan perang. Beli media, bayar media untuk buat liputan atas isu sentimen supaya seluruh dunia percaya perang itu berlaku kerana sentimen ni semua.

Maka semua akan percaya yang perang di Syria dan Yaman adalah kerana sentimen "Syiah-sunni" misalnya.

Yang akan beri marketing free ialah para Ruwaibidhoh tadi.

Maka perang berlaku, kilang² senjata kaya raya.

Negara perang kucar kacir.

Masa ni lah negara² besar macam Amerika dan Russia akan campur tangan.

Sebab apa?

Sebab dibelakang mereka ada banyak lagi orang kaya dan syarikat besar yang berselindung di sebalik ahli politik untuk "business strategy" mereka.

Di negara kucar kacir ni lah mereka boleh offer "hutang" dan jadikan negara tu hamba mereka dengan ikatan riba.

Di negara seperti itu lah mereka boleh offer "bantuan" dan ikat kontrak untuk "bina" semula negara tu dengan syarikat-syarikat pembinaan dari negara mereka sebagai "balas budi".

Di negara inilah para syarikat kereta, syarikat makanan, restoran, livestock, dried food dll boleh jual produk mereka.

Di negara itu jugalah undang-undang dicabuli dan yang kuat boleh kuasai telaga² minyak.

So syarikat bank, syarikat senjata, syarikat kereta, syarikat makanan,, syarikat syarikat pembinaan, syarikat hotel, syarikat pasir, simen dll

Semuanya dapat bisnes. $$$$$$$$$.

Dan seluruh dunia terus percaya yang perang itu disebabkan sentimen. Para Ruwaibidhoh terus berkempen dan meniupkan benci sehingga wujudlah kumpulan² militan tak sah yang sememangnya sangat diingini oleh para mastermind perang supaya mereka boleh terus jadi sensasi di media.

Jadi sebab itu jugalah para ulama sufi dilihat begitu tenang dan teruskan usaha mereka dalam dakwah, zikir dan mengajar tanpa berbicara pun tentang fitnah ini. Sehingga para Ruwaibidhoh yang menjadi mangsa media memfitnah mereka sebagai syaitan bisu, ulama sesat, anti politik, anti jihad, penjilat pemimpin zalim dll.

Apa mereka tidak takut pada Allah?

Merekalah golongan paling takut pada Allah. Siang dan malam mereka dalam tangisan kerana takutkan Allah.

Dan kerana takutkan Allah lah mereka berdiam diri. Kerana itu adalah perintah RASULNYA.

Ini zaman kita kena lebih banyak diam dari bercakap.
Ini zaman yang baring lebih baik dari duduk, yang duduk lebih baik dari berdiri, yang berdiri lebih baik dari yang berjalan dan yang berjalan lebih baik dari yang berlari ke arah fitnah dan fake news.

Maka ada sebab kenapa nabi gelarkan mereka Ruwaibidhoh.

Sebab mereka memang bodoh suci. Holy moron.

Jadi dengan semua strategi ni. Para hartawan yang jadi mastermind tidak akan dibenci.

Dalam masa yang sama, mereka taja ribuan penghibur, artis, fesyen, new trending, pelawak dan lain-lain program hiburan untuk distraction supaya kita berhenti berfikir. Berhenti berfikir. Berhenti berfikir dan taatlah apa kata media. Media Kata lihatlah kehidupan indah mereka. Lihatlah betapa gembiranya mereka dengan dunia mereka.

Media kata, Berusahalah untuk jadi seperti para artis, selebriti, pergi melancong, famous, Insta famous, FB famous. hatta buatlah cerita fake, video fake dan lain² content fake untuk tarik perhatian, untuk kumpul followers dll.

ok lebih separuh dari populasi dunia pun termakan sihir media. Maka para mastermind gembira dan terus mengaut untung.

Persoalannya.... Kenapa?

Kenapa para billionaire dunia ni terlampau nak kan harta yang banyak?

Dan mereka tidak ada negara. Semua negara adalah puppet mereka. Mereka gunakan Amerika, China, Russia dll.

Mereka adalah Satu. Mereka bergerak berkumpulan dan dipimpin oleh seorang supreme leader.

Ahli politik dunia terpaksa taat padanya untuk terus bertakhta, fame, kemewahan.

Yang mana cuba mengganggu bisnes mereka seperti Saddam dan Gadaffi yang cuba nak hidupkan muamalat emas.... akan dibunuh.... dengan sentimen. Dan para Ruwaibidhoh mempercayainya.

itulah demokrasi katanya. itulah nasib pemimpin zalim katanya.

Ingat lagi bagaimana organisasi billionaire ni "mengkertaskan" semua harta di dunia?

Mereka perkenalkan duit kertas yang mungkin cuma berharga 20-30 sen dan letak nombor besar² supaya semua percaya ianya bernilai?

Sesuatu perkara kalau disepakati, akan jadi fakta. Hitam kalau kita semua kata putih , akan jadi putih. Jadi strategi psikologi mereka berjaya.

Untuk apa kertas kan harta?

Simple. Supaya mereka boleh kumpul emas dan Perak sebanyaknya.

Lupa ke ada hadis nabi suruh simpan emas dan Perak di akhir zaman?

Kenapa para hartawan ni mereka nak kumpul emas?

Supaya seluruh dunia jatuh miskin dan mereka paling kaya. Bila mereka paling kaya, mereka akan jadi "tuhan".

Sekarang sistem duit kertas semakin rapuh. Mereka beralih pulak ke duit digital.

Rata² manusia sekarang kalau kita tanya mana duit? Mereka akan jawab, dalam bank.

Apa bukti?

Mereka keluarkan nombor digital.

Ya, nombor digital tu lah harta mereka. Itu belum masuk debit kad, kredit kad, online transfer dll. Kertas pun semakin pupus.

Bila dah sampai zaman sepenuhnya digital, masa tu lah supreme leader mereka dah ready untuk zahirkan diri.

Dan ditangannya ada satu suis.

Suis yang menguasai bank dunia.

Dengan satu klik.

Satu klik.

SATU KLIK.

Seluruh dunia akan jatuh MISKIN.

Kau kaya? Kau ada sejuta? 5 juta? Tapi di mana? Dalam bentuk data? Digital? Nombor yang boleh ditaip sesiapa pun?

Semua data tu akan terpadam hanya dengan satu klik.

Maka tunduklah manusia pada supreme leader yang menguasai seluruh harta, emas, Perak dan makanan.

Makanan?

Apa kaitan?

Ya, dengan duit, mereka beli ribuan saintis dan cerdik pandai untuk "rosakkan" tanaman seluruh dunia, semua makanan diracun, semuanya kucar kacir dan disorder. Penyakit pelik muncul.

Ubat? Ya ada.

Korang tahu apa seterusnya.

"Orang yang cerdik, cukup dengan isyarat."

Saya nasihatkan supaya banyak berpuasa dan kurangkan bergantung pada harta digital.

Sebab nabi dah pesan. Mereka akan kuasai gunung makanan dan perlu murtad untuk sesuap makanan.

Hanya ahli zikir akan survive. Nabi telah khabarkan, makanan orang beriman ketika itu hanya zikir.

Kalau belum ada zikir. Cepat² lah dapatkan zikir.

Tapi zikir tanpa pembersihan hati adalah sia².

Zikir tanpa ilmu akan jadi sesat.
Ilmu tanpa zikir akan jadi zindiq.
Zikir dan ilmu tanpa dakwah, akan jadi fasik.
Dakwah tanpa zikir dan ilmu, akan jadi munafik.

Sekian dan selamat menempuh tahun 2019. Tahun² yang semakin sukar buat orang beriman dan ahli mata hati wahai orang berharta digital sekalian termasuklah saya.

"Ya Allah jadikanlah aku miskin dan dibangkitkan bersama orang miskin dan masuk syurga awal bersama orang miskin."

***Copy paste***

Jangan jadi alat di akhir zaman

Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang ben...